Saturday, November 17, 2012

Dimana Keturunan Orang Kampong Pahang Pulau Tekong Singapura?



Pulau Tekong dibulat merah dalam peta Singapura. Sejak awal 1970an, Lee Kuan Yew galakkan penduduk Pulau Tekong berpindah ke Singapura. Batch terakhir berpindah pada 1987. Kini Pulau Tekong hanya tempat kem tentera Singapura.

Beberapa catatan lama dari Hikayat Perang Pahang dan perkampungan kerabat Tun Ahmad/Tun Mutahir semasa tinggal di Singapura. Lebih 20,000 orang Pahang dibawa ke Johor mengikut Bendahara Tun Mutahir ketika Perang Saudara Bendahara itu. Setengah dari orang Pahang menetap di Pulau Tekong.



Maharaja Johor Temenggong Abu Bakar telah menyediakan kapal api (steamed ship) ditempah khas dari Eropah mahu menyerang Pahang. Ketika itu di Pahang Wan @ Tun Ahmad berjaya mengusir Bendahara Tun Mutahir yang merupakan bapa mertua Temenggong Abu Bakar.

Tapi dengan takdir Allah SWT, mungkin juga daulat Wan Ahmad @ Bendahara Wan Ahmad maka kapal api @ kapal wap yang mahu digunakan untuk melanggar Pahang itu telah meletup!

Berbalik pada kemana 20,000 orang Pahang yang mengikut Bendahara Tun Mutahir lari ke Johor dan Singapura kini keturunannya?

Bendahara Wan Ahmad selepas Perang Saudara Pahang cuba memanggil kembali kaum kerabat kembali ke Pahang termasuk rakyat Pahang yang lari ke Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor termasuk Singapura.

WZWH lebih berminat dengan keturunan orang Pahang yang menetap di Singapura termasuk Pulau Tekong. Majoriti mereka tinggal di Pulau Singapura. Ramai dari keturunan mereka menjadi peniaga dan golongan profesional.

WZWH mahu tahu siapa yang menamakan Tembeling Road di Singapura?

Ada juga yang bergiat aktif dalam politik. Berikut nama-nama Ahli Parlimen Melayu di Singapura 2012

1. Abdullah bin Tarmugi (Sarjana Muda sains Sosial, Universiti Kebangsaan Singapura; Diploma Lepas Ijazah Universiti London)

2. Halimah bt Yaacob (LLB, Universiti Kebangsaan Singapura; LLM, Universiti Kebangsaan Singapura)

3. Hawazi bin Daipi (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura; Diploma Pendidikan, Institut Pendidikan)

4. Dr Mohamad Maliki bin Osman (Sarjana Muda Sastera, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Muda Sains Sosial dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, University of Illinois at Urbana Champaign)

5. Muhammad Faishal Ibrahim (Sarjana Muda Sains, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Sains, Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, University of Manchester Institute of Science and Technology)

6. Dr Yaacob Ibrahim (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, Stanford University; Post Doc, Cornell University)

7. Zainuddin bin Nordin (Diploma Kejuruteraan Elektronik, French-Singapore Institute; Sarjana Sains, ESIEE)

8. Zainul Abidin M Rasheed (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura)

9. Zaqy Mohamad (Sarjana Muda Kejuruteraan(Elektrik dan Elektronik), Universiti Teknologi Nanyang/ESIEE; Sarjana Sains, Universiti Teknologi Nanyang/Carneggie Mellon University)

WZWH harap suatu masa nanti Ahli Parlimen Melayu ini terutama keturunan orang Pahang akan menjadi seorang Perdana Menteri Melayu pertama Singapura moden agar mengembalikan kembali kegemilangan Sultan Hussein Singapura sebelum ditipu dan diugut oleh British 200 tahun dulu.


Gambaran Istana Merak di Pulau Tekong,Singapura yang dipercayai diberi oleh Maharaja Johor Temenggong Abu Bakar kepada kerabat Bendahara Pahang yang menetap disitu selepas Perang Saudara Pahang yang dimenangi oleh Bendahara Wan Ahmad.

