Thursday, November 8, 2012

Sejarah Hubungan Ulu Tembeling Dengan Terengganu


DS Ahmad Said, MB Terengganu menarik tirai perasmian Bangunan One Stop Centre Pemuda UMNO Kampung Shukor di Dungun, turut dihadiri Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh dan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hasan. Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO negeri, Saiful Bahri Baharuddin dan Ketua Pemuda UMNO Dungun, Azhar Jambol. Foto Ihsan Utusan Online.


DS Ahmad Said MB Terengganu berkata,"Jalan Kampung Pasir Raja - Hulu Tembeling itu akan menjadi penghubung antara penduduk Kampung Pasir Raja yang kebanyakannya mempunyai ikatan kekeluargaan dengan penduduk di Hulu Tembeling."

MB Terengganu mahu mengadakan perbincangan dengan kerajaan Pahang bagi merealisasikan pembinaan jalan itu termasuk melakukannya secara usaha sama. Sila klik sini.

DS Ahmad Said tahu sejarah.

Maka WZWH menulis sejarah hubungan Ulu Tembeling dengan Terengganu....

Ulu Tembeling merangkumi 5 kampung besar Kg Bukit Mat Daling, Kg Bantal, Kg Gusai, Kg Kuala Sat dan Kg Pagi. 

Dulu orang Ulu Tembeling berjalan kaki ke ke Kampung Pasir Raja Terengganu vice versa samada mengunjungi sedara mara, mencari garam, menghadiri kenduri dan sampai kini atas undangan kejohanan bolasepak.

Jalan ini yang dipanggil denai atau jejak Mat Kilau tapi sebenarnya beratus tahun sebelum Mat Kilau menggunakan jalan denai itu, orang Ulu Tembeling sudah menggunakannya.

Hubungan ini bermula bila seorang pembesar dari keturunan Sultan Zainal Abidin 1 Terengganu membawa diri ke Pahang ekoran konflik politik yang berlaku. Diburu kerana perebutan kawasan membuatkan Wan Ismail bin Tun Salleh bin Tun Khamis bin Tun Muhammad....menyeberangi sempadan Terengganu Pahang.

Wan Ismail dan pengikutnya berkampung di Janing sebuah kampung besar di ulu Sungai Tembeling paling ulu. Dikatakan ramai penempatan pada masa itu. 

Pada masa itu dikatakan ada cerita kisah seorang raja Sakai (orang liar) yang bermata merah dan pengikutnya suka tinggal di pokok dan kerja sakai ini suka menyerang orang Melayu yang berhubung antara Terengganu dan Pahang.

Raja Sakai ini gagah dan suka mengamalkan kanibal makan daging orang Melayu. Ramai orang Melayu terutama pedagang dibunuh. Maka cerita ini sampai ke Wan Ismail.

Wan Ismail seorang yang berbadan tinggi mencabar Raja Sakai ini bertarung. Maka berlakulah pertempuran yang hebat antara Raja Sakai bermata merah lagi kanibal dengan Wan Ismail. Akhirnya kalah dan tewas Raja Sakai. 

Semua pengikut Raja Sakai berbaiah dengan Wan Ismail akan tunduk taat setia dengan Wan Ismail dan keturunannya. Maka semua sakai-sakai Ulu Tembeling tunduk kepada Wan Ismail dan keturunannya hingga kini.

Wan Ismail bersama pengikutnya akhirnya menetap di Pulau Besar Ulu Tembeling. Beliau telah berkahwin dengan Wan Leper binti Wan Long bin Tun Abdullah bin Tun Da ibni Bendahara Tun Abdul Majid. Keluarga Tun Da ramai menetap di Lembah Tembeling.

Pada masa ini Wan Ismail ditugaskan oleh Engku Khatib bin Tun Abdullah bin Tun Da dan Orang Kaya Maharaja Perba Jelai pergi ke Dungun mengambil Wan Ahmad (Sultan Pahang petama) untuk dibawa ke Pahang untuk diangkat menjadi Raja Bendahara Pahang.

Wan Ahmad telah berpuluh kali berperang dengan Bendahara Tun Mutahir tapi sentiasa tewas. Wan Ahmad tidak percaya kepada Wan Ismail pada mulanya. Akhirnya berlaku sumpah antara Wan Ahmad dengan Wan Ismail bersama 7 lagi pendekar Janing berjanji setia di Kg Pasir Raja Terengganu.

