Allahyarham Haji Ramli bin Yunus selaku Yang Dipertua PIBG SK Pasir Raja, berdiri disebelah pegawai JPN Terengganu. Foto ihsan JPNT.
Tok Empat atau Ketua Kampung ialah pemimpin akar umbi. Pentingnya peranan Tok Empat ditagih oleh DO dan wakil rakyat tidak kira ADUN atau Ahli parlimen.
WZWH menulis posting ini didedikasikan kepada seorang Tok Empat yang paling tua di Terengganu mungkin di Malaysia. Tua juga bermaksud paling senior lama bertugas.
Pembaca blog WZWH terutama orang Pahang tertanya kenapa WZWH menulis obituari seorang Tok Empat dari Terengganu. Apa kena dengan WZWH.
WZWH menerima call dari sedara di Ulu Tembeling bahawa Haji Ramli bin Yunus 70 Tok Empat Kampung Pasir Raja Hulu Dungun Terengganu meninggal dunia hari ini.
Penduduk Ulu Tembeling ramai yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan penduduk Kampung Pasir Raja. Dulu kalau mahu bertandang hanya berjalan kaki sehari dua diantara dua kampung.
Sebelum ini WZWH ada buat beberapa posting berkenaan Projek Jalan Ulu Tembeling-Kampung Pasir Raja Terengganu.
Bagaimana WZWH membayangkan pertumbuhan pesat ekonomi akan berlaku merentas sempadan Pahang Terengganu:Ulu Tembeling-Dungun.
Memang minggu lepas dalam posting sila klik sini, WZWH mahu meletakkan sekeping foto Allahyarham Haji Ramli bin Yunus tetapi malangnya foto itu tiada dalam laptop WZWH mungkin terdelete.
Ini yang meralatkan WZWH. Walaupun begitu WZWH ada menyentuh allahyarham dalam posting sila klik sini.
Allahyarham Haji Ramli bin Yunus menjadi Tok Empat Kampung Pasir Raja Hulu Dungun Terengganu sejak dari 1969 hingga kini bererti 43 tahun berkhidmat.
WZWH pertama kali bertemu allahyarham yang lebih mesra dikenali Poksu Li sewaktu allahyarham mudik ke Bantal Ulu Tembeling pada 2011 bersama rombongan Pemuda UMNO Bahagian Dungun.
Sejak dari muda lagi Poksu Li kerap mudik ke Ulu Tembeling. Kadang-kadang berjalan kaki dari Kampung Pasir Raja ke Ulu Tembeling menemui sedaramara.
Poksu Li cukup kenal dengan arwah moyang dan tok WZWH. Sememangnya WZWH ada hubungan darah dengan Poksu Li.
Dari cerita-cerita orang tua, moyang WZWH yang bernama Wan Ismail bin Tun Salleh berasal dari Terengganu. Keluarganya besar bertaburan dari Kampung Pasir Raja dan sekitar, Kuala Jengai, Jerangau, Kuala Berang, Dungun hingga Kuala Terengganu.
Allahyarham Poksu Li berkhidmat dengan ramai MB Terengganu sebelum zaman Wan Mokthar hinggalah ke DS Ahmad Said.
WZWH masih ingat lagi Poksu Li menceritakan kepada WZWH dulu Wan Mokthar (semasa menjadi MB) sering menghubungi Poksu Li bila saja Wan Mokthar mahu melawat Kampung Pasir Raja, berkelah dan makan ikan sungai.
Poksu Li sering menyuruh WZWH melawat Kampung Pasir Raja. "Keluarga mu ramai disana..."
Perkhidmatan Allahyarham Poksu Li cemerlang menjaga Kampung Pasir Raja. Antara projek yang hebat ialah Projek ETP Ladang Herba Kampung Pasir Raja yang bernilai RM1 bilion dalam perancangan.
WZWH mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Ramli bin Yunus. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan ditempat orang yang mukmin.
WZWH berharap DS Ahmad Said MB Terengganu memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada Allahyarham Haji Yunus bin Ramli seorang Tok Empat yang paling lama berkhidmat di Terengganu dan mungkin Malaysia selama 43 tahun!
Sedikit info mengenai Kampung Pasir Raja sila klik sini.
4 comments:
Ini satu artikel yang sangat baik dari WZWH. Syabas WZWH. Orang Ulu Tembeling perlu mendalami tulisan ini bagi mendapat manafaatnya.
Bagus la, dengar cerita. Duduk jauh dikota, jarang dengar orang Tembeling meninggal Atau sakit walaupun hampir setiap minggu ada orang Tembeling meninggal dunia.Elok jika sentiasa ada lapuran semasa.
salam, saya rasa tuan amat sesuai menulis perkara2 sedemikian daripada tuan menulis hal2 politik. Bila tuan menulis hal2 politik saya dapati tuan tulis banyak pungkar daripada kapar. Maaf kalau pandangan saya sedikit tak senonoh. salam
YANG PUNGKAR ADALAH PENGOMEN2 YANG SEPARUH SEWEL MACAM ENGKAULAH.KIHKIHKIHKIHKIHKIH!
Post a Comment