Wednesday, September 19, 2012

Sakmongkol AK47 The Lost Pahang Man?



Dalam posting blogger Sakmongkol AK47  sila klik sini dan sila klik sini dan banyak beratus posting beliau adalah jelas:

  • Sakmongkol terlalu membenci UMNO dengan berbagai tuduhan tidak baik
  • Sakmongkol juga ada masalah peribadi dengan DS Najib hingga keturunan dan family DS Najib dicerca dan dinista.
  • Juga family WZWH dilibatkan sama.

Dulu masa Sakmongkol menjadi ADUN Pulau Manis dalam parlimen Pekan (2004-2008) tidak pula beliau berkempen bahawa UMNO seburuk hari ini.

Sakmongkol meninggalkan UMNO dan masuk DAP itu tiada menjadi masalah. Ianya menjadi masalah bila untuk membuktikan kepada LKS dan LGE bahawa beliau adalah ahli DAP 'on trial' yang baik atau komrad yang cemerlang dengan memburukan UMNO dan DS Najib.

The lost Pahang man ialah orang Pahang yang tidak tahu adat dan sejarah Pahang. Pahang ada politik moden dan tradisional yang saling lengkap melengkapi dengan struktur dan hierarkinya berakar umbi beratus tahun dulu.

Ketika Pahang dan Malaysia dibawah era kepimpinan DS Najib anak Pahang jati yang mempunyai susur galur sejarah moden dan tradisional Pahang di persada Perdana Putrajaya maka secara natural dan logik orang Pahang secara majoriti menyokong kepimpinan DS Najib.

Maka Sakmongkol mahu mempengaruhi orang Pahang bahawa jangan sokong DS Najib dan UMNO maka sebab itu Sakmongkol adalah the lost Pahang man!

Dalam posting WZWH sila baca sini WZWH menyatakan...... Pada WZWH mudah. Tidak perlu terlalu akademik sangat dan dalam analisa. Cuma satu amat kurang bijaklah orang Pahang jati kalau menolak DS Najib PM orang dari negeri Pahang sendiri.

Ini yang Sakmongkol sebagai orang Pahang tidak boleh terima!

WZWH percaya Tok Shahrom dan Moyang Khatib Amin jika hidup pada hari ini tidak akan menyokong perjuangan cuit @ gamitnya Sakmongkol menentang DS Najib dan UMNO.

Dulu....Tok Bahaman, Tok Gajah (Khatib Rasu) dan Mat Kilau sebenarnya menentang Inggeris selama 4 tahun (1891-1894) adalah mendapat restu secara rahsia dari Sultan Ahmad. 

Bagi operasi kebangkitan Tok  Gajah dan Mat Kilau di Jerantut dibantu oleh keluarga bangsawan Tembeling dengan membekalkan senapang, ubat bedil, beras dan wang. Itu semua adalah persetujuan rahsia yang direstu oleh Sultan Ahmad.

Sebab itulah bila British akhirnya tahu persetujuan rahsia ini maka Sultan Ahmad terpaksa membayar 7200 dolar setahun dengan jumlah semua ialah ( 7200 X 4 = 28,800 dolar) menanggung kerugian British. Pembesar Tembeling yang terlibat dilucut jawatan dan ditarik balik pencen kerabat atas pengaruh British.

Jika Sakmongkol tidak cuba untuk memahami politik moden dan tradisional Pahang maka itu sebab beliau memilih jalan beliau yang sebegini hari ini....

Orang Pahang terutama Melayu Pahang masih kuat berpegang kepada adat dan sejarah.

44 comments:

Anonymous said...

Lawak
Masa tu mana Ada keluarga bangsawan
Tembeling
Mungkin ada gelaran, tapi setakat penghulu sahaja.
Jawatan orang kaya berempat lebih besar yang
Disandang Oleh Tok gajah Pulau Tawar.
Bantuan mungkin diberi. Oleh Tok Raja Jelai yang
Asas keturunannya dari minang atau rawa.

Jadi jangan sebut golongan bangsawan Tembeling
Semua orang Tembeling Akan tergelak besar
Puak wan cuma membantu geng geng Tok Gajah
berperang dengan orang putih.Dana bantuan
Kemungkinan besar dari Tok Raja.
Selebihnya duduk selamat Di ulu Tembeling.

Anonymous said...

Tok Gajah bukan Orang Besar Berempat Pahang dizaman Sultan Wan Ahmad. Tok Gajah hanya seorang pembesar yang disukai oleh Raja kerana sifat-sifat tertentu namun sangat berpengaruh.

Anonymous said...

Seperti dijelaskan oleh W. Linehan dalam bukunya A History Of Pahang,"The Bendaharas naturally did not encourage territorial ambitions amongst their relatives, do not giving lands to potential rivals. There was however one part of Pahang where men of the Bendahara's stock held sway. The valley of the Tembeling was controlled by the Wans descendents of Bendahara Tun Abdul Majid whose son Tun Da migrated to that valley. To keep watch on their doings the Bendahara stationed in the Tembeling a Penghulu Raja who was under the direct orders of his master. The water shed of the Tembeling has been held at least from the beginning of the 17th century by the relatives of the rulers".
Seterusnya W. Linehan memperinci lagi,"The third meeting of the State Council was held on 11th December 1890 when Hugh Clifford was acting as Resident. The Resident raised the question of an allowance to Wan Husain of the Tembeling, and explained that in Tembeling were two chiefs, the Penghulu Raja and Wan Husain, the former being the head man of the district, and the later holding an authority from the Sultan to rule over the Wan class and any others who might care to folow. The Penghulu Raja had an annual grant of $20. It was decided to give Wan Husain a similar amount".

Anonymous said...

Anon 3:37 bodoh bukan tahu sejarah.

Anonymous said...

Selepas perang saudara, waris wan yang kalah
akhirnya ada menetap Di lembah tembeling.
Lembah Tembeling adalah satu lembah yang subur
dengan air bersih disamping kaya dengan hasil
hutan dan sungai. Tempat ini juga jauh dari
Pekan Dan satu tempat persembunyian yang
hebat.
Golongan wan yang menetap disini adalah
golongan yang kalah perang dan mereka telah
kehilangan segalanya iaitu pangkat Dan harta.
Dengan membuat andaian mereka adalah
Golongan bangsawan tembeling adalah satu
Kesilapan. Mereka cuma ada gelaran wan Dan lama setelah itu ada baru link dengan istana.

Kalau tidak sudah tentu, waris seperti WZWH tidak perlu menjadi cikgu Dan seterusnya Berkhidmat
Dengan unmo dengan begitu setia.

