Saturday, November 19, 2011

Projek NFC Kerbau Pahang Berapa RM Juta Soft Loan MOA Nak Lulus?

Kerbau Ulu Tembeling sedang mandi manda di tepi Sungai Tembeling.

Kerbau feedlot NFC Pahang.

NFC ialah projek kerajaan bagi membekal daging lembu segar kepada pengguna domestik. Kerajaan sedar negara terlalu bergantung kepada daging import. Negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam lebih mahu industri feedlot dari Malaysia.

Kalau kita kaji sejarah lembu bukan haiwan asal Tanah Melayu. Lembu dibawa dari India oleh orang India sebab itu orang India sangat pandai ternak atau bela lembu. 

Sebenarnya memang Tanah Melayu ada lembu tapi lembu asal Tanah Melayu sangat liar dan lari ke dalam hutan tebal. Orang Melayu panggil lembu ini seladang. Seladang jangan dibuat main sebab itu orang Melayu bela kerbau.

Nenek moyang kita orang Melayu memang bela kerbau, makan daging kerbau, minum susu kerbau atau dibuat dadih. Orang Melayu yang makan daging kerbau dia lebih sifat keMelayuannya.

Sejak orang Melayu pandai makan daging lembu ini orang Melayu sudah jadi lain sifatnya ada meniru Orang Putih, ada meniru orang India dan ada juga meniru orang Cina.

Begitulah serba sedikit sejarah lembu di Malaysia. Apa yang WZWH sampaikan jangan kita lupa kerbau makanan daging nenek moyang kita makan selama ini.

Di negeri WZWH masih ramai orang Pahang suka makan daging kerbau. Taburan kerbau banyak di Jerantut, Lipis, Raub, Temerloh,Maran, Pekan dan Rompin.

Orang Melayu dulu suka kerbau sebab kerbau lebih cerdik dari lembu logiknya kalau makan daging kerbau maka orang Melayu lebih cerdik dari orang Melayu yang makan daging lembu. WZWH takda data saintifik hendak buktikan fakta ini. Tapi kalau tengok gelagat politik orang Melayu hari ini yang suka makan daging lembu dari gelagat politik orang Melayu dulu mungkin ada asasnya!

Di Jerantut pula Lembah Tembeling membekalkan banyak kerbau. Kerbau Tembeling gemuk-gemuk belaka kerana rumput semulajadi dan kerbau Tembeling pelik sikit suka mandi manda di sungai. Kalau kita hilir mudik sepanjang Sungai Tembeling kita akan jumpa kekawanan kerbau berendam.

Beratus-ratus tahun dulu memang moyang-moyang WZWH suka bela kerbau. Beribu-ribu kerbau. Tapi bila bah besar 1926 habis kerbau-kerbau moyang WZWH dibawa air, banyak yang mati dan dihanyutkan.

Suatu ketika dulu kerbau diternak untuk dijadikan sebagai tenaga kerja membajak sawah atau kebun. Haiwan itu digunakan kerana ia dikatakan gagah untuk melaksanakan tugas berat selain boleh diajar memahami arahan tertentu.

Kini di negara kita haiwan itu tidak lagi digunakan untuk bekerja berikutan penggunaan teknologi moden yang menyaksikan kemasukan jentera mengambil alih tugas berat berkenaan.

Sejak era pemodenan sektor pertanian diambil alih jentera, kerbau semakin terpinggir apabila tidak ramai lagi penduduk menternak haiwan itu, berbanding ternakan lain, termasuk lembu dan kambing yang sentiasa mendapat tempat, sama ada untuk daging atau susunya.

Keadaan yang sama juga berlaku di negeri ini apabila kerbau yang suatu ketika dulu boleh diukur sebagai kekayaan seseorang, kini semakin pupus. Haiwan itu semakin sukar ditemui termasuk di kawasan sawah di luar bandar.

WZWH mahu mencadangkan kepada kerajaan supaya Projek NFC Kerbau Pahang diusahakan oleh syarikat . Berapa RM juta soft loan MOA (Kementerian Pertanian) nak lulus itu boleh guna budi bicara kerajaanlah terutama TPM Muhyiddin-beliau ada banyak pengalaman mengendalikan hal-hal pertanian membabitkan feedlot ini.

