Wednesday, September 19, 2012

Tengku Muda Pahang Bermain Ikan Kelah Sungai Tahan



















Sungai Tahan sepanjang 55km dari punca air Gunung Tahan. Sungai Tahan yang berwarna hitam  teh-O  bertemu dengan Sungai Tembeling di Kuala Tahan. Sungai Tahan adalah sungai yang unik kerana warnanya yang tidak seperti warna biasa anak-anak Sungai Tembeling.

Umum mengetahui Sungai Tahan antara sungai yang masih terpelihara khazanahnya. Bukan sahaja tumbuh-tumbuhan malah sumber ikan pada sungai derasnya memang masih banyak terutama spesis ikan yang gemar bermain di kawasan jeram.. apalagi kalau bukan kelah  kegilaan kaki pancing. 

Kawasan sungai adakalanya terdapat tunggul kayu dan batu yang berubah-ubah tempatnya apabila hanyut akibat arus sungai yang deras.

Hari ini merupakan hari WZWH  berada di Taman Negara Pahang mengikuti rombongan Tengku Muda Pahang ke Kelah Sanctuary. Masih lagi teruja dengan keindahan alam dan kedinginan suasana di tengah-tengah hutan belantara Malaysia.

Di kiri kanan kami penuh dengan kehijauan rimba. Saat-saat yang mendamaikan dan mengkagumkan. Dan juga jangan lupa mengenakan jaket keselamatan walaupun memudiki sungai hanya sebentar. Hari semakin panas dan mengigit kulit. Air sungai mengalir deras, tapi keruh macam teh susu.

Kami mula bergerak perlahan-lahan menuju ke hulu Sungai Tahan. Air sungai yang mengalir dari cabang sungai ini turunnya dari punca air sungai di Gunung Tahan.

Ketika kami mula memasuki cabang Sungai Tahan, air sungai semakin deras di sesetengah tempat. Lagi banyak batu atau lagi besar batu di tengah sungai, lagi deras air sungai akan mengalir. Bunyi air menghentam batu memang menggetarkan.

Adakala macam nak terbalik bot bila bot meredah jeram di laluan dan adakalanya rasa macam menggelungsur di atas air apabila bot meluncur laju menuruni jeram. Suka pun ada . . . . kecut perut pun ada !!

Sesekali air sungai terpercik masuk ke dalam bot . . . Semakin jauh kami bergerak, suasana pun semakin sunyi. Hanya bunyi-bunyi daripada irama hutan dan penghuninya sahaja yang berkumandang. Sesekali bertemu dengan bot lain yang menghala pulang.

Air sungai yang keruh umpama teh susu di Kuala Tahan bertukar lebih jernih. kekuningan Warna kekuningan akibat daun kering yang luruh jatuh ke dalam Sungai Tahan.

Air sejuk memang tak payah cakap. Sesekali usik kawan dengan menitiskan air sungai di lehernya. Apalagi menjerit kesejukkan. Ekekekekekeke... !

Pokok-pokok bersimpang siur, menutupi sungai. Suasana gelap. Ada akar dan ranting pokok yang berjuntaian. Pandai-pandailah mengelak.

Kadang-kadang ada batang pokok yang agak besar merintangi sungai. Dan WZWH telah lihat ada pokok yang jauh lebih besar dan tinggi daripada yang ini. Sayup-sayup bila melewati di bawah pokok ini terasa betapa kerdilnya kita.

Akhirnya selepas lebih kurang 20-30 minit perjalanan, kami tiba di Kelah Sanctuary. Seakan-akan tahu ada pelawat yang hadir, ikan-ikan mula menghampiri pinggir sungai tanpa rasa takut. Jelas kelihatan ikan-ikan berenang-renang di gigi air.

Kelibat ikan Kelah kelihatan. Juga yang hadir ikan-ikan Jelawat, Lampam dan lain-lain. Makanan ditaburkan di permukaan air, ikan-ikan pun berebut-rebut . . . air berkocakan !



















YAM Tengku Muda Pahang santai menikmati keindahan dan ketenangan di Sungai Tahan.



















Tengku Muda Pahang memberi makanan ikan kepada ikan-ikan Kelah di Kelah Sanctuary.



















Tengku Muda Pahang berasa tenang dan 'ralit' melihat kekawan ikan Kelah memakan pelet makanan ikan.



















Tengku Muda Pahang pergi ke hujung tebing Kelah Sanctuary menabur pelet makanan ikan ke Sungai Tahan.



















Ikan Kelah Emas Sungai Tahan yang  dilepaskan oleh Tengku Muda Pahang ke Sungai Tahan sebagai acara simbolik betapa kita rakyat Pahang perlu jaga khazanah flora dan fauna Taman Negara.

Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di Malaysia dan secara amnya di Asia Selatan.

Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter panjangnya dan 54 kilogram beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.

Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.

Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di Malaysia.




Tengku Muda Pahang mahu menghilir Sungai Tahan secara berkayuh tanpa menggunakan enjin bot. Ini dipanggil berhanyut.



















Ini pose WZWH mengiringi Tengku Muda Pahang melawati Kelah Sanctuary di Sungai Tahan.




















YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan mengucapkan Selamat Berangkat Pulang terbang dengan helikopter kepada Tengku Muda Pahang.

2 comments:

Anonymous said...

tahniah YB Dun Tahan yg beria2 mlawat brsame krabat dirajaaaa

Anonymous said...

Kawa ingat masa kecil masa tembeling maju sibok
dengan bot. Banyak bot sampai puluh-puluh.
Kawa ingat masa tu ikan banyak , patin, kelah,
Jelawat, tenggalan, gohok. Ikan temeliang masa tu
Orang campak balik dalam sungai sebob tak laku.
Daging Rusa pun senang cari.
La ni, tiada apa yang tinggal. Orang tembeling
tamak sangat sampai habIs kena telan.
Tak kira anak Atau ibu ikan.
Mujur ada sungai tahan, dapat kita
tengok kelah.
Jerantut hilir Dan Tembeling Hilir tahan sikit tapi
Ulu tembeling licin buat pekasam.
Itu kisah Ikan mahal Tembeling.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...