Sebilah keris telah diisi ke dalam jug yang beisi air dan digode (kacau) dengan membaca beberapa ayat Al-Quran lalu Wan Ahmad, Wan Ismail dan 7 pendekar Janing minum air dalam jug.

Wan Ahmad dibawa menghilir Sungai Tembeling hingga ke Pasir Tambang Kuala Tembeling pada 1862. Disitu menunggu orang Tembeling, orang Jelai dan para pembesar Pahang yang menyokong perjuangan politik Wan Ahmad.

Wan Hussein bin Engku Khatib bin Tun Abdullah bin Tun Da ibni Bendahara Tun Abdul Majid telah mengistiharkan Wan Ahmad sebagai Raja Bendahara Pahang. Dari Pasir Tambang mereka berarak menghilir Sungai Pahang hingga ke Pekan. The rest is history...Bendahara Tun Mutahir berundur ke Johor. Maharaja Sultan Abu Bakar Johor adalah menantu Bendahara Tun Mutahir.

Wan Ahmad telah berjanji kepada Wan Ismail untuk membantu mendapatkan kembali kawasan di Terengganu. Namun setelah menang perang saudara, Wan Ahmad tidak menunai janji. Wan Ismail hanya diberi kuasa di Pulau Besar Ulu Tembeling.

Ini tidak menyenangkan Wan Hussein. Walaupun Wan Ismail berkahwin dengan sepupu Wan Hussein namun sentimen Terengganu Pahang menebal dihati Wan Hussein. Atas sebab itu berlaku pula peperangan diantara Wan Ismail dan clan Ulu Tembeling dengan Wan Hussein dan clan Tembeling Tengah.

Konflik berlaku selama 2 tahun dan mengakibatkan banyak kematian. Akhirnya Wan Ahmad yang menjadi Sultan Pahang pertama terpaksa campur tangan. Sultan Wan Ahmad menitahkan bahawa Wan Hussein dan Wan Ismail membayar denda yang tinggi.

Sultan Wan Ahmad menetapkan bahawa Wan Ismail berkuasa di Pulau Besar ke atas manakala Wan Hussein berkuasa dari Tembeling Tengah ke Kg Bantal. Wan Hussein tidak mengiktiraf Wan Ismail yang dikatakan berasal dari Terengganu.

Seorang Penghulu Raja dilantik oleh Sultan Wan Ahmad dikalangan orang biasa di Lembah Tembeling bagi memantau perkembangan politik ke dua puak yang suka berperang ini bimbang bangkit memberontak melawan Sultan Pahang!

Ya memang Wan Ismail berasal dari Terengganu. WZWH diberitahu bahawa keluarga Wan Ismail ini begitu dominan di Ulu Tembeling. Di Terengganu keluarga Wan Ismail bertaburan dari Kampung Pasir Raja dan sekitar, Kuala Jengai, Jerangau, Kuala Berang, Dungun, dan Kuala Terengganu.

Jasa Wan Ismail yang besar ialah mengambil Wan Ahmad dari Dungun balik ke Pahang menghilir  Sungai Tembeling ke Pasir Tambang Kuala Tembeling dan perubahan politik Pahang berlaku...

Adalah diluar jangkaan Wan Ismail untuk berimaginasi bahawa pada satu masa nanti ada jalan besar menghubungkan Kampung Pasir Raja Terengganu dengan Ulu Tembeling.

Pembinaan Projek Jalan Ulu Tembeling- Kg Pasir Raja dengan kos RM600 juta akan membangunkan pertumbuhan ekonomi Ulu Tembeling (Daerah jerantut) dengan Kg Pasir Raja dan seluruh Daerah Dungun, Terengganu.

Jika pembaca WZWH tanya siapa antara Wan Ismail dan Wan Hussein yang WZWH sokong. Maka jawab WZWH....I'm descendant of both Wan Ismail and Wan Hussein is hard for WZWH to decide!!!

20 comments:

Kampong man said...

Salam Wan,

Ini yang saya maksudkan satu artikal yang baik dengan sejarahnys dan tidak hanya politik sahaja.Syabas Wan !!

