Wednesday, September 12, 2012

Katakan Kebenaran Walau Pahit...Memperjuangkan Peniaga, Pemandu Teksi Dan Pengusaha Kecil Bandar Jerantut


YB Dato' Wan Amizan pemimpin harapan orang muda dan Middle Class Jerantut.


Perjuangkan Middle Class Jerantut


  • Perjuangkan Peniaga Melayu dan bukan Melayu bandar Jerantut
  • Perjuangkan Pemandu Teksi bandar Jerantut
  • Perjuangkan Pengusaha Kecil bandar Jerantut




'Orang parti' jual tanah, dakwa Pemuda Umno

BANDAR JERANTUT - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat penjualan tanah di kawasan bandar Jerantut yang didakwa berlaku penyelewengan membabitkan penjawat awam dan ahli  Umno sendiri.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul  Razak berkata, kes itu perlu disiasat supaya imej dan nama baik Umno dapat dibersihkan daripada segala unsur rasuah.
Menurutnya, Pemuda Umno berasa terpanggil membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat perkara itu bukan sahaja untuk membersihkan imej parti, malah bagi mengekang segala manipulasi projek dalam kawasan bandar oleh pihak tertentu.
"Laporan kepada SPRM akan dikemukakan dalam minggu ini supaya siasatan segera boleh dilakukan bagi membuktikan sama ada pihak tertentu memainkan peranan sehingga menyebabkan tanah di bandar ini beralih kepada syarikat bukan Melayu.
“Siasatan perlu dijalankan berikutan perkara ini kerap dibangkitkan ahli Umno di sini, malah Pemuda Umno turut menerima aduan daripada orang ramai supaya  kes ini disiasat mengikut undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian.
Wan Amizan berkata, dalang yang didakwa dalam kalangan orang kuat Umno itu sendiri telah menyebabkan banyak tanah di bandar Jerantut  bertukar milik kepada pihak lain.
Katanya, sebilangan tanah di Bandar Baru yang menempatkan tapak rekreasi, stesen teksi dan bas contohnya, sudah terlepas kepada syarikat tertentu akibat tindakan pihak terbabit.
“Pemuda Umno juga mahu SPRM membuat siasatan mengenai manipulasi ‘projek silang’ dalam kawasan bandar yang dilihat dimonopoli syarikat tertentu.
“Kita khuatir wujud unsur korupsi, penyalahgunaan kuasa dan gejala lain bagi kepentingan satu pihak, sedangkan rakyat seperti peniaga, pemandu teksi dan pengusaha kecil ditindas,” katanya.
Beliau berkata, Pemuda Umno sedia mengemukakan bukti supaya mereka yang terlibat disiasat mengikut undang-undang.
Wan Amizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan berkata, laporan yang akan dikemukakan Pemuda Umno kepada SPRM itu adalah untuk membersihkan imej Umno yang dilihat tercalar oleh perbuatan segelintir ahlinya.
"Perbuatan mereka menyebabkan parti pembangkang mengambil kesempatan, memperlekeh Umno dan memberi impak pada pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Siasatan perlu dibuat dan perlu dibuktikan untuk pengetahuan rakyat sesuai dengan perjuangan Umno yang lebih telus. Ini penting bagi melakarkan perubahan di samping perlu mempunyai pemimpin yang berintegriti dan amanah,” katanya.

Bila Orang Jerantut Komplen Reban Ayam Busuk!



Bandar Jerantut sudah berkembang. Sekarang anak-anak muda suka makan ayam goreng KFC, Pizza Hut, Mary Brown, Happy Fried Chicken, dan bermacam-macam outlet tidak termasuk berbagai restoren dan gerai yang lebih hidup pada waktu malam.

Oleh kerana permintaan makanan meningkat di Jerantut maka terdapat usahawan yang cuba memenuhi permintaan itu sebagai contoh menternak ayam secara komersial di tanah Jerantut.

Maka banyaklah reban-reban ayam dibina di kampung-kampung di seluruh parlimen Jerantut termasuk di DUN Damak, DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar.

