Saturday, November 24, 2012

Message From The Clan: Vote Wisely GE 13!



















Ini gambar lama almarhum Sultan Ibrahim Johor dan almarhum Sultan Abu Bakar Pahang. 2 Sultan paling berpengaruh, berkarisma meninggalkan banyak legasi dan kedepan memikirkan survival hala tuju negeri masing-masing semasa era penjajahan British dan Jepun.

Gambar ini diambil pada 1946. Apa yang yang dibincangkan oleh 2 Baginda ini dicode sebagai 'message from the clan'.

Adalah menjadi tanggungjawab WZWH untuk decode 'message from the clan'. 

Dulu British dan Jepun datang sebagai satu ketumbukan. Mudah untuk kita lawan kerana bentuk musuh itu nampak. Hari ini musuh tidak perlu datang ke negara cukup dengan diremote control dari luar kepada pemimpin-pemimpin yang sudah diplanted dengan idea-idea yang bertujuan mahu memusnahkan institusi budaya kita.

Malaysia adalah negara terakhir yang unik kerana negara Islam yang progresif. Dengan Sultan-Sultan dan pemimpin-pemimpin Melayu yang terbukti dapat memerintah dan mentadbir Malaysia dengan maju dan makmur.

Hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum-kaum telah dididik oleh Raja dan pemimpin kita sejak beratus tahun dulu. Itu sebab negara kita aman makmur dan ditambah faktor cuaca dan geografi iklim yang tiada bencana alam ekstrem.

WZWH decode 'message from the clan : vote wisely GE 13

Selain Sultan Johor dan Sultan Pahang turut terlibat juga Sultan Terengganu. Ianya berkait juga dengan Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Kedah, YdPB Negeri Sembilan termasuk Sultan Kelantan.

Ini clan dari family Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (1637-1697)-Bendahara Johor, Pahang, Riau, Lingga termasuk Singapura @ Bendahara Padang Saujana Johor.

Inilah clan yang terbesar sekali dan berpengaruh di Tanah Melayu. Walaupun Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah memisahkan Riau Lingga dan Stanford Raffles mengambil Singapura dengan muslihat dan ugutan.

Sultan ditinggalkan di Riau Lingga, Bendahara di Pahang serta Temenggung di Johor. Family yang bermula nama Tun dan Wan serta berkait dengan Syed.

Tun dan Wan yang terpaksa struggle politik diangkat menjadi Maharaja dan akhirnya Sultan. Family dengan nama baru Tengku, Tunku, Ungku dan Engku bermula manakala Wan mantain.

Kebebasan dari Adat family yang ketat dilonggarkan memboleh family dibesarkan dan dikembangkan menghasilkan Megat dan Puteri serta nama-nama biasa tiada bertitle.

Juga ramai family yang sejak dulu telah lama membuang title nama atas banyak sebab tertentu.

Walau Sultan-Sultan above politic dan nuetral dalam politik. Walau clan family ini diseluruh pelusuk Malaysia bebas memilih politik yang disukai...

Nasihat WZWH....Message from the clan: Vote wisely PRU 13!

Bahayanya Pakatan Rakyat ini akhirnya akan memusnah institusi yang family clan Bendahara Tun Habib Abdul Majid pertahan selama ini.

Pakatan Rakyat yang membawa kononnya 'Kedaulatan Rakyat'.

Apa yang berlaku 70 tahun dulu tragedi massacre pembunuhan Sultan-Sultan di Sumatera Timur:

Sultan-Sultan Melayu di Sumatera Timur memang terkenal sangat kaya raya, lebih kaya dari Sultan-Sultan dari Tanah Melayu.

TRAGEDI MALAM 3 MARCH 1946

Akibat "Ketuanan Rakyat" dan laungan "Daulat Tuanku" diganti dengan "Daulat Rakyat" kerajaan-kerajaan ini runtuh. Kerabat-kerabatnya semua dibunuh dan rakyatnya juga dibunuh sehingga tiada ganti dan tinggalan walau sepuing kemegahan.

Pada malam itu juga 5 buah kerajaan Kesultanan Melayu di Sumatra dihapuskan :

- Kerajaan Langkat
- Kerajaan Kota Bahran
- Kerajaan Asahan
- Kerajaan Serdang
- Kerajaan Deli

Akibat dari fitnah, dan propaganda dari Parti Komunis yang melaungkan = "Daulat Rakyat" bagi menggantikan "Daulat Tuanku"....rakyat yang terpedaya memberontak.

Raja-Raja Melayu difitnah mereka suka menindas rakyat, memeras ugut harta rakyat, cukai dan sebagainya

PENGHAPUSAN ETNIK

Ini adalah antara rekod-rekod yang dinukilkan semasa pembunuhan dan penjarahan oleh kaum-kaum Batu Api di Istana-Istana Sultan Melayu di Sumatera :

Kerajaan Bilah

Sultan Bidar Alam Syah IV dibunuh dengan dipenggal kepalanya.. istannya dirompak dan dibakar

Kerajaan Panai

Kerajaan Mahmud Aman Gagar Alam Syah dibunuh satu keluarga.

Kerajaan Labuhan Batu

YDP Tengku Al Haji Muhammad Syah dan keluarganya dibunuh.

Kerajaan Serdang dan Kerajaan Deli

Sultan-Sultan dibunuh tapi istananya selamat kerana didiami pegawai pemerintah.

Kerajaan Langkat

Istananya dibakar dan dirompak, SEMUA kerabat sultan Langkat dibunuh dengan dibakar hidup-hidup termasuk Tengku Amir Hamzah

Lebih kejam...Puteri-Puteri Sultan Langkat dirogol dan di gangbang di hadapan Sultan Langkat sendiri sebelum dibunuh.

Kerajaan Asahan

Kesemua kerabat lelaki Tengku Musa dan anaknya dibunuh kejam. 140 orang yang memakai gelaran "Raja", "Tengku", "Wan" semuanya dibunuh. 

Kerabat-kerabat, pembesar-pembesar negeri dan rakyat-rakyat yang bersimpati semuanya dibawa ke Kem Tahanan untuk disiksa, dirogol dan dibunuh.

SEMUA KEKEJAMAN INI DILAKUKAN OLEH KAUM BATU API YANG MELAUNGKAN 'KETUANAN RAKYAT'

SEJARAH MUNGKIN BERULANG

Perkara ini berulang.. tengok je orang-orang yang melaung-laung "Ketuanan Rakyat" sekarang, yang didukung oleh keturunan Batu Api .... itu yang terjadi Sumatera 70 tahun dulu...

Orang-Orang Melayu Sumatera ditindas, dihina, hilang identiti, perasaan rendah diri yang ketara akhirnya malu mengaku Melayu dan hampir pupus budaya Melayu...

