Nuffnang Ads

Pages

Thursday, November 22, 2012

Memahami Politik Belot Yang Boleh Meruntuhkan Kerajaan


Naina Chetu adalah saudagar yang belot semasa Portugis menyerang Melaka 1511. Persoalannya kenapa Naina Chetu yang kaya raya amat rapat dengan Sultan Ahmad anakanda Sultan Mahmud boleh belot?

Begitu juga Utimutiraja ketua saudagar Jawa yang membantu Portugis dan saudagar Cina yang menyediakan kapal jong kepada tentera Portugis.

Dan juga askar-askar upahan Sultan Melaka yang ramai melarikan diri.

Naina Chetu mempunyai komunikasi awal dengan Alfonso de Albuquerque, Wizurai Portugis di Goa, India.

Portugis datang menyerang Melaka dengan 19 kapal, 800 tentera Portugis dan 600 askar India. Naina Chetu boleh mempengaruhi komuniti India Hindu menyokong Portugis.

Kenapa Naina Chetu belot kepada Sultan Melaka? Ini yang mahu WZWH analisa relevan dengan PRU 13.

Ada komuniti pedagang India Muslim yang terdiri dari Tamil Muslim dan Gujerat. Mereka mendapat layanan istimewa dari segi perdagangan dan status dari Sultan Melaka. 

Malah Tamil Muslim begitu berpengaruh dalam politik dan Istana hingga ada yang menjadi Bendahara dan Menteri-Tun Ali, Tun Mutahir dan Raja Kassim sebagai contoh.

Ini buat Naina Chetu, Naina Dewa Sura dan Raja Mendaliar tidak puas hati. Bukan itu saja pembesar Melayu pun tidak puas hati. Maka banyaklah berlaku 'politicking' dan fitnah gosip yang menyebabkan Sultan Melaka tidak boleh membuat keputusan bijak.

Memang tidak dinafikan Tamil Muslim dan Gujerat memberi sumbangan yang besar dalam perdagangan, pengembangan Islam, mempunyai fikiran yang bernas terutama soal dasar luar Melaka.

Mungkin kekayaan dan pengaruh mereka buat saudagar bukan Islam termasuk Tamil Hindu, Cina dan   saudagar Jawa Islam malah pembesar Melayu berasa iri hati.

Terbukti hari ini keturunan Tamil Muslim begitu berpengaruh dalam politik Malaysia. Memang ada yang bijak dan bergeliga di antara mereka.

Maka Naina Chetu mengambil peluang ini untuk membalas dendam kepada Tamil Muslim dengan menyokong Portugis yang lebih percaya India Hindu.

Mengenangkan jasa yang banyak membantu Portugis dari mula, sedang dan akhir penaklukan Melaka maka Naina Chetu di beri jawatan 'Bendahara Melaka' yang dihadkan menjaga komuniti India Hindu dan termasuk India Muslim dan Pembesar Melayu serta orang Melayu lain di Melaka.

Naina Chetu dikatakan untuk lebih menjaga kedudukan prestijnya diera Portugis memerintah Melaka telah 'convert' agama Portugis Kristian-Roman Katolik termasuk seisi keluarga. Portugis memandang tinggi nilai 'Gospel, Gold and Glory'.

Oleh kerana Naina Chetu membalas dendam dan menindas golongan Tamil Muslim, pembesar Melayu dan orang Melayu dengan kejam dan zalim maka akhirnya Portugis dapat menghidu 'kegilaan kuasa' dan penyelewengan Ofis Bendahara.

Portugis melucutkan jawatan Bendahara Naina Chetu dan jawatan itu diberi kepada keturunan Bendahara yang betul Raja Abdullah dari Jambi (Sumatera). Portugis pun bimbang takut semua pedagang Melayu di seluruh kepulauan Melayu boikot tidak mahu berdagang dengan Portugis.

Naina Chetu terlalu 'frust' dan sangat kecewa. Beliau pada satu hari yang cuaca terang dan indah telah berarak di bandar Melaka dengan pakaian sutera yang mahal-mahal disalut emas bergaya. Dijemput semua kawan-kawannya dan keluarga.

