Tuesday, September 25, 2012

YB Sampai Mati...2 Penggal Cukuplah!


Setiap kali PRU pucuk pimpinan UMNO pening kepala pilih calon.

Dalam UMNO Bahagian ada warlord. Ada yang ada dua tiga warlord. Masing-masing mahu calon.

Untuk justifikasi calon 'winnable candidate' maka ada cadang letak calon luar @ paracut. Ada pro, ada kon.

Dulu....mudah pucuk pimpinan sebut nama semua orang UMNO terima...tanpa banyak soal. Tiada niat mahu sabotaj. Kalau ada tidak suka simpan dalam hati tapi kerja kempen pilihanraya buat dengan   rajin, tekun dan ikhlas.

Itulah rahsia kenapa UMNO dan BN selalu menang majoriti 2/3.

Oleh kerana cara fikir, budaya, keghairahan orang UMNO sudah berubah maka elok dicadangkan kepada pucuk pimpinan:

  • Ahli parlimen dan ADUN layak diberi 2 penggal sahaja bertanding
  • Kecuali ahli parlimen dan ADUN itu berjawatan Menteri atau EXCO boleh diberi tambahan sepenggal lagi
  • Kecuali kalau YB itu pegang jawatan tertinggi parti seperti Presiden, Timbalan Presiden, dsb.
  • Perdana Menteri pun elok dihad kepada 2 penggal sahaja

WZWH percaya kalau UMNO menerima cadangan ini mungkin boleh menyelesaikan isu siapa calon parlimen dan ADUN dekat PRU.

Mana-mana wakil rakyat baik ahli parlimen dan ADUN yang 4, 5, 6 penggal tu....cukuplah bagi orang lain pula terutama orang UMNO muda.

Kita kekal memegang jawatan dan kedudukan di atas bukan kerana kita smart sangat dan pandai politik tapi kerana sistem parti yang memberi kelebihan kepada kita.

WZWH mahu pandangan semua ahli UMNO akar umbi.

9 comments:

Anonymous said...

Wan,

UMNO ni parti bermatlamat 'benda'. Siapa yg terpilih jadi wakil/pemimpin maka peluang dan ruang utk mendapat 'benda' terbuka luas...tak kiralah dia ni Ketua Cawangan atau AJK Bhg, ADUN atau MP...yg memeliki lagi banyak peluang apabila mereka dilantik menjadi exco atau MB atau pak Menteri.

Bayangakan dlm tempoh 1 penggal (bukan dua penggal) memegang jawatan, harta yg dimiliki bertimbun2...sedang mereka ini bermula drp tiada apa2.Banyak contoh yg boleh diketengahkan.

Jadi, kalau inilah matlamat utk menjadi wakil rakyat maka jgn harap mereka2 yg terpilih dgn senang hati untk mengundur diri...buatlah apa2 syarat, tetap tak akan berkesan dan seterusnya berebut2 nak jadi calon. Mana ada ADUN macam Khairiddin kawi atau Hj Harun atau Che'gu Dolah atau sekurangnya macam Cu Rahimah dalam dunia UMNO Baru ini..

Lebih elok, sebaik saja wakil rakyat menang, mereka mesti istihar harta dan kekayaan termasuk bilangan bini sekali...selepas sepenggal, selain penilaian dari segi prestasi, harta benda mereka juga perlu diaudit. Sebagai contoh; Jika pendapatan elaun termasuk beberapa 'income' lain mereka berjumlah RM15K sebulan ditolak perbelanjaan/cukai RM10K maka mereka dianggarkan ada potensi memiliki harta bernilan RM5K x 12 x 5tn...menjadi RM300K shj. Jika lebih drp anggaran ini, kena siasat betul2...

Apamacam Wan, ini cadangan yg sangat bernas dari saya (bukan angkat bangkul tapi lebih kpd perli)...boleh ker???

Anonymous said...

salam perjuangan. siapa calon tak penting kerana walau hebat mana sekali pun individu tersebut, rakyat tidak akan dapat manafaat dari nya sekira nya parti yang beliau wakili tidak dapat membentuk kerajaan.
Hebat nya pemimpin ialah kerana parti yang diwakili dapat memerintah negara dan dapat menunaikan tanggung jawab kepada rakyat. Apalah sangat yang dpt seorang individu lakukan jika dibelakang nya tiada institusi kerajaan yang kuat.
Kalau hanya jadi wakil rakyat yg tidak mewakili kerajaan memerintah...hanya boleh kutip elaun je lah dan rakyat serta para penyokong gigit jari. Wassalam

Anonymous said...

