Wednesday, September 26, 2012

Transformasi Luar Bandar China: Apa Pahang Boleh Belajar?



















Lebih kurang separuh penduduk China tinggal di luar bandar sangat bergantung kepada sektor pertanian. Pada tahun 1985 peratus penduduk luar bandar ialah 76% maka nampak satu transformasi ekonomi dan sosial yang besar kepada 'greater' urbanisasi.

Ada 2 proses asas bagaimana urbanisasi berlaku. Orang luar bandar berhijrah ke bandar atau bandar boleh tumbuh membesar mengelilingi orang luar bandar. Kedua proses telah berlaku selama 30 tahun di China. Lebih kurang 210 juta pekerja sektor industri  pembuatan dan pembinaan China datang dari luar bandar. Kebanyakan bandar-bandar di China telah membesar tumbuh di atas tanah yang dulu adalah tanah pertanian dan kampung-kampung.

Pembangunan bandar disebabkan kehilangan perkampungan pertanian yang diguna untuk kilang, loji tenaga, zon pembangunan dan  lain-lain kegunaan bandar.

Apakah teori transformasi dari luar bandar ke bandar yang diamalkan di China?

  • Membantu peluang pekerjaan dalam aktiviti industri dan pembinaan tumbuh pantas bila pekerja dan petani diusir dari ekonomi luar bandar supaya taraf kehidupan meningkat.
  • Pertumbuhkan industri kampung dan pertanian khas nilai tinggi supaya orang luar bandar duduk di kampung.
  • Rancangkan 'sosial safety net' yang menyeluruh dalam bentuk bantuan pendapatan, subsidi kesihatan, skim persaraan sehingga populasi luar bandar yang berlebih boleh diserap dan ekonomi bandar.
  • Biarkan 'market-based adjustments'. Ada strategi pembangunan luar bandar yang boleh menyelesaikan masalah: Meransang penambahbaikan produktiviti pertanian yang memerlukan kurang buruh tetapi meninggikan pendapatan petani secara individu.

Daripada 28 juta jumlah penduduk Malaysia, kira-kira 35 peratus daripadanya tinggal di kawasan luar bandar. Di sesetengah negeri, hampir 60 peratus penduduknya tinggal di luar bandar. Sehingga kini, pecahan penduduk yang besar ini masih lagi tertinggal daripada kemajuan ekonomi yang telah dinikmati sejak berdekad yang lalu.

Populasi penduduk Pahang tahun 2012 ialah 1,500,817. 
Populasi penduduk Pahang yang tinggal di bandar tahun 2010 ialah 758,014  (55.5%  dari populasi Pahang).

Bererti Pahang pun sama dengan China separuh dari populasi penduduk tinggal di luar bandar.

Transformasi Luar Bandar Pahang apa kaedahnya?

Tidak dinafikan ramai anak-anak muda Pahang berhijrah ke Lembah Kelang mencari peluang ekonomi.

Namun Pahang telah lama transformasi hutan-hutan menjadi semi-urban dengan penubuhan Felda dan Felcra membuka beratus hektar tanah bagi penanaman kelapa sawit dan getah dengan penyertaan peneroka.

Ramai peneroka dari luar negeri Pahang migrate ke Pahang menjadi peneroka Felda. Peneroka ini menghasilkan generasi ke dua yang memerlukan kehendak ekonomi dan sosial.

Ditambah dengan pertumbuhan penduduk di kampung tradisional di luar bandar Pahang maka keperluan ekonomi dan sosial juga perlu disediakan.

Untuk melancarkan transformasi luar bandar Pahang secara holistik : 


TRANSFORMASI SEKTOR PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT TANI LUAR BANDAR


Tradisionalnya, peranan sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi dilihat sektor yang pasif dan hanya merupakan sektor sokongan (supportive/peripheral). 

Pengalaman barat – pembangunan hanya boleh dicapai melalui perubahan struktur daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan yang lebih moden dan kompleks. 

Akibatnya – peranan utama sektor pertanian hanya sebagai penyedia sumber makanan yang mencukupi pada harga yang murah kepada populasi bandar dan juga lebihan buruh luar bandar sebagai sumber buruh kepada sektor bandar yang semakin berkembang.

Sekarang – ahli perancang pembangunan mula menyedari bahawa sektor pertanian dan ekonomi bandar luar seharusnya menjadi elemen yang dinamik dan maju bagi membawa pembangunan secara keseluruhannya kepada majoriti masyarakat. 

Pembangunan sektor pertanian seharusnya memainkan peranan penting atau dapat memberi kesan langsung terhadap usaha-usaha pembasmian kemiskinan.

Pembangunan Pertanian dan Kawasan Luar Bandar

Objektif utama pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar adalah peningkatan berterusan dalam tahap kehidupan masyarakat tani luar bandar melalui peningkatan pendapatan, output dan produktiviti hasil pertanian.

Pembangunan sektor pertanian dan kawasan luar bandar :-
  • perubahan teknologi dan innovasi
  • polisi ekonomi dan insentif yang sesuai dan menggalakkan
  • institusi sokongan sosial
  • Pemulihan tanah (land reform)
  • Kepentingan Pembangunan bersepadu (integrated development)

10 comments:

Anonymous said...

Mula-mula
Tukar umno dengan pakatan
Kemudian tukar ke umno bila umno
Dah bersedia

Lama2 bila rakyat dah cerdik
Umno Dan pakatan bergilir2
Bergantung siapa yang ikhlas Dan bagus

Anonymous said...

Pakatan dah ramai pemimpin yang gemuk sekarang suka bermewah-mewah dengan private jet!!!

Anonymous said...

Anon 1:05,

Mereka naik dari labuan je....kata mereka dah gemok. Zahid Hamidi telah menggunakan jet peribadi sampai ke Mekah....kita nak kira camne? Tolong skit bagi idea...pemimpin-pemimpin UMNO dah gemok tahap obesiti melampau, boleh? Dompok yang naik jet ski baru dah sihat montel.....kalau naik jet peribadi ......( sila isi sendiri)

Anonymous said...

55 tahun logik UMNO gemuk....tapi Pakatan Rakyat baru 4 tahun sudah gemuk melampau....

Anonymous said...

bukan pakatan rakyat tapi pakatan haram tak berdaftar.

pemimpinnya ramai terpalit dengan skandal seks.mungkin ramai yang ada siplis!

Anonymous said...

Apa teruk punya discuss

adrianiamri said...

LA... orang bincang ler tentang pembangunan Luar bandar dengan study case negara China...

Komentar di sini asyik nak mengutuk orang jer.... sama jer kedua pihak....

Kalau nak kutuk, kutuk idea yang diberikan , pastu kalau ada cadangan.. tulis kat sini...

Anonymous said...

Mana adee..bodo tak sekolah tinggi belake hok ramainyer..gini leerr jadinyeee

Anonymous said...

Ada bidalan kata; Ambil rantai pintas tanjung. Carilah apa maksud penjodohnya...

Anonymous said...

kau orang perasan tak?posting yang berkenaan dato suk pahang jadi mb pahang dah di padamkan dari blog ini.nampak sangat blogger ni penakut.tentu kena ugut oleh pihak atasan!!!!blogger berpegang kepada kebebasan dan kebenaran.barulah gentelman.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...