WZWH janji nanti dalam klausa agreement itu tidak boleh syarikat yang dipilih untuk menternak kerbau NFC Pahang ini membeli kondo atau bungalow atau rumah agam yang sejenis dengannya.

Siapa orang Jerantut mahu mengusahakan Projek NFC Kerbau Pahang ini?

Friday, November 18, 2011

Pakar Properti Dunia Mahu Belajar Dengan NFC Melabur!


Pengerusi Eksekutif NFC, DS Salleh Ismail sedang memberi penjelasan tentang pengurusan korporat NFC bela lembu.

Salleh Ismail (suami Shahrizat) berkata projek feedlot tidak disalah urus sila klik sini. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010 pengurusan NFC "in a mess". 

Mana satu rakyat Malaysia nak percaya? Penjelasan NFC atau Laporan Ketua Audit Negara yang independent direct dibawah YDP Agung.

WZWH lebih berminat dengan penjelasan pembelian kondo mewah. Salleh Ismail menjelaskan NFC beli 2 unit kondo berharga RM13.8 juta kerana ada lebihan duit maka NFC melabur properti. Sewa tahunan dapat ke NFC RM900,000.

Ini bermakna sebulan sewa dapat RM75,000. Siapa mahu menyewa kondo semahal ini di KL?. Sewa kondo paling tinggi di KL antara RM15,000 ke RM25,000. Barangkali Raja-Raja Arab atau Sultan Brunei menyewanya.

Pakar Properti KL dan dunia mahu belajar melabur dari NFC kerana pendapatan yang lumayan.



Dari segi prinsipnya jika kerajaan beri dana soft loan untuk bela lembu maka bela lembulah. Kenapa mahu melabur properti kondo? Kalau dakwa ada duit lebih pulang balik kepada Treasury.

Ramai pengundi Malaysia atas pagar sudah mula tidak yakin dan mula ragu dengan kerajaan BN hari ini ekoran isu NFC ini. Ramai orang kampung terutama penternak lembu tradisional berkata,"kami pun mahu soft loan bela lembu".

Jika RIDSA boleh membantu pekebun-pekebun kecil di kampung kenapa tidak Kementerian Pertanian membantu penternak-penternak lembu scala kecil dengan dana RM250 juta itu. Tentu puluhan ribu orang kampung dapat dibantu. Banyak undi puluhan ribu penternak lembu tradisional itu.

Di Pahang lihat contoh DS SUK Negeri Pahang adalah contoh terbaik kalau penternak-penternak kecil lembu Pahang mahu belajar kerana banyak lembu-lembu DS SUK bela di ladang-ladang di seluruh negeri Pahang tanpa dapat soft loan pun.

Antara komen-komen pembaca blog WZWH:

Ternak lembu dalam ladang kelapa sawit FELDA lagi baik. Rumput free, tanah free, cukup setahun seekor anak lembu mesti keluar dari lembu betina. Tak payah pakai ladang satelit pun untuk letak satelit track lembu yang tak berapa banyak tu. Cuba bagi aku rm 3 juta, dah tentu lembu aku dalam 5 tahun lebih 3000 ekor. Berani bet? Kita ni jangan lah tolol sangat. Nak jadi Menteri pun jangan lah bahlul sangat dengar je cakap orang. Baik turun kat FELDA, tanya macamana orang ternak lembu dgn rumput free dan tanah ladang. Lembu gemuk juga.

Another can of worms opened..I agree with MP Bung Mokhtar..What is wrong is still wrong regardless which sides you are. The scheme is so called "Nation" but controlled by family member of a Minister..what is this? Why cant it be given to several companies or to FAMA, Ministry of Agriculture under Ladang Rakyat, etc. 

Shahrizat should give explanation or else resign..

Thursday, November 17, 2011

Shahrizat Penternak Lembu Termahal Dunia...seekor RM76,000!

Mungkin lembu termahal dunia RM76,000 seekor ini pandai membaca sebab itu mahal.

Bung Mokthar, MP Kinabatangan , Timbalan Pengerusi Backbencher BN mencadangkan supaya Shahrizat letak jawatan kerana skandal NFC bela lembu RM250 juta.

Pak Lah dan Muhyiddin mempertahankan Shahrizat. Rakyat Malaysia menyanjung Bung Mokthar kali ini. UMNO dan BN tidak rugi kalau Shahrizat letak jawatan kerana Shahrizat bukan ahli parlimen pun.

