Tuesday, September 4, 2012

Ikrar Taat Setia (baiah) Secara Bertulis Berhubung Pemilihan Calon Untuk Bertanding Pada PRU 13



Kalau UMNO dan BN mahu menang lebih 2/3 maka inilah satu cara:

Ikrar Taat Setia (baiah) Secara Bertulis Berhubung  Pemilihan Calon Untuk Bertanding Pada PRU ke-13

191 Ketua-ketua UMNO Bahagian, Ahli Jawatankuasa Bahagian dan kepimpinan Empat Peringkat di seluruh negara, mengadakan ikrar taat setia secara bertulis berhubung calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Ikrar bertulis ini sebagai pengakuan dan bukti bahawa mereka akur dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada mana-mana calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti, demi menjamin kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Kesedaran ini dibuat sebagai kesinambungan kepada ikrar yang dilafazkan oleh seluruh Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan para perwakilan UMNO pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Malaysia, di Dewan Merdeka, PWTC, pada tahun 2011.

Ikrar berulis menekankan kepada ikrar taat setia kepada parti, patuh dan akur terhadap keputusan pucuk pimpinan, tidak akan melakukan aktiviti, kegiatan atau tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai khianat dan mensabotaj parti.

Ikrar itu penting kerana :

* Bagi mengelak mana-mana pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon tidak akan berpaling tadah atau menikam daripada belakang.

* Bagi memastikan bilik-bilik gerakan dan pusat semakan pengundi sentiasa aktif.

* Bagi menjamin segala maklumat, gerakkerja termasuk dana pilihan raya sampai ke bilik gerakan dan jentera pilihan raya.

* Bagi menjamin setiap pemimpin dan ahli-ahli parti sentiasa berpegang kepada ikrar dan rasa bertanggungjawab kepada parti.

Ikrar yang dibuat secara bertulis itu akan dijadikan bukti sejauhmana keberkesanan dan sikap amanah ahli-ahli terhadap perjuangan parti walaupun tidak terpilih sebagai calon pilihan raya.

Malah diyakini ikrar bertulis akan lebih efisyen dan relevan bagi menjamin parti sentiasa kukuh dan tidak dikhianati oleh golongan tertentu.

BN mampu meraih sokongan 2/3 suara rakyat dalam PRU 13 dengan syarat anggota parti itu berfikiran waras untuk menerima dan menyokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon.

Anggota BN tidak boleh melakukan sabotaj semasa kempen pilihan raya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Perbuatan itu boleh membawa padah sehingga menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kali ini.

Kriteria yang perlu ada pada calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, mestilah terdiri daripada orang yang dikenali sebagai berfikiran waras, berpelajaran dan mempunyai pengalaman dalam selok belok negara demokrasi.

Apa yang menjadi masalah dalam BN selama ini ialah siapa sahaja yang dipilih sebagai calon akan tidak dipersetujui oleh pihak tertentu dengan palbagai alasan, kononnya calon itu tidak tahu itu dan ini, dan sebaliknya merekalah orang yang lebih layak menjadi calonnya.

DS Najib pun tidak mampu  pilih seorang yang boleh disukai oleh semua dalam bahagian itu. Dan satu tabiat dalam UMNO kalau tak suka dengan calon, akan tutup bilik gerakan, akan cuba sabotaj, cantas.

Mereka bukan fikir tentang kemenangan bagi parti untuk membentuk kerajaan yang baik. Mereka cuma fikir tentang kepentingan orang tertentu sahaja, jadi mereka tidak matang.

Anggota UMNO dan BN harus sentiasa ingat bahawa pilihan raya merupakan satu proses untuk memilih sebuah parti yang disokong oleh majoriti untuk membentuk kerajaan.

Anggota parti harus menyokong siapa sahaja yang dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti, termasuk calon yang bukan terdiri daripada anggota mana-mana parti komponen BN.

UMNO, ataupun MCA, ataupun MIC, ataupun Gerakan, tak mungkin menang tanpa sokongan daripada orang yang bukan ahli parti.