Satu lagi yang amat penting adalah keputusan Mahkamah membenarkan operasi Kilang LYANAS .Yang pasti adalah kegembiraan pekerja pekerja kilang ini yang bekerja sebagai sumber rezeki bagi mereka dan keluarga mereka.Tahniah ,orang Pahang.

Anonymous said...

Perangai bertikam berkeris oleh org2 Melayu zaman dahulu kala ini telah diwarisi oleh orang2 Melayu UMNO...

Kalau kat J'tut, sebaik saja UMNO Baru ditubuhkan, perkelahian 2 puak atau team sentiasa berlaku. Dulu ada team Muhammad Bazain dan ada team Wan Bakar. Kini pula ada team Wan Mizan dan ada team Dr Sukri. Fitnah memfitnah, diantara 2kumpulan ini sentiasa berlaku. Kadang2 lebih dashat berbanding dgn apa yg Wan Zurik buat fitnah terhadap Dr Hamza.

Dizaman aku dlm UMNO dulu...perkelahian antara dua puak menjadi perkara biasa...bertumbuk bertampar tidaklah asing. Tak percaya tanyalah Dato' Wan Bakar...atau Che'gu Midon...

Perkelahian ini bukan disebabkan isu untuk memperkasakan iman2 penduduk kg tetapi berebut nak menjadi Ketua Bahagia atau nak jadi calon MP. Al maklum dgn jawatan2 ini maka tiket untuk mengkayakan diri akan menjadi lebih mudah...

Demikianlah hikayat UMNO Baru..

Anonymous said...

Kalau betul cerita WZWH ini memang patutlah...di Jerantut Pakatan Rakyat bukan berhadapan dengan UMNO plus BN tapi berdepan keturunan yang paling kuat berperang dengan sejarah Pahang. Ini bukan ideologi...ini lebih dari semangat nenek moyang...Pakatan Rakyat perlu lupa hasrat menawan parlimen Jerantut dan dun.

Anonymous said...

Ko tahu takpe..dan dah ramai jgk pegawai pegawai kerajaan baik tinggi sehingga ke rendah yg dah tumbang di jerantut ni zaman berzaman.biasenye semasa mereka bertugas di daerah-daerah lain bersih dan cemerlang je rekodnya tapi sebaik di jerantut kalau salah pembawaannya alamat keluar dgn rekod buruklah atau tercalar imejnya.apatah lagi pemimpin pemimpin politiknyer,telah ramai yg terkorban dan tumbang ditengah jalan.yang kuat,yang betul-betul handal dan tamat jurus akhir saja yang bertahan dan menaiki tangga tangga jawatan politik di jerantut ni.tu sebab jugak antaranya kalau orang jerantut yang berkhidmat atau bisnes diluar kebanyakkannya menguasai jawatan penting atau ramai yang berniaga taraf kaya dan hebat femes baik di kuantan atau kolumpo.jerantut is 'lost of ancient history' yg ramai org tak perasan bila namanya ditukar kepada jerantut.disini is about tribe n pride.amacam,ada beran??

Anonymous said...

A lawyer who posed the question on religious freedom to PKR vice-president Nurul Izzah Anwar during a forum last Saturday is disappointed with the politician’s 180 degree turn.
Siti Kasim, a member of the Bar Council human rights committee, said she was disappointed that Nurul had “retracted” her remark.
“I believe Nurul was just trying to impress the people, she didn’t think of the consequences,” she told FMT.
Siti said Nurul should have stood firm on her remark that freedom of religion was a right for all including the Malay-Muslim.
“There’s nothing wrong about it, she is saying the truth. I expected a hoo-ha after that. But as a politician, you just need to stick to the truth,” she added.
She wondered if Nurul was merely adjusting herself to the largely non-Muslim audience on that day and making a political remark.
At the forum titled “Islamic state: Which vision? Whose responsibility?”, Siti asked Nurul whether freedom of religion should be extended to the Malays since the PKR leader talked about the issue in her speech.
Siti said while Nurul did not mention about apostasy in her response, the latter however was a clear supporter of freedom of religion for the Malays.
“In the following days she ‘retracted’ her remark, and said she did not support apostasy. But indirectly when you say you support freedom of religion, and if Malay wants to get out from Islam, that’s apostasy,” she pointed out.
The Orang Asli rights advocate said she once posed the same question to Nurul’s father, Opposition Leader Anwar Ibrahim, but failed to get a direct response.
“He was going around the bush and didn’t answer directly. We want politicians to be straight forward,” she said.
Meanwhile, Siti said it was high time for the issue to be debated as the Federal Constitution did not exclude the Malays from their right to freedom of religion.
She said the individuals who criticised Nurul were the conservatives who insisted that their version of religion was the correct one.

