Tuesday, September 11, 2012

Siapa Tokoh Korporat "Ahli PAS Seumur Hidup" Mastermind Projek Bandar Baru Jerantut?



Chameleon atau sesumpah boleh bertukar warna dari HIJAU kepada BIRU...

Dalam posting WZWH yang lepas sila klik sini mengenai penjualan tanah-tanah strategik bandar Jerantut kepada pemaju yang menjadi isu besar kemarahan orang Melayu dan orang Cina kepada UMNO Jerantut bila laporan akan diadu nanti kepada SPRM Putrajaya.

Beberapa keping tanah strategik yang luas kepunyaan MDJ telah mudah dijual kepada pemaju diluluskan pada tahun 2006. Golongan peniaga dan usahawan Melayu Jerantut berasa kecewa bila MDJ tunduk kepada kehendak pemaju yang mana pemimpin UMNO gagal mempertahan tanah bandar Jerantut yang mana lambat laun meminggirkan peniaga Melayu.

Siapa pengkhianat pemimpin Melayu ini yang sanggup mengadaikan kepentingan orang Melayu bandar Jerantut demi kepentingan peribadi? Peniaga Cina pun merungut kerana terpaksa membeli dan menyewa bangunan kedai dengan harga yang tinggi.

Menurut maklumat yang boleh dipercayai seorang tokoh korporat "Ahli PAS Seumur Hidup" merupakan mastermind Projek Bandar Baru Jerantut yang mengambil tanah-tanah strategik MDJ yang terlibat dari A to Z. Dari peringkat cadangan, rekomendation sampai ke peringkat melobi.

Bagaimana pemimpin-pemimpin  UMNO Jerantut dan UMNO Pahang sendiri terlepas pandang dengan permainan halus tokoh korporat "Ahli PAS Seumur Hidup" ini membuatkan beliau begitu berkuasa, menguasai dan memonopoli kelulusan tanah-tanah bagi cadangan dan tebang kayu serta ladang.

Diharap YDP PAS Jerantut dan Pesuruhjaya PAS Pahang melalui Setiausaha Agong PAS Pusat boleh mengesahkan dan memberitahu kepada 58,000 pengundi parlimen Jerantut siapa tokoh korporat "Ahli PAS Seumur Hidup" ini yang boleh hidup di dua alam politik!!!?

Rupanya pengkhianat UMNO Jerantut dan orang Melayu bandar Jerantut ialah orang PAS asalnya...sebab itu UMNO Jerantut boleh hancur dan rosak.

UMNO Bahagian Jerantut perlu dibersihkan.

30 comments:

Faizal R said...

Yang khianat perlu ditebas. Tak kira parti mana pun.

Anonymous said...

Setahu kas dalam PAS takde ahli seumur hidup...yang ada yuran sekali gus YSG..... jangan spin lah...

PemikirpolitikJerantut said...

SETUJU!

Anonymous said...

Ameno tidak boleh dilayan
Samaada 1 alam
2 alam
3 alam

Tabiatnya sama dan tidak boleh dilayan.

AWAS MUSUH DALAM SELIMUT.

Anonymous said...

bgitulah org umno.terang2 umno lah yg perabis tanah d mana2 pun tapi dia boleh pusing ke pas juga.aduhai umno.

Anonymous said...

" Rupanya pengkhianat UMNO
Jerantut dan orang Melayu
bandar Jerantut ialah orang PAS
asalnya.." Ayat tersebut menunjukkan dulu orang PAS dan sekarang tidak lagi.. Apa yg jd isu kpd PAS pulak? Pas dah tak terima dia,napa umno percaya pulak?
Tak cerdik...
Tak kisah la dari parti mana pun,kalau berani,cer sebut namenyer, kita bakor jer!!!!

Anonymous said...

Semua org jerantut dah tahu PAS yang jual semua tanah2 bandar jerantut sama cukong...huhuhu
WZWH dan konco2 je yg pasola...huhuhu
Hari2 pau cukong tak itupun xtau...huhuhu
Cukong jerantut sudah kawtim sama PAS...huhuhu
Cukong jerantut sudah tumbuk rusuk pulas telinga....huhuhu
WZWH dan konco2 sudah gabra pemuda PAS sudah boikot KP...huhuhu
Akhirnya jerantut milik anak muda...huhuhu

Anok Bukit Guling Gendang

Anonymous said...

Semasa Mahathir bergaduh dgn Ku Li, yg jadi kambing hitam Lee Kim Sai (MCA) dan yg merengkok kedalam ISA Mat Sabu (PAS)..

Anonymous said...

Spesis umno 2 alam banyak dalam PAS
Berhati- hati

Anonymous said...

umno perlu dibersihkan dari parasit jari lurus kelingking berkait.gunting dalam lipatan dan dubuk durjana pun perlu dinyahkan kerana mereka hanya tahu mengambil kesempatan dan keuntungan peribadi daripada jawatan yang diperolehi.

berkorban untuk parti dan orang ramai tidak ada dalam kamus manusia seperti ini.

Kutukandewata said...

sekarang memanglah tak ada ahli pas seumur hidup.tapi dulu-dulu ada.serupalah dengan ahli umno.

Anonymous said...

Setahu aku yg byk tanah di merata-rata Jerantut ni kalau MELAYU ialah............sawit dia je dah boleh taraf estet, ber ekar-ekar bnyak nye...