Bila banyak reban ayam dibina maka kampung-kampung sebelum itu berbau wangi udaranya sudah menjadi tidak wangi. Bau busuk ditambah lagi banyak lalat berterbangan hinggap di rumah. Bila menyentuh makanan boleh buat orang kampung sakit.

Oleh kerana orang Jerantut semakin cerdik sekarang dan suka internet baca blog buat FB sendiri maka orang Jerantut sudah pandai komplen. Orang Jerantut suka makan ayam tapi tidak suka kepada reban-reban ayam yang mencemar udara busuk.

Maka datanglah media massa seperti stesyen-stesyen TV menemuramah pihak yang berkenaan. Macam-macam ditanya:


  • Apa status kelulusan tanah?
  • Ada TOL ke tak?
  • Apa perancangan Pejabat Daerah dan penyelesaian?
  • Apa dapat kelulusan Jabatan Haiwan?
  • Perlukah ada kawasan khas bela ayam?
  • Adakah ECER punya peruntukan khas bela ayam?


Adakah Jerantut memerlukan Pusat Bela (menternak) Ayam yang moden ada aircond baru orang Jerantut tidak lagi komplen?

Tuesday, September 11, 2012

Siapa Tokoh Korporat "Ahli PAS Seumur Hidup" Mastermind Projek Bandar Baru Jerantut?



Chameleon atau sesumpah boleh bertukar warna dari HIJAU kepada BIRU...

Dalam posting WZWH yang lepas sila klik sini mengenai penjualan tanah-tanah strategik bandar Jerantut kepada pemaju yang menjadi isu besar kemarahan orang Melayu dan orang Cina kepada UMNO Jerantut bila laporan akan diadu nanti kepada SPRM Putrajaya.

Beberapa keping tanah strategik yang luas kepunyaan MDJ telah mudah dijual kepada pemaju diluluskan pada tahun 2006. Golongan peniaga dan usahawan Melayu Jerantut berasa kecewa bila MDJ tunduk kepada kehendak pemaju yang mana pemimpin UMNO gagal mempertahan tanah bandar Jerantut yang mana lambat laun meminggirkan peniaga Melayu.

Siapa pengkhianat pemimpin Melayu ini yang sanggup mengadaikan kepentingan orang Melayu bandar Jerantut demi kepentingan peribadi? Peniaga Cina pun merungut kerana terpaksa membeli dan menyewa bangunan kedai dengan harga yang tinggi.

Menurut maklumat yang boleh dipercayai seorang tokoh korporat "Ahli PAS Seumur Hidup" merupakan mastermind Projek Bandar Baru Jerantut yang mengambil tanah-tanah strategik MDJ yang terlibat dari A to Z. Dari peringkat cadangan, rekomendation sampai ke peringkat melobi.

Bagaimana pemimpin-pemimpin  UMNO Jerantut dan UMNO Pahang sendiri terlepas pandang dengan permainan halus tokoh korporat "Ahli PAS Seumur Hidup" ini membuatkan beliau begitu berkuasa, menguasai dan memonopoli kelulusan tanah-tanah bagi cadangan dan tebang kayu serta ladang.

Diharap YDP PAS Jerantut dan Pesuruhjaya PAS Pahang melalui Setiausaha Agong PAS Pusat boleh mengesahkan dan memberitahu kepada 58,000 pengundi parlimen Jerantut siapa tokoh korporat "Ahli PAS Seumur Hidup" ini yang boleh hidup di dua alam politik!!!?

Rupanya pengkhianat UMNO Jerantut dan orang Melayu bandar Jerantut ialah orang PAS asalnya...sebab itu UMNO Jerantut boleh hancur dan rosak.

UMNO Bahagian Jerantut perlu dibersihkan.

Monday, September 10, 2012

SPRM Akan Menyiasat Penjualan Mudah Tanah Strategik Bandar Jerantut Kepada Pemaju



















SPRM akan menyiasat penjualan mudah tanah-tanah strategik bandar Jerantut kepada pemaju yang menjadi isu besar kemarahan orang Melayu dan orang Cina kepada UMNO Jerantut bila laporan akan diadu nanti kepada SPRM Putrajaya.