Cikgu

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Cikgu 7:46,
Elok WZWH terang sendiri dari sudut sejarah yang betul...

Keluarga Wan Tembeling mengambil pendirian menyokong Wan Ahmad dalam perang saudara Pahang.

Bila anak Tok Raja (Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai) iaitu Wan Embong dibunuh, kepala dipenggal diarak hingga ke Kuala Pahang maka Tok Raja telah berpakat dengan keluarga Wan Tembeling supaya mengambil Wan Ahmad di Ulu Terengganu.

Wan Ismail Pulau Besar dengan 7 pendekar Janing pergi mengambil Wan Ahmad dan bersumpah setia minum air yang digode dengan keris pahlawan di Kampung Pasir Raja Terengganu.

Bila angkatan perang Orang Tembeling dan Orang Jelai bersatu di Pasir Tambang seberang Kuala tembeling bersama pembesar-pembesar Pahang yang lain maka satu deklarasi Pasir Tambang diistiharkan bahawa Wan Ahmad dilantik sebagai Raja Bendahara Pahang pada tahun 1862.

Dari Pasir Tambang angkatan perang Wan Ahmad pun melanggar Pahang. The rest was history.

Anonymous said...

Tuan-tuan,

Saya bukan orang Pahang tetapi menghormati sejarah. Saya mengambil sikap ingin belajar sejarah Pahang dan hanya duduk tepi gelanggang je belajar.

Yang ingin dikomen hanya mengenai posting WZWH kali ini je. Posting kali ini adalah kesinambungan acara bersilat WZWH dengan Sakmongkol je, bermula dengan sokongan politik yang berbeza. Kini telah melarat ke masaalah keturunan. Acara bersilat ni antara mereka berdua tidak melibatkan kita.

Depa bergasak, bersilat le melalui blog masing sampai menyentuh perbadi memasing pun. kita jangan masuk campur sehingga melibatkan kita semua.

Sekaang tajuk acara berlawan silat mereka, hentam menghentam soal keturunan masing-masing. Hahahaha

Anon 5:05

Anonymous said...

Orang Pahang sangat kuat dengan adat,sejarah dan melayu mereka.Itulah sebabnya BN kali ini akan maintain atau perbaiki kerusi parlimen dan negeri.

Berkenaan Sakmongkol tu dia melayu celup .Pedulilahkan dia dan keturunan dia.Kaum China sukalah dia kerana mengutuk Najib dan UMNO.Itu saja yang dia tahu dan dia adalah penghianat bangsa.

Anak Felda Jengka

Anonymous said...

Cerita WZWH memang berserabut dengan Cuba
Memsuperior puak wan ulu Tembeling.

1. Apa peranan puak rawa seperti Tok gajah Dan
Lain2 lagi yang mula dominan di ulu jelai Dan
Lembah tembeling.
Terdapat web site yang mengatakan tanpa
Puak ini, Wan Ahmad Akan kekal
Di ulu Trengganu.

2. ? Puak wan Tembeling terdiri Dari puak Wan
Ahmad Atau Wan Mutahir.
Tidak terdapat sejarah yang jelas yang
Tentang puak wan Di lembah tembeling
Sebelum perang saudara Atau semasa perang.
Maklumat ini mungkin terdapat di kalangan
Keluarga sahaja.

3. Yang jelas selepas perang terdapat puak wan
Dari puak mutahir yang menetap Di lembah
Tembeling yang diketahui oleh wan Husain.
Atas alasan ini, tun Ahmad melantik
Penghulu raja untuk memjaga lembah
Tembeling.

4 ? Siapa keluarga bangsawan Tembeling.

Anonymous said...

Pakar Sejarah Pahang,

Anon 10:21, bior Pakar Sejarah Pahang jawab:

1) Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai @ Tok Raja Orang Besar Berempat adalah tokoh dominan di Ulu Pahang dan Jelai. Tok Gajah dan lain-lain adalah monyokong Tok Raja.

2) Puak Wan Tembeling dari keturunan Tun Da. Manakala Puak Wan Ahmad dan Wan Mutahir dari keturunan Tun Koris. Tun Da dan Tun Koris adalah adik-beradik anak Bendahara Tun Abdul Majid Pahang. Ada lagi abang yang lain Tun Abdul Mutalib dan Tun Muhammad (marhum mangkat di laut). Tun Da membawa diri ke Lembah Tembeling bila tidak dapat menjadi Raja Bendahara setelah mangkat Tun Koris digantikan oleh Bendahara Tun Ali ayahanda kepada Wan Mutahir dan Wan Ahmad. Keturunan Tun Da di Lembah Tembeling taat setia kepada Kesultanan Pahang hingga kini.

3)Ramai puak Wan Mutahir yang kalah perang lari ke Johor. Ramai juga menetap di Rompin dan Negeri Sembilan. Mungkin ada yang lari ke Tembeling. Walaubagaimanapun Sultan Wan Ahmad tetap memanggil balik kerabat Wan Mutahir ke Pahang dengan syarat berjanji setia taat. Penghulu Raja adalah spy telinga dan mata Sultan pahang yang dilantik dikalangan BUKAN WAN kerana Sultan Pahang bimbang sedaramaranya di Lembah Tembeling memberontak.

4) Siapa keluarga bangsawan Tembeling itu sudah jelas dan nyata...

Anonymous said...

Biarkan mereka dengan keturunan mereka..tak kisah wan atau apa pun,yg penting kena takutkan Allah..

Mengikut rekod,Negeri PM akan jatuh ke PR,contohnya Kedah,P.Pinang mungkin lps ni pahang...

Anonymous said...

Yg aku tak faham mengapa puak2 Wan dan kerabat diraja kebanyakkannya adalah penyokong tegar UMNO....walhal mengikut sejarah, mereka ini sangat benci kepada British dan UMNO pula merupakan doktrin sekular yg ditaja pihak British di Tanah Melayu....('SECULARISME'-urusan pentadbiran negeri diserah kpd residen manakala urusan adat dan agama Islam diserah kpd Sultan).

Sepatutnya puak2 Wan dan kerabat adalah penyokong kpd parti PAS atau2 parti yg bersifat nasionalis sosialis kerana parti2 inilah sebenarnya sebagai penentang tulin penjajahan Briris di Tanah Meayu..Kalau tidak masakan parti2 ini diharamkan oleh British dan pemimpinnya disumbat di Kemunting (diISAkan).

Mintak pencerahan pakar sejarah!!