Anonymous said...

haaaaaaa, org Pas gi cerammah kene hulurrrr, naik kete kongsi ramai2. org UmnO dpt gi Bali, Medan & Umrahhhh. tanah pun byk jugakkkkk, yg jadi cikgu tukang report cikgu yg pmbangkanggggggg, nak tahu kaki reportnyeeeee semua cikgu pjj sk jeeeeeeeee

Anonymous said...

haaaaaaa, berat sungguh org Jelantut nieee, mujur le kami org luar yg bkuasa dalam UMNO Jrlantuttt heeeeee,

Anonymous said...

Salam Sejahtera,

Tak payah la buat org keliru. Tak lojik org Pas boleh mempengaruhi dan menguasi Pej. Daerah / Majlis Daerah Jerantut

Anonymous said...

org UmnO tgh cari pngaruhhhhh d masjid le, surau le, sekolahh leee tersengihhhh je la nieeee, org PAS study jeee dah biasa kene bedalllll, Org UmnO laaaa d Jelantut dok cari pngaruhhhhh laaaaa nieeeee, org luar d Jelantut 100% PAS, dlm UmnO hanya nak..............

Anonymous said...

ape nie UMNO Jerantut merapuuu laaaa, study la kami barisan pemuda UMNO yg org luar & bukan WAN fahammmmm, kita sedang nazak heeeeee, kami balik kg PAS la balikkkk heeeeeeeee

Anonymous said...

Banyak orang tidak tau bahawa Wan Zurik ini asalnya ahli PAS ranting Kg Merting...Beliau ini dulu penyokong tegar Dato' Nakaie...bekas naib presiden PAS. Tak percaya tanyalah Dr Wahab (PAS Temerloh)...

Dia keluar PAS kerana tak tahan dgn kerenah pengikutnya yg selalu mengangkat beliau utk menjadi imam dan ketua bawa tahlil sedangkan beliau tak berapa reti. Bukan apa, Wan ini bermasalah untuk meletakkan huruf 'sad' pada mahrajnya..'sad' yg dia sebut selalu menjadi 'sin'...Lagi satu dia ni sukar untuk membezakan antara mad lin dgn mad silah....



uRag dRrulug said...

sebab lain adalah pemimpin umno dan orang umno bodoh..padanlah puak pembangkang memanggil umno sebagai umngok....memang layak pun...berapa ramai anak muda yang berminat sertai umngok ni? hehe

Anonymous said...

tuan , jgn lah bodoh umno tu tuan nak sempeletkan kat pas, ini namanya fitnah melampau. cukup2lah buat fitnah dan menuduh orang tak tentu pasal. kalau betul ini perkaranya... amat bodooooo lah tangan umno yang terdiridari mb dan ahli exco nya meluluskan parkara berkenaan. bodoooo awak sorang tu zuri jgn nak hempap atas kepala orang. patutlah ada org menulis wan2 tembeling bodooo sekeliling...

Anonymous said...

Jangan kutuk mengutuk bro.Dalam mana mana parti ada orang pandai dan bodoh.Kita tengok rekod individu tu dan rekod parti tu memerintah.Kita tentukan kali ini kita mahukan pemimpin yang mesra rakyat dan yang jujur.Saya yakin dengan kerajaan BN dan saya tahu kali ini seluruh Pahang akan dimenangi UMNO/BN kecualu Kuantan.Infat!!, PM dari Pahang kali ini.

Cuba tengok di Selangor kerajaan PR terlslu banyak masaalah .Majlis kemerdekaan tidak hemput Sultan !!???.Anu-war pulak berlagak saperti dia Prediden satu negara REPUBLIK macam Singapura tidak angkat tangan ikrar Rukun Negara.Terlebih kawan dengan DAP .Kita tumbangkan Pakatan Rapuh ini.

ds

Anonymous said...

Saya setuju dengan urag drulug. Orang muda tak diberi perhatian pun di jerantut ni. Pemuda bukan buat program apa pun.

Anonymous said...

dalam isu pemberian tanah kepada pemaju swasta jangan lah di persalahkan kepada orang lain, yang pasti salahnya ialah pemimpin UMNO sendiri, semua nya makan rasuah mahu pun ada kepentingan untuk mendapatkan habuan masing masing, arahan di buat dari pehak atasan untuk meluluskan pemberian tanah tersebut, dari menteri sebesar, sampai lah ke exco juga pegawai kerajaan yang berkuasa tinggi semuanya terlibat sama.

Anonymous said...

Kesimpulannya:
Umno salah Dan menyebabkan daerah Jerantut
Tidak membangun keseluruhan Dan merugikan
Kaum melayu pada masa ini Dan Akan datang.

Anonymous said...

www.ilmusunnah.com/aqeedah/ahli-sunnah-bukan-pengampu-bukan-juga-pemberontak/

Anonymous said...

www.ilmusunnah.com/aqeedah/ahli-sunnah-bukan-pengampu-bukan-juga-pemberontak/

Anonymous said...

Komen ni la yang paling bodoh sekali. Ada fakta ke kena jemput sultan? Kenapa Najib x jemput agong ms ambang kemerdekaan tu? Paku dulang paku serpih.

Ko ni x tahu dunia luar gamaknya. Orang Sabah nu pun dah x suka BN. Sarawak pun gitu la jgk, miskin tp ketua menteri dia kaya raya.

Kalau aku tanya ko negeri mana yang defisit 13 tahun belanjawannya pun aku rasa ko x boleh jawab aku rasa.

Ko tau tak laporan audit negara?

Anonymous said...

Benar. Cuma 1 lg aku nak tambah iaitu DO dan ADO pada masa tu. Dgr cerita DO tu dah 'padam' pun. ADO duduk 'bilik sejuk' kat putrajaya

Anonymous said...

terguling...........guling..huhuhuhu..

Anonymous said...

terguling...........guling..huhuhuhu..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024