Thursday, September 27, 2012

Apa Strategi Dapat Undi Penuh 20,424 Dari Ahli UMNO Parlimen Jerantut?



Siapa-siapa yang dipilih oleh pucuk pimpinan bertanding parlimen Jerantut PRU 13 nanti kena tahu matematik bagaimana nak dapat sokongan terutama dari ahli UMNO Jerantut sendiri. Termasuk jentera kempen.

Fakta PRU 13 parlimen Jerantut:

Pengundi berdaftar = 56,146
Ahli UMNO layak mengundi 20,424

Calon dan jentera kempen tidak boleh 'take it for granted' bahawa semua ahli UMNO undi ke UMNO PRU 13 nanti. 

Memang UMNO mendambakan ahli yang setia. Tapi realiti politik tidak selalu begitu. Kalau ahli setia, calon UMNO parlimen Jerantut siang-siang lagi boleh dapat undi basic 20,424 cuma kena kerja kuat sikit mahu undi baki lagi 24,852 orang Melayu. 

Bekerjasama dengan komponen BN: MCA, Gerakan , MIC dll bagi mendapat sokongan 7,837 orang Cina dan 1,624 orang India.

UMNO perlu pandai memujuk undi 1,296 orang asli.

Berdasar senario politik Jerantut terkini atas kertas calon UMNO parlimen boleh menang  namun kena kerja lebih kuat.

PAS dengan kekuatan ahli hardcore seramai 5,000 ahli dan DAP yang claim ada 7000 ahli (dengan sekelip mata saja) serta PKR yang tidak diketahui berapa ahlinya dengan berharap kepada undi pengundi atas pagar, pengundi Cina dan orang UMNO yang sabotaj boleh memberi saingan sengit.

Apa strategi dapat undi penuh dari 20,424 ahli UMNO sendiri?
Berapa undi ahli UMNO yang tinggal di parlimen Jerantut?
Berapa undi ahli UMNO yang tinggal di luar Jerantut?
Bagaimana mahu memanggil semua pengundi luar ahli UMNO balik mengundi?
Bagaimana mahu memujuk sekumpulan ahli UMNO yang calon kesukaan mereka tidak terpilih?

Ini persoalan yang bakal calon dan jentera kempen kena fikir.

Menarik undi pengundi muda seramai 9,000 orang, pengundi atas pagar itu elemen-elemen yang boleh menentukan kemenangan BN.

WZWH berdoa BN boleh menang parlimen Jerantut PRU 13 dengan majoriti yang lebih besar.

9 comments:

Anonymous said...

BISA DIURUS BRO:
Kita pakai ILMU HISAB SEDIAKAN DANA MACAM BRIM TAPI KALI INI KHAS UNTUK AHLI UMNO ,MCA,MIC ..RM500 seorang Panggil kan sebagai DUIT EHSAN Mengenang jasa baik ahli ahli UMNO,MCA,MIC.janji akan beri kalu menangBN parlimen JTUT..SLOGAN janji di tepati :

ahli umno 20,424 x rm500 = 10,212,00juta MCA 7,837X rm500 =3,918,500juta MIC 1624X500 =812,00Juta jadi semua lebih kurang 15 juta aje ...bukan banyak ,jadi deme AJK pakat kongsi kongsilah buat derma sikit jadi ahli dapat lah rasa tempias duit balak,jual tanah,duit bijih besi pun dah cukup ..rasanye yang dapat lombong bijih besi ni 7 keturunan pun tak habis ,mca ada datuk lim datuk goh cukup lah rasanye untuk fund dana ni...tak gitu tak payohlah nak pecah pecah kepala ,nok kempen kempen sangat calun duduk kat rum ah bilang duit aje...itu cadangan kaslah..nok juga rasa duit deme dari dulu lagi jadi ahli umno ,,,janji nok tolong orang melayu ,asalnye dapat deme isi perut deme aje..kekongsilah sikit halatuju perjuangan umno tu dah tersasar jauh mulut cakap manis hati tak tahulah...maknanye perjuangan tu dah lain,,,ache tengok deme ni bukan dengi tapi reality..ak maaf bebanyok kalu trsinggung dan tak setuju cara kos ni...maaf dunia dan akhirat.

Anonymous said...

TQ Wan,
Dgn analisa Wan ini maka kome dalam PAS bolehlah mengetahui sedikit sebanyak strategi UMNO bagi mengekalkan kerusi MP J'tut.

Meminjam kata2 falasafah China dlm 'Art of War'....mengenal musuh akan mendekatkan jamaah kpd kemenangan.

