DS Najib telah umumkan ada pelabur mahu melabur RM425 juta bagi projek kaviar Jerantut.
Ramai orang Jerantut dan Pahang tidak tahu ikan sturgeon ini ikan apa? Ramai yang beranggapan ikan ini hidup di lautan Rusia dan Iran.
Sebenarnya ikan sturgeon ini majoriti jenis spesisnya hidup di air tawar. Ada yang tinggal di laut dekat Iran dan Russia serta Amerika Utara.
Ikan ini ditangkap dan diternak untuk mendapatkan telurnya, kaviar, kerana ia memberi hasil pulangan yang besar. Telurnya boleh dijual pada harga US$5000 untuk sekilo dan permintaan caviar ini tinggi.
Apa dia ikan sturgeon ini? sila klik sini dan sila klik sini.
Bolehkah ikan sturgeon dibela di Jerantut dan tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar? Ini persoalan orang Jerantut dan Pahang mahu tahu.
Ikan sturgeon boleh diternak di Jerantut dan tidak membahayakan alam sekitar SEKIRANYA diternak di kawasan sistem yang enclosed dan terkawal.
Ini bukan WZWH pungkor, ini Jabatan Perikanan Malaysia cakap sila baca Risk Assessment for the Introduction of Sturgeon to Malaysia.
Projek kaviar Jerantut adalah projek printis bermodal besar. Jika berjaya Jerantut menjadi pengeluar kaviar sedunia maka akan terdapat permintaan projek ini di seluruh Malaysia.
Nanti ramai orang Pahang membela ikan sturgeon secara sangkar di Sungai Tembeling, Jelai dan Pahang.
Tapi AWAS jangan sampai ikan sturgeon ini terlepas ke sungai....
Projek sangkar ikan sturgeon di China.
Ini contoh kolam bela ikan sturgeon secara kecil-kecilan.
Sebab itu kita kena pastikan ikan tapah banyak membiak di sungai-sungai di Pahang ini. Ada saintis kata ikan sturgeon dan ikan arapaima gigantis cukup takut dengan ikan tapah Pahang sebab tengok giginya sahaja buat ikan sturgeon dan ikan arapaima memecut lari ketakutan...
13 comments:
begini gayanya parti yang nazak.merapu ikut dan.buat projek macam2.las2 habis tanah rakyat projek ntah ke mana.Kedah dulunya ternak udang di kerpan.habis tanah sawah rakyat.udang ntah ke mana.tup2 kerajaan kedah sekarang kena saman.nasib2.gitulah selagi umno memerintah.
Seronoknya bila dengar jerantut nak buat projek ikan tu.dekat pilihanraya ni mesti banyak projek lagi.kas nak undi BN lah.
Ha ha ha..
Good Job Che Wan..pasal aok dapat cari info pasal Kaviar (kah dah lama google dah)...tapi yang masih jadi teke-teki tu syarikat mana nak berpartner dengan orang Jerantet. Mungkin Che Wan dapat lebih Info dari Tok Jib..ha ha ha.
Biorler syarikat tu jenih yang betul nak buat business bukan syarikat Buluh kasap, ambik Duit lepas tu lesap ...ha ha ha..
Bagus ah, nampok gaya Ikan tu sedap buat
masok tempoyok.
Orang kampung boleh beri nama kat WZ
untuk dapat sangkar free .
Masing2 kena mula speaking rusia sebab
Nak kursus kat rusia 1 bulan.
Lain2 kena tanya WZ.
Kelayakan macam mana WZ. Kena ada degree
Ke?
Nak katakan pungkor idaklah jugek, tapi dekat2 nok kate pon bolihler jugek. Pasi ikan ni, sapa pulokloh nok jagek dan awasi ikan hok mahai tu. Ikan dalang sungai Temeling tu pon jab Perikan tok dapat nak jaga. Pacak sign board, di sini kawasn terkawal. Senanglah jika begitu. Macang kes2 jenayah jika buat macang tu, baguslah jugek. di sini kawasan jenayah dilarang buat jenayah. Masyarakat semua selamat.
Berbalik kepada ikan, jika urang taw ikan di Sungai Temeling tu, itulah hasil dato nenek moyang bagi makan anak cucu sampai sebelum dilarang mencari ikan di kawasan tertentu, tok abis2 pong. Yang pelik bin ajaibnya dalang sungai Tahan ada urang buat kajian ambil benih ikan jelawat dan kelah beribu2 ekor, sampai ini dah kaya raya tak apelah la pulok.
WZ tak yoh lah tulis politik lagi. Orang
Jerantut dah tahu putar belit. Ada
orang luar nak bantu WZ, tapi orang
Jerantut tak leh terima.
Buatlah cerita kembara dalam hutan
Tembeling, Lebih seronok nak baca.
Berapa harga patin muncung
sekarang. Kat mana peraih Ikan sungai
Sekarang?
Cerita semuanya.
Madu lebah, ubat jaga, gaharu hutan, daging
landak, burung punai Dan banyok lagi.
heran aku dengan pengomen2 dalam blog ini.sentiasa negatif dan berprasangka buruk dengan orang lain.nampak sangat betapa rendahnya IQ pembaca blog ini.
lagi satu dia orang ni mempunyai hati yang hitam legam!
