Wednesday, September 12, 2012

Katakan Kebenaran Walau Pahit...Memperjuangkan Peniaga, Pemandu Teksi Dan Pengusaha Kecil Bandar Jerantut


YB Dato' Wan Amizan pemimpin harapan orang muda dan Middle Class Jerantut.


Perjuangkan Middle Class Jerantut


  • Perjuangkan Peniaga Melayu dan bukan Melayu bandar Jerantut
  • Perjuangkan Pemandu Teksi bandar Jerantut
  • Perjuangkan Pengusaha Kecil bandar Jerantut




'Orang parti' jual tanah, dakwa Pemuda Umno

BANDAR JERANTUT - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat penjualan tanah di kawasan bandar Jerantut yang didakwa berlaku penyelewengan membabitkan penjawat awam dan ahli  Umno sendiri.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul  Razak berkata, kes itu perlu disiasat supaya imej dan nama baik Umno dapat dibersihkan daripada segala unsur rasuah.
Menurutnya, Pemuda Umno berasa terpanggil membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat perkara itu bukan sahaja untuk membersihkan imej parti, malah bagi mengekang segala manipulasi projek dalam kawasan bandar oleh pihak tertentu.
"Laporan kepada SPRM akan dikemukakan dalam minggu ini supaya siasatan segera boleh dilakukan bagi membuktikan sama ada pihak tertentu memainkan peranan sehingga menyebabkan tanah di bandar ini beralih kepada syarikat bukan Melayu.
“Siasatan perlu dijalankan berikutan perkara ini kerap dibangkitkan ahli Umno di sini, malah Pemuda Umno turut menerima aduan daripada orang ramai supaya  kes ini disiasat mengikut undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian.
Wan Amizan berkata, dalang yang didakwa dalam kalangan orang kuat Umno itu sendiri telah menyebabkan banyak tanah di bandar Jerantut  bertukar milik kepada pihak lain.
Katanya, sebilangan tanah di Bandar Baru yang menempatkan tapak rekreasi, stesen teksi dan bas contohnya, sudah terlepas kepada syarikat tertentu akibat tindakan pihak terbabit.
“Pemuda Umno juga mahu SPRM membuat siasatan mengenai manipulasi ‘projek silang’ dalam kawasan bandar yang dilihat dimonopoli syarikat tertentu.
“Kita khuatir wujud unsur korupsi, penyalahgunaan kuasa dan gejala lain bagi kepentingan satu pihak, sedangkan rakyat seperti peniaga, pemandu teksi dan pengusaha kecil ditindas,” katanya.
Beliau berkata, Pemuda Umno sedia mengemukakan bukti supaya mereka yang terlibat disiasat mengikut undang-undang.
Wan Amizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan berkata, laporan yang akan dikemukakan Pemuda Umno kepada SPRM itu adalah untuk membersihkan imej Umno yang dilihat tercalar oleh perbuatan segelintir ahlinya.
"Perbuatan mereka menyebabkan parti pembangkang mengambil kesempatan, memperlekeh Umno dan memberi impak pada pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Siasatan perlu dibuat dan perlu dibuktikan untuk pengetahuan rakyat sesuai dengan perjuangan Umno yang lebih telus. Ini penting bagi melakarkan perubahan di samping perlu mempunyai pemimpin yang berintegriti dan amanah,” katanya.

35 comments:

Anonymous said...

Syabas ketua pemuda.. Semoga kuat hadapi dugaan yg bakal mendatang. Yg penting tindakan tuan tu ikhlas bukan sebab tak dapat persen dlm kerja mengkianati org melayu..

Anonymous said...

Alangkah bagusnya jika semangat ini muncul lama dulu... tapi di saat nak pilihanraya mcm ni apa pula kata org...Adakah anda baru sedar? Atau makin sedar? Atau telah tersedar akan amalan buruk yg telah menular ini???!

Anonymous said...

Apa perlunya siasat Umno. Umno adalah sebuah pertubuhan. Tampillah pemimpinnya, ADUN/AP,KPPUMNO, KPWUMNO, Barisan AJK, kuncu2nya termasuk Ketua Cawangan, AJK dilantik, Tok4. Serah dokumen pemilikan harta. Buatlah dengan jujur. Tak perlu nak adu domba menjelang setiap PRU akulah yang terbaik.