Beberapa keping tanah strategik yang luas kepunyaan MDJ telah mudah dijual kepada pemaju diluluskan pada tahun 2006. Golongan peniaga dan usahawan Melayu Jerantut berasa kecewa bila MDJ tunduk kepada kehendak pemaju yang mana pemimpin UMNO gagal mempertahan tanah bandar Jerantut yang mana lambat laun meminggirkan peniaga Melayu.

Siapa pengkhianat pemimpin Melayu ini yang sanggup mengadaikan kepentingan orang Melayu bandar Jerantut demi kepentingan peribadi? Peniaga Cina pun merungut kerana terpaksa membeli dan menyewa bangunan kedai dengan harga yang tinggi.

Inilah yang akan mahu dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dalam ucapan perasmiannya bahawa Pemuda UMNO mahu membersihkan UMNO Jerantut dari pengkhianat bangsa yang mengadai kepentingan orang Melayu bandar Jerantut.

Isu panas ini pada awalnya telah dibangkit dan digerakkan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut. Ketua Wanita telah menerima banyak rungutan dan komplen dari golongan peniaga Melayu bandar Jerantut. Ketua Wanita telah membangkitkan isu ini kepada UMNO Bahagian Jerantut tapi tiada tindakan. 

Ketua Wanita UMNO Jerantut lalu telah berjumpa dengan PM mengadu hal pada tahun lepas. Akhir ini Ketua Wanita Jerantut tidak puas hati bila tiada juga hasil.

WZWH difahamkan EXCO Pahang meluluskan tanah-tanah strategik bandar Jerantut itu kepada pemaju itu kerana pemegang sahamnya semua orang Melayu tapi bila permohonan itu telah diluluskan terus semua orang Melayu itu menjual kepentingan saham kepada bukan Melayu! Semacam ada perancangan halus untuk menipu EXCO Pahang.

Ketua Pemuda UMNO Jerantut dan Ketua Wanita UMNO Jerantut akan bersama-sama membuat report kepada SPRM Putrajaya.




Ahli parlimen Jerantut tiada kuasa dan kedudukan untuk meluluskan permohonan tanah di negeri. Hanya ADUN dan EXCO pada tahun 2006 ada kuasa mencadangkan, merekomenkan dan melobi tanah-tanah strategik bandar Jerantut dijual kepada pemaju dengan begitu mudah tanpa memikirkan kesan kepada peniaga Melayu bandar Jerantut.




















Ketua Pemuda UMNO Jerantut yang semakin lantang dan garang...

WZWH juga bersetuju supaya pengkhianat UMNO Jerantut dan pengkhianat Melayu yang sanggup mengadaikan tanah-tanah strategik bandar Jerantut dibawa ke pengadilan dan dihukum.

UMNO Bahagian Jerantut perlu dibersihkan.

Isu tanah-tanah strategik bandar Jerantut mudah dijual kepada pemaju yang boleh meminggirkan peniaga-peniaga Melayu perlu diselesaikan agar JANGAN MENJADI LAIBILITI sebelum PRU 13 kalau boleh...

Sokongan Orang Jerantut Kepada Tengku Azlan Ahli Parlimen Jerantut Semakin Meningkat



















Sokongan orang Jerantut kepada Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut semakin meningkat. Ini terbukti dengan kehadiran Majlis Raya Parlimen Jerantut baru-baru ini di Dataran Inderapura Bandar Jerantut. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran 10,000 orang.

Biar pun Tengku Azlan @ Ku Lan sering menyatakan tidak mahu bertanding lagi dan mahu mengundur diri namun dengan perkembangan terbaru politik Jerantut dijangka pengundi atas pagar, pengundi UMNO yang ramai protes pada PRU 12 akan kembali menyokong BN.

