Wednesday, November 28, 2012

Lese Majeste Blog Ameno World!


Ini baru PM Thailand mengadap Puteri Raja belum lagi tahap mengadap Queen dan King of Thailand!

Pihak berkuasa negara seperti Polis dan Jabatan Peguam Negara diminta mencontohi Thailand, mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak dan individu yang menghina institusi Raja.

WZWH berpendapat  tindakan tegas pihak berkuasa Thailand telah mengelak institusi Diraja negara Gajah Putih itu daripada dipersenda pihak tidak bertanggungjawab.

Pihak berkuasa negara perlu bertegas dengan pihak-pihak yang kerap mengeluarkan kenyataan mengutuk dan mempersenda institusi Diraja kita.

6 bulan lepas seorang editor laman berita Thailand didapati bersalah oleh mahkamah negara itu kerana kenyataan menghina Raja dan menghadapi hukuman penjara selama 20 tahun.

Sebelum ini, undang-undang antipenghinaan Raja di Thailand atau “lese majeste law” turut menghukum warga asing yang didapati bersalah menghina Raja Thailand.

Akhir ini blog Ameno World sebuah blog Pakatan Rakyat telah menulis 4 posting bermotif mala fide berniat jahat dan cuba memberi persepsi buruk dan negatif kepada Tuanku Sultan Pahang , Sultanah Pahang dan Tengku Temenggong.

Ini ekoran kenyataan Tuanku Sultan Pahang menegur Nurul Izzah berkait isu kebebasan beragama.

Dalam perkembangan terbaru di Thailand, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dalam kenyataannya pertengahan tahun ini memaklumkan beliau tidak akan memohon untuk merombak undang-undang berhubung isu menghina keluarga diraja berikutan kematian uncle sms, individu yang didapat bersalah dibawah undang-undang "lese-majeste" didalam penjara pada 08.05.2012. Mendiang yang berusia 61 tahun dijatuhkan hukuman hukuman penjara 20 tahun mulai November 2011 lepas.

Beliau memaklumkan "Saya menegaskan bahawa polisi kerajaan adalah muktamad. Saya telah memaklumkan kepada kumpulan yang mahukan undang-undang ini digubal semula bahawa misi utama kerajaan adalah untuk menyelesaikan isu berhubung masalah ekonomi Thailand.

Dibawah undang-undang ini sesiapa sahaja yang didapati menghina Raja, Permaisuri atau Putera Mahkota Thailand akan berhadapan dengan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap kesalahan.

18 comments:

Anonymous said...

Kalau raja menghina rakyat, macam mana.

Anonymous said...

Anon 9:45, Tiada Raja Melayu menghina rakyat. Raja payung dan simbol perpaduan rakyat. Berpisah Raja dengan Rakyat tiada. Raja kena menjaga rakyat.

Anonymous said...

Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah..

Sebagai ketua agama dan adat resam, harusnya raja kena tunjukkan teladan kepada rakyat..

Ini takde kena mengena langsung dengan tindakan Sultan Pahang tegur Izzah, ini kaitan dengan Agama dan Adat..

Anonymous said...

Isu penghinaan Sultan tak perlu dipanjangkan lagi...fullstop!

Isu yg lebih besar ialah bagaimana orang2 UMNO perlu menyelamatkan kapal mereka berjenama UMNO drp karam. Nampaknya team dokongan Mahathir mula begerak kehadapan bagi menggantikan kapten kapal yg dilihat terlalu lemah. (Lemahnya kapten ini amat jelas apabila kita dapat melihat betapa sebuknya beliau bekejar kehulu kehilir sehingga masalah terlalu kecil pun terpaksa diatasi sendiri)..

Isu pendedahan jutawan kapet Deepak 'menyumbangkan' sejumlah wang kpd kapten kapal bagi mendapatkan kontrak dan isu sedara rapat kpd kapten yg diwar2 bakal menggantikan tempat kapten selepas kapten bersara nanti menyalahgunakan kuasa sebagaimana dimaklumkan bekas KPN pun ada kaitan dgn proses penggantian kapten ini. Ini kerja siapa sebenarnya...Yg jelas ini kerja drp kumpulan pendokong Mahathir..Team ini mahukan Udin anak Yassin menjadi PM bagi membuka peluang Zahid dan Mukhris anak mahathir dpt mendaki kepuncak dgn mudah....