Ingat apa 'Arab Springs' buat kepada negara-negara Afrika Utara dan Timur Tengah yang dulunya stabil dan kuat sekarang sedang menuju kehancuran.

Adakah kerana clan famili Bendahara Tun Habib Abdul Majid ini yang dikatakan keturunan Ahlul-Bait boleh dikatakan selamat dari musibah dan tragedi?

WZWH cannot guarantee...What all of us vote wisely GE 13 could determine the survival and the future of our family clan!

That all...Message from the clan: Vote wisely PRU 13.

42 comments:

Anonymous said...

WZWH ni manusia hebat. Serba serbi dia boleh. Jadi orang politik sambil jadi cikgu pun boleh. Jadi blogger pun jadik. hatta jadi tok nujum, menterjemah pelbagai rahsia dan kod-kod sulit pun boleh.

Takde tolok banding. James Bond pun jatuh no 2. No 1 milek WZWH.

Rahsia terbaru yang dapat dirungkai oleh WZWH mengenai PRU 13 ni ialah "vote Wisely". Maknanya kalau nak bijaksana kena UNDI UMNO/BN.pandai...pandai.

Kalau undi selain UMNO/BN bodoh.

Selama 55 tahun, orang-orang melayu telah membuat pilihan yang bijaksana. Sebab itulah mengikut satistik,dari jumlah 18 juta orang melayu, 8 juta atau hampir 1/2 orang melayu mempunyai pendapat kurang dari RM 1,500 sebulan.

Anon 5:05

Anonymous said...

WZWH
Mesej yg dalam bahasa inggeris tu saya tak paham

" WZWH cannot guarantee.....What all of us vote wisely GE13 could determine the survival and the future of our family clan! That all.....Message from the clan: Vote wisely PRU 13 "

Boleh tak WZWH dikot ( agaknya decode lah tu )mesej diatas tu. Kalau susah nak dikot dlm BM boleh juga buat dlm BI. Kamus BM-BI dah ada ditangan saya.

Blurr

Kampong man said...

Salam Wan,

KM masih menganggap blog WZ sangat reasonable jika dibandingkan penulisan blogger kawan KM bro Sakmongkol dan bro Aspan.Mereka benar benar ANTI UMNO true and true.Pasal nak jaga hati kawan dan KM juga takut kena delete ada baik lupakan sahajalah blog mereka sekadar ucapan hari raya sahaja.Lepas PRU 13 bolehlah contribute memakmurkan blog mereka.

Yang specialnya Wan ni dia macam blog A Kadir Yasin juga.Write what he wants to write and be DAMMED.Jado Wan allows freeflow of opinion.Kalau telinga nipis tak payah jadi blogger.KM telinga tak nipis dan tak tebal.

Syabas Wan teruskan perjuangan kamu.Kalau di PWTC nanti jumpa Dato Rauf mintak no tel KM, kita boleh sembang .Dtk Rauf (Setiausha Kerja UMNO) tu orang kampong den kek Melaka .

@ KM suka baca sejarah diblog Wan.Macam mana ni betul ke Jerantut dan Temerkoh akan jatuh ketangan PAS? (mengikut kawan KM dari Pahang ) KM ragu itu saja.

Anonymous said...

Ya betul, GE 13 nanti WZWH sokong saja siapa-siapa yang bertanding di Jerantut, walau Dato Wan Amizan digugurkan.

Anonymous said...

Mudah salahkan umno ramai orang melayu miskin sebab umno.Kalau PAS memwrintah tak mungkin oranf melayu terus jadi kaya dapat RM3000.00 pulak sebulan.Salahkan diri masing .Kaum lain datang dari negeri Cina dan India bukannya bawak emas berbungkal tanpa tongkat dan terus kaya tau.Semua hendak free tanpa usha.Itu nsk fitnah rasuahlah tu.Poodah..

Anonymous said...

WZWH cannot guarantee...What all of us vote wisely GE 13 could determine the survival and the future of our family clan!

That all...Message from the clan: Vote wisely PRU 13.
Posted b

Revise that message WZWH is very poor :

Sudahkah hilang pertimbangan selama ini. Sudah banyak pelaburan khususnya di DUN Tahan, nak dikirakan dah berbillion dollar di bawa masuk dengan inisiatif tok Wakil Aok tu. Nape kurang kepercayaan dan keyakinan pulak kepada rakyat khususnya pengundi. Sebab itu Allah melarang memuji insan sesama sendiri. Allah mahukan kita mengagongkanNya dan memartabatkan Junjungan Besar SAW.. Wallahuallam Bisawob...

Kutukandewata said...

ANON5.05,

BERDIRILAH DI BUMI NYATA.JANGAN SALAH KAN UMNO KALAU MELAYU MISKIN.

CINA RAKYAT BIASA BOLEH DAPAT LEBIH RM3000 SEBULAN KERANA RAJIN DAN BIJAK BERNIAGA.

ORANG MELAYU KENAPA TAK SEPERTI CINA?

APAKAH UMNO YANG MENOLONG CINA DAN TIDAK MENOLONG MELAYU?

ANAK CINA (BUKAN SEMUA) BILA BELAJAR MEREKA BERSUNGGUH-SUNGGUH.ANAK MELAYU SUKA MAYIN-MAYIN.

ANAK MELAYU SELEPAS SPM BEREBUT-REBUT KURSUS DIPLOMA.

ANAK CINA SELEPAS SPM BEREBUT-REBUT MASUK TINGKATAN6.

ANAK MELAYU SELEPAS DAPAT DIPLOMA KEBANYAKANNYA MALAS SAMBUNG IJAZAH.

ANAK CINA SELEPAS STPM MASUK U AMBIL IJAZAH.

SO SIAPA YANG PASTI BERPENDAPATAN LEBIH.

KALAU MISKIN JANGAN SALAHKAN KERAJAAN.SALAHKAN DIRI SENDIRI KERANA KURANG BERUSAHA.

PAKATAN MEMERINTAH NANTI SEMUA ORANG MELAYU AKAN DAPAT RM 6000 SEBULAN KERANA MEREKA BIJAK-BIJAK BELAKA.BIJAK PUTAR BELIT.

Anonymous said...

Anon 5:42 PM,

Statistik yang saya kemukakan adalah statistik yang diperolehi dari sumber rasmi kerajaan. Kerajaan yang ada hari ini, sejak 55 tahun yang lalu di ketuai oleh UMNO.

Apakah sdra tidak mempercayai statistik dari kerajaan yang didokong oleh parti pujaan sdra?