Jambatan Pedestrian Kuala Tahan Landmark Yang Hilang




















Di terminal jeti Kuala Tahan, WZWH lihat sebuah lori membawa dua mesin untuk kegunaan Jabatan Perhilitan. Bagaimana susah dan payah pekerja dan staf Perhilitan menurunkan dua mesin tersebut dan memindahkan ke perahu untuk di bawa ke seberang Kuala Tahan terletaknya Pejabat Perhilitan.

Lebih sukar bila staf Perhilitan handak menaikkan dua mesin tersebut melalui tebing yang tinggi. Dalam perjalanan menyeberang Sungai Tembeling dengan perahu, kelihatan staf Perhilitan berhati-hati memegang mesin supaya seimbang jika tidak mesin yang berharga ratusan ribu ringgit boleh terjatuh dalam sungai.

Jika sekiranya jambatan pedestrian Kuala Tahan dibina tentu boleh menyenangkan staf Jabatan Perhilitan. Jambatan pedestrian Kuala Tahan boleh menjadi satu landmark yang menarik pelancong di Kuala Tahan. Tapi sayang jambatan pedestrian Kuala Tahan "menghilang setelah berada dalam mulut" kerana kebodohan dan hendak tunjuk power sombong!

WZWH jelaskan apa itu jambatan pedestrian iaitu a footbridge or pedestrian bridge is a bridge designed for pedestrians and in some cases cyclists, animal traffic and horse riders, rather than vehicular traffic. Maknanya jambatan pedestrian untuk kegunaan selain dari kenderaan seperti kereta, lori dsb.

ADUN Tahan telah bekerja keras untuk mendapatkan peruntukan dari Kementerian Pelancongan sebanyak RM16 juta pada 2010 untuk membina jambatan pedestrian menghubungi Kuala Tahan dan Kuala Tahan seberang.

EXCO Pahang juga bersetuju tapi oleh kerana ada pihak yang menentang kerana dengan alasan 'memusnahkan alam sekitar' atau kononnya menjejaskan hutan Taman Negara sedangkan pembinaan jambatan hanya menghubungkan dua point,-Kuala Tahan dan seberang Kuala Tahan.

Maka  projek jambatan pedestrian Kuala Tahan itu ditangguh yang menyebabkan akhirnya peruntukan itu dialih ke tempat lain! 

Jika tidak jambatan pedestrian itu akan menjadi landmark Kuala Tahan dan tarikan pelancong. Sudah tentu semasa air Sungai Tembeling besar ketika banjir ramai orang suka melihat air yang berputar dengan ombak besar.


stock photo : A pedestrian bridge over flood prone river in KZN South Africa
Gambaran jambatan pedestrian Kuala Tahan.

Jambatan pedestrian Kuala Tahan landmark Kuala Tahan yang 'hilang'. 

It really insult WZWH's intelligence!

Mesejnya jelas jika ada banyak lagi peruntukan-peruntukan yang diluluskan untuk membina berbagai infrastruktur, jalan-jalan, jambatan-jambatan, dam, perladangan, dsb di DUN Tahan janganlah ada pihak yang menghalang atas berbagai alasan.

JANGAN MENJADI PENGKHIANAT PEMBANGUNAN LEMBAH TEMBELING!

Friday, November 16, 2012

Jambatan Kuching Dan Dua Jambatan Lagi Memangkin Pertumbuhan Ekonomi Dan Sosial Ulu Tembeling



















Ini foto jambatan menyeberangi Sungai Tembeling ke Kampung Kuching sebuah perkampungan lama Orang Asli. Dari Kampung Kuching boleh melalui jalan balak menuju Kampung Bantal.

Jambatan ini disediakan oleh syariikat balak untuk kegunaan mengangkut balak dan kegunaan untuk orang kampung berdekatan terutama Kampung Kuala Sat.

Itu tanggungjawab sosial untuk orang kampung kata PRO syarikat balak itu. Pada WZWH jambatan primitif ini menyakitkan mata WZWH memandang. Bila air Sungai Tembeling besar pasti menimbulkan masalah.

Jambatan ini boleh ditanggal dan dipasang semula macam permainan transformer. Pada WZWH, penduduk Ulu Tembeling perlukan jambatan konkrit, tinggi dan sama standard dengan jambatan Kuala Krau.