Jadi kenapakah kalau orang yang bukan ahli parti yang menentukan kemenangan, tetapi kalau mereka dipilih sebagai calon parti tak mau sokong. Sepatutnya BN sokong. Payung terjun ni payung terjun la, kalau dia berkebolehan BN patut sokong kerana akhirnya BN nak tentukan parti menang.
 
BN perlu dapat satu majoriti yang cukup supaya mendirikan sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat.

27 comments:

Anonymous said...




Salam WZWH & MUT...,

Ikrar Taat Setia (baiah) Secara Bertulis Berhubung Pemilihan Calon Untuk Bertanding Pada PRU 13

Satu lagi untuk baiah kepada pemimpin yang dilantik menjelang piliharaya mesti telus ikhlas kepda semua petugas jentera PRU. Baiah cara bertulis ni tak semesti menjamin keluhuran, jika mereka tahu perkara2 brikut:-

1. Peruntukan untuk setiap pengarah DUN RMxxx,000/=;
2. Peruntukan untuk keseluruhan parlimen RMxxx,000/=;
3. Peruntukan untuk pengundi luar RMxxx/= setiap pengundi;
4. Peruntukan khas setiap pengundi satu-satu parlimen RMx/= setiap pengundi;
5. Peruntukan lain2 yang membuat orang marah hanya disimpan dan digunakan oleh Ketua2 Bahagian/ADUN2; RMxxx?
6. Peruntukan kepada Ketua Pemuda, KP Wanita; RMxxx?

Sepatutnya inilah menjadi baiah bagi memastikan pengundi tidak “tersalah” pilih undi pada setiap kali PRU. Inilah yang saban kali PRU jika mana-mana calon dari parti tip top walaupun kalah, masih mampu tersenyum dan boleh beli rumah dan mercedes, bini dan kebun mahupun tanah nilian ratusan ribu ringgit “cash”. Jadi bayangkalah macam mana jentera hendak setia kepada parti. Apatah lagi jika berlaku kepada "incumbent" yang tidak terpilih pelbagai taktik digunakan mereka untuk “sabotaj” atau “cas keting”.

Maaflah jika menyinggung perasaan sape2 yer. Bukan nak sangat mendedahkan perkara sedemikian. Bimbang jugerlah kepala kome ni kena gadai senalar setiap kali menjelang PRU...

Banir cuba untuk deme ikhlas berbaiah...

Anonymous said...

Teori bodo kini telah didedahkan...tak habis2 dengan teoribodo. Org yg pertama kena makan sumpah adalah dompok...ha ha..

ju mansur said...

dompok tu walaupun tidak sempurna tetapi dia tetap dapat bekalan pahala dari para pengumpatnya setiap hari.jadi dompok haruslah berterima kasih kepada dermawan pahala tersebut.

Anonymous said...



Sapa yang sokongkan kemungkaran ada juga saham baginya kelak.

Jazakallahu Khairan Kathiran...

Anonymous said...

Salam.Sebenarnya tak perlu pun baiah tu.Yg penting setiap ahli atau pemimpin yg di amanahkan oleh rakyat itu amanah.Kalau dia menang atas tiket UMNO,dia kenalah berkhidmat atas tiket umno kerana atas tiket umnolah dia menang,Begitu jugak sebaliknya.
Tentang untuk ahli memilih calon pilihan UMNO itu aku tak bersetuju.Kalau UMNO calonkan perompak harta rakyat buat apa aku undi? org bodoh aje yg akan undi mcm tu

Anonymous said...

Anom anom Wzwh ke Dompok tak siapa siapa nak respon komen banir.Dia auta ke.Selama ini pendundi yang sokong pemimpin sedemikian ramai kena tipulah.Patulah kerja kerja mereka makin hari makin menyombong dengan pengundi mahupun dengan masyarakat yang makan ditangan juga nampak hebat walaupun hanya seteraf dengan kami.Teruskan jika itu boleh memberikan manfaat kepada kami yang sentiasa tertindas.

