Sunday, September 23, 2012

MB Yang Berpengaruh Boleh Menjatuhkan Sultan

Tengku Ali Sultan Terengganu yang digulingkan oleh MB sendiri. Tengku Ali ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Bondanya adalah Tengku Ampuan Maryam bt Al-Marhum Sultan Ahmad 1, Pahang. Melanjutkan pelajaran ke Andrew School, England sewaktu berusia 15 tahun dan menyambung pelajaranya diperingkat ijazah di Oxford University dalam bidang Geography. Berkahwin dengan bekas Tengku Ampuan Terengganu iaitu YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil bt Al-Marhum Sultan Abu Bakar

Kita biasa dengar MB takut ke Sultan. Bila berlaku krisis antara MB dan istana biasanya MB yang selalu gulung tikar biar pun MB itu genius dan disokong rakyat. Biasanya PM akan mengalah gantikan MB itu dan Sultan pun 'gumbira'.

Dalam sejarah politik Melayu klasik dan moden ada 2 kes yang melibatkan MB boleh jatuhkan Sultan. Ini adalah MB yang mempunyai politik kelas tertinggi, berkeyakinan dan 'in command'.

Dulu di Johor pada 1699 waktu itu MB di gelar Bendahara berjaya mempengaruhi para pembesar Johor jatuhkan Sultan dengan cara pembunuhan atas alasan 'raja sudah gila'. Akhirnya keturunan Bendahara ini memerintah 3 negeri Johor, Pahang dan Terengganu.

Pada tahun 1945, Sultan Ali dijatuhkan oleh MB Terengganu dengan alasan 'raja banyak kelemahan' diganti dengan bapa saudara Sultan Ali. Posting WZWH ini menceritakan kehebatan politik seorang MB yang boleh manoeuvre dengan politik yang licik boleh buat kuasa besar Jepun dan British dengar cakap MB.

24 September 1942, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah telah mangkat. Tengku Ali anakanda Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah yang ketika itu adalah Yang di Pertuan Muda Terengganu adalah bakal Sultan ditabal menjadi Sultan Terengganu pada 26 September 1942 ketika berumur 27 tahun.

Seorang yang berjawatan bekas SUK Terengganu tidak bersetuju dengan alasan Tengku Ali banyak '.kelemahan'. Ini berlaku zaman Jepun dan Thai memerintah Terengganu. Walau Tengku Ali melantik bekas SUK ini menjadi MB.

Bila British kembali ke Tanah Melayu selepas perang, MB ini telah mempengaruhi British bahawa Tengku Ali tidak layak menjadi Sultan kerana banyak 'kelemahan', sangat baik dengan Jepun dan anti British akhirnya Tengku Ali dipecat pada 10 November 1945.

Bapa saudara Tengku Ali iaitu Tengku Ismail ditabal sebagai Sultan Terengganu yang baru pada 16  Disember 1945.

Bukan tujuan WZWH untuk mengatakan yang mana pihak yang benar dan yang salah cuma mahu mengingatkan ahli politik bahawa MB yang berpengaruh boleh menjatuhkan Sultan atau buat Sultan dengar cakap MB!

23 comments:

Anonymous said...

jangan lupa MB kelantan pun tergulung dalam MB yang bijak pandai juga?

Anonymous said...

Itu zaman jepun british

Anonymous said...

Eleh Che Wan..Orang British memang tak suka kalo sultan tu Cherdik pandai...ha ha ha..

Tu sebab dia buang..lagi pun Sultan ni tak setuju dengan Malayan Union..yang bodonye ..orang Melayu sendiri kerana dengo cakak British...macam ramai orang kite ler..kalo nampok orang putih aje...menonong aje hormatnya...hormat yang amatnye ker orang putih...ha ha ha..

Anonymous said...

Kita patut semak balik status harta atau tanah yg menjadi milikan MB tu dan diwarisi kepada keturunannya.... Dengar cerita sejarah, seorang demi seorang kena stroke ketulahan akibat perbuatan mereka kepada Sultan Ali tu....

Anonymous said...

Ni waris sultan ali berada di kg baru kanan kemasek kemaman terengganu memang ada keturunan kami lepas jepun pergi ..kami putus silaturahim dgn kerbat..kami latak nama biasa saja...dah di fitnah...bawa la ke akhirat ye...

