Sunday, September 30, 2012

Haji Jajuli bin Yaakob, Mantan Ketua UMNO Cawangan Damak Kembali Ke Rahmatullah...



















Allahyarham Haji Jajuli bin Yaakob, 62 , Ketua Cawangan UMNO Damak, Jerantut kembali ke rahmatullah.

Alfatihah, WZWH ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Jajuli bin Yaaakob, pemimpin dan pejuang UMNO dari Pekan Damak, Jerantut yang meninggal dunia di Hospital Jerantut pukul 4 pagi tadi. Jenazah beliau akan disemadi di Perkuburan Islam Pekan Damak tengahari ini.

Haji Jajuli nama sebenar ialah Haji Muhammad Faisal @ Jajuli yang lebih mesra dikenali sebagai Haji Juli adalah pemimpin yang disegani di Pekan Damak dan Kampung Batu Balai terutama pada komuniti orang Kelantan Jerantut.

WZWH telah lama mengenali Haji Juli sejak era Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamad menjadi ahli parlimen Jerantut 1982-1995.

Beliau tetap merupakan penyokong kuat UMNO dan BN dan masih aktif walau tidak memegang jawatan Ketua UMNO Cawangan Damak.



















Foto arwah Haji Juli yang terakhir semasa Majlis Sambutan Aidil Fitri Parlimen Jerantut di bandar Inderapura Jerantut.

Kenangan terakhir WZWH bersama arwah Haji Juli bila di Majlis Sambutan Aidil Fitri Parlimen Jerantut arwah telah memeluk WZWH dari belakang dengan mesra. 

Arwah Haji Juli berkata pada WZWH, "Dulu 3,4 tahun dulu kalau ada program macam ni kita tak datang tapi kali ini kita jadi bersemangat. Kita bersemangat betul sekarang".

Ya WZWH bersetuju dengan kata-kata terakhir arwah Haji Juli. Kepimpinan DS Najib PM dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang telah memberi inspirasi dan semangat baru kepada orang UMNO dan BN terutama di Jerantut dan Pahang.

Semoga Allah memcucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Haji Jajuli bin Yaakob dan ditempat dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

2 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah merahmatinya dan mengampuni dosa2nya dan dosa kita semua...alfatihah

Anonymous said...

Al-Fatihah buat ayahnda tercinta...semoga Allah merahmati ayah..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024