Kampong man said...

Salam all,

Position as a Vice President of a dominant PR, PKR, come with responsibility.She become the public focus.True enough ,she lack experience for the political game at her tender age and made many blunders.PKR will surely be doomed after various controversies affecting the party since 2008 ,defections included.Their 31 Parliament victories will be drastically reduced in my view.PKR lost seats will be won by UMNO as hey compete between them.It will be am uphill task for PR overall .Just to support my anslysis .Disagree ?.For us to see.Thank you.

Anonymous said...

Syabas Wan Zari. Ini satu artikel yg baik kerana ia benar-benar membuka minda rakyat Pahang tentang hubungan rakyat Pahang dengan Trengganu melalui paparan sejarah yg Wan paparkan.

Orang Pahang dan orang Trengganu adalah satu jalinan persaudaraan yg intim.

Orang Pahang-orang Trengganu, orang Trengganu-orang Pahang.

Hidup orang Pahang dan Trengganu.

Anonymous said...

Kampong Man
" PKR will surely be doomed after various controversies affecting the party sice 2008, defections included "
I agree with you and for the same reason, will you agree with me that UMNO/BN will be doomed after various controversies ( I would have to attach as appendix for the list of controversies ) since time immemorial.

Defections? Before you know it, UMNO MPs and Aduns will overtake each other in the queue to cross over when Pakatan takes over Putrajaya. It is also possible some UMNO stalwarts will ejaculate prematurely.

" PKR lost seats will be won by UMNO as they compete between them " What about UMNO seats that your warlords shoved each other. They will not lose these seats because they are UMNO, but not PKR? You haven't attempted to balance your argument, have you? Or is it because Jerantut folks are so gullible they will
swallow hook line and sinker.

Li'l Abner

Kampong man said...

Mr Abner,

If you have been following my analysis in this blog it was based very much on past performances, statistical information from independence analyst by say DAH IKHWAN weblog and others but certainly not from Utusan Melayu,Harakah,Rocket and Suara Keadilan.

Over 55 years of running the nation i do agree with you the endless issues affecting BN and of course PR as well.I am least concern as to whether the Jerantut people will accept my views or not it is their decision and and i know finally who prevail in the end for Jerantut and the entire state of Pahang be it for Parliament and the DUN .Pahang will always be BN playgrouund just as Kelantan for PAS/PR that simple.Unless you can justify otherwise,iwill be pleased to know.

Recent trends are favorable for BN eg

* Sarawak Election

*Pilihanraya Kampus/University where Pro Aspirasi totally dominated against Pro Mahasiswa.

PR need 112 seats to capture Putrajaya.Tell me how that can be achievable? You may assume DAP take all the possible 50 or so seats from 100% chinese support (now75 to 80) and you are left with PAS and PKR to secure 62 seats.Asume the upward trend where in 2004 (PAS 4 seats and PKR 1 seat) and the result change for the first time in election history in 2008 (where PAS had 23 and PKR 31).

Sorry,i have reservation for PKR and agree that DAP will improve drastically and as for PAS it will be a so so and PR cannot make it.Now lets hear your analysis. Cheers mate.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 9:15,

Sultan Pahang, Sultan Terengganu dan Sultan Johor dari jalur moyang yang sama. Ditambah dengan ikatan perkahwinan royal family sesama Pahang-Terengganu, Pahang-Johor maka memang rapat hubungan negeri-negeri ini.

Anonymous said...

Abner,

When PR won Perak state in the last election the PR MPs and DUNs opted out and became independce and that swing the balance in favour of BN.We have a taste of puppet Nizar being manipulated by DAP as MB.BN MPs and DUNs are loyal lots.Anwar attempt to take over PUTRAJAYA through backdoor failed miserably and was unethical.Anwar is a no no PM material.