Anonymous said...

Sepupu sepapat ramai lari kat kemaman jd org biasa..kami dok perlu ku lg...lepas jepun gi ..ramai ku yg lain sokong dan lari ke kemaman ketika itu..dan menukar nama mereka....ok la ...tata.....ku cantik ialah ku ali.....yg telah di maafkn ialah ku wok....bergembiralah...dgn cerita dulu.....fitnah boleh membawa pecahan ....

Anonymous said...

Dah la kamu semua jgn nak sibuk bukak cerita lama..........org tua tua pun yg ada sekarang tutup cerita...kami aman di kemaman .....alahmdulilah...keturunan kami di kemaman menjalani kehidupan...wasiat dulu ada lagi di simpan apa sebab kami putuskan silaturahim..perkara yg lepas jgn ukit...tak suka...ramai tengku,che ku yg putus silaturahim n lari di kemaman....keturunan ku wok sahaja yg kami tak putus coz mereka mintak maaf dah ....tpi semua dah tlambat....sory kami rakyat biasa ......

Laksamana Tanjung said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ini ke cerita sbnr...? jika benar apakah yg benar akan tertegak dgn sndirinya? jgnlah lagi bangsa Melayu punah krn rosaknya hati... di dunia ini tdk ramai yg berani tampil utk menegakkan kebenaran walaupun mereka dari keturunan yg haq... krn kuasa & wang mendahului segalanya...antara takut krn salah & berani krn benar yg manakah menjadi pilihan?

Laksamana Tanjung said...

Sejarah tdk dpt diubah. Jadikan ia sbgai pedoman agar tdk lagi berulang. Kesedihan dpt dirasakan tetapi sesalan jika membuat aniaya pd org akan membelenggu hati sepanjang hayat.

Zaharuddin Abdullah said...

Semoga MB ni terguling oleh rakyat kalau raja pun di lawannya. Ingat PRU mendatang!

Anonymous said...

Sesuatu yang menyedihkan kepada rakyat Terengganu kerana gagal memastikan yang hak mendapat haknya.
Lebih malang tiada rakyat Terengganu arayang mahu mempertahanka kedudukan Sultan Ali yang berhak atas takhta Terengganu.
Lebih malang bila rakyat Terengganu tidak ada raja antara 1942 hingga 1945.
Sudah tiba masanya rakyat Terengganu berfikir dengan waras dan kembali dari dijajah Inggeris dengan menghina kedudukan sultan mereka sendiri.

coklat~vanilla said...

Inilah cerita yg sy nk tahu dr 9 thn yg lalu...tp sbb takot nk btanya kpd waris sultan ali- krn mungkin ia adalah kisah keluarga yg x mahu dhebohkan. Yg pasti, ada rakyat terengganu yg pernah mengkhianati sultannya..sedih..:(

Unknown said...

Yer betol....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Yer betol....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kerana politik melayu boleh pecah...maaf kami merahsiakan identiti kami...saya memang keturunan sultan ali..kami putus silaturahim sebab mereka kurang agama....kami amik kesempatan untk tukar nama bila jepun menyerahkan diri..kami sayang semua kerabat diraja terengganu yg ada ..kami sayang sultan mizan ...dia berjiwa rakyat. ...saya cicik kepada tengku salleh ..kami rahsiakan tengku sebab kecewa dgn tengku ali ...mohd hasbullah. ...0148116613..pejabat pendaftaran tak leh kesan kami sebab masa lpas perang ic di daftarkan nama salleh saja ..tak letak tengku

Unknown said...

Byk sekarang rusuhan ....bukan senang nak merdeka...ramai yg terkorban. .hargai la pergobanan mereka

Unknown said...

Menurut Warta Cahaya Timor No.38 bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulong baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September 1942 oleh Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu 1911.

dadadada said...
This comment has been removed by the author.
dadadada said...
This comment has been removed by the author.
yanmaneee said...

cheap jordans
nike shox for men
supreme hoodie
adidas nmd
yeezy boost 350
kyrie 4 shoes
kobe shoes
air yeezy
jordan sneakers
christian louboutin shoes

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024