Tak percaya...anda pergilah ke perhimpunan Agung UMNO yg berlangsung di PWTC sekarang...suk sik suk sik sana sini....

Drp: Pendokong UMNO Lama

Anonymous said...

Nampaknya Thailand lebih menghormati raja-raja berbanding Malaysia...

Di Malaysia raja-raja pun di hilangkan hak2 keistimewaan oleh UMNO...
Sebelum di hilangkan hak keistimewaan raja..utusan malaysia berita hari2 menyiarkan propaganda memburukan institusi raja2...masa tu tak terdengarpun org2 UMNO kata 'over my dead body' pada mahathir....sehinggakan tanpa malu2 UMNO sanggup menggelarkan DYMM sebagai binatang kerana tidak bersetuju dengan Mat Said MB terengganu...
So UMNO tak payah la nak spin isu raja ni...

Anonymous said...

WZWH,

Apabila membicarakan soal menghormati Sultan dan raja kita, kita tidak boleh ambil sekerat-sekerat sahaja. Kita pilih yang kita rasa menguntungkan kita sahaja dan menyorot episode-episod yang menunjukkan sikap buruk kita menghina Sultan dan Raja kita.

jika kita hendak membicarakan isu ini atau nak putar belit soal menghormati Sultan dan raja kita, setakat merdeka, tindakan UMNO di zaman Mahathir menghina dan mengaib Sultan dan Raja kita dalam tahun 1983 dan awal 90an yang mengakibatkan immuniti Raja-Raja kita di tarik balik dalam kes-kes jenayah tertentu - masih segar dalam ingatan mereka yang hidup masa tu.

Sultan dan raja kita diaibkan setiap hari di halaman utama Utusan Malaysia, Berita harian terutamanya. Keratan-keratan akhbar yang melapurkan keaiban-keaiban yang ididedahkan oleh Utusan contohnya boleh dilihat dan tersimpan di dalam archive utusan malaysia.

Pemimpin utama yang memulakan serangan kepada institusi raja-Raja kita di dalam kedua-dua episod ini tidak lain dari pemimpin pujaan ramai, Dr Mahathir Mohamed. Boss bukak gelanggang, kemudian barulah balaci-balaci lain seperti Tajul Rosli mencanang keserata negara.

Kuli dalam satu ucapannya mengenai pindaan menghadkan immuniti raja-raja di dalam Parlimen menyebutkan ( lebih kurang bunyinya begini): " Jika pindaan ini diluluskan, maka safety net terakhir bagi orang melayu sudah tiada lagi". Apa makna ucapan Kuli ini?

Maknanya, jika diluluskan pindaan ini, martabat sultan dan raja kita sebagai payung, sebagai tempat terakhir untuk orang melayu mendapat pembelaan dari penindasan politik di negara ini sudah tiada.

Diterjemah kepada realiti kehidupan kita, ini bermakna jika kuasa politik pada suatu hari,dengan majoriti 2/3 dalam parlimen bercadang untuk meminda perkara 153 ( mengenai keistimewaan orang Melayu) atau memberi intrepetasi baru kepada perlaksaan Perkara 153 - orang melayu boleh meminta camportangan Majlis raja-Raja bagi mempertahan Perkara 153, tetapi selepas pindaan yang dibuat oleh UMNO diawal 90an dulu, Majlis raja-raja tidak berdaya untuk berbuat apa-apa.Ini adalah sebahagian dari maksud ucapan Kuli

Kelesuan Majlis raja-raja boleh kita lihat hari ini.

Siri kempen untuk mengaibkan Sultan dan Raja kita dalam tahun 1983 dan 90an yang dibuat oleh UMNO dengan menggunakan seluruh media kawalannya bertujuan untuk membentuk pendapat rakyat agar tiada penentangan rakyat kepada kedua pindaan perlembagaan tentang keistimewaan raja-raja Melayu.

Kempen memburuk dan mengaibkan Sultan dan Raja kita yang dijalankan setiap hari adalah untuk memastikan rakyat menyokong penuh kerajaan. dalam kes ini, bila rakyat sokong pindaan-pindaan tersebut, bermakna rakyat tidak menyokong Sultan dan raja lahkan? Logikya begitu lah.

Apakah kedua pindaan tersebut? Cari le sendiri dulu.