Anonymous said...

melayan ke cadangan wzwzh yang sangat bernas ini! wan amizan suruh bagi cadangan macam ni ke? kahahaha..

Anonymous said...

Calun Ameno berjanji setia pada putrajaya sahaja
Dan tidak kepada rakyat.
Ahli Ameno sendiri tidak dipercayai sebab masing2
Nak jadi calun. Silap2 masing2 pangkah sama
Sendiri.
Kita sebagai RAKYAT tidak perlu taat setia kepada
Sesiapa terutama yang berkerja sendiri Atau swasta.
Undi kita akan diberi kepada calun yang dapat memberi infrastruktur Dan pembangunan kepada
Daerah Jerantut. Kita juga Akan memberi undi kepada parti yang tidak akan menyebabkan
Kerosakan kepada agama, bangsa, negeri Dan
Negara. Itulah taat setia kita sebagai RAKYAT.

Dan setakat ini
Tiada lagi jambatan Di Kuala Tembeling
Ular masih terdapat di jalan Benta
Pulau Tawar masih bermimpi siang

Dan anda tahu siapa yang perlu diundi?

Anonymous said...

anon 10:57 AM nak Tambah sikit lagi,

jalan jerantut kg raja tak siap lagi
jalan sg lembing jerantut taksiap lagi
jalan temerloh-jerantut seperti ombak
jalan jerantut-kuala tembeling seperti jerawat
Perkampunga tradisional masih menunggu geran tanah
university masih belum ada

temerloh - Bandar Ikan Patin
Maran - Bandar Ayam Kampung
Rompin - Bandar Udang Galah
Muadzam Shah - Bandar Pendidikan
Jerantut - ?????????


Anonymous said...

jerantut-darul orang bengong tak pandai bersyukur!!!!!!

Kampong man said...

Salam Wan,

BN mampu memperolehi majoriti sekira ahli parti waras dan tidak sabotaj calon dalam PRU 13 nanti kata Tun Dr Mahathir.Harap ahli UMNO dan BN sedar perjuangan parti amatlah penting.Kampong man berpendapat rakyat akan mengembalikan 2/3 majoriti saperti dulu kerana mereka telah lihat bagaimana berbagai KEPINCANGAN berlaku dari segi pentadbiran negeri dengan sistem yang bercelaru .Umpamanya Khalid di Selangor lebih mengutamamakan DSAI dan tidak Baginda Sultan Selangor dan kegilaan DSAI tidak berikrar dengan tidak mengangkat tangan bagi menghormati RUMUN NEGARA memberi banyak message saperti anti- establishment,tidak menghormati Raja dan pemerintahan yang huruhara kerana gagal memerintah negeri dengan baik gara gara tidak berpengalaman .Malaysia tidak mampu kepincangan ini.Ahli UMNO dan semua ahli komponent parti BN harus taat kepada parti.Election di bulan November look imminent.Kita harus bersatu.Best of luck to winnable candidates.Terima kasih.

Anonymous said...

Jangan diikut Anwar Ibrahim yang dah gila dan tidak betul lagi menyesatkan wahai Kampong Man.

Anonymous said...

Perdulikan mahathir
Perdulikan Selangor ( sebab dah selamat )
Perdulikan ameno

Sebab kita Jerantut
Dan Kita Dun Tahan

Kita melihat kemajuan kampung kita
Ayuh orang Kuala Tembeling

Geran rumah murah bila nak dapat?
nanti kena jual

Anonymous said...

Berbai'ah konon...boleh percaya ker. Nak tergelak aku...macamlah kami kat jerantut ni tak faham perangai puak2 UMNO ni. Bersumpahlah beratus kali, Org2 UMNO ni tak boleh dipercayai...ratio boleh pakai 1:100. Sebab, isme mereka 'duit'....'ada duit semua boleh jadi, tak der duit hang boleh pi'. Depan kita, pijak semut tak mati...belakang macam2 cerita timbul. Berrpuak sana, berpuak sini, kem sana, kem sini....jika di Tembeling mesti kasi kpd puak2 wan...org2 lain jangan cuba nak acah...tak merasa. Soal kredibiliti mesti tolak tepi...