Drp: Mat Periba

Anak Peneroka said...

Meluat aku baca.Padang Piol kehiliag takdak Wan.He meluat-meluat.Kalau Hang nak berpolitik jangan adukan dengan institusi Raja pasai hang bukan raja.Kami Orang mendatang pun adalah rakyat Pahang. Sultan Pahang Raja kami. hang mencalarkan institusi Raja.

Anonymous said...

Pakar Sejarah Pahang,
Menjawab Anon 11:47,

UMNO dilahirkan di Istana Johor. UMNO adalah kesatuan pertubuhan orang Melayu seTanah Melayu. Puak2 Wan dan kerabat Diraja sejak dari permulaan penubuhan UMNO telah menyokong UMNO. Di Pahang Barat umpamanya penglibatan Tok Raja dan keluarga Wan Tembeling dalam kepimpinan UMNO Pahang barat terserlah dengan rajin membuka cawangan dan mencari ramai ahli UMNO. Sekular adalah kehendak British namun UMNO ada ideologi Alif, Ba, Ta = agama, bangsa dan tanahair. Memang ramai tokoh Pahang yang berhaluan kiri dan berpengaruh seperti Ibrahim Yaakob dan Ishak Muhammad (Pak Sako) namun ramai pemimpin Pahang yang masuk API telah menyertai UMNO setelah API diharamkan pada 1948. UMNO adalah parti nasionalis. UMNO mengambil pendekatan sederhana mahu memerdekakan Tanah Melayu dari British melalui rundingan diplomatik. PAS itu adalah serpihan parti UMNO bila Biro Agama UMNO majoriti AJKnya telah menubuhkan PAS kerana kecewa Ustad Fuad gagal tewas jawatan YDP UMNO kalah kepada Tunku Abdul Rahman Al-Haj. Parti-parti lain yang bersifat nasionalis sosialis itu selain diharamkan oleh British mahu Gagasan Melayu Raya atau Indonesia Raya bersatu dengan Indonesia. Lagi satu parti-parti yang diharamkan ini bekerjasama dengan Jepun yang mahu Gagasan Asia Raya. UMNO terbukti boleh membangunkan dan memajukan Malaysia aman damai tenteram dan makmur.

Anonymous said...

Yang jelas pihak wan telah mendominan
Politik umno Jerantut.
Mereka terus melebarkan sayap Dan Akan
Menarik semua puak wan.
? Siapa mereka
Dan kesannya Akan merosakkan Jerantut itu
Sendiri.
Politik Umno menpunyai tarikan tersendiri
Untuk puak wan Jerantut kerana mereka tidak mampu berdiri.
Berdiri

Anonymous said...

Alhamdulillah, perbahasan dan perbincangan yang menyegarkan tanpa menyerang sesiapa dibawah pusat/celah kangkang. Satu budaya yang sihat. Reuskan sdra-sdra orang pahang semua.

Anon 5:05

Anonymous said...

WZWH dan penyokong2nya sekelian.
Tinggalkanlah keris, tombak, lembing, melayu jati, melayu jati Pahang, melayu jelantuk, Tok Gajah dll yang purba itu. Dunia ni luas, bukan berputar dikeliling tempurung Jelantut saje.

Hari dah petang kalian.

Anonymous said...

En Pakar Sejarah,

Kita setuju bahawa UMNO ditubuhkan di Istana Johor tetapi kronologi penubuhannya adalah panjang..

Lihat fakta ini:
Tuntutan kemeredekaan dicetuskan oleh kumpulan parti politik berhaluan kiri berfahaman nasionalis sosialis seperti KMM(1937). Kemudian diikuti oleh KRIS, PKMM, API dan AWAS, (PKMM,API dan AWAS kemdiannya membentuk PUTERA) sektar awal 1940an. Selain itu, kumpulan Madrasah dan Pondok menubuhkan parti Islam bernama Hizbul Muslimin pada tahun 1947 pimpinan Hj Abu Bakar Al Baqir. Parti ini juga dicop sebagai parti berhaluan kiri oleh British memandangkan ia dilihat cenderung kepada doktrin Ekhwan Muslimin diMesir (mahu mengembalikan Daulah Islmiyah).

Kewujudan kedua2 jalur parti..berideologi nasinalis sosialis dan Islam diatas telah mengusarkan pihak British kerana ia tidak selari dgn aliran politik dan ekonomi British yg menganut fahaman Kapitalis Sekular.

Dalam era semangat menuntut kemerdekaan ini iaitu selepas kebangkitan umat Melayu menentang Malayan Unian, UMNO pula ditubuhkan oleh pendokong2 aristocrat feudal yg diketuai oleh Onn Jaafar (1946)dan merupakan satu2nya parti yg dilebal sebagi berhaluan kanan dan sealiran dgn ideolisma politik British.

UMNO ini pada awlnya dianggotai juga oleh golongan muda yg berpendidikan agama. Mereka ini berjuang dari dalam bagi menIslamkan UMNO. Bagi merealisasikannya, pada tahun 1951mereka menaclonkan Ustaz Ahmad Fuad sebagai YDP bagi melawan Tengku Abdul Rahman tetapi kalah.

Golongan agamawan dalam UMNO ini kemudiannya keluar parti lalu mrenubuhkan Parti Islam SeMalaysia atau PAS...PAS mempelawa Dr Burhanuddin al Helmi untuk dilantik sebagai YDP pertama dgn ideologi Islam prograsif. Penubuhan PAS tidak disuakai oleh UMNO dan bagi British ia tetap sebagai sebuah parti berhaluan kerana memperjungkan sebuah Darul Islam......

Kesimpulan:
Tuduhan pakar sejarah bahawa PAS merupakan serpihan parti bagi orang keciwa kerana calonya kalah dalam pertandingan merebut YDP tidaklah tepat...saya melihat pakar sejarah bias dalam hal ini.


sekian,
Mat Periba.

Anonymous said...

Masaalah dengan wan jerantut ni
Eloklah Umno bahagikan parlimen Jerantut
Menjadi 2
1. Parlimen Jerantut
Dun Damak, Pulau Tawar dan Bandar
2. Parlimen Tembeling
Dun Tahan, Labu dan Kuala Tembeling

Bagi Parlimen Tembeling Dan Dun Tahan
Calun Umno kita bagi khas untuk puak
wan Tembeling. Bergilir- gilir antara puak
-puak wan yang anda.

Umno dan SPR tentu setuju. Puak wan menyokong
Kerajaan seratus peratus.

