Monday, September 3, 2012

Kenduri Kahwin Di Parlimen Jerantut

Hujung minggu lepas banyak sungguh kenduri kahwin WZWH hadiri di parlimen Jerantut merangkumi DUN Damak, DUN Tahan, dan DUN Pulau Tawar.

Di perkampungan tradisional Ulu Cheka, Tembeling Tengah, Jerantut Feri, Batu Embun, Jengka 12 dan bandar Jerantut. WZWH tidak boleh coret semua memadai satu Majlis Perkahwinan yang WZWH hadiri di Kampung Labu, Tembeling Tengah.

Ini kampung cawangan UMNO WZWH. Kena hadir kalau tidak marah di orang kampung. 



















Tapi tempat majlis perkahwinan ini di Kampung Labu lama iatu kampung asal. Kampung Labu sekarang berdekatan dengan jalan raya di tebing Sungai Tembeling.

Kampung Labu lama terletak belah  darat. Tiada jalan tar di sini hanya jalan tanah merah dan denai. Berdekatan kampung ini ada dua paya besar. Dulu orang-orang tua bersawah padi. Paya Tok Acheh dan Paya Tok Belalai. Masih ada empangan lama.

Sekarang orang kampung Labu tidak bersawah padi lagi. Begitu juga kampung-kampung tradisional yang lain. Daerah Jerantut sebenarnya mempunya banyak paya-paya sawah padi. Zaman dulu-dulu cukup terkenal dengan penanaman padi.

Terdapat di Jerantut tanah terbiar dan paya seluas 7,000 hektar untuk tanaman padi dan sayur-sayuran. Jerantut ada banyak kawasan paya tradisional yang diusahakan untuk tanaman padi sejak beratus-ratus tahun dulu.

Bila kita mengusahakan tanaman padi dan sayur-sayuran, kita menolong ekonomi negara dengan tidak payah mengimport beras dan sayur-sayuran.

Kawasan yang boleh diusahakan semula ialah Paya Kangsa, Pulau Tawar, Batu Balai, Jeneris, Damak, Tembeling Tengah, Empang Siat, Paya Poh, Bantai, Tahan, Kampung Tampin dan Kampung Baru.

Syarikat swasta boleh dipertimbangkan untuk memaju projek itu. Kita mengalu-alukan pihak swasta terlibat dalam projek penanaman padi dan sayur-sayuran ini di Jerantut

Amat baik cadangan penubuhan tabung benih supaya menghasilkan padi bermutu tinggi. Projek ini bukan sahaja mendatang hasil ekonomi kepada penduduk kampung tetapi juga menghalang penghijrahan belia-belia muda ke bandar.



















Dua minggu sebelum majlis perkahwinan berlansung, bapa pengantin perempuan mengadu dan merayu supaya jalan tanah merah yang ada diturap tar baru sampai ke rumah beliau. Wah gila punya kerja tapi apa boleh buat ini orang Kampung Labu punya kehendak.

Apa lagi ADUN Tahan pun dikerah mencari dana bajet. Nasib baik ADUN Tahan cekap dapat juga jalan sepanjang 2km diturap tar baru. Tersenyum puas si bapa pengantin perempuan!



















Ini majlis perkahwinan nampak pengantin sedang makan bersama rombongan keluarga. Pengantin perempuan dari Kampung Labu Tembeling Tengah manakala pengantin lelaki dari Kampung Mat Daling Ulu Tembeling.

Tembeling Tengah campur Ulu Tembeling. Zaman dulu proses bercampur begini biasa. 



















YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan mengalu-alukan kehadiran rombongan pengantin lelaki dan meraikan pengantin baru. Beliau berucap sepatah dua kata.







Rombongan pengantin lelaki dan khemah makan kaum wanita dan kanak-kanak.



















Khemah makan kaum lelaki.



















WZWH sempat meninjau tempat sabak bersalam dengan petugas-petugas kenduri.

4 comments:

Anonymous said...

Perempuan Khemah lain
Lelaki Khemah lain

Ini kenduri orang islamik ni
PAS kot

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Mungkin kebetulan. Tapi WZWH tahu semua keluarga ini penyokong kuat UMNO....lebih-lebih lagi kalau sedara mara sendiri bertanding! Family first ideology second.

Anonymous said...

kenduri orang PAS jarang buat macam tu... bercampur supa jer

Anonymous said...

aok jgn buat pedo'oh laaaa.... dompok tu datang nok nyanyi kugiran sg. retang tok pun kara ok.jgn melampo laa bodek nyerr.... aok buat keje balaci dompok udoh lerr.... org kenal blaka awok ngan dompok tuuu.....pencacai, pemgampu mengketedarohhh duit haramm....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024