28 juta rakyat Malaysia dan 3.2 juta ahli UMNO mahu suara dan pendapat DS Najib mengenai isu ini. Diam dengan tidak memberi komen dan wisdom serta tindakan dari DS Najib akan mengundang kemarahan rakyat dan ahli UMNO. Malapetaka politik yang lebih besar akan berlaku.

DEB telah telah melahirkan golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera yang berpelajaran tinggi dan pandai berfikir telah mula membina persepsi negatif kepada kerajaan BN hari ini kerana skandal  yang semacam ini.

Rakyat Malaysia tidak boleh terima fakta yang Shahrizat melalui bisnes keluarga merupakan penternak lembu termahal dunia...seekor RM76,000!

WZWH CnP dari blog seorang pemikir pro BN...

Bung Mukhtar not only can think for himself but is he also a BN Member of Parliament - a Wakil Rakyat - and a BN backbencher. Syabas Bung Mukhtar. Well done. I think the people are with Bung Mukhtar on this one.

RM250 million project, Government "soft loan". 5000 acres of land. Wow! And only 3,289 cows were produced. Lets do some kira-kira. RM250.0 million / 3,289 lembu = RM76,000 per lembu (thus far). If each lembu produces 200 kg of meat, that works out to RM380 per kg. of meat.

Saya tahu, this is just a rule of thumb calculation. But looking at it from the taxpayer's point of view, the public has had RM250.0 million of their money (duit rakyat) squandered in a project that has yielded only 3,289 cows. As the project stands today, the public has suffered RM76,000 per cow. Those are very expensive cows !!

Folks I just spoke to a feedlot cow farmer. The guy is laughing his head off about this National Feedlot Project. Here is some quick information from this farmer :

Feedlot cows are bought when they are about 2 to 2 1/2 years old with a live body weight of about 300 kg.

After they arrive at the feedlot station, the cows are fed for three to four months where they should gain 25 kg of weight per month. So say after four months of "feedlot" feeding, the cows reach a minimum live weight of 400 kg which is suitable for meat slaughter. A 400 kg live cow should yield 50-55% meat. The market price is now about RM8.00 per kg (of live weight cow).

2 to 2 1/2 year old cows can be sourced from Thailand for as low as RM2000 per head. This is considered a good price. More expensive ones are imported from Australia. However, the average price is about RM8.00 per kg for live weight cow. So a 300 kg live weight cow will cost up to RM2400.

After say four months feedlot feeding and reaching 400 kg weight, the same cow would fetch a price of RM3200. This gives a gross margin in excess of 33% (which is not bad business).

The farmer I spoke to has a 14 acre farm where he raises 300 feedlot cows. But his actual feedlot area is only 1.5 acres, to house and feed his 300 cows. The remaining 12.5 acres are planted with grass ("Napier grass??) which are then harvested to feed the cows.

He says a feedlot cow needs only about 20 square feet of space each. The guy says 30 sf of space per feedlot cow is considered a luxury. So even if you have 5000 cows on your feedlot, you only need 5000 cows x 30 sf = 150,000 square feet or less than 3.5 acres of space.

He says being a feedlot, you do not want your cows walking or running around too much. They will not gain weight. So what is the purpose of the 5000 acres that was given to the National Feedlot Corporation?

The guy also said that 1 acre of land can grow enough "Napier" grass to feed 25 cows. So if you grow Napier grass on 100 acres, that is sufficient to sustain 2500 cows.

Going by this rule of thumb, the 5000 acres of land given to the National Feedlot Corporation can grow enough grass to sustain a population of 125,000 cows. But the Auditor General's Report says 3,289 cows represents 41% of the desired target. That means the feedlot's capacity was about 8000 cows only.

Using the feedlot farmers numbers, 8000 cows would only need 320 acres of grass land to sustain them. So what was the purpose of giving the National Feedlot Corporation 5000 acres of land? 5000 acres of land is enough to create a substantial oil palm plantation.

Too many UMNO people and BN people are unhappy that something like this is being treated so casually. They may not be saying much but they are not happy. The public is even more unhappy. Where is the Prime Minister's statement on this fiasco? Dato Seri seems to be maintaining an elegant silence. This is very disgraceful and if no action is taken, or heads chopped, it will cost the Government plenty of votes. It cannot be "business as usual" like as though nothing has happened.