Walaupun 6 jambatan diluluskan dalam pakej Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 bernilai RM280 juta namun untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan sosial Ulu Tembeling beberapa jambatan "inter kampung' perlu dibina.

WZWH nampak 3 jambatan perlu dibina menghubungi beberapa kampung tradisional Ulu Tembeling seperti Kampung Bantal, Kampung Gusai, Kampung Bukit Mat Daling dan Kampung Kuala Sat.

Transformasi penyusunan semula kampung-kampung tradisional Ulu Tembeling bukan saja melibatkan pembinaan infrastruktur, kemudahan public amenities, perumahan tapi juga punca ekonomi.

Perladangan getah dan kelapa sawit dari kumpulan Felda dan Yayasan Pahang Plantation adalah melibatkan hampir 30,000 ekar mampu menyediakan keperluan ekonomi kepada penduduk Ulu Tembeling.

Selain pertumbuhan ekonomi adalah penting juga perkembangan sosial yang diharap generasi orang muda Ulu Tembeling mempunyai pekerjaan di kampung. 

Penduduk perlu ditambah di Ulu Tembeling. Kemunduran dan peluang ekonomi yang kecil membuatkan ramai penduduk berhijrah ke tempat lain.




















Ini ialah sekolah rendah Kampung Gusai. Sekolah rendah ini dibina direkabentuk oleh kerajaan BN untuk kegunaan masa depan 100 ke 200 tahun. Itu sebab sekolah-sekolah rendah di Ulu Tembeling dibina besar-besar kapasitinya.

Baik Kampung Bantal, Kampung Bukit Mat Daling, Kampung Kuala Sat, dan Kampung Pagi semuanya punya sekolah rendah yang besar.

Pembinaan infrastruktur, berbagai kemudahan, sumber-sumber ekonomi perlu bagi menarik ramai orang Ulu Tembeling kembali balik ke kampung.

Pada masa ini kesemua sekolah rendah di kampung-kampung Ulu Tembeling ini berstatus 'sekolah kurang murid' -SKM

Jika ekonomi dan sosial Ulu Tembeling lebih mundur dibimbangi semua sekolah rendah ini akan ditutup kerana murid makin berkurangan.






































Ini semua wajah anak-anak muda Ulu Tembeling. Kepada mereka nasib Ulu Tembeling akan diubah. Pertumbuhan ekonomi dan sosial sangat perlu bagi membina kehidupan masa depan.

Dari rungutan ibu bapa sudah menjadi trend murid-murid Ulu Tembeling terutama di sekolah menengah suka berhenti sekolah-drop out dengan alasan yang tidak diterima.

Alasan tidak minat belajar dan tidak boleh mengikuti pelajaran tidak boleh diterima diera ini. Bukan sebab masalah kewangan ibu bapa kerana kalau setakat menghantar anak-anak ke Sekolah Menengah Kuala Tahan masih mampu ditanggung oleh ibu bapa ditambah pula dengan berbagai bantuan dari Putrajaya dan Kerajaan negeri Pahang melalui Yayasan Pahang.

Guru-guru di sekolah rendah pedalaman perlu berperanan memberi motivasi dan kesedaran awal kepada murid-murid Ulu tembeling tentang peri pentingnya pelajaran. Bukan sahaja kepada murid-murid tapi kepada ibu bapa.

Dengan drop out duduk di kampung tanpa melakukan apa-apa dan mempunyai pekerjaan yang tidak boleh menjamin masa depan apa kehidupan yang boleh dipertaruhkan.

Pemimpin-pemimpin tempatan, NGO-NGO, anak-anak Ulu Tembeling yang berjaya diperantauan perlu tampil berkempen bahawa transformasi ekonomi dan sosial Ulu Tembeling perlukan anak-anak mudanya yang berpelajaran tinggi menjana perubahan.

PPD Jerantut perlu memandang serious gejala trend drop out pelajar-pelajar Ulu Tembeling di sekolah menengah supaya tindakan dan langkah yang boleh mengurangkan gejala tidak sihat ini berlaku diambil.