PemikirpolitikJerantut said...

teruskan walupun pahit untuk ditelan..

Penerangan Pemuda Jerantut said...

ubat itu pahit...

Anonymous said...

Apa yang umno buat setakat samaada peringkat
Adun, parlimen, Negeri Dan federal
- semuanya pahit bagi kami yang bukan ahli umno
Dan juga bukan ahli pas.

Bezanya, kami makan cara cukup Dan sempurna.

Anonymous said...

Engkau buatlah apa saja wahai Wan dan Datuk Wan, aku dah hilang kepercayaan kpd UMNO Baru ini....

Engkau orang kena sedar, bukan UMNO saja yg boleh bela Melayu...dan orang UMNO yg seramai 3 juta orang (termasuk aku-ahli UMNO Kota Gelanggi 1) jgn dok perasaan yg mereka saja boleh bela Melayu. Orang Melayu lain yg tak jadi ahli UMNO (seramai 14 juta org lagi) pun reti buat kerja malah jauh lebih baik jika diberi kesempatan.

Anonymous said...

Yang pahit-pahit orang kampung telan...huhuhu
Habis madu sepah dibuang...huhuhu
Adu-adu dekat SPRM apa guna wei!!!...huhuhu
Nanti yang kena siasat kawan2 dan cukong2 pembela bangsa...huhuhu
YB tak payah laa nak tunjuk baik kalau nama dah black list...huhuhu
Bila orang muda dah boikot KP baru sasau-sasau...huhuhu
Hari ini dalam sejarah KP UMNO BHG JERANTUT buat repot SPRM...huhuhu
Hari ini musti dikenang sampai bila-bila...huhuhu
Dunia akhirnya jadi milik anak muda...huhuhu
PRU13 ayuh anak muda kita tamatkan riwayat politik BALACI CUKONG ini...huhuhu

Anonymous said...

Huhuhuuuu Baiknya Dato KP ni

Anonymous said...

Buat baik berpada-pada...buat jahat jangan sekali-kali...huhuhu
Tapi ini KP buat kerja JAHAT!!!...huhuhu
Tak baik loo back stabbing...huhuhu
Nanti PM Najib Nazak musti angin satu badan maa...huhuhu
Sebab ini berita amat-amat baik untuk PR Jerantut...huhuhu
PR sudah tahu UMNO Jerantut sudah ada kem-kem maa...huhuhu
Kalau dah bertahun jadi penyangak melanun sana-sisi...tetiba pulak hari ni buat kerja amal makruf nahi mungkar...nak ke orang kampung percaya malaon ni!!!

Anonymous said...

Anon 11:44 jangan jealous sebab PR tidak berani lapor kepada SPRM...cis cakap aje...lapor dak juge...

Anonymous said...

Puak2 puaka ini menjelang PRU setiap kali mahu tunjukan muka lebih2 lagi jika ada saloran TV peringkat DUN mahupun peringkat kampong dan cawangan. Merekalah yang bertanggungjawab sangat2 dalam semua hal. Jika disuruh tunjuk parut mereka kata tak apa2 parut pun hatta jika diminta mahu jer mereka tunjuk setiap sudut badan termasuk "punggung" sepertimana yang berlaku dalam peristiwa "ambang" baru2 ini, kononnya telus. Ini hal yang kedua. Hal pertama mereka berkata2 semua orang tak percaya. Cubalah perbetulkan, PRU kian hampir janganlah nak tambah pingat "PJK".