Ramai ahli PAS dikatakan tidak mahu mengundi pada PRU 13 ekoran isu-isu panas dalam kepimpinan PAS Jerantut. Rasa tidak puas hati dikalangan ahli PAS dan Pakatan Rakyat membuatkan   Ku Lan berada dalam keadaan tidak sukar untuk mempertahankan parlimen Jerantut jika beliau mahu bertanding lagi.



















Dengan barisan AJK UMNO Bahagian Jerantut yang sentiasa mengepung dan menyokong Tengku Azlan membuktikan beliau masih menjadi tokoh penyatuan Jerantut bagai glu mengikat semua AJK UMNO Bahagian yang bercita-cita tinggi.




















Sokongan dan dorongan Tunku Puteri Jawahir isteri Tengku Azlan membuatkan Tengku Azlan sentiasa cool dengan karenah dan masalah politik Jerantut. Tunku Puteri Jawahir yang aktif berbagai NGO dan pertubuhan serta sukan sangat memahami kareer suami.



















Pemuda UMNO Bahagian Jerantut mahu Tengku Azlan berhenti mengeluarkan kenyatan tidak mahu bertanding lagi. Pemuda UMNO mahu Tengku Azlan menyatakan pendirian MAHU atau TIDAK MAHU bertanding lagi...

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut sentiasa memberi sokongan dan bekerja kuat memastikan kemenangan Tengku Azlan jika beliau mahu mempertahankan parlimen Jerantut PRU 13.

Kenapa Tengku Azlan masih lagi relevan di Jerantut akan WZWH kupas secara mendalam analisa politik Jerantut pada posting-posting yang akan datang.

Saturday, September 8, 2012

Jamuan Hari Raya Anak-Anak Pulau Tawar di Kuantan



















Malam tadi WZWH menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Anak-Anak Pulau Tawar di Kuantan. 

Majlis sambutan Hari Raya bagi anak-anak Pulau Tawar sekitar Kuantan dan Pekan diadakan  pada 7 September 2012 di rumah Abang Din Etang Sharif, Kampung Jawa, Kuantan.

Seramai hampir 500 ahli keluarga turut hadir. Ada yang datang dari Kampung tradisional Pulau Tawar Jerantut untuk meraikan majlis dan bertemu sedara mara.

WZWH mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk mengenali sedara mara Pulau Tawar dengan lebih rapat lagi.

Hubungan WZWH dengan keluarga Pulau Tawar terjalin sejak zaman nenek moyang lama WZWH:

Teh Mahada adik kepada Khatib Bahrain Imam Jenderal Perang Pahang sewaktu zaman Bendahara Tun Mutahir adalah moyang WZWH. Teh Mahada adalah bonda kepada Pahlawan Pahang Mat Kilau. Ini adalah hasil perkahwinan ke dua Teh Mahada dengan Imam Perang Rasu Tok Gajah.

Moyang WZWH yang bernama Che Wan Ahmad bin Engku Khatib (Wan Endut) berkahwin dengan Tijah Kedondong melahirkan Wan Besar dan Wan Ngah. Arwah Penghulu Engku Mohd Basri bin Engku Saleh dan Arwah Penghulu Wan Basri bin Wan Alang adalah cucu Tijah Kedondong.

WZWH sendiri berkahwin dengan orang Pulau tawar. Isteri WZWH adalah cucu Aki Jaafar.

Di Jerantut hubungan orang Tembeling dengan orang Pulau Tawar telah berkait lama. 



















Mohd Adil AJK UMNO Bahagian Jerantut calon muda potensi DUN Pulau Tawar bersama Dato' Zul YDP MPK.



















Blogger Cucu Mat Kilau (CMK) @ Ahmad Shukri admin blog Pahang Daily Online (PDO). Harap lepas ini jangan blogger CMK menghentam MPK lagi....Pening Dato' Zul dibuatnya. Pakat-pakatlah deme bersedara...ekekekekekeke...



















Sebahagian sedara mara Pulau Tawar menjamu juadah Hari Raya.



