Biar cucu cicit Tok Gajah dan Pawang Nong
Menjaga Jerantut.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

WZWH setuju parlimen Jerantut dipecah 2. Sebelum itu infrastruktur Projek Jalanraya sampai ke Terengganu perlu cepat disiapkan. Perancangan pembangunan dan pembesaran kampung serta ladang-ladang felcra, agensi kerajaan negeri dan GLC dibuka, industri kecil dikembangkan semoga memberi banyak peluang pekerjaan. Populasi penduduk Lembah Tembeling perlu ditambah ganda. Biar cucu cicit Tok Gajah dan Pawang Nong jaga Jerantut. Puak-puak Wan jaga Lembah Tembeling. Mahukah DS Najib dan MB Pahang berkenan dengan cadangan ini ekekekekekekeeke.....

Keturunan Wan Juga said...

Kpd Saudaraku Berketurunan Wan Pahang,
Kami berketurunan Wan Kelantan dan Terengganu sudah memperjuangkan melayu islam dalam Pas.Mari lah kita sama2 kukuhkan perjuangan Islam.Gunakan anugerah yg diberikan oleh Allah kepada kita untuk perjuangan islam.jika Pas kuat islam dan melayu akan bertambah kuat.dengarlah denyut nadi anak muda yg mahukan perubahan.pimpinlah anak muda yang dahagakan perubahan dan didiklah anak muda yang akan merubah negara.
Wahai saudaraku berketurunan Wan,setelah aku membaca komen diblog wzwh ni,jiwaku sedih kerana terdapat komen yg berbentuk hinaan terhadap keturunan Wan.Walaupun keturunanku Wan dari negeri lain,namun jiwaku juga terguris.namun aku seru wahai keturunan Wan semua,marilah kita berjuang untuk agama,bangsa dan negara bersama parti islam se malaysia.

Anonymous said...

Keturunan wan juga,

Kita juga boleh berjuang untuk, ugama bangsa dan ugama dengan bersama UMNO yang telah terbukti 55 tahun .Kalau boleh di Kelantam juga kita beri peluang pada UMNO .Yang lebih cantik kita satukan UMNO dan PAS.Sedih juga PAS lebih sukakan DAP Karpal Singh,LKS dan LGE drp DS Najib.Ini doa saya

keturunan yang bukan wan..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ya Anon 7:37,
WZWH suka idea penyatuan UMNO dan PAS. Sebenarnya itulah pilihan YANG TERBAIK. Itu yang majoriti orang Melayu Islam mahu pengabungan itu berlaku.

Anonymous said...

Idea yg 'paling' terbaik ialah UMNO dibubarkan dan semua ahlinya istihar masuk PAS. Hujahnya...mana mungkin parti Melayu lebih baaik berbanding parti Islam. Ke 2, UMNO tidak perlu bertanding dlm PRU13 nanti demi Islam. Jika ini berlaku kira2 90 kerusi yg dipertandingkan UMNO bertukar tangan kpd PAS dan PAS menjadi dominan dalam PR.

Inilah namanya penyatuan UMNO-PAS. Apa macam...

Anonymous said...

kesian org pahang nieee, tembeling, wan, pulau tawar leee apee2 mcm2. yg penting kami org batu balai, perlok, felda pdg biol, sg retang ramai org luar yg memajukannyeeee, heeee geng kami org luar hebat dlm UmNO yanye Dol Kicap org kedahhhh heeeeee, kami akan tawan Jelantut PRU13 dgn RESTU Laktu TanSeri Lim & Latuk Ahlimmm mamakkkk ipoh maliiii

Anonymous said...

Udohlah org phgnya...maner aok berkelahi...ker 'pahang' jua aok mer... sejarah tetap tinggal sejarah... amik iktibar...jgn bercerai berai... jagalah agama,bangsa dan negara nie sebaik mungkin...

Anonymous said...

WZWH,

Ada masaalah besou dengan idea penyatuan PAS-UMNO Baru ni. Pertama kea jelaskan dulu atas dasar apa?

Sebabnya ahli UMNO Baru bukan semuanya melayu dan Islam. Nak buang kemana satu kg siam kat kedah un yang dah tubuh cawangan UMNO Baru kat Kg mereka awal tahun ni.

Begitu juga dengan ahli-ahli yang bumiputra bukan melayu dan bukan Islam kat Sabah nun? UMNO Baru dah tak nak undi mereka dalam PRU-PRU akan dtg. Boleh lagi ke John Ambrose jadi ketua bahagia UMO Baru kat Penampang tu?

Kita minta pencerahan dari wan zurik camner nak tipu PAS dan ahli-ahli UMNO Baru yang bukan melayu dan bukan Islam ni supaya UMNO Baru-PAS boleh bergabung kerana UMNO Baru dah tak konfiden dengan undi melayu kat Semenanjung ni( Statistik undi popular yang diperolehi oleh UMNO Baru di semenanjung sejak PRU 1990 secara konsisten dibawah 50%) .

Anon 5:05

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Idea UMNO bersatu dengan PAS atau dulu dipanggil Kerajaan Perpaduan sebenarnya boleh diterima oleh 99% kepimpinan tertinggi PAS tapi hanya satu orang saja TGNA tidak bersetuju dan menentang maka suara 99% kepimpinan tertinggi PAS tenggelam. Tunggu TGNA tiada di dunia ini barulah perancangan itu berjaya...

Anonymous said...

WZWH,

Sdra tidak menjawab persoalan pokok yang akan menjadi asas idea penyatuan PAS-UMNO Baru ia itu apa asas penyatuan ini?

Dakwaan sdra yang 99% kepimpinan PAS bersetuju dengan idea ini kecuali seorang ADALAH DAKwAAN KODONG TANPA BUKTI yang lebih condong kepada dakyah politik sahaja untuk memburukkan PAS dan untukmengabui mata orang melayu je.

Fakta yang ada adalah sebaliknya. MUKTAMAR PAS TELAH MENOLAK. Muktamar adalah keputusan keseluruhan ahli dan pucuk pimpinan PAS.

Jadi, WZWH diminta beri pencerahan dalam isu ini berdasar posting asal saya....jangang le dok main pusing-pusing depang tiang gol je....jaring-kang gol tu. Huhuhuhu.

Anon 5:05


Anonymous said...

Ha ha ha..

Bete tu Anon 5:05, acer nak main sorang je..WZWH jangan ler cheneke dengan bola, tak baik hokok sangat, pass le bola tu, asik kelik bola tepi tiang...masuk gol tak juga ..ha ha ha..

Anonymous said...