Anon 5:05


Anonymous said...

UMNO,ohh UMNO,nak fitnah pembangkang pulak,jadi habis modal ke?Tu lah maki hamun tu lah tabiat orang UMNO yang tidak pernah berubah.Mahathir? Cakap macam orang nyanyuk selective memory lapse kut?atau sengaja nak membodohkan Melayu.Dia tu bukan Melayu tak caya ?Siapakah itu Mahathir s/o Iskandar Kutty?

Anonymous said...

Anon-anon semua sekarang zaman DS Najib PM Orang Besar Berempat Pahang lagi setia dan taat serta fham adat beraja....itu Mamak Mahathir cerita dah...

Anonymous said...


Nasihat dari Mat Periba pasti kita terima baik dengan bertemankan kesucian minda, Wajarnya kita sambut dengan hati yang terbuka. Satu nasihat membawa kesedaran yang berteraskan keutamaan maruah Melayu bertanamkan nilai nilai kemuliaan patut diambil kira bersama. Sifat ini ialah warisan bangsa Melayu berpasak kepada amanat yang telah diturunkan oleh datuk moyang kita.

Dalam masa yang sama, kita mesti celik dan awas bahawa evolusi kedudukan keistimewaan Melayu dan Raja-Raja Melayu tidak sentiasa tenang dan dalam keadaan terancam bermulanya dari kesultanan Melaka terus didetik-detik sebelum Kebebasan Negara.

Lebih terancam lagi apabila wujudnya Perlembagaan Persekutuan yang mana kedudukan keistimewaan Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Raja-Raja berdaulat tertulis nyata. Dengan sebab Kedudukan keistimewa Melayu Dan Raja-Raja ini, minda Pelampau-Pelampau tidak disenangi, utamanya oleh minda Kominist yang mana 99 peratus penganas ini berbangsa bukan Melayu pada masa itu.

Jelmanya peristiwa nyata berkenaan minda tidak disenangi ini ialah apabila Malaysia diasak pula dengan desakan demi desakan PAP Singapura untuk Malaysia menerima agenda Malaysia Malaysian yang bernadakan perulalisma dan liberalisma. Ini bermakna bahawa kedudukan keistimewaan Melayu telah menempuh satu cabaran dan diancam lagi. Akhirnya membawa Singapura dibuang keluar dari persekutuan Malaysia.

Pada masa itu parti politik Singapura di Malaysia ialah PAP, wakil PAP di Malaysia ialah Lim kit Siang semasa Singapura dalam Malaysia. Hendak tidaknya, untuk meneruskan perjuangan agenda Malaysian Malaysia dengan matlamat dan nada yang sama, Lim Kit Seng terpaksa menubuhkan parti yang diberi nama DAP untuk terus memperjuangkan Malaysian Malaysia. Pokoknya dan yang tersirat ialah kedudukan Melayu termaktub dalam Perlembagaan tidak disenangi dan telah menjadi batu penghalang kepada tujuan perjuangannya DAP. Dengan adanya kedudukan keistimewaan Melayu Dan Raja-Raja akan menyebabkan kononnya taraf dan keadaan bangsanya tidak menentu. Dari itu yang tersirat dalam perjuangan DAP ialah untuk menghapuskan kedudukan keistimewaan Melayu adalah pasti, satu matlamat dan gerakan muktamat. Dengan pegangan kuasa Pemerintah saja yang akan menjadi Penentuan DAP.

Pegangan Negara berasaskan system berdemocrasi, minda Pelampau telah mengambil jalan halus menuju dan melalui kearah landasan kelemahan system Democrasi itu sendiri dan ambil kira kelemahan dari sikap Dan budaya Melayu.

Pelembagaan Negara ialah satu kertas bertulis sahaja. Ia berkehedakan nyawa dan roh untuk mempertahankan isi kandonganya. Adalah usha Pelampau untuk mereput nyawa dan roh yang sedia ada . Sikit demi sikit Pelampau-Pelampau ini cuba meremehkan isi kandongan Pelembagaan. Mereka hendak tahu adakah nyawa dan roh ini hidup lagi atau hampir pupus. Yang anih dan menjadi alat mereka ialah Pelampau Melayu yang telah memberi dan menjual naywa dan rohnya kepada mereka. Sebagai contoh dan satu kebenaran bahawa didapati Padri-Padri Kristin bersama pemimpin DAP memDOAkan supaya Kristin meneraju agar kelak Pedana Menteri bukan datangnya dari Kaum Melayu. DOA ini disambut pula dengan DOA dan Yang Amat Berhormat Tok Guru supaya Umno (orang Islam yang mendokong kedudukan Raja-Raja Melayu) dihancurkan dan diaminkan bersama oleh beribu pengikut pati Pas yang berugama Islam. Travis

Anonymous said...

