Friday, September 28, 2012

Parlimen Kuantan Dan Indera Mahkota WAJIB Diambil Demi Maruah UMNO/BN Pahang!


Bandar Kuantan dan Indera Mahkota adalah ibu negeri dan ibu kota Negeri Pahang Darul Makmur. Inilah tempat paling bertamadun di Pahang.

Dalam kitab sejarah lama bila musuh berjaya menawan ibu kota itu bererti kerajaan itu kalah dan tumbang. Ibu kota mesti dipertahankan kerana itu maruah negara dan kerajaan.

Pada PRU 12, bila berita ke dua bandar ibu kota Pahang ini jatuh ke tangan pembangkang maka tercalarlah maruah UMNO dan BN walaupun kemenangan pembangkang dari PKR berbangsa Melayu cuma majoriti seribu lebih.

Dari itu pembangkang mula bercita-cita tinggi mahu merampas Pahang dari BN dengan bertapak di bandar Kuantan dan Indera Mahkota. Isu Lynas mempopular tokoh pembangkang dan alasan untuk NGO yang ditaja orang asing menghasut rakyat Kuantan dan sekitarnya membenci BN.

Kedua ahli parlimen pembangkang di Kuantan dan Indera Mahkota itu mempunyai kekangan dari segi peruntukan untuk membaiki taraf hidup pengundi di konstituen.

Dengan kesibukan ahli parlimen yang dilabelkan "Wakil Rakyat Hujung Minggu" tentu pengundi PRU 13 parlimen Kuantan dan Indera Mahkota berfikir dengan lebih berhati-hati bila membuat keputusan mengundi.

WZWH mahu lihat parlimen Kuantan dan Indera Mahkota WAJIB diambil kembali demi maruah UMNO dan BN Pahang.

WZWH percaya DS Najib PM dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang sudah tentu mempunyai strategi dan ramuan terbaik untuk merampas kembali parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

DS Najib sudah tentu lagi membuak-buak hatinya mahu ambil kembali parlimen ibu kota simbol maruah orang Pahang.

Soal calon-calon itu terserah kepada DS Najib menentukannya samada mahu meletakkan orang veteran UMNO, Orang muda UMNO, Wanita mahu pun calon luar UMNO 'winnable candidate'.

WZWH berharap yang terbaik dan keputusan 'final say' dari DS Najib perlu semua jentera BN parlimen Kuantan dan Indera Mahkota mematuhinya 100% buat PRU 13 kali ini.

Ambil kembali simbol maruah ibu kota Pahang yang tercalar!

12 comments:

Anonymous said...

Hi hi
Kami orang Kuantan
Jalan cukup Kereta cukup
Makan Cukup Kedai cukup
Hi hi
Kami tak pandang isu bantuan
Kami penting isu local
Isu melayu Isu islam
Isu Keselamatan Isu ketelusan
Isu undang2 Isu kejujuran
Hi hi

Kalau nak buat jamuan makan kat tempat kami
Tolong bawa orang Jerantut
Tolong bawa orang Pekan
Tolong bawa orang Maran
Tolong ....,...........

Anonymous said...

Adoyaaa.. Bunyi mcm ampu PM jer..nk jadi calon la tu..

Anonymous said...

HAAAAA, ari tu story "WAN", Kuala Tembeling, Pulau Tawar apeee leee dia nieee, org Kuantan nak isu lain laaa, ape punye blogger nie kate di overseaaaa... haaaaa

Anonymous said...

Najib tak sebut pun pasal nasib 10,000 graduan pendidikan yang sedang menganggur smlm...

sian kami,,

" 13 September lalu… Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman mengenai nasib graduan itu pada pembentangan Belanjawan 2013.

Seramai 10,000 graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini menganggur dijangka menerima berita gembira mengenai kedudukan mereka daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kampong man said...

Salam bro Wan dan rakan rakan yang dihormati,

Rakyat Pahang harus di belakang DS Najb dan menawan Kuantan dan Indra Mahkota.
Mohon izin tumpang ruang kerana Pirates of Putrajaya telah abandon ship dan tidak menerima komen baru.Bunga bunga kekalahan blog PR salepad bajet yang impressive semalam.Di bawah adalah penulisan Kampong man:


"
Salam All,

The budget 2013 would benefit all strata of society , various sectors and across all age group.A reduction of 1% on individual income tax rate and increased in tax relief for children education per person with the civil service to receive one and half bonus and all going for the rakyat will set the stage for an election that will favour government of the day BN to secure the needed 2/3 najority to avoid hang parliament.

The RAKYAT should seriously give that FULL MANDATE to the ever hardworkng Najib so that the TRANSFORMATIONS can be carried out without hinderance, a smooth one.

The budget is about the best budget that i know a ver rakyst friendly and well thought.This will , undoubtedly, set the stage for an election hopefully after CNY next year.