Durian Runtuh Anak Peneroka DUN Tahan



















YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan adalah anak peneroka Felda Jengka 12 'sangat well versed" memahami perjuangan dan kehidupan peneroka. Beliau menerangkan 'genius' Tun Razak yang melahir dan mengimplemen idea besar Felda dan bagaimana DS Najib melonjakkan Felda ke fasa baru yang kreatif dan berinovatif demi kemakmuran para peneroka dan generasi ke dua serta negara.

Pembayaran durian runtuh anak peneroka bermula pada 14 November 2012. WZWH sempat 'cover' di Felda Sungai Retang dan Felda Padang Piol.

Sejurus lawatan kerja politik di Ulu Tembeling, WZWH bergegas ke Felda Sungai Retang pada pukul 11.30 pagi. Hampir 500 cek bernilai RM5000 setiap cek diberi kepada wakil anak peneroka untuk diagih sesama adik beradik.

Sememangnya WZWH berasa 'jealous' juga bila melihat warga peneroka dari para peneroka, isteri peneroka dan anak-anak peneroka menikmati durian runtuh.

Itu rezeki mereka. Memang itulah yang mampu kerajaan berikan diatas usaha titik peluh peneroka berkorban membangunkan Felda.

Ramai peneroka yang diberi peluang tapi lari dari tanah rancangan balik ke kampung masing-masing dulu kini menyesal bagai nasi menjadi bubur.



















Kelihatan anak-anak peneroka kusyuk mendengar ucapan ADUN Tahan.



















Pada sebelah petang pula, ADUN Tahan menyampaikan 700 keping cek kepada anak peneroka Felda Padang Piol.




















Kedua Felda Padang Piol dan Felda Sungai Retang adalah 2 'vote bank' terbesar dalam DUN Tahan. Kalau mahu menjamin kemenangan DUN Tahan pada PRU 13 maka kedua peti undi ini adalah penentu yang besar pengaruhnya.

DS Najib telah turun ke Felda Padang Piol pada bulan Ogos lalu dan telah memberi berbagai peruntukan kepada Felda Padang Piol dan juga termasuk Felda Sungai Retang.

Tambahan pengundi seramai 1800 adalah majoritinya anak-anak peneroka di DUN Tahan. Ini menunjukkan betapa pengundi muda perlu didekati dengan menyediakan berbagai program dan bantuan yang boleh menarik perhatian dan minat mereka orang muda.

Thursday, November 15, 2012

Lawatan Kerja Politik Ke Ulu Tembeling



















Apa yang WZWH suka mudik Sungai Tembeling. Selain buat kerja politik, ini ialah masa WZWH boleh tenang menikmati keindahan alam dan berpeluang menemui sedaramara.

Tidak ramai anak-anak Ulu Tembeling selalu kerap balik mahu menjengok kampung halaman. Kesukaran perhubungan adalah masalah. Masalah ini akan diselesaikan bila Projek Jalan Ulu Tembeling siap nanti insyaalah.



















Generasi baru seperti WZWH mahu menyelesaikan masalah dengan cepat. Kesukaran masalah perlu diatasi. Masa itu emas dan berharga.

Zaman orang tua-tua dulu lambat bergerak itu perkara lama. Sekarang guna teknologi baru untuk bergerak pantas. Jetski ambil masa 30 - 40 minit untuk sampai ke Kampung Bantal dari Kuala Tahan.



















Destinasi pertama ke Kampung Gusai. Selepas Kampung Bantal perlu belok ke kiri melalui Kuala Sungai Sepia. Mudik Sungai Sepia adalah pengalaman yang indah. Sungai Sepia dan pemandangan keindahan alam membuatkan kita tenang.

Sungai Sepia adalah anak Sungai Tembeling merupakan antara sungai yang tercantik dan bersih di Malaysia.



















Bila melalui Kampung Mogol ditepi Sungai Sepia membuatkan WZWH sayu teringat nostalgia lama. WZWH pertama kali menjejakkan kaki ke kampung Mogol pada 1974 ketika berumur 6 tahun. WZWH ikut arwah datuk berjalan kaki dari Kampung Bantal ke Kampung Gusai ketika itu berkempen untuk BN PRU 1974.

