Friday, September 21, 2012

Siapa Calon MCA DUN Damak PRU 13?

Satu kejutan telah berlaku bila UMNO Bahagian Jerantut dalam mesyuarat 2012 telah mengusulkan:

  • MCA perlu letak calon baru yang boleh menang untuk bertanding di DUN Damak PRU 13.
  • Jika MCA tiada calon boleh menang maka UMNO  mahu kuota DUN Damak.

Rasional UMNO Bahagian Jerantut begini:

  • Majoriti undi DUN Damak semakin merosot.
  • PRU 11 MCA menang majoriti 2544.
  • PRU 12 MCA menang majoriti 509.
  • Calon MCA yang sama sejak 4 penggal lepas.
  • MCA Jerantut kurang berjaya menarik perhatian dan minat orang Cina.

Mari lihat data terkini DUN Damak:

Bilangan pengundi berdaftar: 22,098 dengan pecahan mengikut kaum:

  • Melayu      12,336 (55.82%)
  • Cina              7690 (34.8%)
  • India              1328 (6.01%)
  • Orang Asli       676 (3.06%)
  • Lain-lain             68 (0.31%)

Untuk mengkaji apa kesan jika MCA Jerantut gagal tonjolkan calon baru dan jika UMNO Jerantut berkeras mahu ambil kuota DUN Damak mari kita lihat data Parlimen Jerantut pula:

Bilangan pengundi berdaftar: 56,146 dengan pecahan mengikut kaum:

  • Melayu        45,276 (80.64%)
  • Cina               7837 (13.96%)
  • India              1624 (2.89%)
  • Orang Asli      1296 (2.31%)
  • Lain-lain          113 (0.20%)

Dengan data yang ada MCA dan UMNO Jerantut perlu berbincang berdasar fakta bukan dengan emosi.

Apa yang disarankan oleh UMNO Jerantut ada baiknya. MCA Jerantut perlu terima cabaran UMNO Jerantut supaya jentera MCA Jerantut lebih cekap dan berkesan.

Apa MCA Jerantut perlu buat?:

  • Kenalpasti siapa ahli-ahli  MCA Jerantut?
  • Dimana cawangan dan AJKnya?
  • Aktif atau tidak aktif?
  • Bagaimana menarik minat pengundi Cina?

WZWH sebagai blogger dan ahli politik Jerantut telah menyatakan bahawa DUN Damak perlu dikekalkan kepada MCA cuma WZWH mahu MCA perlu bekerja lebih keras supaya lebih ramai pengundi Cina menyokong calon parlimen BN Jerantut.

Tiada erti jika UMNO Jerantut bersusah payah memenangkan MCA di DUN Damak namun tiada usaha yang serupa dilakukan bagi memenangkan calon parlimen Jerantut yang diwakili oleh UMNO!

Siapa calon MCA DUN Damak PRU 13 itu hak pemimpin tertinggi MCA. Namun WZWH sebagai blogger Jerantut juga perlu  menyuarakan kehendak beberapa kumpulan komuniti Cina Jerantut. 

Mereka mahu WZWH tonjolkan calon-calon mereka dan WZWH terpaksa akur dengan kehendak mereka kerana blog WZWH adalah blog politik Jerantut dan suara rakyat Jerantut.

Walau dikatakan pengundi Cina  Jerantut pada masa sekarang lebih tertarik kepada perjuangan DAP berbanding MCA tapi bila WZWH turun padang berjumpa dengan orang Cina Jerantut WZWH dapati  untuk mendapat sokongan orang Cina Jerantut kita perlu mendekati juga pertubuhan NGO dan persatuan Cina Jerantut termasuk Dewan Perniagaan dan clan-clan.

Yang penting pegang kepala-kepala pemimpin Cina Jerantut. Orang Cina Jerantut bukan macam orang Cina Bangsar. Orang Cina Jerantut juga majoriti orang Cina Pahang ada juga adat dan sejarah mereka yang berkait dengan politik tradisional Pahang.

Siapa calon MCA DUN Damak PRU 13 jika berlaku perubahan calon? Disini WZWH perkenalkan nama-nama dua calon:
  1. Dato' Ng See Tiong
  2. Dato' Lam Kuang Yau

ng see
Dato' Ng See Tiong, 52 tahun.

