Nuffnang Ads

Pages

Sunday, February 13, 2011

PRK DUN Kerdau: Persiapan UMNO Pahang

azlan

Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia selepas terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di rumahnya di Kerdau, petang semalam. Alfatihah.

Ini bermakna PRK akan diadakan dan seperti biasa UMNO dan BN Pahang bersiap sedia menghadapinya. Kali ini PRK bakal diadakan di negeri PM sendiri. UMNO Jerantut sebagai jiran UMNO Kuala Krau perlu kerja lebih kuat memastikan kemenangan.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi.

Seperti biasa bila PRK sudah tentu siapa calon akan dibincangkan. UMNO Bahagian Kuala Krau akan mencadangkan beberapa nama kepada MB dan PM.

Ketika ini DSD Adnan Yaakob MB Pahang berada di Adelaide, Australia. Beliau dijangka kembali ke Pahang pada minggu hadapan.

Sebagai MB dan Ketua Perhubungan UMNO Pahang sudah tentu di dalam penerbangan balik dari Australia ke Malaysia, DSD Adnan Yaakob mencongak siapa calon "winnable candidate" yang sesuai bagi memenangkan PRK DUN Kerdau.

PRK DUN Kerdau sangat penting bagi UMNO Pahang kerana ini merupakan imej PM DS Najib dan MB Pahang sendiri. Kemenangan majoriti besar perlu dicari.

Strategi PRK akan ditentukan oleh MB dan atas nasihat PM sendiri. Jika DUN Galas dengan cara senyap Ku Li, Dun Tenang dengan cara UMNO Johornya maka DUN Kerdau pun tentu dengan cara UMNO Pahang.

WZWH mendapati terdapat empat calon yang UMNO Pahang boleh pertimbangkan. Mengikut hierarki parti UMNO Bahagian Kuala Krau: Ketua Bahagian adalah ahli parlimen Kuala Krau Dato' Ismail Mohamed Said manakala Timbalan Ketua UMNO Bahagian ialah ADUN Jengka Wan Salman Wan Ismail. Maka tinggalah:
  • Naib Ketua Bahagian, Syed Ibrahim Syed Mohamed Penasihat Agama MB Pahang.
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau, Rodzuan Zaaba.
  • Seorang AJK UMNO Bahagian yang merupakan seorang Penghulu.
Jika trend DUN Tenang diambil kira maka calon PTD yang sesuai bertanding di DUN Kerdau ialah Dato' Norzan bin Haji Ahmad, YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang.

Inilah keempat calon yang WZWH kira boleh memenangkan DUN Kerdau pada PRK nanti. Apa-apa pun terpulanglah kepada UMNO Pahang memilihnya. DSD Adnan Yaakob pasti sedang memikirkan siapa calonnya di Adelaide, Australia.

1 comment:

Anonymous said...

Hai hoooi cik gu wan zuri,

Kuala Krau bukan nya Kuala Krai, cik gu sila buat pembetulan. Kuala Krai di Kelantan nun. Jangan -jangan zuri menulis ini lepas ehehemmm tak?

Jangan ksi malu warga guru.


maaf ye.