WZWH masih ingat dalam perjalanan singgah di Kampung Mogol untuk berehat di rumah arwah Aki Deris. Selepas makan, WZWH turun ke pasir bermain air.



















Di Kampung Gusai menghadiri kenduri kahwin. Perhatikan jalan slek yang dibuat dari simen merentasi kampung untuk memudahkan perhubungan.



















Sebab itu ramai penduduk Kampung Gusai guna motosikal dengan menggunakan jalan slek itu. Maka banyaklah rangkaian jalan slek di Kampung Gusai termasuk Kampung Bantal, Kampung Mat Daling, Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi.



















Pengantin lelaki dan perempuan sedang menunggu tetamu. Hari ini hari yang bahagia. Sepasang mapelai yang membina kehidupan baru dengan harapan yang tinggi. Kesinambungan generasi yang perlu dipastikan masa depan yang gemilang.



















Di setiap kenduri kahwin, WZWH suka ambil foto tukang masak kampung di sabak. Apa yang WZWH suka masakan keduri kampung yang dibuat secara gotong royong lebih sedap dari catering di bandar dan hotel.



















ADUN Tahan antara tetamu VVIP kenduri orang Kampung Gusai. Selepas letih dan penat mengharungi Sungai Tembeling dan Sungai Sepia ini masa untuk makan makanan masakan orang kampung.

Lawatan kerja politik ke Ulu Tembeling ini adalah untuk memberi sumbangan tunai kepada golongan penduduk kampung yang memerlukan. Jika peneroka, isteri peneroka dan anak-anak peneroka dapat durian runtuh maka adalah wajar penduduk kampung tradisional mendapat sedikit sumbangan.



















Tok Empat Kampung Mat Daling, En. Wan Maba menerima sumbangan bagi pihak penduduk Kampung Mat Daling.



















Tok Empat Kampung Gusai, En. Ahmad menerima sumbangan bagi pihak penduduk Kampung Gusai.



















Tok Empat Kampung Bantal, En. Abdul Manaf menerima sumbangan bagi pihak penduduk Kampung Bantal.



















Tok Empat Kampung Kuala Sat, En. Rahim Manggi menerima sumbangan bagi pihak penduduk Kampung Kuala Sat. Bagi penduduk Kampung Pagi pula yang jauh di hilir diberi semasa menghilir Sungai Tembeling.



















WZWH dan rombongan bergambar kenangan di pelamin yang cantik design di Kampung Gusai.



















Pemandangan di jeti Kampung Gusai. Penduduk di beberapa kampung yang berdekatan mahu pulang dari kenduri kahwin. 

Perhatikan bagaimana sebuah Hilux boleh berada di pasir Kampung Sepia. Ada jalan balak yang boleh digunakan kenderaan 4WD. WZWH berharap kegiatan pembiakan balak perlu diminimakan bagi keperluan pembangunan seperti ladang Felcra dan Yayasan Pahang. 

Penebangan balak hanya semata-mata mahu kayu balak berdekatan kawasan tadahan air terutama di Ulu Tembeling perlu diharamkan oleh kerajaan Negeri Pahang dengan tegas.



















Inilah kawanan kerbau spesis Kampung Gusai di Sungai Sepia. Kerbau Ulu Tembeling adalah kerbau yang paling kurang kolesterol dan lemak dalam dunia dan paling bersih. Jika kerbau-kerbau ditempat lain suka berkubang di paya berlumpur berlainan dengan kerbau-kerbau Ulu Tembeling suka mandi manda dan berenang di sungai.

Banyak kawasan padang dan halaman rumah mempunyai rumput yang diketam dengan halus bukan mengunakan tukang kebun dan mesin tapi oleh kerbau-kerbau Ulu Tembeling yang meragut rumput siang dan malam.



















WZWH dan rombongan bersiap sedia menghilir Sungai Sepia menuju ke Kampung Bantal.



















ADUN Tahan melepaskan geram mandi manda di jeti Kampung Bantal.  Inilah tempat WZWH mandi terjun sungai mandi manda masa zaman kanak-kanak awal 1970an dulu.



