Seorang peguam di firma Ibrahim Kamaruddin & Associates. Graduate Universiti Malaya. Anak jati Jerantut. Ahli MCA yang berpengalaman. Ahli MDJ. Mesra dengan orang Melayu. Suka bergaul dengan masyarakat. Pandai bercakap dengan hujah yang meyakinkan. Juga aktif dengan pertubuhan NGO Cina Jerantut.


Dato' Lam Kuang Yau, 50 tahun.

Seorang ahli perniagaan dalam bidang pembinaan. Graduate Bsc Civil Ingineering dari University of Aberdeen, Scotland, UK. Anak Cina Sungai Jan Jerantut. Ahli MCA yang aktif dengan Persatuan Pertubuhan Cina, Naib Presiden. Aktif dengan masyarakat Cina Jerantut terutama sukan.

Jika ada pemimpin tertinggi MCA membaca posting blog WZWH ini harap pandang-pandanglah dan jeling-jelinglah calon-calon MCA DUN Damak PRU 13 ini.

9 comments:

suara Api said...

GuA setuju dengan apa yg diperkatakan oleh wzwh.

Anonymous said...

...kedua dua Dato' ini BUKAN Winable Candidate !...Cadangan diadakan SHOWDOWN PRU13 DUN DAMAK diantara DAP vs UMNO. Barulah EXCITING !

Relevan said...

\o/ dato Lau lee juge :)

Anonymous said...

Dap Jerantut sudah siap sedia menunggu !..

Anonymous said...

Assalam orang Jerantut
Kas nak bagi tahu
Kalau calun melayu dengan melayu
Pilih pas/pakatan
Kalau calun cina dengan cina
Pilih pakatan
Kalau calun melayu dengan cina
Pilih melayu

Anonymous said...

anon 2:57PM.

Klu berlaku pertandingan antara Melayu:China dgn calon Melayu terdiri drp wakil parti UmNO maka mintak maaflah saya tak akan mengundinya...saya lebih rela bertandingan sebagai calon BEBAS. Apa macam...boleh sokong saya?? Atau dema masih nak beri peluang kpd UmNO yg dah nak karam yg mana perjuangan mereka semata2 untuk perut dan kerabat.

Kutukandewata said...

UMNO KARAM???

KALAU UMNO DAH KARAM KAU UNDILAH PAKATAN.HABIS CERITA.

MASING-MASING BERHAK.UNDI DI TANGAN ANDA.

MASING-MASING ADA PILIHAN SENDIRI.GUNAKANLAH AKAL YANG ALLAH BERI UNTUK MEMILIH SIAPA YANG AKAN MEMERINTAH NEGARA.

TAPI JANGAN LUPA JANJI ALLAH:

"AKU AKAN NAIKKAN KERAJAAN YANG AKU SUKA,DAN AKU AKAN JATUHKAN KERAJAAN YANG AKU TAK SUKA."

USAHLAH KITA PENING-PENING KEPALA SAMPAI MEMBURUKKAN SESAMA KITA.

Anonymous said...

Lam Kuang Yau ini adalah rakan sedarjah saya semasa di sekolah menengah dulu.

Kami merupakan kawan yang baik sekali masa tu.

Tapi selepas dia balik dari Scotland dia menjadi sangat angkuh sekali.

Semua rakan sedarjahnya dipandang rendah malah dia mengatakan perkataan2 yang menghina sekali semasa kami ada reunion.

Macam mana dia dapat gelaran Datuk dia. Apakah yang dia lakukan?

Dia juga pernah mengaku melakukan hubungah seks dengan makyah.

Jangan lantik atau undi dia sebagai ahli DUN.


Anonymous said...

Lam Kuang Yau ni juga sibuk menebang kayu balak di negeri Pahang menjadikan dia kaya raya dan bertambah angkuh.

Walaupu saya adalah rakan sedarjahnya dan 'best friendnya' di sekolah menengah dulu, saya tidak akan sokong dia.

Jangan biarkan dia dilantik.

RAKAN

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...