Sunday, September 23, 2012

Ahli Parlimen England


Pernahkah orang Jerantut bertanya apa kerja ahli parlimen? Ada yang boleh jawab. Ada yang tidak berapa pasti. 

Jerantut adalah konstituensi baru sejak 1974 hinggalah PRU 2008. Bermakna konstituensi Jerantut baru ada 4 ahli parlimen dari 1974 hingga 2012. PM Malaysia pun sudah ada 6 orang.

Posting WZWH kali ini mengajak 56,000 pengundi Jerantut berfikir apa tugas sebenar ahli parlimen Jerantut. Setengah dari pengundi yang berumur bolehlah melihat pengalaman kerja ahli parlimen Jerantut yang dulu dan sekarang.

Kalau ditanya kepada pengundi Jerantut tentu sering kita dengar tugas ahli parlimen ialah membawa masalah dan isu konstituensi Jerantut ke Dewan Rakyat, kepada Menteri yang berkenaan seterusnya kepada Kementerian.

Cakap mudahnya bawa pembangunan ke Jerantut.

Elok kalau WZWH bandingkan ahli parlimen Malaysia dengan ahli parlimen England berdasar pengamatan WZWH semasa belajar di UK dulu supaya kita orang Jerantut memahami:

  • Apa ahli parlimen  buat?
  • Apa ahli parlimen Jerantut boleh buat untuk orang Jerantut?

Ahli parlimen England (MP) dipilih oleh konstituensi mewakili kepentingan dan keperluan pengundi di House of Commons (Dewan Rakyat). MP terlibat mengubal dan mencadang undang-undang baru, bertanya kepada Menteri soalan-soalan tentang isu semasa.

MP membahagikan masa diantara:

  • Bekerja di parlimen.
  • Bekerja di konstituen pengundi
  • Bekerja dengan parti.

Ada MP dari kerajaan menjadi Menteri dengan tangungjawab tertentu seperti Menteri Pelajaran, Pertahanan dan Kesihatan.

Bekerja Di  Parlimen

Bila parlimen bersidang, MP menghabiskan masa bekerja di House of Commons. Ini termasuk membangkitkan isu-isu memberi kesan kepada konstituensi, menghadiri perbahasan dan mengundi undang-undang baru. Kebanyakan MP adalah ahli members of commitees yang melihat isu-isu dengan lebih detail dari dasar kerajaan kepada topik yang meluas seperti human right.

Bekerja Di Konstituensi Pengundi

Di kawasan pengundi, MP selalunya melakukan 'pembedahan politik' di pejabat bila orang tempatan boleh datang berjumpa dengan MP membincangkan apa-apa hal menyentuh orang tempatan. MP juga menghadiri function majlis, melawat sekolah dan perniagaan serta cuba berjumpa seramai orang tempatan sebolehnya. Ini memberi MP pandangan mendalam tentang isu-isu pokok yang boleh MP bawa ke parlimen (Westminster).


Apa MP Boleh Buat Untuk Pengundi

MP boleh menolong konstituensi dengan berbagai cara dari menanya persoalan dan kemuskilan peribadi  bagi pihak pengundi kepada membangkitkan hal-hal secara publik di House of Commons.

Langkah Pertama

Menyimpan isu secara sulit, MP anda mungkin menulis surat kepada Jabatan atau Pegawai berkaitan, hantar surat kepada Menteri yang berkenaan atau buat appointment secara peribadi membincangkan isu. Langkah ini boleh ambil masa lama untuk menyelesaikan masalah.

Mengistihar Isu Secara Publik

MP boleh memutuskan untuk membawa isu secara publik di House of Commons dimana ianya akan direkod secara official (hansard) dan boleh berpotensi mendapat perhatian dari press dan publik.

Diluar Parlimen

Diluar parlimen, mengikut budi bicara individu MP, anda boleh minta MP anda bercakap di sebarang majlis mengenai isu, minta sokongan MP kepada kempen apa-apa isu atau menulis kepada media tempatan bagi pihak anda.