Travis,

Satu usaha menghantu-hantukan orang melayu dengan tahyulan rekaan semata-mata. fakta kosong...bukti eleek.

Apa nak takut dengan DOA PAS? Orang UMNO tak ada hak nak berdoa kepada Allah mohon perlindungan dari Allah dari ancaman doa PAS?

Apa nak kecoh dalam isu doa ni? Doa PAS tak semestinya pasti di makbulkan oleh Allah. Doa UMNO tak semestinya Allah menolak mentah-mentah!....ke dah dapat rasa Allah akan menolak doa UMNO kalau berdoa pun....itu pasai dok gila meroyankecoh tak tentu hala pasai doa PAS?

Travis, Allah itu Maha Berkuasa, Dialah Segala-galaNya. Hang ingat dia tu macam pengundi kat pendalaman Sabah atau sarawak ke boleh ditipu...tidak tahu hang dok putar alam menjadikan doa PAS sebagai modal politik murahan sedangkan agaknya UMNO tidk mempunyai niatpun nak berdoa kepada Allah memohon perlindungan dari doa PAS itu?...Baghal punya orang....Dengan Allah pun dia nak main kongkalikong!

Isu lain tinggal dululah....ia ahanyalah hayalan dan hantu-hantu ciptaan Travis semata-mata.

Anon 5:05

Kampong man said...

Salam pembaca,

Nampaknya Anon 5.05 tidak memamahami penulisan Travis saya kira malah Anon 5,05 tidak memahami kenapa Dr Mahathir sebagai PM mewakili UMNO/BN terpaksa menggubal satu undang undang bertujuan lebih bagi memperkasakan institusi Raja ketika itu kerana terdapat segelintir raja raja telah "ABUSE" kekebalan mereka dan KM fikir elok tidak perlu KM panjangkan isu ini kerana ianya mendapat persetujuan Yang Di Pertuan Agong mewakili Raja Melayu ketika itu.Isshh...Anon 5.05 tidak faham the real issue kerana jelas beliau TIDAK neutral malah mewakili PR sebenarnya.

Anda mahu bercerita pasal fakta kita boleh berfakta.Orang Melayu tidak mengharapkan PAS menjunjungi Perlembagaan Negara mempertahankan bangsa,ugama Islam dan Raja kerana PAS TIDAK pernah relevan selama ini.

Mereka (PAS) terlalu LEMAH dan tidak bermakna baru mendapat 23 kerusi Parlimen di 2008 (Tertinggi dalam sejarah PAS ) sudah mula jadi riak .Sampainya hati Mahaguru Ayatollah Nik Aziz mendoakan KEHANCURAN UMNO yang sesama Islam yang bersahadah sama.Dalam isu DOA tidak baik ini KM sangat tidak setuju walau apa pun justifikasi yang di bentangkan kalian penyokong PR.

Nah teruskan bersatu dengan DAP dan PKR lahanat itu yang pasti Allah akan tunjukkan siapa yang lebih benar.Yang salah tetap salah ye Anon 5.05 ! Apa masih buta hati tidak melihat apa yang tersirat di hati DAP RACIS dan CHAUVANISTIK ini ? .Anda terlalu NAIVE untuk menghayati apa yang di maksudkan dengan apa yang Travis tulis dengan panjang lebar berkenaan PERLEMBAGAAN tanpa soul atau penghayatan yang cuba di robekkan DAP/PR bagi menjayakan idealisma Malaysian Malaysia dan dengan bertujuan akhirnya menjadikan Malaysia negara republik saperti Singapura.