Anonymous said...

KAU KEBULUR NAK JADI CALON MINTAKLAH DENGAN NAJIB KE,NIK AZIZ KE,ANWAR TUTUH JUBO KAU KE!!!

AWAK AJE YANG SEMPURNA,PORAAAAAHHH!!!

Anonymous said...

Anon 10:14 ada masalah emosi ke..ekekekekekeke....

Anonymous said...

Sorry Anon 10:04 heheheeheheheh

Anonymous said...

aku tak ada masalah emosi,cuma benci orang yang hanya tahu memperlekeh usaha orang dan memburukkan orang lain.sedangkan diri sendiri pun tak sedang mana.

kalau rasa diri hebat sangat masuk politik tak kira pas atau umno baru orang respek dengan pandangannya.

Ghab said...

 
Salam WZWH ,

I am confident , victory for Barisan National is in its course . Quoting from Tun Mahathir and outlined by  Kampong Man , two third majority is possible as the grassroots sentiment from the Malay heartland is marked for Umno/BN . However , the political warbling among the  few political warlords have come to an ease and in a quite state of minds. 

It has been highlighted by brother Kampong Man , PKR's State Administration of Selangor is handicapped and thus crippling . To expand the point , it is the very core in administrating the State is fundamentally into shambles and widely noticeable . 

Selangor's urban Malay voters have come to realization that once the new kid on the block , Khalid the PKR's leadership is in deep trouble by reputation . He has no seriously respect for the Royal institution and its sovereignty . Malays in Selangor are revolting by his ' kurang ajar ' attitude in leading the State . 

Sovereignty is the key to  Nationhood .  Administrators of the day who are in PKR's administration  is in fullest obligation and commitment  and with compelling reasons to uphold Sovereignty to the very last drop of blood .

At first I was unsure the actuality of the news reported . YM Sultan Selangor was not invited for the Independent celebration organized by Selangor State Administration ? This is ridiculous and derisory  .

I was hardened    , how could it be for an executive's Menteri Besar was indifference   . It endorses   irresponsibility , thoughtless and unaccountability  . More to that ,   it is an unbecoming and indecorous deposition by leadership of PKR  been reflected by the irregularity in the State Administration  . 

It is a serious issue which discarded Selangor    as a Sovereign State . Sovereignty is the rock of Nation's   integrity and the King is the soul . The king is the only human factor in the system of the Federation as stipulated in the Federal Constitution and this system is defined , the Government . 

This is a mark for a doomed Administration . PKR's  executive administrator  is irresponsible  jeopardizes the Sovereignty of the democratic ideology in upholding integrity stance the king is the sole and who is imbedded in the democratic system of the Federation . 

For the voters of Jerantut let us bear together , let it be marked the distinction  , I repeat that the king is the only human sole who is part of the system in  the Federation which is stipulated in the Constitution , THE GOVERNMENT .
                       

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Thank you bro Ghab for your elaboration of THE GOVERNMENT. Let PKR and Anwar Ibrahim 'jump with their pumpkins' ekekekekeke....

lipis mari said...

umno jerantut ni jauh lebih baik dari umno lipis.umno lipis pemimpin nya semua bodoh macam kepala keretapi.dah bodoh ada hati nak jadi pemmpin.sian orang lepis.

Jawa Rangers said...

Assalamualaikum,

Deme kata macam-macam kat Wan Mizan. Jahat sangat ke dia tu yang begitu sekali deme hina dia. Ada bukti ke??? Kalau ada bukti laporkan pada pihak berkuasa supaya tindakan boleh diambil. Kalau setakat bobok je sebab dengki dengan apa yang dia ada ..... baik rentikanlah. Soal dia dapat projek berjuta .... itu adalah hasil usaha dia. Soal cara betul atau tak bukan hak kita untuk menghukum dia. Itu hak Allah.

Sifat orang Melayu dari zaman bangsa Melayu wujud sampai sekarang iaitu hasad dengki ni tak sudah2. Pantang nampak orang lain lebih je mula bebagai cara nak memburukkan orang lain.