Penerangan Pemuda Jerantut said...

melaksanakan kebaikan dan membuktikan kebenaran memang banyak halangan.walaupun pahit terpaksa ditelan akan tetapi melakukan kejahatan amat mudah hinggakan segala kebaikan tidak kelihatan lagi.
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang (kafir) yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengusir kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (al-Mumtahanah, Ayat 8-9)

RAKYAT MARHIN JTUT said...

y.h. dato wan tembeling, baik beno ko ye? dah kerayan ke puak2 umngok ni?. dato' wan tak usah lah nak berpura2 kalau dah dasar umngok tu, tetap umngok juga. konon nak cerita cirit dibuntut orang, tapi dahshat dibuntut sendiri buat2 tak sedar. udah2lah...rakyat dak cerdik sekarang ......... penudut dan tertuduh sama aje, baik tak baik penuduh lagi dahsyat ciritnya, berlejeh-lejeh sepanjang jalan. LANTUNG nya lohong dari ulu tembeling sampai ke kuala pahang. dasar umngok tak tahu malu dan tak ada maruaH.....ASYIK MENJUAL KEPENTINGAN MELAYU....itulah UMNGOKKKKKKKKKKKKK

Penerangan Pemuda Padang Piol said...

Betul teruskan pemimpin umngok yang bodo.Termasuk YB wam Amizan sekali lagi bodo.Teruskan semuanya menyanggak di Jerantut. Orang Jerantut dah kenal.

Anonymous said...

Kalau pemimpin yang tidak terlibat dengan skandal penjualan tanah strategik MDJ Bandar Jerantut apa nak ditakutkan. UMNO Jerantut perlu dibersihkan. Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya!!! Pakatan Rakyat dan BN kena sokong penuh SPRM nak siasat isu ini.

Anonymous said...

Dalam UMNO..'Dema kate kome dan kome kate dema'. Umpama cerita kambing dgn ayam.

Dema nak tau seritanya, bagini: Suatu hari di traffic lighat persimpangan Tok Pawang Nong J'tut, sebuah lori yg membawa kambing secara kebetulan bertemu dan beriringan dgn sebuah lori yg membawa ayam. Si kambing asyik memperli ayam dgn kata2, "Ooooi, ayam mengapalah dema ni, rupa paras jer nampak lawo tapi kaki tak berkasut". Seluruh kambing terkenja2 ketawa berdekah2. Apa lagi, puak2 ayam naik berang lalu YB mereka bersuara, "Memang betoilah kome tak berkasut tapi apa kurangnya dgn dema, nampak jer alim..berjangut tetapi 'batu' tunjuk kat kome". Dgn kata2 ketuanya itu seluruh ayam dalam bakul tertawa berdekah2 dan puak2 kambing tersangat marah kerana terasa mereka dihina...

Keesoknya kesemua kambing dan ayam telah dismbelih untuk meraikan kemenangan PR....

Anonymous said...

Pengundi Jerantut tahu pemimpin lama UMNO yang korup perlu dibuang. Pengundi Jerantut mahu calon Malaikat kali ini menepati ciri-ciri calon Malaikat....

Anonymous said...



Jika mahu calon Malaikat tak perlulah tunjuk muka yang sedia ada, tak gitu ker.

patpatsikulipat said...

bongkar semua. apa lagi tertuduh mesti bongkar pulak yg menuduh. 2 x 5 kan. seibu sebapak.

adrianiamri said...

Inisiatif ni kena disokong walaupon yang menyuarakan adalah orang yang selalu dituduh juga..

Benda ke arah kebaikan, kita harus membantu mencapai kejayaan.. Teruskan report tu, berikan bukti2 terbabit agar pihak yang berkepentingan itu walaupon agak payah nak disabitkan tetapi biar masyarat Jerantut tahu siapa dan apa mereka buat.. Walaupon kadang kala undang-undang tidak memihak orang yang benar tetapi ingat Undi adalah hak kita.. Fikir yang terbaik..

Masukkan input2 baru dan terkini berkenaan kes ini untuk memdapat sokongan perwakilan UMNO Bahagian yang akan bersidang Sabtu ni...

Ingat semua.. Benda baik haruslah disokong...