Tidak hairanlah Lee Kuan YU terkinja kinja melawat P.Pinang meraikan kejayaan DAP menakluk P .Pinang yang berpuluh puluh tahun tidak pernah menjejaki Tanh Melayu ini !.Apa yang PAS boleh buat di P. Pinang ?.ELEK.....Di Selangor pun sama apa yang PAS boleh buat ELEK ..juga.Bukankah baik jawatan Hasan Ali yang di pecat PAS di ambil alih wakil DUN PAS juga saperti Erdogan/Anwarinas Khalid Samad umpamanya ?.Sayang ,MB Khalid dari PKR pula yang memegang jawatan itu.Di Kedah DAP kena kuda dan di P.Pinang ,Perak dan Selangor PAS diperkudakan pulak.Masnya akan tiba PAS akan meninggalkan PR kerana conflicting ideologi berterusan even now as you see it.PR bukanlah solution mewakili rakyat even untuk PRU 13.Ini banyak orang Melayu tahu .Buktikan pada KM PAS boleh dominan di Pahang dan Melaka negeri KM dulu dan berdoalah .Apa orang UMNO/BN ni kafir kah dan tidak bermohon yang terbaik dari Allah juga ?.Orang Melayu Islam tidak bodoh lagi bro memberi ruang pada satu pakatan RAPUH menentukan nasib negara.Apamasih yakin BN boleh kalah ?

Bila Anon sudah menggunakan perkataan 'baghal' dan beremosi just because anda pernah di maki travis dalam isu lain anda tidak neutral bro..

KM pernah terbaca penulisan Travis di blog blog lain yang beliau adalah saorang Political Scientis berkelulusn Masters yang sangat kuat MELAYU nya.Sorry bro i have to disagree with you this time and your examples trivial.Cheers.

Anonymous said...

Travis,

sdra mempunyai masaalah memahami isu.Akibat tidak boleh faham isu sdra melalut kesana kemari tanpa menyelesai isu sebelumnya, sdra putar belit dengan mencipta isu baru. Itu masalah sdra.

Isu pertama - yang dibangkitkan oleh WZWH ialah apa yang beliau sifatkan perbuatan blog pro-pakatan menghina sultan dan raja-raja melayu. Ini idu dia...faham betul-betul : ISUNYA PERBUATAN MENGHINA SULTAN DAN RAJA-RAJA MELAYU.

Selain saya, beberapa pembahas lain mengungkit perbuatan mengaib dan menghina Sultan dan Raja-raja melayu oleh UMNO semasa 2episod pindaan perlembagaan yang melibatkan keistimewaan dan kedudukan Sultan dan raja-Raja Melayu.

Cara bagaimana dibuat oleh UMNO sudah diulas serba sedikit oleh pembahas-pembahas selain saya. nak tahu lebih lengkap check keratan-keratan muka depan ahbar utusan malaysia, berita harian dan mungkin NST sikit-sikit yang keluar masa tu.

Sebab musabab mengapa pindaan itu dibuat adalah bukan isu yang menjadi tujuan artikel WZWH diatas. Sebabnya dalam menilai sesuatu sejarah,kita kena ingat, fakta-fakta ni bukan satu pihak sahaja yang betul. Kita kena lihat fakta pihak sebelah lagi untuk dibuat pendirian. Nak bincang sebab musabab memerlukan topik khusus dan kita kena juga lihat tindakan-tindakan kedua belah pihak dan kesannya sekarang dari pindaan-pindaan tersebut.

Kedua - mengenai fakta-fakta.

Ini masaalah sdra. tulis pakai imiginasi dan hayalan sahaja. Apabila diminta fakta - bukan memberi fakta-fakta atau sandaran-sandaran kepada isu tersebut, sdra melalut dengan mencipta isu baru yang tidak ada kaitan dengan tulisan yang diminta fakta.

Sdra patut memikirkan semasa menulis komen mengenai fakta, sandaran hujah bukan selepas merekasaya fantasi dan dipost untuk dibaca oleh pelayar blog!

Jadi, isu baru yang sdra cipta mengenai PAS itu, biarlah ahli-ahli PAS yang melayari blog ini menjawabnya. Saya bukan ahli PAS atau PKR.

Saya telah komen kepada posting kampongman tentang sikap streotyping penyokong-penyokong tegar UMNO seperti sdra dalam mengklasifikasikan orang melayu.

Mentaliti yang ada pada penyokong-penyokong tegar seperti sdra ialah seorang melayu itu samada penyokong UMNO atau pembangkang. 2 kelas ni je - ini pemikiran yang sempit dan cetek!...kerana realitinya tidak begitu. Izinkan saya beri sebab mengapa saya berkata begitu.