Kayu-kayu cendana dan gaharu yang amat wangi dibakar. Ketika api marak menyala tinggi, Naina Chetu berkata beliau tidak bersalah dan sangat setia berkhidmat dengan Raja Portugis. Sambil berkata beliau mahu masuk syurga terus terjun dalam api yang marak.

Semua orang terbeliak biji mata melihat Naina Chetu akhirnya bunuh diri...! Peristiwa bunuh diri ini berlaku pada 1514.

Kesimpulannya orang yang suka belot ialah orang yang biasanya rapat dengan Kerajaan, mahu lebih peluang, mahu balas dendam atas layanan yang tidak adil walau dia kaya raya dan kegilaan mahu masuk syurga dan tamak!

Apa terjadi dengan Master kepada Naina Chetu iaitu Alfonso de Albuquerque penakluk Empayar Kesultanan Melaka?

Selepas menakluk dan menjarah Melaka pada 24 Ogos 1511, Alfonso de Albuquerque tidak sabar-sabar mahu membawa balik harta Sultan Melaka dengan kapal kargo paling besar ketika itu Flor de la Mar ke Portugal pada 15 Disember 1511 kononnya hendak persembah kepada Raja Portugal.

Apa yang dibawa dalam kapal Flor de la Mar dirompak dari Istana Melaka?:

  1. Perempuan-perempuan penenun kain
  2. Anak-anak perempuan Bangsawan Melaka (Tun Fatimah dikatakan turut diculik dan meninggal semasa kapal ni karam)
  3. 60 expert tukang kayu Melayu/Jawa
  4. Tiang-tiang Istana yang dihias dan dilepa dengan Emas dan Perak
  5. Tandu gajah Sultan Melaka yang disepuh dengan Emas
  6. 60 Tonne barang kemas
  7. Meja berkaki emas
  8. Gelang Sakti Nakhoda Beego
  9. 6 bijik singa tembaga hadiah maharaja Cina
  10. Baju perisai perang berkain baldu, senjata dan topi besi berhias indah
  11. Baju berkain baldu dan sutera
  12. Mangkuk-mangkok perak
  13. 2 pasu besar
  14. Perabut-perabut indah
  15. 200 kotak berlian, batu permata ruby, emerald dan sapphire
  16. Duit-duit syiling emas,perak dan timah

Pada hari yang cuaca elok dan terang, pada malamnya tiba-tiba datang ribut taufan membedal kapal Flor de la Mar membuatkannya terhoyong-hayang 'out of navigator' pecah dua terlanggar batu karang dekat pantai di Pasai Utara Sumatera.

400 orang dikapal dibiar tenggelam lemas bersama harta Sultan Melaka dan Alfonso de Albuquerque terjun bersama 5 pegawai ke atas rakit. Alfonso de Albuquerque sempat menyelamat seorang budak perempuan Melayu ditangannya.

Berita ini akhirnya tidak menyenangkan Raja Portugis lalu murka sebab Alfonso de Albuequerque telah diberi arahan dari Lisbon supaya tidak menggunakan kapal kargo Flor de la Mar yang berusia 9 tahun. Arahan Raja Portugis tidak dipedulikan.

Musuh politik Alfonso de Albuequerque menghasut Raja Portugis membuatkan akhirnya jawatan Wizurai Portugis di Asia dilucutkan. Bila berita ini diterima oleh Alfonso de Albuquerque hatinya remuk rendam macam Naina Chetu akhirnya tidak lama lepas itu menderita sakit lalu mati diatas kapal pada 1515.

Berapa nilai harta Sultan Melaka yang karam bersama pecah dua kapal Flor de la Mar? Pakar harta karun menilai USD3 bilion mungkin lebih dari itu. Hingga kini pencari harta karun selepas hampir 500 tahun tidak berjumpa jejak dan tanda harta Sultan Melaka tertimbus di dasar Selat Melaka.