WZWH..ha ha ha..

Pecerahan

"Bila anak Tok Raja (Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai) iaitu Wan Embong dibunuh, kepala dipenggal diarak hingga ke Kuala Pahang maka Tok Raja telah berpakat dengan keluarga Wan Tembeling supaya mengambil Wan Ahmad di Ulu Terengganu."

Kalo ikut Buku Hikayat Pahang, Kepala Wan Embong tak sempat di arak ke Kuala Pahang..sampai kat Budu, orang Tok Raja dah stanby, ambush, jadi yang sampai ke Kuala Pahang ialah kepala-kepala pendekor penyokong bendahara Tun Mutahir...dan Kepala Wan Embong dibawa bailk dan dimakamkan di Bukit Betong...

Ha ha ha...

Anonymous said...

MSG Terbuka buat Adinda ku Wan Zurik,

Dinda yg dikasihi...
Nampaknya dinda bersungguh2 agar PAS dan UMNO bersatu 'demi Agama, Bangsa dan Tanah Air'. Dari segi idea kelihatan baik dan patut dipertimbangkan namun realitinya tidak semudah itu. Ini disebabkan masing2 mempunai ideologi berbeza, satu pihak meletakan Melayu dihadapan manakala pihak yg lagi satu menjadikan agama Islam sebaga1asas perjuangan.

Perjuangan atas bangsa meletakkan 'benda' sebagi natijah manakala perjuangan atas asas agama mempunyai matlamat 'mahu mendapat reda Allah swt'. Kan jauh bezanya..

Wahai dinda ku, 'Kerajaan Perpaduan' yg dimimpi2kan oleh pimpinan UMNO termasuk dinda sendiri sebenarnya untuk apa..untuk Melayu atau untuk agama?? JIka untuk Melayu, memang patut parti PAS dibubarkan dan kesemua ahlinya menyertai UMNO. Tetapi jika perjuangan mahu menuntut keredhaan Allah maka sebaiknya UMNO dibubarkan dan istiharkan ahlinya meyertai PAS.

Mungkin adinda mempersoalkan pulak, macaman dgn pembelaan ke atas org Melayu...habislah Melayu!! Sebenarnya tidak, kerana Islam bersifat syumul, kamil dan minta'kamil. Jika Islam dijaga pastinya Melayu terjaga mengikut sifat keadilan Islam itu sendiri.

Dinda,
Buat permulaan, kanda cadangkan dinda istiharkan diri keluar UMNO dan masuk PAS...Hal ini kanda dah lama lakukan. Antara kita berdua tidak banyak berbeza. Dulu kanda pun penyokong dan pendokong tegar UMNO malah menjadi AJK Pemuda Bhg juga utk beberapa ketika. Dari segi 'cerdik sekolah' kita lebih kurang sama saja, adinda ber sekolah diSekolah Men Sains manakala kanda pula bersekolah diSek Alam Shah. Kalau ada perbezaan cuma sikit, dinda berijazah dlm perkaunan sementara kanda kejuteraan dan kanda tidak memiliki MBA namun kanda memiliki pengalaman luas dalam GLC. Dari segi keturunan (dinda selalu sebut2pasal keturunan) pula, kita sama2 ahlul bait. Jika bab makan, dinda dikhabarkan gemar makan gulai ikan asam rong perah dan kanada juga minat asam rong biji getah...kan sama.

Yg membezakan kita, dinda masih kekal dalam UMNO manakala kanda dah bermufarakah dgnnya sebaik saja UMNO Dr Mahadhir ditubuhkan dan UMNO Tun Razak diruntuhkan...

Oleh yg demikian kanda dgn rendah hati, menyeru dinda agar tinggalkanlah UMNO dan sertailah PAS, hati menjadi tenang. Lagipun jiwa sentiasa diberi santapan melalui usrah mingguan...satu lagi dgn menyertai PAS kita merasakan diri kita tidak miskin sama seperti dirasai oleh penduduk di Lembah Tembeling....

Sekian dan terima kasih.

Drp: Mat Periba

Anonymous said...

Mat Periba,
Tak ada apa pun yang terlalu baik dengan PAS maka parti ini tidak mendapat sambutan dari orang melayu islam.Anda teruskan berjihad dengan parti anda dan kami dengan parti kami.Tidak ada rayuan dan paksaan .Ada juga orang melayu islam masok DAP.Orang inilah yang perlukan pencerahan.Tak gitu ?

Pemerhati .

Ghab said...

Sungguh mengkagumkan apabila ramai pembaca rasa tidak selesa dan kurang faham artikel yang telah WZWH tonjolkan atas tajuk: Sakmongkol AK47, " The ' lost ' Pahang Man " 

Dalam perpatah Melayu berkata, Biar mati anak jangan mati adat. Dalam erti yang sama, seseorang penghianat bangsa, baka fikirannya sebegini tidak boleh kita berdiam diri dan perlu dicabar dengan hati yang terbuka .

Budaya Melayu menerima baik fahaman liberal atas sifat toleransi berpegang kepada warisan dan budaya tetapi fikiran pelampau ini telah melanggar garisan atau melanggar batasan  hingga menyebabkan timbul perasaan  kebencian di antara sesama kita . 

Sepatutnya kita sedar bahawa Pelampau ini membela  untuk siapa? Yang jelas, mereka ini membela  kepada bangsa yang tidak senang  dengan kedudukan keistimewaan Melayu dan Bumiputra di Tanah Melayu. Ini lah satu penjelasan  di antara ciri-ciri bahawa mereka adalah penghianat bangsa yang telah menjadi alat kepada parti DAP .

Lain dan tidak bukan adalah Dato' Saktongkol yang sebantal dengan DAP . Kenalan seorang lagi penghianat bangsa yang teragung adalah Dato Sri Anwar Ibrahim yang dibiayai dan ditaja oleh Yahudi Soros . Oleh kerana fahaman politik songsang, Melayu akan dibinasakan.

Kita benar-benar kena faham bahawa kedudukan Melayu ketika ini sungguh membimbangkan atas sebab kefahaman politik keterlaluan yang telah memecah belahkan bangsa Melayu atas kedudukan 57 peratus penduduk Melayu di Tanah Air sendiri . Kuasa politik Melayu dan sirahtulrahim di antara umat Islam dalam Tanah Air terus juga tergugat. Ini adalah kebenaran mana kita tidak boleh ambil ringan atau dibiarkan begitu saja.