Wednesday, November 16, 2011

The End Of UMNO...Say Last Good Bye To UMNO


UMNO adalah anugerah Allah kepada orang Melayu in the blessing and promising land-Tanah Melayu-Malaya-Malaysia.

Jangan nafikan sumbangan UMNO kepada pembangunan negara sejak 1946 hingga kini hampir 65 tahun. Tidak ada parti yang macam UMNO boleh survive lama dalam dunia. Mengapa?

Dulu..orang Melayu 100% menyokong UMNO. Orang Melayu percaya UMNO lah parti pembela agama, bangsa dan tanahair.

Sewaktu masa dulu majoriti kaum-kaum lain menyokong UMNO bersama gabungan Perikatan/BN. Kemenangan demi kemenangan diraih ketika PRU.

UMNO betul-betul mahu menjadi tunggak kerajaan yang baik memberi perkhidmatan kepada rakyat. Apa-apa dasar untuk rakyat.

Bila terlalu lama berkuasa buat kuasa itu korup. UMNO mencipta kasta-kasta. UMNO membina dinasti. UMNO membina kroni terpilih.

UMNO membina keluarga pemimpin-pemimpin.

UMNO sudah lupa kepada rakyat. UMNO sudah lupa kepada penyokong-penyokongnya.

UMNO menjadi feudal.

Rakyat tidak boleh tahan melihat UMNO yang lupa daratan dan mabuk kuasa.

Rakyat sudah bosan dan meluat melihat gelagat pemimpin UMNO yang mementingkan agenda peribadi keterlaluan.

Siapa yang boleh menyedarkan pemimpin-pemimpin UMNO yang alpa ini?

Pemimpin UMNO memewahkan keluarga dengan kondo mewah, maserati, dunia material kelas tertinggi, barang kemas bergermelapan berjuta-juta.

Bila rakyat cemuh dan menyampah. Rakyat akan tunjuk jalannya. Next PRU it will be the end of UMNO...say last good bye to UMNO.

Tapi kasta-kasta tinggi UMNO ini tidak peduli...rompaklah negara ini selagi kamu diberi kuasa dan kudrat. Apa peduli itu PRU rakyat tak sokong kita bawa hasil rompakan kita ke luar negara!

These bastard UMNO leaders can go to hell!

Apa yang WZWH mampu berkata 3.2 juta ahli UMNO perlu mulakan Gerakan Membersihkan UMNO. Kita buang pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah rosak, ditutup mata, telinga dan hatinya oleh Allah kepada kebenaran.

Let show our power of 3.2 millions members to these bastard UMNO leaders to exit. Make them understand that their cultures are obsolete and irrelevant to mainstream members.

Mari kita mulakan Gerakan Membersihkan UMNO dari sekarang...

Shahrizat Panggil Semua Ketua Wanita UMNO Negeri Ke Rumahnya Minta Janji Setia

Walaupun ramai pemimpin tertinggi UMNO mempertahankan Shahrizat dalam skandal NFC namun itu semua tidak boleh meyakinkan rakyat Malaysia dan majoriti ahli UMNO yang mula mempersoalkan kredibiliti dan integriti Shahrizat.

Dalam posting blog WZWH bertajuk: "Shahrizat Perlu Letak Jawatan Menteri Dan Ketua Wanita Demi Kebaikan UMNO/BN" sila klik sini, WZWH menyarankan:

  • Wanita UMNO perlu bangkit dan berani mendesak Shahrizat melepaskan semua jawatan parti demi nama baik dan ketelusan UMNO ekoran skandal NFC melibatkan bisnes keluarga Shahrizat.
  • Wanita UMNO Bahagian Jerantut perlu mengusulkan satu usul tergempar dalam Mesyuarat Agung Wanita UMNO Kebangsaan pada hujung tahun ini. WZWH boleh membantu Ketua Wanita UMNO Jerantut menderaf usul tersebut.
Ekoran itu Shahrizat telah memanggil semua Ketua Wanita UMNO Negeri ke rumahnya hari ini juga Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail (Suami Sharizat) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri di kediaman Shahrizat.

Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri turut mendesak Shahrizat agar TIDAK MELETAK JAWATAN, dan Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri dijangka akan turut mengadakan mesyuarat tergempar bersama Ketua-Ketua Wanita UMNO Bahagian di negeri masing-masing esok.

