Monday, September 10, 2012

Sokongan Orang Jerantut Kepada Tengku Azlan Ahli Parlimen Jerantut Semakin Meningkat



















Sokongan orang Jerantut kepada Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut semakin meningkat. Ini terbukti dengan kehadiran Majlis Raya Parlimen Jerantut baru-baru ini di Dataran Inderapura Bandar Jerantut. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran 10,000 orang.

Biar pun Tengku Azlan @ Ku Lan sering menyatakan tidak mahu bertanding lagi dan mahu mengundur diri namun dengan perkembangan terbaru politik Jerantut dijangka pengundi atas pagar, pengundi UMNO yang ramai protes pada PRU 12 akan kembali menyokong BN.

Ramai ahli PAS dikatakan tidak mahu mengundi pada PRU 13 ekoran isu-isu panas dalam kepimpinan PAS Jerantut. Rasa tidak puas hati dikalangan ahli PAS dan Pakatan Rakyat membuatkan   Ku Lan berada dalam keadaan tidak sukar untuk mempertahankan parlimen Jerantut jika beliau mahu bertanding lagi.



















Dengan barisan AJK UMNO Bahagian Jerantut yang sentiasa mengepung dan menyokong Tengku Azlan membuktikan beliau masih menjadi tokoh penyatuan Jerantut bagai glu mengikat semua AJK UMNO Bahagian yang bercita-cita tinggi.




















Sokongan dan dorongan Tunku Puteri Jawahir isteri Tengku Azlan membuatkan Tengku Azlan sentiasa cool dengan karenah dan masalah politik Jerantut. Tunku Puteri Jawahir yang aktif berbagai NGO dan pertubuhan serta sukan sangat memahami kareer suami.



















Pemuda UMNO Bahagian Jerantut mahu Tengku Azlan berhenti mengeluarkan kenyatan tidak mahu bertanding lagi. Pemuda UMNO mahu Tengku Azlan menyatakan pendirian MAHU atau TIDAK MAHU bertanding lagi...

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut sentiasa memberi sokongan dan bekerja kuat memastikan kemenangan Tengku Azlan jika beliau mahu mempertahankan parlimen Jerantut PRU 13.

Kenapa Tengku Azlan masih lagi relevan di Jerantut akan WZWH kupas secara mendalam analisa politik Jerantut pada posting-posting yang akan datang.

7 comments:

Anonymous said...

Makan free dah tu waktu santai.... meme laaa...

Anonymous said...

Yang suka Ku Lan tu kai bodek dia aje.Orang lain yg tak berkepentingan tak nak Ku Lan dah.Sebab mana ada apa yg Ku Lan buat kat parlimen jerantut selama 3 penggal dia jadi ahli parlimen.Gantilah dengan calon yg boleh buat kerja

Anonymous said...

WZWH CERITALAH TENTANG KORUM MESYUARAT PEMUDA, NAK DENGAR JUGA!!!

Anonymous said...

Sifat biasa bagi orang UMNO bermuka2 dihadapan dan menikam kawan/ketua dari belakang...

Zaman kome dulu...mesyuarat AJK Pemuda Bhg yg diketuai Hj Kamarazaman Baria melalui proksinya Datuk Azizan bukan ada kerja lain selain mengatur strategi bagaimana nak mengalahkan kem yg diketuai YB Ketua Bhg merangkap MP JErantut Dato' Wan Abu Bakar. Apabila Dato' Wan tak berjaya ditumbangkan tetiba Datuk Azizan bertukat kem menyokong Dato' Wan pula...Tak peraya, tanyalah Che'gu Hamidun (s/u Pemuda ketika itu)...mereka tau segalanya2....

Nasihat kas, dema tak osohlah percaya dgn lakonan Wan dan puak2 UMNO ni....

Bagi kas, bukan sahaja tak percaya akan gelagat mereka, malah kas menyeru geng UMNO tinggalkanlah parti yg dah usang ini. ABU!!!

Anonymous said...

Dulu Bazain dan Kamarazaman Baria tidak pandai appreciate Azizan (arwah) selalu Azizan diperlekehkan maka Azizan balas dendamlah....apa-apa kedudukan orang lain dulu diutamakan maka Azizan pun memendam perasaanlah...

Wan Amizan "on his own boss"...tiada tokoh politik Jerantut boleh mengawal dia kerana dia naik kerana kekuatannya sendiri.

Politik Jerantut mudah...orang-orang politik yang memusuhi dan tidak suka Wan Amizan akan mengelilingi Tengku Azlan. Maka Tengku Azlan bertambah kuat. Apa lagi banyak status dan peluang pendedahan diberi..

Wan Amizan berusaha mahu kuat....Tengku Azlan bertambah kuat maka UMNO Jerantut pun juga turut kuat!



Anonymous said...

Samada umno atau pas,kami orang muda akan pilih calon yang takutkan Allah.

dobit127 said...

Pemuda UMNO Menyokong Tengku Azlan...

Mungkin kawan salah seorang yang tidak akan menyokongnya... Sebabnya mudah.. Buat apa sokong jika orang yang disokong tidak memberi sebarang faedah kepada kawan...

Dalam orang kutuk pelbagai Dato' Shukri pon, kawan masih berkeyakinan untuk memberi peluang mengundi beliau..Atas sebab yang sama...

Zaman orang bawahan mengikut arahan atau ucapan orang atasan mungkin sudah berlalu.. Percayalah, orang muda sekarang lebih banyak ke arah pembuktian dan perhatian terutamanya..

Sebab itu, di PRU 12 lalu, DUN Pulau Tawar menang majoriti 3,000 uni lebih tetapi parlimen mendapat undi majoriti 1,000 lebih jer.... Apa maknanya?.. jika tak faham lagi, tak tahun apa nak dikata?... Terutamanya yang suka membela sangat Ku Lan tu. Dia dah kata tak nak bertanding, janganlah pujuk lagi, belai lagi.... Banyak lagi calon yang berkelayakan dan amat berminat boleh menjadi calon...

Tolonglah wahai kepimpinan UMNO dan Pemuda UMNO, Wanita UMNO dan akhir sekali Puteri UMNO yang mana ketua2 ialah Dato'-Dato'... Jangan kelabu mata, ingat niat awal anda semua dahulu yang rakyat adalah didahulukan....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...