Anonymous said...

patutnya dah lama bongkar?, bagaimana bekas exco melunaskan hutangnya berbelas belas juta ringgit, bagaimana, adun memiliki kekayaan melampau, adakah mereka ini tidak tergulung dalam hamba hamba allah yang tidak menyalah gunakan kuasa, begitu juga penjawat awam yang mempunyai kuasa yang tinggi yang memiliki harta yang melampau, termasuk setia usaha kerajaan negeri, lihat bagaimana perlantikan tok 4 tok 4 sama ada ramai yang di lantik atas kepentingan pengaruh adun sendiri, begitu juga siasat BESAR MENTERI JUGA PARA AHLI EXCO yang mengunakan dan mengurus hasil mahsul negeri ini macam harta mak bapak mereka jer, lihat cara mereka meluluskan balak,tanah lombong dan lain lain, sama ada atas kepentingan kerjaan negeri atau rakyat atau ATAS KEPENTINGAN PRIBADI untuk mendapatkan bahagian tertentu berupa wang dan kemudahan lain, cuba bayangkan lah seorang bekas setia usaha besar menteri setelah tidak lagi menjawat tersebut buat masa ini bukan main kaya raya, di mana dapat duit dan harta tersebut?, jika harapkan gaji menabung dari mula kerja pun tak kan dapat mcam sekarang kekayaannya, RAKYAT JELATA FIKIR FIKIRKAN LAH, KITA KERJA MCAM INI JUGA SESIAPA PUN YANG KAYA RAYA, KERANA MUNGKIN KITA BERFIKIR KITA ADA LAGI TEMPAT NAK DI TUJU SETELAH KITA MATI, MEREKA MEREKA YANG BERUANG SEPERTI PEMIMPIN DAN PENJAWAT AWAM YANG PELAHAK NE MUNGKIN BERFIKIR BOLEH MUNGUPAH IBLIS DAN SYATIAN UNTUK BERKAWAL DI KUBUR MEREKA UNTUK MENGHALANG MUNGKAR DAN NAGKIR DATANG, DUIT BANYAK BOLEH RASUAH PADA MALAIKAT NANTI

Anonymous said...

Pegawai2 kanan yg bekerja dgn SEDC (LKNP dll) atau dgn kerajaan negeri/Daerah bukan susah nak buat duit..mereka belajar drp Exco2 hatta MB sendiri..Contoh, mereka dibenarkan untuk membeli beberapa tanah lot dgn kadar harga tanah terendah RM5/sq feet. Apabila projek hartanah dibangunkan dikws yg mereka sendiri rancangkan, harga tanah pasti melambung tinggi sehingga mencecah RM50/sq feet. Apa tunggu lagi, mereka juallah.. dari nilai RM50,000 untuk lot keluasan 10,000 sq feet melambung kpd RM500,000...margin RM450,000. Itu cuma satu lot...kalau lebih. Bagi mereka, ini bukan salah guna kuasa/rasuah...ini peluang!! Dgn gaji bersih(take home pay) cuma RM4,000 sebulan, mana mungkin mereka boleh memiliki banglo dan kereta baru serba mewah...

Kita pula umpama rakyat Phg kelas 2, pohon tanah berkelompok dah hampir 25 tahun sehingga kini belum ada hitam putih. Malah ada pula tanah2 berkelompok yg telah diusahakan sekian lama oleh rakan2telah dgn senang terlepas tangan kpd pengusaha2 Singapura untuk projek tanam kelapa mawar (tak percaya! Sila tanya penduduk Kg Sri Damai Ktn)...

Kami percaya kes ini bukan kes terpencil. Banyak dah. Lepas ini, tanah2 kelmpok bersatus TOL di kg Pisang Temin akan menunggu mangsanya..org kampung yg usaha dan pohon tetapi yg dapat org2 kuat UMNO dan pegawai2 kerajaan yg bersengkokol dgn mereka...termasuk Tuk Penghulu dan Tok4...

Inilah kerajaan korup..UMNO yg ku kenali.

Wahai org Melayu, kita kena tinggalkanlah UMNO yg korap ni...bagi mereka 'padan muka'.

Anonymous said...

Jangan dengki dengan pemimpin umno Dan pegawai kerajaan yang terlibat, ALLAH telah memberi anugerah dan harta untuk mereka
Didunia sahaja walaupun mengambil Hak orang
Lain Dan Menyalah. guna kuasa.
Mereka akan terseksa di alam kubur nanti Dan
Dipadang mahsyar nanti mereka Akan merangkak
Dalam keadaan kurus dan dibasahi dengan peluh
Kerana Kita semua Akan menuntut setiap aniaya
Yang mereka lakukan.
Mungkin ada yang memberi amal kepada mereka
Seperti Cikgu nak buat aktiviti sekalah, Rumah yang
Nak kena potong elektrik Dan rondong2 semeja.
Tetapi lebih ramai yang dianiaya.