Peranan Najib untuk membangunkan bangsa & negara adalah perkara kecil berbanding dengan  terlepasnya kuasa politik  Melayu ditanah air . Tindakan & serangan peribadi yang cetek melalui blog tanpa perasaan atau bukti akan mengakibatkan hilang kuasa Melayu. Kita perlu sedar bahawa mereka ini bukan saja penghianat negara tapi juga tali barut bangsa. 

Ini adalah satu bayangan penghianat negara di mana nama mereka dipuja untuk menyegarkan jenama Tok Kong. Di setiap pintu Tok Kong ada cermin, cermin ini bertujuan menghalang hantu-hantu daripada memasuki Tok Kong tersebut. Tapi sibangsat-bangsat ini fikir diri mereka cerdik dengan tipu helah mereka dapat mengelakkan muka-muka mereka dicerminkan. Mereka takut untuk mencerminkan muka mereka sendiri kerana mereka itu lah HANTU. Sungguh bangsatnya penghianat bangsa ini , boleh dikatakan lebih bangsatnya dari warisan  darjat dan keturunan . 

Bangsa Melayu ialah bangsa yang agung. Kita ada lah berketurunan bangsa yang bertemadun. Keturunan kita berjaya menubuhkan satu kerajaan Melayu selama 90 puluh tahun dengan aman dan saksama. Ketika itu Melaka ialah pusat dagangan utama bersama Venice di dunia. Tiada Melaka tiada lah Vanis Dan Sebaliknya .

Kita datang dari keturunan Melayu yang prograsif serta berjiwa tinggi. Kerajaan yang ditubuhkan di Melaka ialah kerajaan Melayu. Pentabirnya ialah Melayu, undang undang Melayu, sistem kira-kira Melayu, adat istiadat Melayu, penduduk beragama Islam Melayu, sistem dagangan Melayu, sistem perlabuhan Melayu, masyarakat dengan beretika & bermoralkan Islam  Melayu. Angkatan tentera darat dan laut Melayu . Hulubalang dan wira Melayu dan lain lain lagi. Yang dimaksudkan di sini, kita bangsa Melayu ialah satu bangsa yang bertamadun lengkap dengan sistem yang merupakan kerajaan Melayu .

Melaka tumbang ke tangan Portugis pada 1511. Satu-satunya sebab tumbangnya negeri Melaka ialah kerana adanya penghianat Bangsa dan tali barut Portugis. Terkini baka penumbang negara ini ialah Saktongkol, the Man from Pahang .

Anonymous said...

Pemerhati,

Syabas atas sikap positive anda. Begitulah sepatutnya sikap kita semasa melayu, menerima kepelbagaian, hatta kita dengan adik beradik kita pun berbeda dari segi tubuh badan dan citarasa. Yang sama serba serbi tu bukan manusia tetapi hasil production kilang seperti anak patung. Itupun kalau kalau diteliti, terdapat juga kelainan.

maksud saya, kita mahu perkara yang sama untuk bangsa kita orang melayu, cuma caranya berbeza dan mengikut kemampuan yang ada. PAS dengan caranya, UMNO Baru dengan caranya dan melayu DAP dengan caranya. Kita hormati kepelbagaian ini, cara jauh berbeza, tetapi yang penting matlamatnya tetap menuju kepada matlamat yang satu.

Contonya kita nak pergi ke Pekan. Matlamatnya nak pergi dan sampai ke pekan. Ada orang naik basikal kalau dekat, ada yang naik bas, ada yang naik teksi/kereta sapu dan ada yang naik kereta persendirian dsb. Begitu juga jalan. Orang yang duduk kat sini, ini jalan yang dia lalui untuk ke Pekan. Orang hujung sana mungkin kena guna jalan lain untuk ke Pekan.

Kalau kita faham kepelbagaian dan pilihan-pilihan yang ada dalam hidup ini, tidak le kita bergaduh bodoh pasal politik pilihan masing-masing kat sini. Apa yang berlaku kita sama-sama bukan menyumbang untuk bangsa melayu( kita semua la, orang PAs, orang UMNO, orang atas pagar) bergerak maju kehadapan.

Apa yang kita buat adalah saling menarik kumpulan melayu lain yang bergerak kedepan supaya mundur krbrlakang. Bila kita pulak dah bergerak kedepan, kumpulan melayu lain pulak yang menarik kita kebelakang. Bila nak bergerak dari garisan mula sedangkan kumpulan lain( bangsa lain) saling bersaing nak maju kehadapan.

Macamana kita nak bergerak kehadapan dan mengorak langkah kehadapan kalau asyik dok berbalah atas perkara-perkara basi, lapok dan remeh temeh.

Tengok bangsa cina. DAP dan MCA memang dua kumpulan bertentangan dalam arah politik ( ia itu jalan nak pi pekan dalam contoh kat atas). Mereka mengambil jalan berbeza tetapi matlamat mereka masih sama: menjaga kepentingan masyarakat cina.

I can say much mengenai Ghab. Biarkan Ghab dan rakan-rakannya dengan politik kebenciannya.Tetapi kita orang melayu perlu melihat kehadapan dan mula mengorak langkah pertama dari garis permulaan, baik orang PAS atau orang UMNO baru ( kita dah 55 tahun masih belum melangkah garis permulaan lagi. melangkah setapak dua, tertarik balik ke garisan permulaan).

Ingat PAs dan DAP bergaduh juga. Tetapi bergaduh depa pada isu-isu tertentu je. Kita orang melayu ni, kalau bergaduh, kita sorang je betul. Orang semuanya salah, tak betul hingga bau kentut lawan pun tuduh racun!

Udah le buat kerja bodo selama 55 tahun ni, baik orang PAS, baik orang UMNO Baru.

anon

Anonymous said...

Anon 10:50AM,

Memang benar kelpelbagaian merupakan salah satu ciri yg mendorong manusia menjadi maju Melayu. Itu sebab orang Melayu Sauth Afrika, Melayu England dan Melayu Sri Langka antara komuniti yg cemerlang dan dihormati dinegara2 berkenaan. Mengapa mereka cemerlang, sedangakan UMNO tiada disana???
Melayu Malaysia sukar bergerak ke hadapan disebabkan terikat dgn sistem nilai dan budaya. Sistem ini pula semakin disuburkan oleh UMNO . UMNOlah membonsaikan pemikiran Melayu. Orang Melayu sentiasa dibuli dan ditakut2kan...Banyak bukti yg anon sendiri sedia maklum. Kerja2 membonsaikan pemikiran dan menakut2kan org Melayu ini bergerak disemua institusi yg dikuasai UMNO. Lihat sahaja di institusi pengajian tinggi awam terutama UiTM serta institusi lain sprt Felda, PDRM dsb...

