Monday, September 10, 2012

SPRM Akan Menyiasat Penjualan Mudah Tanah Strategik Bandar Jerantut Kepada Pemaju



















SPRM akan menyiasat penjualan mudah tanah-tanah strategik bandar Jerantut kepada pemaju yang menjadi isu besar kemarahan orang Melayu dan orang Cina kepada UMNO Jerantut bila laporan akan diadu nanti kepada SPRM Putrajaya.

Beberapa keping tanah strategik yang luas kepunyaan MDJ telah mudah dijual kepada pemaju diluluskan pada tahun 2006. Golongan peniaga dan usahawan Melayu Jerantut berasa kecewa bila MDJ tunduk kepada kehendak pemaju yang mana pemimpin UMNO gagal mempertahan tanah bandar Jerantut yang mana lambat laun meminggirkan peniaga Melayu.

Siapa pengkhianat pemimpin Melayu ini yang sanggup mengadaikan kepentingan orang Melayu bandar Jerantut demi kepentingan peribadi? Peniaga Cina pun merungut kerana terpaksa membeli dan menyewa bangunan kedai dengan harga yang tinggi.

Inilah yang akan mahu dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dalam ucapan perasmiannya bahawa Pemuda UMNO mahu membersihkan UMNO Jerantut dari pengkhianat bangsa yang mengadai kepentingan orang Melayu bandar Jerantut.

Isu panas ini pada awalnya telah dibangkit dan digerakkan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut. Ketua Wanita telah menerima banyak rungutan dan komplen dari golongan peniaga Melayu bandar Jerantut. Ketua Wanita telah membangkitkan isu ini kepada UMNO Bahagian Jerantut tapi tiada tindakan. 

Ketua Wanita UMNO Jerantut lalu telah berjumpa dengan PM mengadu hal pada tahun lepas. Akhir ini Ketua Wanita Jerantut tidak puas hati bila tiada juga hasil.

WZWH difahamkan EXCO Pahang meluluskan tanah-tanah strategik bandar Jerantut itu kepada pemaju itu kerana pemegang sahamnya semua orang Melayu tapi bila permohonan itu telah diluluskan terus semua orang Melayu itu menjual kepentingan saham kepada bukan Melayu! Semacam ada perancangan halus untuk menipu EXCO Pahang.

Ketua Pemuda UMNO Jerantut dan Ketua Wanita UMNO Jerantut akan bersama-sama membuat report kepada SPRM Putrajaya.




Ahli parlimen Jerantut tiada kuasa dan kedudukan untuk meluluskan permohonan tanah di negeri. Hanya ADUN dan EXCO pada tahun 2006 ada kuasa mencadangkan, merekomenkan dan melobi tanah-tanah strategik bandar Jerantut dijual kepada pemaju dengan begitu mudah tanpa memikirkan kesan kepada peniaga Melayu bandar Jerantut.




















Ketua Pemuda UMNO Jerantut yang semakin lantang dan garang...

WZWH juga bersetuju supaya pengkhianat UMNO Jerantut dan pengkhianat Melayu yang sanggup mengadaikan tanah-tanah strategik bandar Jerantut dibawa ke pengadilan dan dihukum.

UMNO Bahagian Jerantut perlu dibersihkan.

Isu tanah-tanah strategik bandar Jerantut mudah dijual kepada pemaju yang boleh meminggirkan peniaga-peniaga Melayu perlu diselesaikan agar JANGAN MENJADI LAIBILITI sebelum PRU 13 kalau boleh...

9 comments:

Anonymous said...

haaaaa, kawe tahu sape DALANGnyeeee, bro nak tahu UMNO @ umNO @ UmNO @ ape2 same jeee, pangkah lahhhhh PAS sahaja, Dap no PKR nooooo

Anonymous said...

Kes ni hampir tujuh tahun dah berlalu! mengapa sekarang baru berindak..ini tanda PRU13 dah hmpir. Inilah perangai UMNO, sebagai pembela konon.