Statistik diatas tidak ada kena mengena dengan PAs atau PKR atau DAP. jangan jadi bodoh sombong kita....siapa yang menjadi kerajaan sejak 55 tahun yang lalu? Siapakah yang mendabik dada memperjuangkan hak orang melayu dan Islam selama ini?

Kalau nak tahu terok ke tidak PAS dan rakan dalam Pakatan memerintah...kita kena bagi peluang kat depalah. Baru kita boleh ukur mereka ini cakap serupa bikin atau tidak?

Sementara itu, mahu tidak mahu kita kena terima kegagalan UMNO dalam memartabatkan orang melayu selama 55 tahun memegang tampuk kuasa. Ini hakikat.

Jadi kita jangan le jadi bodoh sombong....realiti dan kenyataan sebenar kita kena terima.

Anon 5:05

Kutukandewata said...

semakin hmpir pru 13,semakin banyak tuhan tunjukkan kelemahan pembangkang.
pembangkang hanya tahu bercakap dan berjanji kerana itulah pekerjaan yang paling senang.

cuba lihat aje penyokong pembangkang dalam blog ini.

mereka begitu petah berbicara.begitu bijak merungkai kelemahan lawan kerana lidah mmg tidak bertulang.

satu yang tak bijaknya mereka tak pandai berbicara tentang kelebihan dan jasa pihak lawan.

biasalah dalam setandan pisang tentu ada yang buruknya.

lihat pemimpin mereka pula.begitu bijak berkata-kata kerana tiada kerja lain untuk mereka.hanyalah berkata-kata.

jadi mudah untuk kita melihat siapa mereka ini.

unsur takbur ada pada mereka.hanya mereka yang benar.orang lain salah belaka.itu takbur namanya.mereka saja yang pandai,mereka saja yang betul.mereka saja bijak mentadbir,mereka saja nak menang dalam perang bicara di dalam blog ini.

jadi berikan saja pada mereka biar mereka bergembira sebelum berduka.

namun untuk menang pru 13 indah khabar dari rupa.silent majoriti penentu pemerintah negara.silent majoriti mahu kekalkan apa yang ada.mereka tidak ambil kisah dengan pembangkang punya cita-cita.

mereka hanya mahukan keadaan yang aman harmoni kekal sentiasa.yang kacau dan huru hara hanyalah ahli politik parti yang kebanyakannya gila bahasa.

situasi aman diciptakan pula situasi bercempera.ahli politik sahaja yang pening kepala macam anak mat lela gila.

silent majoriti berdekah ketawa melihat ahli politik jadi beruk kera termasuklah beruk kera yg sesat ke blog ini adanya.

siapa makan cili terasa pedasnya.maaf dan ampun banyak ku pinta.

Anonymous said...

kerayan weh aok ni wzwh.

Anonymous said...

Kutukan Dewata (KD),

Saya sokong dgn kenyataan anda ini... 'satu yang tak bijaknya mereka tak pandai berbicara tentang kelebihan dan jasa pihak lawan'.

Kapada anon2 sekelian sebenarnya kenyataan KD ini bukan hanya ditujukan kpd PR saja sebaliknya ditujukan juga kpd BN sendiri....Lihat saja peranan pembangkang (BN) dinegeri2 yg diperintah PR, siang malam mereka bukan setakat mencari isu tetapi mencipta isu2 baru bagaimana mahu menjatuhkan PR..

Mat Periba

Anonymous said...

Ada pendapat mengenai menyatakan kebenaran, tapi fakta kosong. Samalah dengan pendapat pihak pembangkang yang sentiasa mencipta isu2 yang membangkitkan semangat rakyat, hatta boleh menjadikan sentimen kaum. Fakta jelas langsung tidak kelihatan, tapi fakta itu sememangnya ada, tapi tolonglah tunjukan bukti nyata.

Anonymous said...

Kutukan dewata,

Itulah realiti yang ada hari ini setelah 55 tahun kita merdeka.

Kewujudan UMNO sejak ditubuhkan tahun 1946 adalah untuk memperjuangkan ketuanan Melayu dan Islam. selama 55 tahun UMNO menjadi tonggak kerajaan persekutuan.

Kerajaan Persekutuan bukan seperti persatuan muda mudi kat kampong. Kerajaan persekutuan mempunyai pelbagai resources untuk melaksanakan pelbagai dasar.Sebagai parti yang dominen dalam kerajaan selama 55 tahun,kerajaan mempunyai pelbagai cara bagi memajukan orang melayu.

yang menjadi kemusykilan ramai, 8 juta atau hampir separuh orang melayu mempunyai pendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan tetapi pemimpin-pemimpin UMNO sebahagian besarnya kaya raya.

Menteri-menteri dari UMNO semuanya kelihatan hidup begitu mewah berbanding dengan gaji rasmi mereka.

UMNo dipilih menjadi kerajaan persekutuan oleh majoriti orang melayu atas dasar perjuangan melayu. Jadi soalan yang kita orang melayu perlu tanya ( setelah membandingkan pendapatan 8 juta orang melayu yang saya sebutkan dengan pendapatan pemimpin-pemimpin UMNO termasuk menteri-menteri UMNO) BERJAYAKAH UMNO MEMARTABATKAN KEDUDUKAN ORANG MELAYU SETELAH 55 TAHUN DIBERI MANDAT TANPA PUTUS?

Meh kita tengok dari sudut lain pulak.

Pencapaian dasar DEB dari tahun 1970 - 1980 ialah lebih kurang 15%.
Ini zaman negara masih lagi tidak begitu maju. dasar-dasar yang dilaksanakan telah membawa lonjakan yang begitu baik kepada orang melayu - 15%! ( Pemimpin-pemimpin UMNO dan Menteri-menteri masa tu tidak kelihatan kaya raya seperti hari ini)

Pencapaian DEB dari tahun 1970 - 1990 adalah lebih kurang 18&, Bermakna dari tahun 1981- 1990 ( siapa PM masa tu?) hanyialah 3 % sahaja.

Angka terbaru pencapaian ekonomi orang melayu ialah 19%. Maknanya pencapaian dari 1991-2010 hanyalah 1%. Sebahagian besar pegangan ekonomi ini terletak ditangan GLC kerajaan bukan ditangan majoriti orang melayu. Sebab itulah hari ini, 8 kuta atau hampir separuh orang melayu berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan!

kita buat rumusan pencapaian ekonomi orang melayu:-

1970- 1980 15%
1981- 1990 3%
1991- 2010 1 %

Jadi soalan cepumas, mengapa apabila negara semakin maju pencapaian ekonomi orang melayu semakin menyusut dengan terok?
BERJAYA KAH ATAU GAGAL PERJUANGAN UMNO UNTUK MENDAULATKAN BANGSA MELAYU SETELAH DIBERI MANDAT SELAMA 55 TAHUN?