Anon 6:56PM,
Anda lupa peranan pembangkang, selain mengenengahkan usul2 yg baik sama ada di pkt DUN atau Parlimen, mereka berperanan sebagai 'check & balance' kpd kerajaan yg memerintah. Lagi kuat Pembangkang, maka lagi banyak manafaat yg rakyat perolehi...lihat saja sekarang (VS zaman Pak Lah yg mana BN terlalu kuat)...macam2 'benda' yg Najib anugrahkan kpd rakyat. Saya percaya Najib akan bersikap sama macam Pak Lah jika BN menang PRU12 dgn mendapat majoriti > 2/3.

Lagi satu anon, sikap BN terhadap wakil2 rakyat pemabngkang tidak demokratik...peruntukkan utk MP atau ADUN tidak diberi berbanding apa yg diperolehi oleh wakil2 rakyat drp BN...inilah std sistem politik di M'sia ala BN.

Anonymous said...

memang lah pembangkang nak peruntukan yang sama tapi lihat saja di negeri yg di perintah parti selain bn, mereka juga tidak 'walk the talk' , masih juga amalkan cara sama dan mereka masih boleh tidur lena tanpa rasa bersalah.. Kerana itu lah ramai mereka yg masih berjawatan sanggup keluar parti duduk di kerusi bebas daripada terus mendokong perjuangan yang superficial (tohor).

Anonymous said...

Anon 9:36

Perbandingan prestasi kerajaan negeri-negeri boleh dibuat dengan melihat laporan Ketua Audit Negara.Inilah dokumen yang tidak dipertikaikan oleh mana-mana kerajaan negeri.

Laporan ini juga menilai prestasi pentadbiran kerajaan persekutuan.

Anon 5:05



Anonymous said...

Kasihan
Memang susah untuk nasihat barua umno
Walaupun pemimpin umno mencipta duit dan
kekayaan dengan sekelip mata dan
teknikalnya salah dari segi moral dan agama
Dan secaranya amnya mereka tiidak tahu dan
Tidak perduli.
Selagi persepsi mereka memandang kepada
duit, keseronokan, kekayaan, pangkat dan
jawatan, persepsi mereka susah diubah.
Itulah kehidupan. Dan mereka memerlukan
banyak masa, banyak peristiwa , banyak
Penganiayaan dan banyak renungan hidup
bagi mengubah persepsi mereka.Tahap kesedaran
dan keberanian mestilah diubah.

Dan untuk menunggunya, kita semua membayar
harga yang amat mahal dan mungkin tidak
dapat dibaiki lagi didunia ini.

Anonymous said...

Dalam banyak2 renungan dan pegangan hidup lebih bermanfat ada hasilnya.

Anonymous said...

Anon 526 dema katan cadangan tu tak masuk "bangkul". Tak siasat macam ni tak ada repot. Mereka siasat dan berbaik2 dgn orang tak bermaruah nak bagi duit mereka. Ini baru ada bukti yang kaya bertambah kaya yg miskin apa lagi lah terus merempat di buat puak2 nih.

Anonymous said...


WZWH, terus -terang artikel tuan yg ini mmpyai nilai intektual yg tinggi...terus terang jg dlm artikel post2 yg lps ade yg memungkor....secara peribadi sy bersetuju jk ade tempoh yg tertentu mghad pnjwtn dlm mnjd Adun dn MP....spt mane di US....tp syg sy percaye cdgn WZWH hnye berligar di dlm blog ini shj tnpa dpt mempngaruhi kepimpinan tertinggi UMNO....krn kptgn2 tertentu....Msia, lbh 50 thn merdeka...ramai pakar, professional dihasil drpd Universiti dlm dn luar negara...mgape mrk x minat jd msk Politik....krn sistem demokrasi yg tempang....membantut hasrat mrk....Ape yg pntg krjn yg dbntk slps PRU 13 nanti x kire drpd PR atau BN perlu memulihkn demokrasi dan meningkat pendidikan Politik kpd rakyat agar faham serta kesan jgka pnjg kpd rakyat yg menikmati drpd hasil maksul dlm negara ini.....tq....K.Retang/ Raub....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...