Friday, February 18, 2011

PRK DUN Kerdau:13 Peti Undi dan "The 13th Warrior"


Dalam filem "The 13th Warrior" mengisahkan pada tahun 922 seorang Arab telah dipilih untuk bersama dengan 12 pahlawan Viking menuju ke negara utara Scandinavia memerangi kumpulan manusia yang sesat dan boleh merosakkan masyarakat. Dalam 13 pahlawan yang dipilih itu ada seorang berbangsa Arab. Kenapa Arab ini dipilih sedangkan beliau bukanlah seorang pahlawan pada asalnya itu menjadi misteri dan menariknya cerita "The 13th Warrior" yang mula ditayangkan pada tahun 1999. 

PRK DUN Kerdau ada 13 peti undi atau daerah mengundi seperti berikut:
  1. Rumpun Makmur
  2. Felda Jengka 25
  3. Felda jengka 22
  4. Kg Batu Sawar
  5. Felda Jengka 23
  6. Kuala Tekal
  7. Pulau Pasir Mandi
  8. Kerai
  9. Lipat Kajang
  10. Desa Murni
  11. Kerdau
  12. Kuala Kerdau
  13. Teluk Sentang 
Ringkasan profil kawasan N.28 Kerdau, Pahang
Maklumat berdasarkan PRU 2008:

Jumlah pemilih: 8451
Undi tolak: 122
Kertas undi dikeluarkan: 6789
Undi tidak kembali: 12
Peratus pengundian: 80.33%
Majoriti: 1615

Peratusan pengundi:
Melayu 89%
Cina 6%
India 3.7%
Lain-lain 2.5%

Boleh dikatakan ini kawasan 90% pengundi Melayu. Maka DUN semacam ini adalah tempat pertarungan UMNO dan PAS. PRK DUN Kerdau boleh dikatakan permulaan mencari pengaruh samada majoriti orang Melayu monyokong UMNO dan PAS.

PAS telah psywar kepada orang Melayu bahawa jangan bimbang jika UMNO kalah sebab ada 112 kerusi parlimen orang Melayu daripada 222 kerusi parlimen. PAS cuba memberi jaminan kepada orang Melayu dan Islam bahawa PAS boleh menjadi alternatif kepada UMNO.

Orang Melayu bertanya bolehkah PAS "deal" dengan DAP dan PKR untuk perjuangkan hak orang Melayu dan Islam. Bolehkah PAS berkeras dan menyatakan apa yang orang Melayu mahu? UMNO bimbang PAS tidak dapat melawan kehendak dan tuntutan komponen PR lain.

Sekarang kita bincang PRK DUN Kerdau. Jika kita melihat ada 13 daerah mengundi. Majoriti pengundi dalam kawasan Felda Jengka. Yang lain di kawasan kampung Tradisional. Isu peneroka Felda akan dimainkan oleh PAS.

UMNO perlukan 13 Warrior di setiap 13 peti undi. 13 warrior mesti menjaga kawasan peti undi masing-masing. Strategi "man to man marking" perlu diimplemen di PRK DUN Kerdau yang punyai hampir 8500 pengundi.

13 Warrior bersama dengan AJK kecil masing-masing perlu "man to man marking" setiap pengundi di kawasan daerah peti undi.

TS Muhyiddin TPM telah umumkan DSD Adnan Yaakob MB Pahang sebagai Pengarah Pilihanraya PRK DUN Kerdau. DS Najib PM telah bersetuju dengan pelantikan tersebut. MB sudah hantar 4 nama kepada PM untuk diputuskan.

Pada masa sekarang UMNO dan PAS belum lagi mengeluarkan nama calon yang muktamad. Masing-masing tunggu dan lihat mengkaji kekuatan dan kelemahan calon-calon.

Yang pasti UMNO perlukan 13th warrior seperti dalam filem 'The 13th Warrior" yang boleh mencapai kemenangan. 

Jambatan baru Kuala Krau yang amat menceriakan pengundi di DUN Kerdau.

KDYMM Sultan Pahang merasmikan Jambatan baru Kuala Krau pada tahun  2010.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024