KD juga menyalahkan SIKAP orang melayu melalui contoh lulusan diploma dan membandingkan dengan sikap kaum cina. Satu perbandingan yang jelas dan menarik?

Realiti kerajaan persekutuan yang memerintah selama 55 tahun - kesemua PM adalah orang melayu dari UMNO,sebahagian besar jemaah menteri adalah orang melayu dari UMNO, parti dominan dalam kerajaan adalah UMNO!

Dengan kedudukan UMNO yang begitu kukuh dalam kerajaan selama 55 tahun dengan resources kerajaan yang begitu besar - UMNO GAGAL MENGUBAH SIKAP ORANG MELAYU MENJADI KOMPETITIF SEPERTI ORANG CINA SETELAH DIBERI MASA 55 TAHUN! SEBALIKNYA ORANG CINA SEMAKIN KEHADAPAN!

Yang menampakkan kemajuan yang menakjubkan hanyalah pemimpin-pemimpin UMNO sahaja.

BERJAYAKAH ATAU GAGALKAH UMNO YANG DIBERI MANDAT OLEH ORANG MELAYU SELAMA 55 TAHUN?

Ceritanya senang je - dasar parti UMNO memeperjuangkan dan memertabatkan bangsa melayu. Masa diberi sehingga kini adalah 55 TAHUN!....BUKAN 55 BULAN!

Anon 5:05

Kampong man said...

Salam semua,

Fakta fakta yang anon 5.05 itu betul dan jawapannya terlalu mudah dan telah banyak dibincangkan di berbagai bagai forum ekonomi Melayu dan kita tidak boleh salahkan parti politik baik UMNO,PAS atau PKR.

Masaalah asasnya adalah dari SIKAP orang Melayu itu sendiri.Pergilah baca dan cari berbagai kajian yang telah dibuat dalam masaalah DNA kita orang melayu ini.Ini perkara sensitif dan disini bukan forumnya yang boleh menyelesaikannya dan bukan tempat menuding jari.

Sekira kita beri peluang pada kerajaan PAS memerintah sekali pun masaalah ini tidak mungkin boleh tentu diperbaiki kerana kecenderungan PAS bukan kepada kekayaan dan kebendaan.Serban besar tidak boleh mengubah sikap orang melayu overnight pun.

Sebagai saorang ushawan sendiri KM tahu dimana sikap ini boleh diperbetulkan dan insyaallah akan disampaikan nanti.

Tahukah anda di Indonesia sahaja dengan penduduk kaum Cina yang hanyalah 3% sahaja kaum ini menguasai lebih dari 80% ekonomi Indonesia ?.Dimana silapnya ?.Rumpun ini mempunyai DNA yang sama dengan kita malah berugama islam kebanyakannya sama dengan kita.Parti UMNO tidak ada pun di indonesia.

Teruskan PHD (bukan ijazah) dan berpecah belah dan berpolitik sampai mati sesama kita sedangkan kaum lain sibuk BERNIAGA dan memberi segala tumpuan pada EDUCATION berhabis habisan.Huh..kalau tidak bergaya bukanlah Melayu !!.Kalau tidak kutuk mengutuk juga bukanlah Melayu !!!.

Kesimpulanya jangan salahkan parti politik.Malah pemimpin PAS saperti TGNA dan TGHA dan Mat Sabu tidak bijak mana pun dalam pengurusan EKONOMI dan mentadbir negara malah tidak berminat pun hendak menjadi PM .Jadi jangan hairanlah PAS langsong tidak diberi pilihan meneraju negara selama ini.Kenapa agaknya ya ?

Mengapa rata rata orang Melayu masih tidak memberi mandat pada PAS dan PKR dan masih mempercayai UMNO sampailah ke PRU 13 ? Walaupun dengan berbagai doa KO.. Ini kerja terdesak namanya.Hancurkan UMNO bermakna juga hancurkan ahlinya.Tak suka UMNO jangan undi mereka kerana banyak lagi yang suka dan sayangkan UMNO.

At the end of the day we are only worth one vote each.Buat kata Wan Zuri VOTE WISELY!! betul..betul..betul kata Upin dan Epin.Wallahwuallam.

@Maaf sekira terkasar bahasa.

Anonymous said...

Bro kampongman,

terima kasih atas respond sdra. Terima kasih kerana mendapati ada fakta-fakta saya yang silap dan simplistik.

Adalah membantu saya sekiranya sdra dapat membetulkan fakta-fakta terebut. Saya belajar kesilapan saya dan begitu juga orang lain.

Hujahan sdra tidak membahaskan secara langsung persoalan yang saya bangkitkan.

MENGAPA UMNO YANG MERUPAKAN SEBUAH PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ORANG MELAYU DAN MENJADI PARTI DOMINAN DALAM KERAJAAN SELAMA 55 TAHUN GAGAL DALAM MEMARTABATKAN ORANG MELAYU SEHINGGA HARI INI?

APAKAH MASIH LAGI RELEVAN ORANG MELAYU TERUS MEMBERI MANDAT KEPADA UMNO YANG TERNYATA GAGAL MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU?

REALITI YANG ADA, ORANG MELAYU TELAH DIGUNA SEBAGAI TEBUSAN UNTUK MENGKAYAKAN DIRI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO SAHAJA. CONTOH YANG BOLEH DI FAHAMI ADALAH DALAM ISU NFC MERUPAKAN CONTOH YANG MUDAH DIFAHAMI. KITA LIHAT PERUBAHAN APABILA ORANG MELAYU YANG DILANTIK MENJADI PEMIMPIN UMNO DISEKITAR KITA - MENJADI KAYA TIBA-TIBA SEDANGKAN ORANG MELAYU DISEKELILING MAJORITINYA DENGAN PENDAPATAN BULANAN KURANG DARI RM 1,500.

Anon 5:05

Anonymous said...

Untuk bergerak seiring dgn kaum Cina dlm sektor ekonomi, org Melayu perlu melangkah 3 langkah kehadapan berbanding kaum China. Tanpa bantuan atau dokongan kerajaan, org Melayu agak mustahir dapat melangkah sederas ini. Jadi orang Melayu perlukan bantuan sama seperti mereka yg baru berjinak2 dgn permainan Golf. Perlu bermula dgn handcap 24 semasa memulakan 'T off'..

Anon 5.05 mungkin boleh bersetuju dgn saya bahawa kerangka dasar Ekonomi serta instrumentasinya bukanlah menjadi penyebab utama kpd kegagalan BN melaksanakan missi ini...ini lebih kepada soal intergeriti, keadilan dan niat yg betul...