Bila menang pilihanraya...berebut2, sape dulu. Kalau tak dema kome...semunya geng2 UMNO yg buat pasai.

Anonymous said...

Kenapa la jual sikit2...huhuhu
Mana cukup nak bagi-bagi...huhuhu
Kalau nak jual tanah biar jual semua sampai ke feri hala ke simpang jengka 8...baru untung manyak maa...
Ini mesti PR punya angkara ni...huhuhu
Belum jadi pemerintah dah jual tanah sana-sini...huhuhu
Ada la tu Adun PAS yang tak dapat projek buat angkara niii...huhuhu
Mesti balah besor PR lepas ni...huhuhu
Anak muda dah memberontak ni...huhuhu
Akhirnya dunia milik anak muda...huhuhu
Kuda tua tak paham2 ke...huhuhu
be end PASti makin teguh!!!....huhuhuhuhu

Anok Bukit Guling Gendang

Anonymous said...

sama aje perangai puak umno tu. kaLAU TAK MENJUAL TANAH DAN HAK2 KEPENTINGAN melayu, mereka akan membolot dengan rakus menjadikan hak milik mereka, contohnya apa yan ahli dun TAHAN lakukan. SEBOK2 ni apahal ni...mesti dah mula nak cas keting sesama umno...kita tengok sapa yang kene......

Anonymous said...

Bagus la kalau mcm tu.nak juga tengok ngapa permohonan tanah orang kampung tradisional orang jerantut lambat sangat lulus,permohonan bertindih berbanding permohonan yg dibuat oleh tokey2.
Kami orang muda sedang memendam rasa dan akan memberi undi kpd org yg mempertahankan rakyat berbanding tokey2..ingatlah bahawa undi rakyat lebih ramai berbanding undi tokey2.jgn jd hero kpd tokey tapi jadilah hero kpd rakyat..
harap2 sprm segera masuk ke pej tanah juga....

dobit127 said...

Isu pemilikan tanah ini agak payah untuk disabitkan kekalutannya di makhamah.. Dah terlepas, jarang sekali tanah itu akan kembali lagi ke pangkuannya... Orang yang terlibat jarang2 dikenakan tindakan drastik malah makin bersenang lenang hasil terdahulu...

Yang lepas, kita teruskan tindakan selanjutnya manakala yang lebih penting yang ada dikekalkan... Ni tidak, berebut nak jadi Ahli Majlis konon nak berkhidmat sangat padahal mencari ruang dan peluang menambah kekayaan diri...

Sekarang banyak perancangan projek ke arah pembandaran Jerantut sebagai bandar besar... Ruang2 itu mungkin Pemuda UMNO boleh menjadi juara untuk menjadi audit atau mata luar memantau pergerakan projek2 itu... Bila sesuatu isu sudah terlepas, habislah.. nak berpatah balik susah sekali...

Sebagai contoh, Projek Pembangunan Bandar Baru Jerantut yang melibatkan pembinaan kompleks membeli belah, kedai2 dan lot2 pejabat dikatkan dibuat di Tapak berhadapan Pejbat MDJ.. Mungkin Pemuda menerusi pelbagai JK pelbagia yang tak buat kerja boleh memantau projek itu dari segi perancangan, pemilikan, pembuatan dn akhirnya sekali mas depan orang Melayu di situ... Jika mahal ruang niaga, apakah cara atau kaedah yang boleh dibantu?.. MARA atau UDA?.. Tekun mahupon PUNB?....

Memang bercakap lebih mudah dari bertindak, tetapi dari percakapan itu bermulanya pertindakan yang dibuat...

so, Pemuda UMNO yang baru habis bersidang ahad lalu, ayuh.. buktikan anda semua terutamanya exco, anda sebenarnya layak duduk di situ... Tahun depan sudah pemilihan lagi....

p.s. betul kata Dato Mizan dan Dato' Jalal , tiada siapa berani berucap, datang mencukupkan kourom sahaja.. menunjukkan muka... Tak pe.. Kawan boleh dan suka bercakap.. Insyaallah, Meyuarat UMNO Bahagian ni, pon kawan akan bercakap jika ada ruang dan peluang...