Perhatikan muatan barang-barang keperluan seperti beras, tepung, gula, minyak masak dalam perahu yang dijual dengan harga subsidi. Ini semua atas keperihatinan kerajaan BN untuk meringankan beban penduduk Ulu Tembeling yang tinggal jauh di pedalaman dengan kesukaran perhubungan.



















YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan sedang santai sambil minum kopi mendengar permasalahan dan cerita orang kampung.

Kalau mahu menjadi wakil rakyat DUN Tahan perlu memahami, menjiwai dan menyelami denyut nadi rakyat DUN Tahan. 

Bertindak menyelesaikan permasalahan bukan saja untuk hari ini dan hari esok tapi untuk masa depan generasi akan datang.

Tuesday, November 13, 2012

Perginya Seorang Tok Empat Paling Tua di Terengganu mungkin Malaysia


Allahyarham Haji Ramli bin Yunus selaku Yang Dipertua PIBG SK Pasir Raja, berdiri disebelah pegawai JPN Terengganu. Foto ihsan JPNT.

Tok Empat atau Ketua Kampung ialah pemimpin akar umbi. Pentingnya peranan Tok Empat ditagih oleh DO dan wakil rakyat tidak kira ADUN atau Ahli parlimen.

WZWH menulis posting ini didedikasikan kepada seorang Tok Empat yang paling tua di Terengganu mungkin di Malaysia. Tua juga bermaksud paling senior lama bertugas.

Pembaca blog WZWH terutama orang Pahang tertanya kenapa WZWH menulis obituari seorang Tok Empat dari Terengganu. Apa kena dengan WZWH.

WZWH menerima call dari sedara di Ulu Tembeling bahawa Haji Ramli bin Yunus 70 Tok Empat Kampung Pasir Raja Hulu Dungun Terengganu meninggal dunia hari ini.

Penduduk Ulu Tembeling ramai yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan penduduk Kampung Pasir Raja. Dulu kalau mahu bertandang hanya berjalan kaki sehari dua diantara dua kampung.

Sebelum ini WZWH ada buat beberapa posting berkenaan Projek Jalan Ulu Tembeling-Kampung Pasir Raja Terengganu. 

Bagaimana WZWH membayangkan pertumbuhan pesat ekonomi akan berlaku merentas sempadan Pahang Terengganu:Ulu Tembeling-Dungun.

Memang minggu lepas dalam posting sila klik sini, WZWH mahu meletakkan sekeping foto Allahyarham Haji Ramli bin Yunus tetapi malangnya foto itu tiada dalam laptop WZWH mungkin terdelete.

Ini yang meralatkan WZWH. Walaupun begitu WZWH ada menyentuh allahyarham dalam posting sila klik sini.

Allahyarham Haji Ramli bin Yunus menjadi Tok Empat Kampung Pasir Raja Hulu Dungun Terengganu sejak dari 1969 hingga kini bererti 43 tahun berkhidmat. 

WZWH pertama kali bertemu allahyarham yang lebih mesra dikenali Poksu Li sewaktu allahyarham mudik ke Bantal Ulu Tembeling pada 2011 bersama rombongan Pemuda UMNO Bahagian Dungun.

Sejak dari muda lagi Poksu Li kerap mudik ke Ulu Tembeling. Kadang-kadang berjalan kaki dari Kampung Pasir Raja ke Ulu Tembeling menemui sedaramara.

Poksu Li cukup kenal dengan arwah moyang dan tok WZWH. Sememangnya WZWH ada hubungan darah dengan Poksu Li. 

Dari cerita-cerita orang tua, moyang WZWH yang bernama Wan Ismail bin Tun Salleh berasal dari Terengganu. Keluarganya besar bertaburan dari Kampung Pasir Raja dan sekitar, Kuala Jengai, Jerangau, Kuala Berang, Dungun hingga Kuala Terengganu.

Allahyarham Poksu Li berkhidmat dengan ramai MB Terengganu sebelum zaman Wan Mokthar hinggalah ke DS Ahmad Said.

WZWH masih ingat lagi Poksu Li menceritakan kepada WZWH dulu Wan Mokthar (semasa menjadi MB) sering menghubungi Poksu Li bila saja Wan Mokthar mahu melawat Kampung Pasir Raja, berkelah dan makan ikan sungai.