Sebenarnya UMNO lebih suka melahirkan jutawan UMNO yg segera. (Jika benar2 atas dasar MElayu, pastinya mereka tidak akan meminggirkan Kelantan). Ambil contoh ini... Ramai dikalangan orang Melayu yg mempunyai lesen kontrektor kelas A adalah terdiri drp oarng2 UMNO..Mereka ini diberi lesen bukan kerana merit atau mempunyai tahap profissionalsm yg tinggi dlm bidang yg diceburi tetapi lebih kepada sikap kronilism serta sebagai anugerah kepada sebuah 'kesetiaan'. Terbukti di Sarawak pada tahun2 2008/2009... ramai dikalangan MP telah dianugerahkan lesen kelas A bagi melaksanakan projek 'bidan tejun' (seperti membina sekolah tanpa murid) kerajaan bagi mempastikan MP ini tidak bertukar menjadi katak menyokong PR/Anwar. Kalau Kampun Man menganggap apa yg saya perkatakan ini fitnah, bolehlah anda bertanya kpd sahabat KM yg bertaraf Tan Seri di Taman Tun Dr Ismail...

Sebenarnya tiada jaminan pun jika PR memerintah, segala permasalahan mengenai Ekonomi org Melayu akan dapat diselesai. Namun bagitu, sekurang2nya budaya buruk yg membusuk hasil peninggalan UMNO ini dapat dibuang iaiatu melalui dasar 'KEADILAN' PR. Lebih drp itu, pimpinan PR melalui PAS yg dianggap 'cuma pandai berserban' oleh orang UMNO (termasuk KM) bagitu komited untuk merealisasikanya impian ini. Kita boleh menguji mereka sebagaimana UMNO menguji Pak Lah....

Anonymous said...

Anon 12:42PM ialah Mat Periba

Anonymous said...

Sudahlah Wan,kan UMNO dah memerintah melebihi setengah abad,standard tahap Melayu dah sampai tahap mana?Mahathir cakap Melayu merempat kat negara sendiri.Malaysia memang kaya,tetapi kekayaan semua disapu oleh siapa?Bukankah perompak2 ini Melayu?Jangan salahkan kaum lain,lihatlah sendiri siapa yang sapu bersih kekayaan negara ini kalau bukan UMNO siapa lagi.
Kalau tak pecaya,cuba buat selidikan siapa kah di belakang syarikat yand dapat kontrak berbilliun itu,mesti ada bekas pembesar,ahli2 keluaga UMNO atau menteri.Orang Melayu biasa macam kita macam mana?Sisa sisa tulang kontrak mungkinlah kita dapat,yang isi daging enak habis dibaham bersih?

Anonymous said...

Mat Periba,

saya paste kembali statistik yang saya nyatakan diatas.

"kita buat rumusan pencapaian ekonomi orang melayu:-

1970- 1980 15%
1981- 1990 3%
1991- 2010 1 % "

DEB adalah satu dasar yang baik dimana antaranya adalah untuk menysun semula masyarakat dengan lebih equitable.

Perlaksanaannya dalam 10 tahun pertama cukup memberangsangkan dimana pencapaian orang melayu lebih dari 10% ( i.e 15% kalau tak silap). Ini bermakna dasar-dasar DEB yang dijalankan oleh Kerajaan yang didominasi oleh UMNO berjaya sampai ke akar umbi orang melayu.

Dari jadual diatas, penguasaan di bidang orang melayu selepas Mahathir mengambil alih jawatan Presiden UMNO dan PM, pencapaiannya amat merosot sekali - bahkan boleh dikatakan gagal langsung.

Seiring dengan kemerosotan ini, kita melihat timbul satu fenomena berlaku dalam perlaksanaan DEB sehingga DEB di isytiharkan tamat tahun 1990 oleh mahathir.

Fenomena yang kita nampak, pengagihan pie ekonomi di bawah DEB mula bertompok dan tidak lagi turun kepada akar umbi orang melayu. Pie yang diperuntukkan kepada orang melayu melalui pelbagai dasar-dasar kerajaan menjadi milek ekslusif pemimpin-pemimpin dan segelintir orang melayu yang mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO sahaja.

Sebut apa sahaja peluang ekomoni, baik permit teksi, kontrak-kontrak kerajaan,dll, hatta baja subsidi pun - hanya diberi kepada pemimpin-pemimpin, melayu-melayu yang mempunyai hubungkait dengan UMNO sahaja.

Sedangkan, dari 7 orang melayu di negara ini, 1 orang sahaja ahli UMNO manakala 6 orang melayu lagi berada di luar UMNO.

Ini realiti yang dihadapi oleh majoriti orang melayu bukan ahli UMNO.

Kampongman boleh berhujah bahawa dia berjaya tanpa pertolongan UMNO. Inilah hujah yang diputar saban kali seperti piring hitam rosak untuk mempertahankan UMNO.

Tetapi berapa ramai orang melayu yang diberi dan mempunyai peluang seperti beliau! Di luar sana, masih ramai anak-anak melayu yang mempunyai pendidikan tinggi seperti kampongman sedang bergelut siang malam dalam keadaan tenat untuk berjaya dalam bidang perniagaan kerana tidak mempunyai hubungkait atau kabel besar dengan pemimpin UMNO?

Itu situasi yang dihadapi oleh anak melayu yang berpendidikan dan berwawasan, getir. Apalah harapannya bagi oarng melayu di kampong-kampong yang tidak mempunyai pendidikan seperti kampongman dan kabel-kabel besou seperti pemimpin UMNo disekeliling kita?

yet, kampongman dan beberapa pembahas sewaktu dengannya menyalahkan kepada SIKAP ORANG MELAYU!

statement ini sebenarnya satu penghinaan kepada kita orang melayu yang datang dari penyokong parti yang wujudnya hanya untuk menjaga kepentingan orang melayu - apabila kita bandingkan dengan pencapaian pemimpin-pemimpin mereka.

Allahyarham Dato Zakaria Mat Deros, bekas Adun Selat, Klang adalah bekas seorang penjaga gate KTM sebelum menjadi pemimpin UMNO Klang dan ADUN. Setelah menjadi pemimpin UMNO Klang dan ADUN, beliau menjadi kaya raya dan boleh membina rumah bernilai RM 5 juta, 8 years ago.

Apakah jika Dato Zakaria Mat Deros menjadi ahli biasa UMNO dan masih bekerja sebagai penjaga gate keretapai KTM ( situasi kebanyakan kita orang melayu), beliau mempunyai peluang menjadi kaya raya? Ini adalah contoh bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO disekeliling kita menjadi kaya raya hari ini.