Wan Mizan tu bukan orang yang maksum. Dia bukan Nabi dan dia juga bukan malaikat. Acu kabo sapa yang tak de buat salah. Dia dapat projek juta2 bukan dia mentekedarah sorang. Boleh kata merasa walaupun sikit. Acu deme kira kalau sekolah di Jerantet ni ada 64 buah mintak sumbangan RM2000 sebuah sekolah tak ke RM128,000.Ate sapa ade kat sekolah tu, bukan ke anak2, adik2 atau cucu cicit kita gak. tu belum lagi belia mintak lagi, masjid, surau, tadika atau NGO. Rasa2 berjuta dah dia dah bagi. Kalau dia mentekedarah sendiri tak bagi ke orang kapalterbang dia boleh beli dah.

Koi bukan nak muji dia tapi itu hakikatnya. Dia setakat ADUN je tapi orang minyak sumbangan macam dia tu menteri. Tu belum kira orang ada kesusahan jumpa dengan dia dan minta tolong duit ..... dia tak banyak cakap hulur duit .....

Koi pernah ikut dia ..... ada bapa tunggal yang mengadu meter paip air nya kena potong dek JBA. Dia suruh Cikgu Nor bagi duit RM500. Pada hal sambung semula meter air berapa puluh ringgit je. Ada sorang makcik tu mengadu kat dia atap zink umah dia bocor sebab dah lama. 3 keping je yang rosak dia bagi duit suruh ganti. Pastu berapa ramai dia taja orang pergi umrah, buat lawatan .... dia seluk kiri kanan poket dia beri semampu yang dia boleh.

Ada orang lain buat seperti dia. Janganlah kita duk siang malam pagi petang subuh senja duk korek-korek je cari salah dia. Kebaikkan dia wokme tak nak citer.

Koi tak ande apa2 ngan dia. Tak ande la koi mintak projek itu ini. Cuma seingat koi, koi pernah minta sekali melalui Cikgu Nor sumbangan untuk Sekolah Temin untuk buat sukan tahunan. Dia bagi RM500.00. Masa tu dia Ketua Pemuda je. Koi suka berodong je. Dia tak sombong, kalu jumpa dia, dia senyum, dapat minum teh segelas .... kira okey dah tu ....

Tak payah kita duk keje nak buruk2kan orang neh ..... keje tak pekdoh belaka tu. kalu dapat pahala tak pe ni memberatkan bakul dosa je. Sama2 kita sokong dan bagi kerjasama kat dia. Mudah2an dia dapat memberikan sumbangan yang lebih besar lagi untuk orang Jerantut.

Walaupun baru sepenggal .... kurang2nya jalan ke Kg. Pagi dah ada. Cikgu yang ngajor sana boleh berulang naik hilux. kenapa orang lain dah berpuluh tahun tak leh buat.

Jadi2lah duk keje memburukkan orang neh. Kita cermin dulu diri kita .... apa sumbangan kita, apa kebaikkan yang dah kita buat untuk orang lain, besar mana jasa kita pada orang lain .....

Wallahua'lam .....

Anonymous said...

Macam robin hood
Cari duit cara ameno, bagi Duit pada orang
Miskin, orang cari makan dan cikgu nak buat
projek.

Salah tu.
Salah tetap salah.

Anonymous said...