Dari pertemuan itu WZWH dapat menyimpulkan bahawa Shahrizat tidak akan sama sekali melepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia jauh sekali jawatan Senator dan Menteri.

Shahrizat ialah ahli UMNO paling bertuah dalam sejarah UMNO dekad ini. Beliau amat disayangi pemimpin UMNO.

Shahrizat kalah bertanding PRU 12 di parlimen Lembah Pantai DS Najib lantik senator dan Menteri.

Shahrizat dapat projek NFC RM250 juta walau ada masalah dikritik oleh Ketua Audit Negara namun Pak Lah dan Muhyiddin mempertahankannya.

28 juta rakyat Malaysia dan 3.2 juta ahli UMNO termenong memikir bahawa betapa specialnya pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.

WZWH sebagai ahli UMNO mahu Shahrizat bertanggungjawab di atas segala skandal NFC dan mahu beliau meletakkan jawatan.

Namun kalau itu pemimpin tertinggi UMNO tidak sanggup menyatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah maka jika UMNO dan BN tumbang dalam PRU 13 maka Shahrizatlah puncanya.

140 ahli parlimen UMNO/BN yang menang bertanding yang tidak dilantik Menteri atau Timbalan Menteri hanya letih menang pilihanraya tapi tidak diberi tempat.

70 Ketua UMNO Bahagian yang tidak berjawatan dan berpangkat hanya duduk diam saja tiada mood mahu buat kerja.

3.2 juta ahli UMNO diakar umbi sudah bosan melihat permainan pemimpin tertinggi UMNO di atas yang lebih memikir kepentingan peribadi dari negara.

Rakyat Malaysia pun sudah bosan dan meluat melihat kemungkaran ini yang merupakan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.

Tapi masih sempat lagi Shahrizat mencadangkan kepada DS Najib bahawa DUN Tahan di parlimen Jerantut itu perlu diberi kepada calon Wanita UMNO.....!

Tuesday, November 15, 2011

Kenapa Pak Lah Dan Muhyiddin Beriya Mempertahankan Shahrizat Dari Digugur Dari Kabinet?

Cowboy Mahyuddin mempertahankan skandal Projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd milik keluarga Shahrizat bernilai RM250 juta.

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokthar Radin meminta Shahrizat meletak jawatan Senator dan Menteri kerana skandal NFC RM250 juta melibatkan keluarga Shahrizat.

Pak Lah selepas menantunya KJ, mempertahan Shahrizat. Pak Lah kata itu bisnes keluarga suami Shahrizat yang uruskan. Jangan salahkan Shahrizat.

Lebih menarik lagi Muhyiddin turut mempertahankan Shahrizat tidak perlu letak jawatan Menteri. Muhyidin pula menegur Bung Mokthar tidak elok suruh "orang sesama kita letak jawatan".

Alasan Pak lah dan Muhyiddin ialah Shahrizat tidak terlibat secara lansung. Itu bisnes keluarga-suami dan anak-anak!

28 juta rakyat Malaysia dan 3.2 juta ahli UMNO tergelak sakan. Mereka bertanya beberapa soalan seperti :

  • Suami Shahrizat dapat dana kerajaan RM250 juta macamana dapat?
  • Kalau Shahrizat itu Shahrizat Jerantut boleh ke suami dia dapat dana RM250 juta?
  • Adakah kedudukan Ketua Wanita UMNO Malaysia membolehkan suami Shahrizat dapat dana RM250 juta?
  • Nama bisnes keluarga-suami dan anak-anak. Adakah isteri tidak masuk campur?

Kenapa Pak Lah dan Muhyiddin beriya mempertahankan Shahrizat dari dipaksa meletakkan jawatan?

Jawapnya mudah: 

  • Projek NFC bela lembu itu di era Pak Lah menjadi Perdana Menteri
  • Projek NFC bela lembu itu semasa Muhyiddin menjadi Menteri Pertanian

Bila projek ini 'in a mess' seperti laporan Ketua Audit Negara maka Muhyiddin bertanggungjawab kerana memberi projek kepada usahawan yang 'incompetent' tidak cekap dan tidak berkesan.

Muhyiddin beri dana RM250 juta kepada orang yang salah tidak kena pada tempatnya!