Ini situasi majoriti yang dihadapi oleh majoriti orang melayu bukan dari kalangan pemimpin UMNO hari ini. Realitinya bukan masaalah sikap, tahap pendidikan yng menjadi syarat tetapi kedudukan seseorang dalam hiraki UMNO. Kalau sekadar gurkha peringkat cawangan aka ahli biasa sahaja, anda tidak ada bezanya dengan orang melayu lain yang bukan ahli UMNO - perit nak hidup di zaman serba serbi mahal sedangkan pendapatan sejemput je!

Anon 5:05

Mat lela said...

Kutukan Dewata membuat andaian yang salah mengenai bumiputra.Anda perlu mmbuat kajian yang tepat mengenai sosio ekonomi dan kehendak orang melayu sebelum menulis secara sembrono.Penulisan anda sudah mengambarkan anda seorang yang sembrono.Tulislah dengan fakta yang betul dan jangan menidakan golongan-golongan muda bumiputra.Anda sebenarnya dungu kerana hanya tinggal bawah tempurung sepertimana pengamatan saya dari hujah-hujah saudara.

Kampong man said...

Salam semua,

Nampaknya rakan rakan kita puak puak Pro Mahasiswa mula terdesak dan sangat tidak senang hati pada kami penyokong kerajaan (Pro Aspirasi) saperi Kampong man by hitting slightly below the belt kerana mereka terasa kurang berjaya meracuni hati pro gomen.

Ramai yang tidak sukakan segelintir orang kita Melayu menjadi kaya by quoting kes terpencil yang remeh saperti kes En Zakaria Mat Deros sedangkan mereka tidak pernah mengenali beliau dan En Zakaria Mat Derus dan kononnya En Zakaria sebagai gate keeper KTM tidak layak menjadi kaya.Pergilah ke Klang dan tanya mereka mereka dipersekitaran sana apa CONTRIBUTION Zakaria pada ramai orang di tempat beliau sana.Zakaria banyak berkorban pada penduduk dikawasan beliau.Secara coincidence En Zakaria adalah orang kampong jiran KM di Melaka di Pengkalan Balak dan satu daerah lagi, Alor Gajah. Kejayaan beliau adalah atas dasar usha beliau berkat pertolongan UMNO , itu benar.Beribu ribu kaum Cina yang kaya raya di Klang dan Kuala Lumpur ini tetapi ada kaum Cina lain kisah atau cemburu ?.Melayu masih tidak senang melihat melayu lain kaya ?.Tak baik begitu bro.Bukankah kita beroleh kejayaan dan peluang belajar hasil usha kerajaan memerintah dan tidak pernah pun dari kerajaan PR kerana mereka TIDAK pernah di beri peluang pun memerintah oleh rakyat majorii.

Mungkin di PRU 13 nanti PR diberi mandat.Sekira PR berjaya KM bolehlah tabik spring.Tetapi KM ragu PR boleh berjaya bersyarat:

1.Majoriti orang Melayu menyokong dengan tidak berbelah bagi hanya UMNO /BN yang boleh membela nasib orang Melayu khas nya dan rakyat Malaysia am nya. PR belum lagi bersedia untuk membentuk kerajaan.

2.Orang Melayu harus menolak DSAI outright dan PKR dikuburkan kerana PKR tidak demokratik dan DAP pula terlalu RACIS mengajak orang Cina membenci parti tunjang Melayu /Bumiputra UMNO dengan menolak MCA dan Gerakan.Biarkanlah kaum Cina ini membuat sat kejutan in favour of DAP. Sayang, PAS TIDAK akan dominan dalam PR, percayalah .Lihat di P.Pinang dan Perak sudahlah siapa yang menjadi puppet?.Kesian Nizar dipergunakan

Sekarang terbukti Anon 5.05 tidaklah anon yang neutral malah adalah saorang penyokong tegar PR (Dengar nya bekas ketua pemuda PAS Jerantut yang kalah dalam pilihan- orang politik lah jugak rupanya) dan ini biasa dan semua boleh menerima pilihan kita yang berbeza.Tak senang dengan kejayaan KM tanpa pertolongan politik tak apa yang penting tidak perlu burukan UMNO.Tonjolkan kekuatan PR .

Kepada semua ahli UMNO yang mengikuti Persidangan sebelum pilihanraya ini KM ucapkan selamat bersidang dan tentukan anda semua bersatu dan ingatlah kepentingan parti adalah lebih penting dari kepentingan individu dan pastikan Najib diberi mandat penuh .Salam .

Anonymous said...

Bro kamponman,

Saya mendapat maklumat mengenai pekerjaan Allahyarham dato Zakaria Mat Deros dari orang-orang di klang. saya mempunyai ramai sdara mara di sekitar Klang dan di kawasan rumah besar Arwah. So l know what lam talking about.

As always, Bro always missing a tree for the the forest. Selalu nak pusing cerita untuk mengurangkan kesan sebenar sebarang fakta.

Menuduh orang lain yang mempunyai pandangan tidak selari dengan UMNO sebagai penyokong pembangkang menjadi tabiat kampongman dimana-mana blog. Grow up Bro...apakah UMNo tidak suka orang melayu boleh berfikir kritis, menilai dan hanya perlu menganggok apa sahaja yang diungkap oleh UMNO walaupun fakta tak betul sama sekali? Apakah UMNO hanya mahu orang-orang melayu menjadi katak bawah tempurung,berfikiran beku, diharamkan berfikir selain dari apa yang UMNo mahu?

Apakah kampongman mahu rakyat kita menjadi seperti rakyat Korea utara? Di Korea utara hanya terdapat satu parti sahaja dan semua rakyat kena mendengar, memuja dan berfikir selari dengan dasar satu-satu parti yang dibenarkan di negara itu?

Kalau ini yang kampongman dan UMNO mahu, buatlah undang-undang mewajibkan kita ikut stail korea utara bila UBN menang PRU 13 nanti.


Mengenai lain-lain isu yang dibangkitkan kampongman diatas - saya tiada perkara baru yang perlu diulas. Ulasan saya mengenai DEB adalah bagi menjawab "spin" kampongman mengenai isu " dengki orang melayu lain kaya" yang diputar berulangkali sebelum ini seperti piring hitam buruk.

Anon 5:05






Anonymous said...

Bro kamponman,

Saya mendapat maklumat mengenai pekerjaan Allahyarham dato Zakaria Mat Deros dari orang-orang di klang. saya mempunyai ramai sdara mara di sekitar Klang dan di kawasan rumah besar Arwah. So l know what lam talking about.

As always, Bro always missing a tree for the the forest. Selalu nak pusing cerita untuk mengurangkan kesan sebenar sebarang fakta.