Blogger CMK, WZWH, Mohd Adil dan Dato' Zul sedang santai.



















Orang kuat aktivis Pulau Tawar, Bro Saroji CEO Suruhanjaya koperasi Malaysia bergelak ketawa dengan blogger CMK mendengar pungkor WZWH.....



















Cikgu Azam Ramli, admin paling berpengaruh FB Salasilah Keluarga Pulau Tawar. Pemimpin berpengaruh dikalangan anak-anak muda di kampung Tradisional Pulau Tawar. Beliau sanggup datang dari Jerantut ke Majlis malam ini membuktikan komitmen beliau dengan sedara mara Pulau Tawar.



















Abang Idros Yahya Pengerusi Majlis memberi sepatah kata dua meraikan keluarga anak-anak Pulau Tawar disekitar Kuantan dan Pekan. Beliau adalah Pengarah Pelancongan Negeri Pahang, suami kepada Kak Rafidah Sidek. 



















Abang Din Etang Sharif tuan rumah Majlis mengucap terima kasih diatas kehadiran sedara mara Pulau Tawar yang hadir. Beliau sungguh terharu dengan ramainya sedara mara hadir.



















Bro Mahathir anak Ayah Po, Pengarah Pendaftaran Pahang turut hadir bersama Abang Paie gambar di bawah.



















Suasana ceria dan meriah majlis jamuan Hari Raya Anak-Anak Pulau Tawar sekitar Kuantan dan Pekan di Kampung Jawa, Kuantan.


Friday, September 7, 2012

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PEMUDA BARISAN NASIONAL PARLIMEN JERANTUT

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PEMUDA BARISAN NASIONAL PARLIMEN JERANTUT

TARIKH : 9/9/2012

TEMPAT: PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI JERANTUT(ADTEC)  KG  TEMIN

MASA    : 2.00 PETANG HINGGA 6.00 PETANG

"ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR"



Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) bernilai RM120 juta yang bakal melahirkan tenaga kerja dalam sektor industri negara telah mula beroperasi tahun 2012 di Kampung Temin, Jerantut.

Majlis Jamuan Hari Raya Pemuda Barisan Nasional Parlimen Jerantut di ADTEC pada hari Ahad 9 September 2012 dari pukul 2pm hingga 6pm.

Dijangka hadir ialah :

  • Pemimpin-pemimpin BN dan komponen UMNO, MCA, MIC, Gerakan dll melibatkan semua sayap.
  • Ketua-ketua Jabatan.
  • Tan Sri, Dato' Sri, Dato'-Dato' Jerantut.
  • Dewan Perniagaan Cina Jerantut.
  • Dewan Perniagaan Melayu Jerantut.
  • Dewan Perniagaan India Jerantut.
  • Semua NGO dan Persatuan dan Kelab Jerantut.
  • Semua Pertubuhan Belia Jerantut.
  • Peminat dan penyokong BN Jerantut.
  • Pengamal Media baru Facebooker, Twitterer, Blogger Jerantut.
  • Orang kampong disekitar dan berhampiran ADTEC Temin.
  • Ahli PAS, PKR dan DAP yang mahu beralih arah menyokong BN Jerantut

Majlis dijangka menerima 10,000 kehadiran yang diharap dapat meraikan dengan lebih ceria Majlis Jamuan Hari Raya Pemuda Barisan Nasional Jerantut.

WZWH berharap para pemimpin BN dan komponen termasuk sayap-sayap dapat berkenalan dengan lebih mesra supaya permuafakatan dan kerjasama yang erat dapat membantu memenangkan parlimen Jerantut dan DUN Damak, DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan.

Pada pagi Ahad itu juga 9 September 2012 berlansung Mesyuarat Agong Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2012 juga di ADTEC Jerantut. Para perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut akan merumuskan satu resolusi khas dan bertenaga menjelang PRU 13.

WZWH akan bawa usul politik yang diharap dapat membawa hala tuju politik Jerantut ke arah landasan perubahan iklim politik Jerantut demi manfaat semua warga parlimen Jerantut.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...