Thursday, September 27, 2012

Ujian DNA: Mohd Nor Jaafar TIDAK BERSALAH



Mohd Nor Jaafar, Presiden KITA Pahang.

Suspek utama yang dikaitkan dengan isu 'sumbang mahram' yang sedang hangat diperkatakan di Jerantut, Mohd Nor Jaafar terbukti TIDAK BERSALAH kerana hasil dari keputusan ujian DNA bukan milik Mohd Nor Jaafar dua minggu lepas.


Jika awal bulan lepas ramai blogger Jerantut terutamanya dan blog WZWH sendiri ghairah memperkatakan saspek kes sumbang mahram ini maka dengan keluarnya keputusan ujian DNA secara sah dan rasmi dari Polis Pahang maka kita blogger Jerantut perlu juga menyatakan yang benar bahawa Mohd Nor Jaafar tidak bersalah dari segi undang-undang.

Jika ada posting-posting kita blogger Jerantut termasuk blog WZWH yang menyentuh isu ini melibatkan dan mengaitkan Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang dan Tok Guru Nik Aziz maka itu tidak profesional dari segi etika kewartawanan blogging dan perlu kita blogger Jerantut termasuk WZWH sendiri meminta maaf. Termasuk banyak fakta salah yang diberikan.

Dalam menyampaikan berita media baru: yang benar tetap benar yang salah tetap salah. 

Kita kena tunjuk kita orang Jerantut menjaga aib dan maruah seseorang sesama Islam walaupun berlainan parti dan ideologi.

Sebagaimana Allah menutup aib hambanya yang berdosa kerana sifatnya AS SATTAR (MENUTUP KEAIBAN HAMBA) maka kita juga harus menutup keaiban manusia lain yang berdosa apatah lagi kalau manusia itu tidak berdosa atau tidak bersalah. Itulah akhlak Islam.

4 comments:

Durian Gugur said...

Tahniah wzwh

Anonymous said...

Yg benar katakan benar..

Cara yg betul, kena berjumpa sendiri dan nayatakan permohonan maaf drp si batang tubuh yg terkena fitnah...

Anonymous said...

Bersedia menghadapi bakal jutawan apabila ada diantara kena saman fitnah.

Anonymous said...

ramai yg terkedu kot bila en mat nor di dapati tak bersalah.tiada DNA pd bayi yg di lahirkan. sebab tu tak ramai yg komen.
dengar citer bloger2 umno pun dah delete posting yg berkaitan dgn en mat nor.
setahu koi org yg menuduh org berzina tanpa 4 saksi maka si penuduh itulah yg kena sebat. apatah lagi bila yg dituduh tu memang disahkan secara klinikalnya tidak bersalah.lagi kena sebat.
lain kali jgn lah ghairah sgt dgn benda2 mcm ni.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...