Menuduh orang lain yang mempunyai pandangan tidak selari dengan UMNO sebagai penyokong pembangkang menjadi tabiat kampongman dimana-mana blog. Grow up Bro...apakah UMNo tidak suka orang melayu boleh berfikir kritis, menilai dan hanya perlu menganggok apa sahaja yang diungkap oleh UMNO walaupun fakta tak betul sama sekali? Apakah UMNO hanya mahu orang-orang melayu menjadi katak bawah tempurung,berfikiran beku, diharamkan berfikir selain dari apa yang UMNo mahu?

Apakah kampongman mahu rakyat kita menjadi seperti rakyat Korea utara? Di Korea utara hanya terdapat satu parti sahaja dan semua rakyat kena mendengar, memuja dan berfikir selari dengan dasar satu-satu parti yang dibenarkan di negara itu?

Kalau ini yang kampongman dan UMNO mahu, buatlah undang-undang mewajibkan kita ikut stail korea utara bila UBN menang PRU 13 nanti.


Mengenai lain-lain isu yang dibangkitkan kampongman diatas - saya tiada perkara baru yang perlu diulas. Ulasan saya mengenai DEB adalah bagi menjawab "spin" kampongman mengenai isu " dengki orang melayu lain kaya" yang diputar berulangkali sebelum ini seperti piring hitam buruk.

Anon 5:05






Kampong man said...

Salam,

UMNO mahukan undang undang saperti Korea Utara dengan sistem satu parti ? Bukankah kita mengamalkan sistem Demokrasi berpaliman ?.Ini fikiran kritis.?.Orang Melayu UMNO tidak bodoh membawa Malaysia yang trrkenal di dunia sebagai negara contoh dimana semua bangsa ,kaum dan suku kaum dan ugama mempunyai tempat di bumi Malaysia ini berkongsi kuasa bagi kestabilan dan kemakmuran bersama melalui UMNO /BN.

Relaklah bro , kenapa spin mengambil Korea Utara sebagai contoh.Di negara little dot bawah sana parti PAP terpaksa BERLAKUN sebagai pembangkang bagi sebahagian usul yang dibangkitkan.Mslaysia is doing not bad in that respect.Jangan terikut ikut renysk DSAI fan DAP bro nsnti negara tergadai pulak.

Anyway, terima kasih nampak dah kurang gunkan lagi UMNO( baru) dan terus sahaja UMNO.Tak salah pergi contribute di blog bro Aspan mereka ghairah mengutuk apa juga UMNO.Cheers...

Anonymous said...

Biar Melayu UMNO merompak,makan rasuah,bunuh,rogol tak apa,,asal dia orang kita betul,Kampung Man?
Orang lain tidak boleh melainkan orang UMNO saja.

Anonymous said...

Misrepresentation of statistic represent ignorant.

Anon 505, " kita buat rumusan pencapaian ekonomi orang Melayu"

Travis, " Statistik apa yang Hang pakai ini dengan rumusan yang diberi ? Walaubagaimanapun statistik tidak mengambarkan sepenuhnya pencapaian Melayu berhubung dengan dasar DEB. Statistic tidak hanya diguna pakai atau menjadi alat ukur untuk menentu pencapaian kekayaan dan kesejahteraan masyarakat Melayu yang hendak ditongolkan. Yang dimaklumkan begini:
Saolah Menteri Umno ada 10 RM , Melayu ada 10 sen. Ironynya Menteri Umno ada banyak wang dan kaya raya, yang sebenarnya apa yang dihujahkan bahawa Menteri Umno ada lebih 9 ringgit 90 sen lebih dari saudara.

Tetapi kejayaan Melayu yang telah tercapai selama 55 tahun tidak boleh dinilaikan dengan wang ringgit. Sebagai satu contoh, sebelum Merdeka, Melayu hanya penolong pejabat dan kerani sahaja. Tetapi sekarang 95 peratus Melayu yang mentabirkan Negara telah menjayakan Negara ini. Tepuk dada tanya selera, hari ini saudara tidak boleh menulis dalam forum blog ini dengan bijaknya kalau tidak dengan dasar pertadbiran Barisan Nasional untuk mempersekolahkan saudara. Ini satu kejayaan DEB. Itu yang saya kemukakan dulu bahawa Gajah depan mata tidak nampak tetapi Budu nun disana nampak".

Anon 505 " yet, kampongman......menyalahkan kepada SIKAP ORANG MELAYU! statement ini sebenarnya satu penghinaan kepada kita orang melayu....."

Travis, " Memang benar apa yang diperkatakan oleh 'Kampong Man'. Tetapi itu bukan satu penghinaan.......satu keinsafan bertalikan nasihat untuk Melayu maju dalam kekayaan dan kerjaya yang berkekalan. Misalan, satu ketika dulu Negara digelar ' the New Economic Tiger of Asia. Pentabiran Barisan Nasional keluarkan ' pink slips' 30 per sen, harga berbillion ringgit, kepada syarikat Bumiputra atas DEB untuk keteguhan pegangan equiti Bumiputra. Siapa yang menjualkan dengan cepatnya? Sikap Melayu!! Jatuhnya equiti Bumiputra. Namun demikian, Syed Moktar berjaya atasi kepintaran berniaga. Saham yang ia perolehi dijual menjadi modal untuk perniagaanya berterusan. Ini satu kejayaan DEB dan sikap positif Melayu yang patut dicontohi".

Anon 505, "....perit nak hidup di zaman serba serbi mahal sedangkan pendapatan sejemput je! "

Travis, " Ini bukan keluhan saudara dan Melayu sahaja. Ini juga keluhan menimpa seluruh bangsa sedunia, the have-not. Yang penting kesungguhan dan usaha-usaha yang berterusan bagi Pentadbiran untuk menghadapi cabaran ini dengan dasar-dasar untuk membangunkan ekonomi dan kesejahteraan Melayu khasnya dan Negara amnya. Janganlah pulak kucing mati pun nak disalahkan Umno".

Anonymous said...