16 comments:

Anonymous said...

Yg menyebabkan orang Melayu Islam berpecah bukanlah PAS tetapi UMNO sendiri. Siri2 perpecahan yg melanda UMNO tercatat dlm sejarah pada tahun 1988 dan 1998...

Pada tahun 2013 nanti, perpecahan UMNO dijangka lebih dahsyat berikutan kekalah BN dalam PRU13. Puak yg tidak berpuas hati dgn prestasi Najib memimpin UMNO telah membentuk team baru...

Kapal baru akan dipimpin oleh Mahyuddin dgn dibantu oleh Zahid sebagai pembantu kapten. Mahathir akan dilantik sebagai 'tukang masak' sebelum kapal2 'UMNO BARU MODEN' ini betul2 karam...

Kemana Najib-Rsmah-Hisyamuddin pergi, ini kena tanya Wan Zurik kerana beliau pakar ramal....

Anonymous said...

Anon 6:38PM,

Sebenarnya penentangan terhadap Najib telah bermula sekarang. Ini berikutan Najib sedang berkira2untuk mencalonkan orang2 yg 'sejiwa' dgnnya sahaja sebagai calon PRU13.

Berbeza dgn PAS yg mana calon pilihanrayanya dipilih oleh Majlis Sura Ulama, presiden UMNO ini berlagak seolah2 dia ada kuasa veto dgn mengenepikan pandangan MT UMNO. Pegawai khas Najib telah ditugaskan merisik, melapor dan mengsyurkan mana2 calon yg dikira menyokong beliau serta yg menentangnya...

Jadi, isu calon pilihanraya PRU13 menjadi malapetaka yg besar kepada kehancuran UMNO...anda tak percaya? Tunggu saja apabila Najib mengumumkan tarikh PRU nanti...

Anonymous said...

Orang Melayu sejati akan memilih kapal yang dapat menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair mereka.
Kapal itu perlu mengubahsuai dengan gelombang lautan yang ganas bagi menyelamatkan majoriti orang Melayu.
Orang lain terpulang kapada mereka dan selalunya mereka bijak memahami situasi bagi survival mereka dalam diaspora geopolitik alam Melayu ini sejak berkurun lagi.

Anonymous said...

'Memahami Politik Belot Yang Boleh Meruntuhkan Kerajaan'. Ini contoh kecelaruan pemikiran yg bersendi kepada kepercayaan karut orang UMNO seperti Wan bahawa 'Kerajaan itu adalah BN dan dan BN itu adalah Kerajaan'. 'Tanpa UMNO maka runtuhlah kerajaan'....he10x. Bacaan politik yg keliru lagi mengelirukan..

Wahai orang UMNO, kalau BN tumbang maka pasti akan ada sebuah kerajaan lain yg akan menggantikannya. Mana ada satu negara didunia yg berdiri tanpa kerajaan!!! Malah jika kerajaan baru ini bersikap adil, tidak melakukan penyelewengan dan dapat melaksanakan urus tabir ekonomi dgn lebih cekap maka M'sia dan rakyatnya akan menjadi lebih makmur.

Wahai ahli2 UMNO, tolong tunjukkan mana2 nas atau dalil yg memberi hujah bahawa hanya UMNO yg Allah SWT lantik untuk menjaga Melayu dan Islam...kalau anda masih perpegang kpd kepercayaan ini maka 'aqidah' anda telah telah mengalami kecacatan...

Anda jangan terlalu ikut emosi...kena baca matematik politik ini. Jika UMNO tumbang, pasti PAS yg mengambil alih tugas menjaga Melayu dan Islam. Mana mungkin jika UMNO kalah DAP yg akan menjaga Melayu dan Islam...sedangkan DAP tidak bertanding melawan UMNO. Jikalau DAP menang kesemua kerusi sekalipun, ia cuma menggantikan tempat MCA/gerakan (yg bertanding lebih kurang 50 kerusi) disebabkan mereka berlawan sesama sendiri dalam pilihanraya....


Mat Periba

Anonymous said...