Lagi satu orang luar nak bantu.
Cuba cerita yang hang tahu tentang IQ ?
Anon 1:45am
Memang betul kata kamu tu. Dia org sentiasa beprangsaka buruk dan negatif dengan org lain. Tengok sajelah projek2 kerajaan saperti ternak udang di Kerpan, PKFZ, Bakun, InventQJaya, Paya Indah Wetlands, lembu NFC, terminal gas di Pekan, AES.
Apalah kamu ni, berfikiran positif lah sikit, hati kamu ni hitam legam, rendah IQ lagi. Semua projek2 kerajaan menguntungkan rakyatlah. Kalau kamu tak percaya tandanya IQ kamu rendah.
Gomer Pyle
Salam Tuan-Tuan semua, kalau ada yang nak anak benih ikan Sturgeon boleh hubungi saya, Shah 013-3851190 dan pelbagai jenis anak benih ikan air tawar lain.
Anak Benih Ikan Exotic,
1. Kelah Merah
2. Kelah Emas
3. Kelah Biru
4. Kelah Bara
5. Empurau
6. Krai
7. Temoleh
8. Tenggalan
9. Ketutu
10.Patin Buah
11.Patin Tinggi
12.Jelawat Sungai.
Anak Benih Ikan Biasa,
1. Talapia Merah@Hitam@Monosex
2. Jelawat Biasa
3. Haruan
4. Sepat Siam
5. Puyu Siam@Puyu Emas
6. Patin Biasa@Patin Mas@Patin Diamond
7. Tonsan Kepala Besar@Tonsan Sisik Halus
8. Rohu
9. Lekoh
10. Baung biasa@Kuning@Hijau Diamond
11. Keli
8. Kap Rumput@Tonsan Sisik Kasar
Bro. Benih ikan Sturgeon jenih apa yg bro ada? Yg ada la ni kat Tg Malim...Dato Tan bawak masuk dari China,..Armour Sturgeon tapi bukan utk kaviar..cuma utk daging.
Syarikat yg akan melabur ke Jerantut adalah United Food Technologies AG yang akan bergabung dengan syarikat Bumiputra Malaysia serta salah satu GLC kita. Type lah UFTAG... mereka membina Recirculation technology pertama dunia di Fulda German 22 tahun lalu dan terakhir utk Bin Salem Group, Royal Caviar Companny LLC (32mton setahun). Logi pertama beroperasi tanpa sebarang serangan virus sampai sekarang mengeluarkan kaviar dan daging salai Sturgeon.. Kita dpt memberi gaji tinggi utk pekerja2 J'tut kerana pendapatan lumayan... Sampai bila Melayu dok dpt gaji ciput dan hanya pandai dok komen saja.. En Wan, kita tak boleh bela kat sangkar sebab spesis Acipenser Baerii (Siberian Sturgeon) ni ikan air sejuk...mati depa di Sg Pahang atau Tahan.. cuma dlm closed system.. Kita guna kaedah teknologi dan 'maintenance culture' terbaik dunia dengan harapan ia akan menjadi logi contoh utk Malaysia bagi pengeluaran ikan.. Insha Allah
Hahahaha. . Fgv nak bagi orang pahang jadi jutawan lagi.. hari tu bagi kat peneroka felda saham.. ramai dah jutawan.. terutama penggerusi dia dapat free je saham.. sambi menyelam minum air. . Peneroka kena beli.. dia dapat free... agaknya berapa pusat zakat dapat bila peneroka ni jual saham.. mesti berbilion kan sebab peneroka ada duit bertimbun2..
Ni nak bagi orang jerantut jadi jutawan lagi.. lepas ni ramai org jerantut tak dapat br1m.. skrg ni pon dah boleh goyang kaki.. duit br1m tak abis lagi cukup makan sampai bulan 12..
Semua ni macam cerita air yang nak jual kat selangor.. pahang dah terlebih sumber air sampai sesetengah tempat dapat air kadang2. .
Baik betul fgv ni nak tolong org jadi jutawan yea..
Satu lagi projek bodoh lagi merugikan. This is bullshit. First, nak buat ikan sturgeon sangkar tanpa tahu pasaran nye di malaysia, mcm bunuh diri, sama mcm nasib org buat bisnes lintah, please la, nak buat bisnes kena tahu demand and market. Second, kesan kepada lama sekitar, JabPerikanan buat risk assessment, tapi itu penilaian je, boleh ke mana 2 pengusaha maintain sebaik2 nya kolam or sangkar mereka. Boileh ke 100% pastikan xde sekor pon ikan sturgeon ni masuk dalam sungai? Takde kepastian...tapi kalau da masuk dalam seungai, baru nak terngadah nanti. Salam.
pada pendapat saya adalah tidak sesuai untuk kita menternak ikan sturgeon kerana ia bukanlah ikan yang berasal dari sini. Sistem ekologi akan terganggu. walaupun diternak dalam sangkar yang terkawal/tertutup satu hari nanti akan ada juga yang akan terlepas
Post a Comment