Tujuan membonsaikan pemikiran Melayu ini tidak lain melainkan agar UMNO Elit terus berkuasa. Kalau boleh orang Melayu tidak perlu tahu tentang hak mereka sebagai warga disebuah negara demokrasi. Biarkan orang Melayu berfikiran yg UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO. Orang Melayu dilayukan dgn kata2 bahawa segala projek pembangunan negara dibiayai melalui duit dari kantong UMNO. Ini semua kerja2 elit UMNO...mereka perasaan hanya mereka mempunyai hak eksulsif memimpin dan mentadbir orang Melayu.

Antara manusia yg dibonsaikan oleh UMNO adalah makhuk seperti Ghab dan spisis yg sama dgnnya. Ghab masih merasakan bila UMNO kalah maka habislah Melayu malah lebih buruk lagi menyangkakan bahawa DAP akan memerintah M'sia...beliau lupa bahawa jika UMNO kalah pastinya PAS yg menang pilihanraya sebab mereka bertanding sesama sendiri. Manakala DAP hanya bertanding di 51 kerusi itu termasuk calon Melayu dan calon India dikerusi2 yg dipertandingka noleh MCA/Gerakan...

Drp: Mat Periba

Anonymous said...

Mat Periba

Saya adalah Anon 5:05. Terima kasih atas kesudian mengulas. Sdra meletakkan atau membawa isu yang ben dari kacamata politik yang boleh ditafsirkan berpihak.

Insya Allah jika ada kesempatan saya cuba buka dari perpsektif neutral tanpa menyinggung mana-mana pihak. yang penting ialah agar kita orang melayu sama-sama mendapat pencerahan. Apa makna harapan, matlamat rakyat sebuah negara yang merdeka terutama dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Dalam sistem demokrasi, perkara pertama yang perlu kita faham adalah pegangan ugama/akidah dan sokongan atau anutan politik adalah dua perkara berbeza. Saya tidak bercadang melibatkan Islam dalam perbincangan saya kerana ia adalah isu sensitif bila dikaitkan dengan politik negara. Saya juga bukan ahli dalam bidang politik Islam seperti kebanyakan kita.

Yang penting nak cakap sini, sokongan politik atau anutan politik bukan macam aqidah. Kedua,politik dalam konteks negara mengamalkan demokrasi adalah satu gagasan atau agenda atau cara untuk mencapai kuasa politik untuk membawa kemajuan kepada negara, membawa kemakmuran.

Bertukar arah pegangan politik atau anutan politik adalah perkara biasa di mana-manapun. Ia tidak sama menukar ugama atau aqidah ugama yang boleh menyebabkan murtad.( bagi orang Islam murtad adalah isu besar).

Dalam sejarah politik tanahair pun ia terlalu kerap berlaku. Allahyarham dato Asri, bekas Presiden PAS diakhir hayatnya menyertai UMNO. Kasim Ahmad, mantan Presiden PSRM juga mengikuti jejak Dato Asri.

Ketiga, persaingan politik antara parti-parti politik yang wujud didalam negara yang mengamalkan demokrasi adalah persaigan untuk menawan hati rakyat dengan agenda seperti dinyata diatas tidak kira parti tersebut berdiri diatas platform apa.

Rakyat adalah hakim yang mana akan membuat keputusan memilih agenda politik yang ditawarkan oleh parti-parti politik negara yang mana satu dirasakan dapat membawa kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

Rakyat dalam konteks ini, adalah bebas untuk memilih dan tidak terikat oleh sejarah, budi dsb dalam membuat keputusan ini. Track record yang baik atau buruk adalah maklumat tambahan yang boleh membantu rakyat membuat keputusan.

Satu-satu perkara yang sepatut menjadi asas utama dalam penilaian rakyat adalah agenda politik semasa yang ditawarkan oleh parti-parti politik. Sejarah, jasa lampau sepatutnya ditolak ketepi kerana negara dan rakyat bergerak kehadapan bukan bergerak ke belakang.

Sejarah gemilang, jasa lampau bergunung tetapi agenda politik semasa hampeh....buat apa?

...bersambung.


Anon 5:05





Ghab said...

Maaf dan ribuan maaf makhluk ini telah kelirukan Mat Pariba. Saudara labelkan ini spesis . Spesis di tafsir oleh ' cultural anthropologist ' ialah daripada keturunan binatang . Ini saya terima dengan hati yang terbuka .

Pokok keluhan saya berpahut kepada nasib Malayu berkait dengan kuasa pemerintahan Melayu di Tanah Air supaya berkekalan . Dalam soal ini , spesis ini mendahulukan Islam dan Melayu . Spesis saya ini perpihak kepada perjuangan parti- parti politik yang seangkatan berasaskan kepada Islam dan Melayu . Yang akan mengekalkanya kuasa Melayu pada hari ini dan mendatang ialah Parti Pas dan Umno dalam idealoginya berpasak kepada Islam dan Melayu , bukan Dap dan lebih lagi bukan PR .


Anonymous said...

Ghab,

A very simple question - tahukah sdra yang UMNO Baru, sejak memasuki Sabah telah membuka keahliannya kepada semua bumiputra tak kira melayu ke tidak, berugama Islam atau tidak? Maknanya UMNO baru telah menjadi parti Bumiputra sama seperti parti PBB pimpinan Taib Mahmud. Timbalan Presiden PBB ialah Alfred Jabu, seorang bumiputra keturunan Iban dan berugama Kristian.

Ahli-ahli UMNO Baru di saabah ada terdiri dari bumiputra bukan melayu dan bukan Islam. Adun UMNO Baru di DUN Sabah kalau tak silap seisi PRU 10 atau 11, ada seorang bumiputra bukan melayu.

Macamana nak reconcile statement sdra mengenai perjuangan UMNO baru untuk mengekalkan kuasa melayu dan Islam dalam konteks setup UMNO Baru pasca kemasukan ke Sabah? Tidaklah berlawanan dengan fakta dan realiti yang ada.

Lebih-lebih lagi, awal tahun ini, sekumpulan penduduk kg siam di Kedah telah menubuhkan cawangan UMNO baru di kg mereka!

How do you explain keanihan ini?

anon 5:05

Ghab said...

anon 5:05. September 22, 2012 10:01 PM

A very simple question deserves a simple answer with conscience .