Bosanlah WZWH, cerita tentang politik. Orang Melaka mana ada durian nak cerita.
Cuba WZWH cerita durian di Ulu Tembeling.
Semua ada dan masih ori lagi. Macam2 jenis ada, kucing tidur, lipan bara, tembaga, badak berendam, gonggok tersepit dan macam2 nama pelik lagi.
Cuba WZWH tangkap gambor.

Anonymous said...

ha'ah betultu..sempena musim buah-buahan ni apa salahnya WZWH kempen sedekah buah-buah yang tak termakan di pokok..kadang sampai kering dan gugur beterabur..nikmat yang didustakan.

Anonymous said...

Okay pada jet ski tarik sampai mudik, orang Pulau Tawar nak rasa jugok spesis durian Ulu Tembeling.

Anonymous said...

Orhang Jantut, Musang King ada Di Ulu. Ceka, maghi ngamai, mungrah je .

Anonymous said...

Aok nie kerayan gitu hajeh wzwh..

WZWH (Wan Zamzuri bin Wan Hasenan AMP) said...

WZWH beri ilmu dan knowledge politik dari sudut sejarah....kalau suka baca. Kalau tidak suka itu terpulang kepada pembaca. Bukan mudah untuk megkaji sejarah lama dan relevannya pada masa kini.

Anonymous said...

Lebih Mudah Untuk
Membaca, Menyalin Dan Memutar

Kampong man said...

Salam Wan dan pembaca yang di hormati,

Agak lama saya tidak mengunjungi blog Wan disebabkan kesibukan kerja.Agak sedih juga PAS sanggup mendoakan kehancuran UMNO parti terbesar orang Melayu Islam .Yang penting UMNO tidak perlu buat demikian walaupun Anon 5.05 mencadangkan tindakan balas .Tidak perlu begitu.Biarkan PAS yang DESPERADO buat doa yang memburukan image Islam.Pastinya satu tindakan TERDESAK.

UMNO mempunyai kekuatan dan rekod yang terbukti baik memerintah negara walaupun ada kelemahan dan amalan lama yang kurang menyenangkan rakyat yang perlu diperbaiki.

Terdapat the game of deception dan perception yang dimainkan bagi meracunkan fikiran rakyat dari pihak pembangkang .Ia tidak akan memberi perubahan besar oada keputusan PRU 13 nanti.

Terbukti PR bukanlah satu pakatan yang kuat malah terlalu RAPUH tidak saperti BN.Rakyat majoriti harus MENOLAK pakatan rapuh ini.Mereka boleh terus berangan dan sangat terdesak mahukan Putrajaya dengan memburukan UMNO .Kami di Melaka tetap menolak PR .Apa di Pahang mahukan PR ?.

Tidak ada banyak yang baik dilakukan PR yang KM nampak tambahan lagi di Selangor ini.Isu asas air pun mahu dipolitikan dan menolak jalan terbaik pula.PAS terlalu teruja dengan sokongan kaum Cina kepada DAP yang mempunyai rekod RACIS dan bencikan orang Melayu.Mereka (DAP) tidak jujur.Lihat ini :

1.DAP dan PAS tidak akan berkompromi dengan dasar Secular(saperti model Singapura ) dan negara Islam masing masing.
Mereka akan berpecah satelah kalah di PRU 13 kerana tidak ada persefahaman.Tujuan mereka hanya mahu mengalahkan UMNO parti tunjang orang Melayu selama ini.

2.Memang terdapat ahli2 PAS akar umbi dan pemuda tidak mahukan percantuman dengan DAP dan PKR.Untuk apa?.Bandingkan apa yang UMNO dan PAS telah buat untuk Islam dan orang Melayu ? Dari PAS tak ada yang boleh dibanggakan.Tidak hairan PAS bukanlah parti pilihan orang Melayu Islam kecual di Kelantan dan Kedah sahaja dan bagi negeri lain PAS bukan pilihan.Masih tidak percaya kita sama sama lihat di PRU 13 march nanti.