Poksu Li sering menyuruh WZWH melawat Kampung Pasir Raja. "Keluarga mu ramai disana..."

Perkhidmatan Allahyarham Poksu Li cemerlang menjaga Kampung Pasir Raja. Antara projek yang hebat ialah Projek ETP Ladang Herba Kampung Pasir Raja yang bernilai RM1 bilion dalam perancangan.

WZWH mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Ramli bin Yunus. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan ditempat orang yang mukmin.

WZWH berharap DS Ahmad Said MB Terengganu memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada Allahyarham Haji Yunus bin Ramli seorang Tok Empat yang paling lama berkhidmat di Terengganu dan mungkin Malaysia selama 43 tahun!

Sedikit info mengenai Kampung Pasir Raja  sila klik sini.

Sunday, November 11, 2012

Perasmian Klinik 1Malaysia Jerantut



















DS Liow Tiong Lai Menteri Kesihatan hari ini merasmikan klinik 1Malaysia di PAKR bandar Jerantut.

DS Najib perihatin dengan keperluan rawatan perubatan dan kesihatan rakyat terutama yang berpendapatan rendah. 

Jika Presiden Obama masih dalam perancangan Obamacare, DS Najib telah implemen Klinik 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia.

Subsidi kesihatan adalah bantuan kerajaan yang ramai rakyat Malaysia tidak sedar dan menghargai. Setiap tahun Kementerian Kesihatan membelanjakan hampir RM15 bilion bagi rawatan dan perubatan secara percuma.

Kenaikan harga ubat, drug, dan peralatan perubatan membuatkan rakyat terpaksa membayar harga yang mahal jika pergi ke klinik dan hospital swasta.

Di Pahang saja ada 10 hospital. 2 hospital diluluskan untuk dibina di daerah Bera dan Rompin.

Bagi Jerantut pula ada hospital lama yang perlu dinaik taraf. Sebuah polyklinik kesihatan yang dalam pembinaan dijangka siap pada 2013.

Menteri Kesihatan menasihat rakyat supaya jaga kesihatan penting. Jaga jangan dapat kencing manis, dari situ boleh merebak ke buah pinggang, darah tinggi dan akhir ke jantung. Selalu jaga pemakanan yang seimbang dan buat senaman.

Malaysia berada kedudukan ke 6 negara paling obesiti di Asia. Ini membuktikan rakyat Malaysia mewah dengan makanan.

DS Liow Tiong Lai meluluskan:

  • Naik taraf Hospital Jerantut dengan tanah telah sedia diperuntukan untuk membuat bangunan baru.
  • Sebuah van ambulan untuk Klinik Kesihatan Kuala Tembeling.
  • Peruntukan aircond tambahan untuk Klinik 1Malaysia Jerantut

Menteri Kesihatan yang merupakan ahli parlimen Bentong menyeru rakyat supaya menyokong kepimpinan DS Najib PM bagi kesinambungan pembangunan dan kemakmuran yang boleh dinikmati rakyat.

Jangan dengar dakwah pembangkang yang suka mendakwa, mengkritik, menuduh tanpa berasas bahawa kerajaan hari ini tidak menjaga rakyat dengan baik.



















DS Liow Tiong Lai menandatangani plak diapit oleh YB Dato' Lau Lee ADUN Damak, YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan Pengarah Kesihatan Pahang.




































Menteri Kesihatan meninjau Klinik 1Malaysia Jerantut. DS Liow Tiong Lai menegur siling Klinik 1 Malaysia Jerantut rendah perlu kepada penambahan aircond bagi keselesaan rakyat Jerantut.



















Pada sebelah malam, DS Liow Tiong Lai menghadiri jamuan makan malam bersama masyarakat Cina di Dewan Sungai Jan.

YB Dato' Lau Lee ADUN Damak mahu buat pengumuman mengejut bahawa DS Najib telah meluluskan peruntukan RM13.5 juta bagi bangunan tambahan SJKC Sungai Jan. Terima kasih kepada YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan yang membantu mendapat peruntukan itu.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...