Anom 1105 6,2012, jika kaw tu budur ngaku jerler budur, Toksah dok angkat jubur taik orang gi basuh nmpk pastu jilat ada rasa taik lagi basuh pulak. Jika tak pandai jangan cakap, jika tak paham politik jangan cuba nak bayangkan hal2 politik, cakap hal polektaik kamu ni boleh jadilah. Aku dah berapa ramai iku org politik nik. Semua pekerjaan mereka terlindung belaka. Aku pernah lihat sendiri projek tu kontrektor keluarkan bil hasil kerja RM42,780/=,(termasuk harga upah+barang) tapi kaki basuh taik tu cakap tak padan "cemok" tu. Suruh buat bil lain jumlahnya RM127,986.83. Berapa komisen kaki basuh taik dapat aku tak tahu, tapi hakikatnya orang yang menyuruh tu orang yang kaw puja2 tulah. Inilah nak ceritakan, orang kaki basuh jubur tu berapa sen dapat, orang yang menyuruh dapat berapa pulak2. Ini bukan soal nak lapor atau tidak, ini soal seorang dua kena tipu ini soal semua orang yang tolong undikan dia, dia untung sepanjang masa hasil mengadaikan maruah orang ramai Sola berdepan dengan Rabul Jalil itu orang tak takwil sememangnya Allah maha mengetahui. Tapi kena ingat adakalanya Allah bayar "cash" bukan kepada sianu si ani, kadang2 Allah "cash" kepada orang yang mengadu domba. Bagi bantuan kepada mana2 jabatan bukan duit mak bapak sendiri, itu hasil bajet toksoh nak tunjuk kebuduran. 55 tahun lepas bulihlah nok tunjuk kebuduran, loning dah kamu tahu 55 tahun Merdeka. "merdeka" 7 kali. Wallahulambisawob.

Anonymous said...

anon 11.05AM,
Kami bukan ada penyakit PHD tapi ini cerita realiti. Baru std ADUN....kaye gila, macamana kalau MP, Exco, MB, Pak Menteri...tentu lebih lagi.

Selepas 5 tahun mereka memegang jawatan, drp takde mender2 tetiba banglo bapok besornya...kereta ada 7 biji (merc s320, BMW5...Myvi cuma untuk tunjuk muka kat masjid).

Zaman UMNO asal (sebelum Mahathir)dulu hampir semua wakil rakyat tak penting diri...mereka kerja kuat demi rakyat. Contoh: Tengok YB Arwah Che'gu Dollah..mende harta yg dia ada...Malah Tun Razaksebagai PM...dia hidup secara sederhana, tak meninggalkan banyak harta untuk najib dan Nazir...

Hari ini, orang2 UMNO berebut2 nak jadi calon, bukan nak berkhidmat tetapi banyak bertujuan nak kumpul harta...Apabila mereka tak terpilih sebagai calon...sabotaj sana, sabotaj sini...kem sana kem sini..pecah sana, pecah sini...

Inilah UMNO yg ku kenali antara dulu dan kini bagaikan umpama air dgn api...

lipis mari said...

ada si bengung menyamar jadi aku.dayus tak ada batu pelir.
lagi satu yang membenci hanya beberapa puntung,ahli pas pulak.yangberterima kasih kpd yb lebih ramai kerana sifat pemurahnya.

yang dok mengumpat ni kita ambil sebiji buah mutan dia pun dia hambat kita.kedekut nak mampus.

umor dia 20 tahun pun dah ada duit 4 juta.tak sampai 2 tahun habis semua bagi kat orang.kemudian usaha cari lagi.bagi lagi kat orang.orang kaya-kaya lain ada perangai pemurah macam dia.

nampak yang dia ni faham firman Allah,bersyukurah lah,akan di tambah rezeki kamu.

dia buat duit tak salah kerana dia hanya wakil rakyat biasa bukan exco atau menteri yang dilarang berniaga.lesen dia kelas A bukan kelas f yang sentiasa dengki dengan orang lain.

kelas A dapat kerja kelas F pulak yang bising.

pandai cakap berhadapan dengan rabul jalil.apa? awak tak berdepan dengan rabul jalil.mengumpat orang tak berdepan dengan rabul jalil.mungkinlah awak hanya berdepan dengan halim jalil chap kot?

lepas di dunia tak kira siapa pun tak kan lepas di akhirat.jadi kau orang sibuk2 menghukum orang apa ke jadah nya?haramjadah kot?

Anonymous said...

Orang Umno gaduh dengan orang Umno.
Orang Umno rebut projek dengan orang Umno.
Orang Umno rebut jawatan dengan orang Umno.

Biarkan
Biarkan biarkan

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...