Anonymous said...

Apa yang nak dilaporkan. Sepatutnya mengaku kesalahan sendiri dulu. Berapa ramai orang menjadi korban. Jika keluasan tanah 10 ekar, di sukat oleh pihak2 tertentu. Bila dah lulus ada pancang batu. Tuan tanah dah kesah lagi dah kerana ada pancang batu. Jika tak percaya pergilah sukat dan ukur semula. Berapa luas ajer yang kamu dapat. Sebab itu ada diantara tanah2 dikatakan terbiar dan tak berpunya aleh2 dapat kepda sikeparat.

Anonymous said...

Orang J'tut yg cerdik sikit tidak mengharapakan J'tut menjadi bandar besar atau menjadi bandaraya...besar kecil tidak bagitu penting. Cukuplah buat ketika ini J'tut memiliki beberapa supermarket sprti Gian, TF dan beberapa lagi. Yg menjadi keutamaan bagi penduduk yg rata2 bersumber pendapatan dari sektor pertanian ialah dapat menjana pendapatan melalui sumber2 lain/sampingan...

Kebergantungan ekonomi hanya kepada getah dan sawit yg mana harga komoditi ini selalu berubah2(sgt bergantung kpd faktor fundimental dan teknikal) tidaklah bagitu baik...Lihat apa yg berlaku sekarang, harga getah merudum keparas RM2.5/kg (vs RM5/kg), manakala sawit pula jatuh kpd RM470mt (vs RM700/mt) ditambah pula dgn produktiviti yg rendah selain harga keperluan dan perkhidamatan yg melambung tinggi boleh mengancam kesetabilan ekonomi dan emosi anak watan.

Kan Jerantut ada Taman Negara, Jerantut ada Kampung Tradisi yg bersejarah,
Jerantut ada tahnah yg sangat luas dgn kadar keluasan Tanah:Penduduk antara yg tertinggi di Semenanjng,
Jerantut ada sungai pahang yg indah permai, Jerantut ada kelah dan jelawat, Jerantut ada tanah Temin seluas 500 ekar (yg telah dipajak kpd En Goh) yg sangat strategik dari segi logistik untuk dijadikan tapak kolej/universiti berkembar atau sekurang2nya menjadi kilng vendor komponen kereta...

Masalahnya, J'tut tak ada manusia yg cerdik, Jerantut tak ada pemimpin yg berkalibar....pemimpin yg sediada adalah yg diimport..tak mungkin mereka2 ini ada 'jiwa dan rasa' macam orang Jerantut yg suka makan asam rong perah dan belimbing mati..

Rasahati: Mat Periba

Anonymous said...

Cukup2 umno , kalau tak sanggup membantu
Melayu, resign saja. Korang semua kena ingat, emak,
Ayah Dan keluarga Kau semua orang
Melayu.
Kalau Kau orang jujur, keadaan politik melayu
Tidak Huru-hara macam Sekarang ni.
Memang ramai melayu yang kaya Dan pendidikan
tinggi tapi banyak harga yang harus dibayar.

Agama islam tergadai
Tanah melayu tergadai
Dosa yang menimbun
Orang kampung teraniaya
Hutang negara berganda
Undang2 2 laras

Dan inilah menyebabkan semakin ramai orang
melayu menjauhi diri.
Kau orang tak cukup makan lagi ke ?

Dan ingat masa kecil dulu, kau orang tinggal
Berdindingkan papan lapis dan tangga yang
Menunggu masa nak patah.
Bila besar, anda berusaha untuk duduk Rumah banglow 3 tingkat walaupun terpaksa menipu dan
Mengadaikan islam, melayu dan alam,

Kesian Kau Orang Semua.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...