Kome juga setuju dgn cadangan Anon 12:52AM. Kalau UMNO tak cukup duit2 bijih dan balak, jual saja tanah UMNO di mukim Bebar seluas 10,000 ekar...apa nak dirisaukan sangat. Lagi pun UMNO berkuasai utk meluluskan banyak lagi tanah2 Phg (tanah kerjaan) terutama di Lembah Tembeling untk mereka. PAS pulak jangan mengada2 dan berharap nak dapat tanah...parti kamu walaupun halal disisi undang2/perlembagaan M'sia tetapi haram/sesat pada kacamata UMNO...mana layak nak dapat tanah!!!

PAS!...pakai saja duit sumbangan/derma org ramai..

Anonymous said...

Hal orang umno mengabis harta dengan cara
sihat semua orang dah tahu.Kata orang 7 keturunan tak habis.
Sebenornya tak juga. Sebab ALLAH tu MAHA KAYA.
Keturunan dia mesti jenis gila isim dan tak dapat manafaat pun dari harta yang
Berjuta. Sebahagian bodoh lembu berebut harta turun naik mahkamah Dan akhirnya yang kaya adalah lawyer. Sebab itu perlu cari harta dengan penuh
Keberkatan.
Jangan harap orang umno nak mengundi calun umno bila PRU 13 nanti.
Kas tak aktif politik Dan tak dapat juga RM500. Kas tak harap pun sebab
Setakat REZEKI kas cukup.
Tapi yang kas harapkan satu daerah Jerantut membangun. Kas tak suka Jerantut
Jadi transit untuk mencari harta. Selain masjid dan klinik, tidak ada infrastruktur
yang dibuat mega untuk rakyat Jerantut. Setakat jalan kampung untuk motosikal.
Buat sesautu yang besor untuk memendekan perhubungan. Orang Kuala Tembeling
dah lama tunggu jambatan dan benda ni boleh menghidupKan pekan Tembeling.
Letsk KEUTAMAAN pada rakyat, baru penduduk local menhargainya.
Jalan Benta dah dapat banyak peruntukan tapi tak sampai ke orang Jerantut
sebab tidak ada keutamaan dan sekali lagi mainan politik.

Rumah murah kerajaan PAKR dah berusia 25 tahun. Dah 5 PRU. Jerantut Ada berapa banyak PAKR. Ada yang renovate menjadi rumah banglo mengguna
duit pencen. Tapi malangnya geran individu masih tak Ada. Tak ada Orang
Jerantut Memikirkan ini perlu termasuklah barua Umno.
Semua pemilik PAKR harus menuntut geran individu Dan jadikan undo
Sebagai senjata utama.

Inilah strategi Untuk mendapat undi. Tak payahlah hulur duit, kAin batik dan
Baju tshirt untuk orang Jerantut. Jadilah calun yang berkualiti dan bukan
calun yang pandai naik jet ski.
















Anonymous said...

Ha ha ha..

Che Wan..kalo cerita pasal tanoh, geran tanoh ke..sume tu pasal EXCO bodo..sebaknye..fail tanoh semua di angkat bila pejabat DO bawok ke EXCO, tapi yang susun fail tu Peon kat Pejabat Tanoh..jadi yang ceredik Peon Pejabat tanoh ..ha ha ha..

Lagi Satu Bodo EXCO..bila Fail Dah masuk Mensyuarat EXCO, dema pegi rujuk ADUN...Lepas Tu ADUN rujuk Ketua Kampung (AKA Pengerusi JKKK)..kalo tak se gu dengan Ketua Kampung...tok sah ler merasa Geran Tanoh ..walaupun AHLI UMNO TOTOK..ha ha ha..last sekali kerabat JKKK aje yang dapat Geran Tanoh....yang Bodo tetap EXCO..sebak kena maroh dengan orang kampung....ha ha ha.

Anonymous said...

Anon 1.15pm
Apa yg saudara nyatakan adalah benar sebenarnya

Anonymous said...

Mana wzwh tahu yang pas jerantut ada 5000 aje ahli..... kalau nak tembak pun biarlah nampak logik.....

Anonymous said...

Maksud WZWH itu 5000 ahli hardcore tegar PAS,tidak termasuk penyokong dan sympatiser PAS itu lain....

Anonymous said...

Pas tiada ahli kat jerantut.so umno tak perlu bimbang..umno akan menang besar dlm pertandingan ahli paling ramai manakala pas akan menang bertanding pilihanraya 13..

Anonymous said...

Menurut pakar saikoloji terkenal Hunt Rutherford
" When one is faced with an enormous task of convincing the already dissented populace, the one strategy that will always work is money, as it has no feeling, but compassionate ".

Saya rasa awak pakai saje strateji yg sudah terbukti berhasil ni, toksah lah nak buat berpikir-pikir sakan...buat pening kepala je.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...