Kampong man

dowLAH said...

oo gituuh.. pakar sejarah demek ni yek..

taknok dibukukan ke?

Anonymous said...

Orang Pahang, orang Trengganu, orang Johor, orang Riau , orang Acheh, orang Bugis dari jalur yang sama iaitu Bani Jawi iaitu titisan dari Nabi Ibrahim, Nabi Nuh dan Nabi Muhammad.
Yang diangkat nanti cuma orang yang beriman dan taat kepada ALLAH tidak kira
kepada keturunan.
Walaubagaimana pun, yang akan memimpin umat manusia akhir zaman nanti adalah zuriat dari Nabi Muhammad yang dilindungi Dan dipelihara Oleh ALLAH sejak dari kacil lagi.

Kesimpulannya, sebagai umat islam disamping mencari kekayaan hidup di dunia,
kita tidak lupa pada kehidupan AKHIRAT.Kita mesti segala kejahatan tidak kira samaada kejahatan itu dilakukan oleh saudara, jiran, puak atau pemimpin kita.
Kita mesti menentang Perbuatan Jenayah, Kronism, Maksiat, Judi Dan Arak, Ketidakadilan Undang2, Ketidakadilan Sosial, Rasuah dan banyak lagi.

Anonymous said...

WZWH, saya Anon 9:15
Jawapan saya pada respon 1:25am kamu.

Kalau kita sama-sama bersetuju ikatan kekeluargaan antara Pahang-Trengganu perlu dieratkan lagi maka Haji Hadi dialu-alukan bertanding di Pekan

Kutukandewata said...

ANON 10.19,

JANGAN KORBANKAN HAJI HADI.BELIAU PEMIMPIN MELAYU YANG BERWIBAWA.TUGAS DIA DI MARANG.TUGAS NAJIB DI PEKAN.JADI KITA ORANG MELAYU TIDAK AKAN RUGI.DUA-DUA MEMIMPIN ORANG MELAYU.BERBEZA PENDAPAT BUKAN BERERTI BERMUSUHAN.JADIKAN PERBEZAAN TERSEBUT SEBAGAI KUNCI KEJAYAAN.

Anonymous said...

Kampong Man

" When Perak PR MPs and Aduns opted out and became independents..... "
Opted out or bought over by UMNO?

" Anwar attempts to take over Putrajaya through backdoor failed miserably and was unethical "

Your ' ethics ' benchmark are conveniently levelled at 2 different playing fields.

You choose to remain naive on ethical values to be adopted by UMNO but advocates an idealistic ethical parameters for PR.

You want to hear my analysis? No, Kampong Man. I m afraid it is not for your consumption.

Li'l Abner

Kampong man said...

Dear Abner,

It is fine then if you are not providing any analysis.I you read my writing i tried not to have a ' PERASANGKA BURUK' tanpa evidence .KM juga takut dengan fitnah.

Faktanya mereka yang meninggalkan PKR,DAP dan PAS memilih menjadi MP bebas bukan masok UMNO/BN.Terlalu banyak namanya .Yang aneh mereka secara sukarela membidas Pakatan Rakyat.Agaknya berapa juta kah yang Zulkifli Nordin, Zafrain, Hasan Ali terima dari UMNO.Kalau benar murahlah nilai diri wakil rakyat ini semua.Baiklah jadi saperti Kampong memperjuangkan HAK MELAYU dan Kesucian Ugama Islam membantu UMNO tanpa perlukan SATU SEN pun wang dari UMNO atau apa apa wang politik.It is the PERJUANGAN bro.Salam , terima kasih.

Anonymous said...

Kampung man,komen mu lucu sangat,

Baiklah jadi saperti Kampong memperjuangkan HAK MELAYU dan Kesucian Ugama Islam membantu UMNO tanpa perlukan SATU SEN pun wang dari UMNO atau apa apa wang politik.It is the PERJUANGAN.

Macan suruh saya pecaya ketam boleh berjalan lurus.

Unknown said...

Mak saya pernah bercerita yang ada suatu hari keluarga dia cari rotan sambil menggali pokok rotan tu terjumpa harta karun ada duit emas dan duit perak saya masih mencari harta karun apa tu dekat kuala jengai masih tau location

Xsegaf said...

Samalah

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...