Banyak dana RM250 juta ini boleh buat Projek Jalanraya Ulu Tembeling fasa 1 dan fasa 2 yang didambakan oleh penduduk Ulu Tembeling sejak 60 tahun dulu.

Pembangkang memomokkan projek NFC ini, kalau dulu Sanusi cadang tanam padi atas atap rumah kini bela lembu di kondo berharga hampir RM10 juta di Bangsar. Projek bela lembu  paling unik dan canggih dalam dunia.

Muhyiddin banyak buat silap. Baru-baru ini  Muhyiddin mahu guru kerja 9 jam. Maka Muhyiddin mengarahkan dibuat eksperimen akan menjadikan guru-guru di empat buah negeri 'kubu BN' iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai 'guinea pigs' sistem waktu bekerja 9 jam sehari kerana menjangka guru-guru di negeri-negeri berkenaan umpama 'lembu-lembu fidlot' yang akan meragut apa saja. Sanggupkah guru-guru di negeri-negeri berkenaan meletakkan martabat diri guru-guru setaraf lembu-lembu fidlot?

Majoriti 400,000 guru dan Kesatuan Guru menentang tapi Muhyiddin tidak peduli apa reaksi guru-guru yang akan protes dalam PRU 13 nanti jika DS Najib gagal menangani isu ini dengan baik. 400,000 guru boleh berkembang menjadi 1.2 juta undi. Muhyiddin tidak peduli walaupun dasar itu tidak popular.

WZWH berpendapat Pak Lah dan Muhyiddin membuat kesilapan besar bila mempertahankan Shahrizat dari digugurkan dari Menteri Kabinet. Rakyat Malaysia dan ahli UMNO majoriti tidak akan percaya kepada integriti pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO/BN jika ini sikap yang diambil.

Pusat Pelancongan Kuala Tahan @ Taman Negara Perlukan Mesin ATM


Kuala Tahan @ Taman Negara Jerantut pusat pelancongan ecotourist terkenal dunia dengan hutan hujan khatulistiwa 130 tahun tertua di dunia. Flora dan fauna Taman Negara sungguh indah menggamit pelancong dan khazanah berharga negara.

Industri pelancongan Taman Negara Kuala Tahan menghasilkan ratusan juta RM bagi ekonomi Malaysia dan Pahang. Kementerian Pelancongan berkempen puluhan juta bagi menarik pengunjung datang melawat Malaysia dan Taman Negara.

Industri bank dan kewangan Malaysia adalah antara yang terbaik di rantau Asia. Bank-bank Malaysia seperti Maybank, CIMB, RHB, Public, Hong Leong, Ambank, Affin juga BSN.

Sayang..tidakkah CEO-CEO bank-bank tempatan ini berfikir untuk meletakkan sebuah mesin ATM di Kuala Tahan? Kalau pun tidak untung sekurangnya memberi servis kepada masyarakat.

Ramai pelancong-pelancong asing dari Eropah, Jepun, Amerika bertanya kepada WZWH mengapa tiada perkhidmatan mesin ATM walau sebuah pun di Kuala Tahan. Ini untuk bukan sahaja kemudahan pelancong-pelancong asing tapi juga untuk penduduk tempatan Tembeling Tengah dan Ulu Tembeling.

Duit orang Kuala Tahan ni tak muat dah nak letak bawah bantal..mereka mengeluh hendak letak kat mana lagi. Duit orang Kuala Tahan  sampai ada yang kena makan di lipas....!

Kajian bebas mendapati jika ada kemudahan mesin ATM ini akan menambah perbelanjaan pelancong sebanyak 15%.

Sampai sekarang WZWH berfikir kenapa CEO-CEO bank-bank Malaysia ini tidak terfikir untuk meletakkan walau sebuah mesin ATM di Kuala Tahan @ Taman negara.

Setidaknya  Nazir Tun Razak CEO CIMB perlu mengenang Kuala Tahan adalah ecotourist dunia di negeri Pahang negeri asal usul bapanya.

Ng Yen Yen Menteri Pelancongan seorang  Menteri dari Pahang pun tidak berfikir keperluan simple ini.

Tak kan ini pun nak tunggu arahan dari DS Najib Perdana Menteri!

Hello CEO guys, if your banks place ATM machines in Kuala Tahan @ Taman Negara then WZWH can says Banking with Nature!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...