Artikal 3 dalam Pelembagaan Persekutuan termaktub bahawa : Islam ialah Agama Persekutuan . Artical 160 : Melayu itu beragama Islam , bercakap bahasa Melayu dan berpegang rapat budaya Melayu .

Umno ialah HANYA sebuah PARTI POLITIK. Dalam pelembagaan Umno Artikal 4.2 : Bangsa Melayu dan Bumiputra boleh menjadi Ahli Umno . Pelembagaan Umno tiada mengatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh jadi ahli Umno . Walaubagaimanapun , itu urusan parti Unmo mengikut kehendak pelembagaanya .

Untuk makluman saudara , saya berpegang kepada definasi kedudukan Islam dan Melayu yang dimaktubkan dalam Pelembagaan Persekutuan bukan dari Pelembagaan Umno ataupun Pas . Yang anehnya ' by explanation ' , Umno berpasak kepada Melayu dan Islam dan Pas pula berpasak kepada Islam dan Melayu . Kedudukan mereka seperti Aur dengan tebing , Isi dengan kuku , sesama Islam dan berbangsa Melayu .

Yang saudara hendak pertikaikan ialah kesahihan isu-isu ' sesama Islam? ' dan ' berbangsa Melayu ?' . Dalam erti yang sama , isu-isu ini penting dibahas dengan penuh insaf dan kesabaran untuk Islam dan Melayu .

Kampong man said...

Anon 5.05 aka bat 68 @ mat pendang ?

Isu ini banyak kali pernah diutarakan dan saya rasa jawapan sdr Ghab ada kebenaranya dan berfakta mengikut perlembagaan UMNO.Saya mencadangkan lebih banyak keterbukaan dalam menjadi ahli UMNO bagi kepelbagaian dalam UMNO yang pasti terus relevan selama ini tanpa hilangkan identiti UMNO.

Ada banyak kecenderongan dari penyokong PR cuba memecahbelahkan UMNO dengan panggilan UMNO baru dan lama .UMNO tetap UMNO yang kita kenali dari zaman dulu lagi .Maka diadakan sambutan ulangtahun UMNO ke 55 dengan ratusan ribu di Stadium Bukit Jall tahun dan bukan demonstrasi jalanan bagi meraih sokongan cara DSAI.

Ghab adalah saorang political scientis kalau tak salah saya maka pandangan beliau selalu menarik perhatian ramai dan kampong man disini.Teruskan penulisan Ghab supaya kita dapat bertukar tukar pandangan .Salam

Anonymous said...

Ghab,

let me rephrase my same question in an another way by 'cut n paste' your statement (stamp time:September 22, 2012 3:35 PM) to be excact :

"....Yang akan mengekalkanya kuasa Melayu pada hari ini dan mendatang ialah Parti Pas dan Umno dalam idealoginya berpasak kepada Islam dan Melayu , bukan Dap dan lebih lagi bukan PR . ..."

you did said above. My Q in eaalier posting still awaits enlightment from you.

Soal hendak pertikai tidak timbul kerana we hsve not moved anywhere ye, masih stuck pada persoalan yang saya minta pencerahan.

Anon 5:05

Anonymous said...

Sahabat ku Ghab, WZWH, Kampung Man termasuk anon 5.05...

Sedia maklum, soal Kedudukkan Agama Islam, Raja2 Melayu dan Hak Istimewa Orang Melayu telah termaktub didalam perlembagan Persekutuan. Perkara ini sukar diganggu gugat kecuali berlaku revolusi rakyat yg didokong oleh angkatan bersenjata. Atau parti yg didominasi oleh Melayu Islam sendiri yg memenangi pilihanraya dan menguasai 2/3 kerusi parlimen mahu mengubahnya...saya tak fikir perkara ini boleh berlaku.

Atau orang bukan Melayu yg berusaha memindanya. Persoalannya, adakah perkara ini boleh berlaku?? Apakah pakatan orang bukan Melayu/nonmuslim boleh membentuk kerajaan serta dapat menguasai 2/3 parlimen??? Lihat Fakta, dalam PRU12 lalu Melayu/Islam bertanding di 129 kerusi Parlimen manakala 93 kerusi lagi ditandingi oleh bukan Melayu/nonmuslim. Dalam pertandingan tersebut semua kerusi Melayu/Islam dimenangi oleh orang Melayu/Islam (UMNO 77, PBB 9, PAS 23 dan PKR 20) disebabkan mereka bertanding sesama sendiri.Ini bermakna mereka menguasai 58.6% suara di Parlimen. Hal yg sama berlaku kpd kerusi2 bukan Melayu/nonmuslim dimana mereka tetap memenanginya disebabkan mereka bertanding sesama sendiri. Oleh itu dalam apa2 jua keadaan, sama ada BN atau PR yg menerajui negara, orang Melayu tetap menjadi dominan dalam mana2 pakatan.

Soal lagi, adakah DAP boleh membentuk kerajaan? Kita lihat pula kedudukkan DAP (yg dilebelkan sebagai musuh utama Melayu oleh UMNO) dan MCA (rakan tidur sebantal UMNO), mereka bertanding sesama sendiri dikawasan majoriti cina dgn jumlah kerusi yg dipertandingkan hanya 43 kerusi..diandaikan MCA menang semua atau DAP menang semua jumalah kerusi orang Cina yg dimenangi tetap 43 kerusi...ini bermakna sama ada DAP atau MCA mesti bergantung kepada sokongan Malayu untuk membentuk kerajaan dgn org Melayu/Islam tetap menjadi dominan dalam pakatan mereka.

Isu perpaduan PAS/UMNO cuma strategi licik UMNO agar mereka tidak hilang kuasa. Perkara ini cuma berlaku ketika mana UMNO merasakan diri mereka sudah kehakisan sokongan orang Melayu terutama selepas PRU8, PRU10 dan PRU12 dulu. Ini terbukti, selepas PRU11 dimana BN/UMNO menang selesa tidak pun ditimbulkan isu perpaduan Melayu PAS mesti Kahwin dgn UMNO...malah PAS dikecam cukup2.

Sekian dan terima kasih,

Drp: Mat Periba






Anonymous said...

Mat Priba,

Tidak ada apa yang kita boleh bincang dengan lebih lanjut di blog ini mengenai perpaduan PAS-UMNO Baru sehingga kita jelas perpaduan ini atas dasar apa? - WZWh menimbulkan isu ini diatas dan saya telah bertanya kepada wzwh soalan atas dasar apa? (sila rujuk time stamp:wzwh - September 20, 2012 11:17 PM, anon 5:05 - September 21, 2012 7:41 AM )

anon 5:05

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...