3.UMNO harus berubah mengikut kehendak rakyat majoriti saperti apa yang berlaku dengan TRANSFORMASI sekarang.Di perhimpunan Agong Nov nanti UMNO harus bentangkan semua pencapaian baik yang telah dan akan dilakukan sekira rakyat memberi mandat pada Najib/BN meneruskan pemerintahan negara.

4.Realtinya rakyat masih sayangkan UMNO cuma disebabkan segelintir oppurtunis mencalarkan nama baik UNNO dan orang yang begini yang kita mahu tolak dan harus tidak dipilh sebagai calon.

5.UMNO telah mengharungi berbagai bagai krisis sejak penubuhannya dan cabaran kali ini benar hebat menentukan POLITICAL SURVIVAL OF THE MALAYS party.Yang diatas pagar harus bijak memilih pada satu kerajaan yang terbukti adil bagi semua rakyat Malaysia.

Kita TOLAK DSAI sebagai Perdana Menteri.Hadi sendiri juga tidak mahu menjadi PM walaupun didesak.Kampong man nampak kemenangan BN di PRU 13 akan lebih baik dari 2008. Tak percaya ? Sama sama kita lihat.

Kepada UMNO saya ucpkan selamat bersidang dan KM berdoa kehadirat Allah satu kejayaan besar bagi UMNO walaupun terlalu banyak FITNAH dilemparkan padanya.Ameen.

Anonymous said...

WZWH aok tolong kaji pula kisah perbezaan yang berlaku pd zaman khalifah Usman dan khalifah Ali r.anhum..dan relevenkan pad masa kini.itu kisah agung tentang perbezaan yg ditentukan oleh Allah di kurun yang dijamin oleh nabi,bkn kurun slps 300H yang tak dijamin nabi SAW..yg paling penting WZWH bentangkan apa g perlu kita buat dalam menangani perbezaan dan adab-adabnya.tq

Anonymous said...

TQ KM kerana mengingatkan saya...

Ia memang PAS kuat 'fitnah'. Isu UMNO Sabah menerima wang RM40 juta adalah fitnah, isu lembu NFC fitnah, isu Kuala Dimensi beli tanah koperasi Melayu dgn harga tersangat murah kemudian menjualkannya kpd LPK dgn harga terlalu tinggi pun fitnah. Isu IPP dianugerah kpd sayrikat2 korni kemudian menjual elektrik kpd TNB dgn harga se kWh yg lebih mahal pun fitnah. Isu ladang Felda seluar 360,000 hrektar yg boleh menjana pendapatan RM2 billion kpd Felda dan terlepas kpd Mr Chong dan MR Richard pun fitnah..fitnah2. UMNO memang baik....

Isu air Selangor, PAS yg buat onar dan yg bermain politik sehingga menggangu bekalan air ke Loji Langgat 3, walaupun trowong air dri Pahang telah siap dibina...UMNO tidak main politik. UMNO memang terkenal dgn kebaikkannya...

Bila kerajaan PR memerintah Selangor..UMNO menerimanya secara redho kerana mereka sangat berpegang kpd nas...'jgn lawan pemerintah'. UMNO memang baik...


UNDIlah UMNO....kerana UMNO sahaja yg menerima 'wahyu' utk menjaga Melayu dan Islam. DASAI haprak, Hj Hadi jauh lebih bodoh Drp Pak Lah....TGNA apa lagi bapak segala Wahabi...


Mat Periba

Anonymous said...

Terlalu banyak tabur janji menyebabkan 2,020 ibu tunggal saman kerajaan Selangor.Sanggup mahukan teknologi memmbrane yang tidak cost effective asalkan buntukan Langat 2 .Apa ini bijak untuk rakyat?

Anonymous said...

Teruskan perbahasan kerana pilihanraya dah dekat.Bodoh sangat ke UmNO ni sampai ada juga yg terlepas.Setahu aku PAS adalah sangat di sanjung oleh Kapal Sink dan LGE dan Anu -war terhebat.Undilah PR kerana kami tepati semua janji janji.