BN has most of the right elements going for it to wrest back the 2/3 majority and deny PR winning Selangor , Kedah and maintain Perak.Let them have Penang and Kelantan.

Now, I still wonder how PR can secure that 112/222 seats required.You tell me .

Tahniah pada Dr Tun Dr Mahathir yang menerima anugrah Habitat- Rafik Hariri Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu(PBB) bagi mengiktiraf KEPIMPINAN, NEGARAWAN dan TADBIR URUS yang BAIK.Congratulations again Tun.

Alfatiha, bagi Tan Sri Ghani Minhat legenda Raja Bola negara yang kembali ke rahmatullah semalam.Semoga roh beliau dicucuru rahmat.Ameen. "


Anonymous said...

Ha ha
Tiada budget untuk orang ramai selain
Gula- gula untuk dikunyah selama 5 minit.
Pemberian duit tidak Akan menyelesai masaalah
Untuk jangka panjang.
Memburukkan lagi kemampuan negara untuk
Menanggung hutang yang Bertambah.

Lebih buruk lagi, tiada budget yang enak
Didengar golongan pertengahan kecuali
Pegawai kerajaan yang mendapat bonus.

Tunggu PRU13

Anonymous said...

Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota WAJIB di ambil demi maruah UMNO/BN Pahang?

Wan Zari, saya rasa MAKRUH bukan wajib. Lagi satu perkataan yg saya menyampah " DEMI "

Org Melayu selalu sangat apabila dah sampai tahap nyawa ikan akan mulalah ber" DEMI ". Demi bangsa, demi ugama, demi Melayu, demi itu, demi ini. Itu maknanya dah takde hujahlah tu, last call kut kut kandang.

Tanjung Api

Anonymous said...

InsyaAllah Kuantan Dan Indera Kota kekal di tangan PR...tp juga mampu merampas Jerantut, Temerloh dan Raub...PR dijangka boleh menokok kerusi dun sbnyk 16 kerusi....PRU 14 Teori Domino bakal melanda Phg selepas rakyat melihat PR memegang Putrajaya pada PRU 13 nanti....Dgn kata lain,pasca PRU 13 Kerajaan Persekutuan adlh PR manakala Kerajaan Negeri Phg adlah BN...

Quiet Despair said...

Salam Abang WZWH dan kita semua yang senada dengannya.
Saya dahulukan dengan Alhamdullilah BN telahpun dapat menawan Kuantan dan Indera Kota.
Orang Kuantan dah fed-up dengan si Fuziah yang tak habis-habis spin cerita tentang Lynas.
Dia dah malu ngat kerana pakar-pakar nuclear termasuk MP PAS dah mejelaskan Lynas selamat dan tidak menjejaskan Kuantan.
Kalau saya berkempen di Kuantan dah tentu saya gunakan isu kalau tak selamat, kenapa terhegeh-hegeh nak jadi MP Kuantan lagi. Boleh ke dia jawab?
Sedara mara saya di Kuantan mual dan jelak dengan dia. Orang nak enjoy di Tanjung Cempedak dan Cerating atau Batu Hitam, Aok sibuk bawak Cina pro-DAP dari KL berdemo mencemar kesejahteraan Kuantan.
Dan Si Azam Ismail tu nampaknya minat kat BN. Dia perasan sendiri BN nak beli dia berjuta ringgit.
Tak yah beli Aoklah Azam. Baik Najib guna duit tu untuk bantu oghang kampung di Rengai, Penjom, Lalang di Lepih.
Mereka adalah pegundi taat setiap kepada BN.

Uncle Kampungman

SWK's blog have reached more than 235 blogs. I have just posted three comments.
Cik Yong kaki mencarut macam Tukar Tiub dan bloggers Anu-War telahpun masuk.
Click the latest and you can comment again.

P.S. Pandaikan saya tulih BN.

Anonymous said...

Lynas cuma bonus bagi PR di Kuantan.
Isu negara seperti
Rasuah,jenayah, ketelusan, melayu ada duit tapi
papa, tanah melayu, akhlak orang melayu Dan
Hutang negara menjadi perhatian orang Kuantan
Kecuali yang tak tahu mende.

Anonymous said...

Salam Wan.... sebagai seorang yg terpelajar dan berpendidikan tinggi sungguh cetek ilmu kenegaraan Wan kerana menulis para " Kedua ahli parlimen pembangkang di Kuantan dan Indera Mahkota itu mempunyai kekangan dari segi peruntukan untuk membaiki taraf hidup pengundi di konstituen." ... bukankah membaiki taraf hidup rakyat menjadi tanggungjawab kerajaan. Atau Wan mengaku bahwa kerajaan BN Pahang gagal mmbaiki taraf hidup rakyat di dua konstituen ini?

Anonymous said...

cheap birkin bag
fear of god essentials
ggdb outlet
Travis Scott Jordan
kobe byrant shoes

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...