WZWH rasa 56,000 pengundi parlimen Jerantut sudah faham sekarang apa yang mahu diharap kepada ahli parlimen Jerantut PRU 13 nanti.

Anda kena tahu bagaimana cara mahu mengunakan ahli parlimen Jerantut bagi kepentingan anda. Jangan guna ahli parlimen mahu bayal bil peribadi anda seperti bil api dan air, tayar kereta dsb.

Kalau masalah longkang tersumbat, hal-hal perumahan itu anda boleh suruh Ahli Majlis Daerah Jerantut selesaikan.

Kalau masalah yang lebih besar sikit di DUN-DUN itu boleh ADUN-ADUN menyelesaikannya. 

Ingat pengundi 56,000 Jerantut tugas ahli parlimen Jerantut kena banyak masa di Kuala Lumpur kerana mahu mengkaji, mengubal, menderafkan dan meluluskan undang-undang di parlimen. Banyak masa dan otak kena guna dan perah untuk buat bekerja di parlimen.

Dalam seminggu sekali setiap hari Jumaat dan Sabtu sekali sekala balik ke Jerantut berjumpa pengundi konstituensi.

Hal-hal parti UMNO dan BN itu boleh diselesaikan samada di Kuala Lumpur atau Jerantut. Boleh wakil kepada AJK UMNO Bahagian tiada masalah.

Begitulah cara ahli parlimen England....

10 comments:

Anonymous said...

Saya dah cakap mengenai perkara ini lama dah sebelum ini....
Saya ulangi...Yg menyebabkan MP serta ADUN kita bekerja macam orang 'pandir' disebabkan UMNO sendiri. Mereka membonsaikan pemikiran org Melayu sehingga org Melayu tak tahu apakah hak mereka sebagai seorang rakyat disebuah negara demokrasi. Selain itu, wakil2 rakyat yg dipilih oleh UMNO merupakan 'orang tercerdik dikalangan golongan yg bodoh2'. Ini disebabkan org yg cerdik2 dihalang untuk menyertai UMNO...biarlah UMNO dipimpin oleh mereka2 yg tidak cerdik tetapi popular dikalangan org2 kampung. Akhirnya jadilah wakil2 rakyat yg boleh kita jenamakan sebagai wakil rakyat 'beras sekampit' atau 'wakil rakyat bidan kampung'...

Maaf dinda Wan...bahasa kasar sikit.

Anonymous said...

Salamn WZWH & MUT...,

Ahli Parlimen England/
Tak Sama MP Kita..

Banyak fakta engku simpan dibawah karpet. Tugas MP ni lebih dari itu.
1. Cakap tak supa bikin,
2. Hal peribadi dan kepentingan di
rahsiakan dari pengetahuan masyarakat.
3. Elaun MP/ADUN berapa tak kasi
tahu sama masyarakat,
4. Elaun menteri lk RM15,000/=, MP 10,000, ADUN RM8,000/=, tapi hidup mewah sampai lima enam buah kereta/bangloo, tanah beratus2 ekar,
5. Peruntukan parliem/ADUN/Pengarah DUN/Ketua Bahagian/Ketua Pemuda/Ketua Wanita/projek untuk AJK tidak dinyatakan,
6. Tuntuan hasil peluh kehadiran masyarakat yang tak seberapa ramai disuatu2 majlis secara tidak baik,
7. Tiada cadangan untuk meningkat SYIAR ISLAM dikalangan penduduk setempat,
8. MASYARAKAT/RAKYAT DIPAKSA MENYAMBUT KEDATAGAN TOK2 WAKIL YANG MEMPERBODOHKAN ORANG KAMPUNG,
9. PASTIKAN AJK JKKK dari kalangan kuda tua yang boleh "ditarik idung", yang cerdik dan berwibawa membawa masyarakat ke arah kemajuan akan disingkir,

= Pernah suatu ketika dahulu ada MP menang PRU terus pergi sodok tanah menggunakan kereta/jentera kerajaan sampai kehilangan pistol.