Mereka Akan kurus
Mereka Akan terus kurus
Mereka Akan tetap kurus

walaupun didunia mereka gemuk.

Anonymous said...



Marilah sama kita buat roadshow bgtaw kepada penyokong tak kiralah penyokong umno atau pas atau pkr. Kita himpunkan di pdg MDJ buat satu rapat umum untuk sekali sebelum pru ke 13. Kas setuju kalau deme nak buat...

Anonymous said...

mengapalah engkau orang bodoh sangat sangat ni???dunia ini adalah syurga bagi si kufur,si bad muslim dan kafir laknat.

yang kau orang bising-bising ni buat apa????dah lah di dunia hidup melarat di akhirat pun derita kerana dosa-dosa mengumpat dan mencela.

yang paling ramai masuk eraka orang pas.sebab mengumpat dan mencela memang makanan orang pas!!!!

Anonymous said...

ini semua salah ju mansur,dia nak calar wan amizan supaya tak boleh jadi calon dia repot sprm sampai 7 laporan.

jadi wan amizan repot pulak kat sprm yang boss ju mansur tu berjuta-juta balun duit balak dan jual tanah kat cina.bodoh punya ju mansur dan atan melot bunuh boss sendiri.

Anonymous said...

SPRM....SPRM...SPRM hahaha rasanya baru ni KP kita kena SPRM..... hahaha mengamuk mengamuk....tunggu banyak lagi kes keluar dekat PRU ni..... kita lihat sape yang kene!!!!!

Anonymous said...

patpatsikulipat kroni kamaruzaman paria.mengutuk wan amizan atas arahan kamaruzaman paria.paria inilah dalang sebenar isu ini.masih nak jadi calon parlimen.

mudahan kamaruzaman paria bertanding parlimen.kkempen manager dia patpat siku lepat,li garuk,shukur rambut bercawat.

gerenti menang besar!!!!

Anonymous said...

Orang UMNO Jerantut memang tak ada calon MP berkalibar. Itu sebab nak recyce Kamaruzamam. Mengapa tak sebut nama Datuk Wan Bakar atau kembalikan saja Dato' Shariff Ahmad ke alam dunia untuk menjadi calon, memandangkan UMNO dah ketandusan calon yg berkelayakan..

Ooooooi UMNO sudahlah...tempuh anda nak menerajui negara dah berakhir...sedarlah.

Anonymous said...

Sama la kita weh kota gelanggi 1. Kwn dah lama tahu psl kes ni. Pada kwn ni psl politik murahan je. Dah habis segalanya. Ibarat pencuri menjerit pencuri...pencuri. Padahal dia yang pencuri. Kenapa tanah bandar je yang dihebohkan? Kenapa tanah beratus ekar kat Gua Gelanggi bagi kat Lim Ah Chap tu x heboh pun? Tanah simpang gelanggi bagi kat dr shukri utk dijual kpd cina sebang perdana tu, x dihebohkan? Malas layan la aku kalau dgn ameno ni. Diorang nak berjuang utk perut dan bawah perut diorang je. Mana ada nak berjuang masyarakatnya. Pedooh belaka.

Mari kita sama kempen kat gelanggi ttg ABU atau ABCD (asal bukan cap dacing)

Anonymous said...

Setuju amat

Anonymous said...

Wan Amizan ni hebat sungguh nampakanya, muhasabahlah diri sendiri. Jangan suka buka pekong orang lain, sedangkan sdra mempunyai pekong yang lebih kronik lagi. Sdralah pemimpin UMNO Jerantut yang berminda kelas k3.

Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari itulah sdra sebenarnya.

Anonymous said...

Wan Amizan ni lebih burok perangainya, jika dibandingkan dengan shukri.

Nordin said...

kelahilah deme kas relek aje sebab kas tak sudi memangkah dacing tu.Janji Kas kenyang.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...