Kampongman,
I tidak spin pasal korea utara. Saya bertanya apakah sdra dan UMNo mahu orang melayu menerima sahaja apa yang UMNO kata bulat-bulat seperti pemerintah Korea utara. Ini yang berlaku i korea utara. Baca kembali argument saya diatas then komen – tak payah nak spin.
Btw, apa relevannya keadaan ekonomi Indonesia dengan situasi kita di malaysia yang sdra bangkitkan sebelum ini. Adakah ia bertujuan untuk menunjukkan pemerintah peribumi Indonesia bersongkol dengan pemodal-pemodal cina yang minoriti untuk membolot kekayaan Indonesia sebagaimana kita saksi di era Suharto?
Travis,
"Misrepresentation of statistic represent ignorant."
Kampongman juga membangkitkan perkara sama. Saya mengakui mungkin statistik saya mungkin tidak tepat dan meminta dibetulkan dengan statistik sebenar supaya kita semua tahu.
Sdra juga diminta berbuat demikian. Ayat sebaris sdra diatas tidak menjelaskan apa-apa dan tidak bermakna apa-apa.Hanya sekadar spin kosong je.
Jika statistik tidak boleh diguna untuk perbandingan dan tujuan maklumat - elok sdra beritahu Idris Jala, CEO PEMANDU statistik yang beliau gunakan untuk presentation tidak boleh dipakai dan tidak sesuai.Data-data di Malaysia banyak menggunakan statistik.
Statistik diguna di seluruh dunia untuk tujuan perbandingan dan penyampaian maklumat - tiba-tiba Travis kata tak boleh guna. Jadi eloklah Travis nyatakan apa cara baru agar dunia dapat menggunakan kaedah baru Travis.
wait...adakah cara baru itu dalam bentuk spin-spin penyokong-penyokong tegar UMNo seperti Travis?
Dari komen berjela-jela Travis diatas sebagai reaksi kepada komen saya, saya menjawab dengan merumuskan dalam satu sinopsis pendek yang merupakan intipati kepada persoalan yang saya timbulkan sebelum ini yang menjadi asas kepada komen Travis?

8 JUTA DARI 17 JUTA ORANG MELAYU BERPENDAPATAN KURANG DARI EM 1,500 SEBULAN WALAUPUN NEGARA TELAH 55 TAHUN MERDEKA.

UMNO DITUBUHKAN UNTUK MEMPERJUANGAN KEPENTINGAN ORANG MELAYU DAN UMNO JUGA MERUPAKAN PARTI DOMINAN DALAM KERAJAAN SELAMA 55 TAHUN. MAKNANYA KALAU TIDAK BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN ORANG MELAYU HABIS KEWUJUDAN UMNO UNTUK APA?

KERAJAAN BUKAN SEPERTI PERSATUAN BORIA YANG SERBA KEKURANGAN. KERAJAAN MEMPUNYAI KEUPAYAAN YANG BESAR MEMBENTUK DASAR-DASAR UNTUK MELAKSANAKAN SESUATU AGENDA PEMBANGUNAN TERMASUKLAH MEMBAWA ORANG MELAYU KEARUS PERDANA.

KITA BERCAKAP UMNO MENJADI PARTI DOMINAN KERAJAAN SELAMA 55 TAHUN...55 TAHUN...BUKAN 55 MINGGU!
SETELAH 55 TAHUN...MENGAPA HAMPIR SEPARUH ORANG MELAYU BERPENDAPATAN KURANG DARI RM 1,500 SEBULAN? 10 TAHUN PERTAMA DEB TELAH BERJAYA MEMBAWA LONJAKAN MENYELURUH KEPADA KEDUDUKAN ORANG MELAYU.

MENGAPA PASCA TAHUN 1980 KEMAJUAN YANG DICAPAI INI TERENCAT DENGAN DRASTIK, LEBIH MENUNJUKKAN KEPADA PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB. KERAJAAN SELEPAS MEREKA SEHINGGA TAHUN 1980 JUGA KERAJAAN YANG DIDOMINASI OLEH UMNO. BEGITU JUGA SELEPAS ITU HINGGA HARI INI?

Yang maju dan berjaya hanya segelintir kecil sahaja orang melayu. Apakah tidak ini kegagalan pemimpin melayu dalam kerajaan hari ini? Dulu boleh mengapa sekarang tak boleh?

Anon 5:05

Anonymous said...

Greetings! Very useful advice in this particular article!

It is the little changes that make the most significant changes.

Thanks for sharing!

my homepage ... comodescargar.com

Anonymous said...

My partner and I stumbled over here different web page and thought
I might check things out. I like what I see so now i am following
you. Look forward to looking over your web page yet again.


Review my web blog :: http://www.m-school14.ru/index.php?title=Участник:BetsyApod

Anonymous said...

Way cool! Some extremely valid points! I appreciate you penning this
post plus the rest of the site is very good.


Here is my web page; stretch mark creams

Anonymous said...

bookmarked!!, I love your site!

My blog - how to get rid of stretch marks

Anonymous said...

My programmer is trying to persuade me to move to .net from PHP.

I have always disliked the idea because of the expenses.
But he's tryiong none the less. I've been using
WordPress on several websites for about a year and am
concerned about switching to another platform.
I have heard good things about blogengine.net. Is there a way I can transfer all my wordpress content into it?

Any help would be really appreciated!

Stop by my blog post - ford ranger

Anonymous said...

Post writing is also a excitement, if you be familiar with
afterward you can write or else it is difficult to write.

My webpage: Ford Ranger Forum

Anonymous said...

There is definately a great deal to know about this issue.
I really like all the points you made.

Here is my site ... mederma stretch mark therapy

Anonymous said...

I think the admin of this website is actually working hard for his website, as here every material is quality
based stuff.

Here is my site: http://okandemir.com.tr

Anonymous said...

Hi, I do believe this is an excellent website. I stumbledupon
it ;) I'm going to come back once again since i have bookmarked it. Money and freedom is the greatest way to change, may you be rich and continue to guide others.

My web site - http://lafabbricadeglispot.it

Anonymous said...

Greate pieces. Keep writing such kind of info on your page.
Im really impressed by your blog.
Hey there, You've done a fantastic job. I'll definitely digg it and in my
view recommend to my friends. I'm confident they'll be benefited from
this website.

my blog; mederma stretch mark therapy reviews

Anonymous said...

Nice answers in return of this difficulty with solid arguments
and telling everything about that.

my homepage: brvng-web.troms.vgs.no

Anonymous said...

First off I would like to say great blog! I had a quick
question in which I'd like to ask if you don't mind. I was interested
to know how you center yourself and clear your head prior to writing.
I've had difficulty clearing my mind in getting my ideas out. I truly do enjoy writing but it just seems like the first 10 to 15 minutes are generally wasted just trying to figure out how to begin. Any suggestions or hints? Thanks!

My homepage: mederma stretch mark therapy reviews

Anonymous said...

Hi! I could have sworn I've visited this web site before but after going through some of the posts I realized it's new to me.

Regardless, I'm definitely happy I found it and I'll be bookmarking
it and checking back often!

Feel free to visit my page - ford ranger forum

Anonymous said...

Appreciate this post. Let me try it out.

Visit my web blog :: stretch mark creams

Anonymous said...

Hello, I enjoy reading all of your article. I like to write a little comment to support you.


Have a look at my homepage :: http://Thefatlossshangout.Blogspot.com/2013/05/fat-loss-factor-system-review.html

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024