= Bab suara rakyat tak payah cakap, tulis ajer sekeping kertas serah kepada setiausaha dewan tunggu sampai persidangan tanyalah kepada Perdana Menteri/MB. maka berlaku isu2 ketidakpuasan hati kononnya diantara MP dengan pihak kerajaan. Maka inilah yang diputarbelitakan kepada rakyat. kekadang solan itu tak dijawab atau ditarik balik. Itupun MP/ADUN akan "angguk"..

= Bab bahasakan undang2 tak perlu bagitahu kepada masyarakat. Bacaan undang2 ini dibuat oleh suatu pihak atas nasihat dan kajian teliti. Bukan MP yang buat undang2, tapi menteri yang bertanggungjawab akan mencadangkan rang undang2 dibaca diparlimen. Banyak lagi jika nak diutarakan

Maaf Banir bercakap tak berapa sopan. Ini dah dekat PRU ke 13.

Kampong man said...

Kampong man sangat tidak setuju dengan istilah bonzai digunakan membodohkan melayu.Sekira pemerintahan 55 tahun selama ini yakin dengan perjuangan UMNO dan mereka terus mempercayainya itu adalah piliihan mereka.Anda mungkin tidak pandir dan orang pandai tetapi tidak semua orang pandai dan professional mahu berpolitik. Zaman berubah pendekatan parti politik juga berubah.Saya yakin mereka yang memikirkan kepentingan poket pribadi dan bukan untuk rakyat tidak akan dipilih.Melayu harus maju dan bergerak kehadapan tanpa overdependance on politics , dengan BERBISNESS !!.

By the way bonzai tidak pernah dikaitkan pada Melayu.Ia ada kaitan kuat bagi bangsa Jepun dan Cina.Wallahwu'alam.

Anonymous said...

Ha ha kene sebiji hu hu

Anonymous said...

kesian org Jlantut bru dpt MP rupenyeeee heeeee, mujur le kami dah mgundi sbelum jadi peneroka d Felda Pdg Piolllll, kesiannnnnn pesara Felda

Anonymous said...

Kampung Man,
Najib berkata, UMNO cuma memilih calon2 dalam PRU13 nanti dikalangan mereka2 yg ada potensi untuk menang...Dia tak sebut pun mereka yg ada ciri2 berkelulusan, wara', berintergriti dan yg ada pengalaman koperat akan dipilih.

Anonymous said...

Saye rase WZWH lbh layak jd YB jk banding ngan boss nyer Wan Amizan...Walaupun tulisan WZWH ade kale nyer ade yg memungkor.....ade kalenyer spt tulisan intellektual....nmn boss tdk nmpk weh...seorg yg intektual....Satu perkare lg...betul2 MP di Malaysia nie bnyk membahaskn segala undang2 atau isu2 pntg yg berkaitan ngan Masyarakat sejak sedekad yg lalu...kalo ade pun sesuatu isu dibahaskn bnyk fakta drpd disediakn olh Bhgn Penyelidikn drp Kementerian atau Jbtn.....Seorg MP sepatutnyer lbh bnyk membace dn membuat Penyelidikn yg tersendiri....K.Retang/ Raub

Kampong man said...

Salam semua,

Benar , kadang kadang malu juga bila kita melihat MP kita berhujah di Parlimen Alhamdullilah, sekarang telah ramai professional dan cerdik pandai mula minat menceburi politik dengan analisa dan pandangan yang baik dan semua mahu membantu rakyat.PRU 12 banyak membuka mata rakyat that nothing is permanent and that the rakyat is looking for the best option between BN and PR.Kampong akan tetap menghormati pilihan rakyat majoriti baik dari BN atau PR kerana negara ini mengamalkan demokrasi bukan reformasi ala DSAI.

Anonymous said...

nak berhujah di parlimen kena guna akal...otak,lembu pun ada......

Zaharuddin Abdullah said...

Parlimen dah dipenuhi otak lembu
Yang spam pangkat 3 pon dah ada di pahang

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...