Jumlah keseluruhan orang melayu = 18 juta

orang melayu UMNO katakan = 3 juta

orang melayu PAS, katakan 1 juta

orang melayu dalam PKR katakan = 500,000 ( parti kecik, kecil le ahlinya)

JUMLAH BESAR ORANG MELAYU MENJADI AHLI PARTI2 POLITIK = 4.5 juta orang.Katakan 5.5 jutalah, kasi ramai skit.

Maknanya, sebahagian besar orang melayu di negara ini tidak berparti atau tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Jumlah mereka ialah 12.5 juta ( 18 juta - 5.5 juta).

Untuk berlaku adil, 12.5 juta ni termasuklah yang boleh mengundi dan tak boleh mengundi sebab bawah umur. Hak mereka sebagai orang melayu dibawah perlembagaan adalah sama dengan hak hak melayu yang menjadi ahli UMNO atau PAS atau PKR atau PBB.

Mana boleh mana-mana parti yang bergantung kepada undi orang melayu merasakan diri mereka lebih istimewa dan boleh memperkudakan 12.5 juta melayu yang tidak berparti ini.

So wake uplah kepada realiti. Saya adalah salah seorang yang tergolong dalam 12.5 juta ini.

Satu nasihat free buat Travis dan rakan-rakan sejenisnya - UMNO, PAS dan PKR bersaing hendak merebut undi dan sokongan dari kelompok ini. Kalau sdra masih dengan stail yang ada, kena ingat, sekarang tahun 2012, bukan tahun 60an-80an dimana fantasi, ugutan, putarbelit fakta,apatah lagi menipu hidup-hidup dah tidak berkesan untuk mempegaruhi mereka-mereka ini.

Anon 5:05

ps: btw, kalau diteliti ucapan Najib semasa merasmikan PAU 2012 pagi tadi, ia agak senada dengan apa yang saya katakan.

Anonymous said...

kampongman,

ru underestimating keupayaan l memahami komen Travis? Or ru having problem of understanding what l wrote and of everyone else whose opinion differs from your view about UMNO, as always?

I think Travis is manly and matured enough to defend himself here on what he wrote, without u stand-in for him.Btw, did Travis asked u to defend him? I dont think he needs ur help, unless u and travis are one.

Anon 5:05

ps: Artikel diatas mengenai seteotyping of malays is actually waiting 4 ur comment.

Ksmpong man said...

Lets hope travis come back and defend himself if he so desires.You be the judge if Travis is KM.Tak betul tu bro ..

@ Cannot get to sleep due to late dinner and watching those recorded PAU Mohydin and Najib speeched and the various analysis for UMNO/BN the final push before the PRU 13 predicted March.I think i know what tbe final outcome is godwillng.

Anonymous said...

It does not matter weather you are a political scientist or what not.If a political party like UMNO can't stand to be scrutized without interfering ,what does this shows?
The PAU 2012 going on now,I don't see any so call leaders giving inspirational speeches except bashing the opposition.Came on be frank to yourself,the longer BN in power the worst it becomes.If not for the rich natural resources,small hardworking,high savings citizens and majority "stupid misinformed people",I really can't imagine that.
Those states under the oppositions ,IMHO is doing very well,any accusations that throws to them are answered with documented proof
and explainations and professionally,if BN,they will intimidates,uses overkill methods to silence the accusers and throwing all sorts of red herrings and ended up NFA.Talam and Batu Caves issues is the best example.
What is wrong with PAS and DAP working togather,do they cause chaos?It seems to me they are the beacon of hope that everyone have a place call Malaysia,but UMNO is busy tearing the good inter race/religion relations apart.Sometimes I find UMNO slogans like mempertahankan Islam,hak dan kedaulatan is dumb.Who is challeging them?Do you see corrupt PAS and DAP politicians,if we do do you think the police MACC and all the the overkill agencies do their jobs extremely well,hey ,their boss can even naik pangkat, Well if proven case like NFC,PKFZ ,well it is just like a slap on the wraist. Wassalam

Anonymous said...

Its your choice bro anon 20.42.
Anyway it is not 'weather' but ' Whether '.I know you you know me.Since you chicken out not by being anonymous i follow your tune.Salam.

Anonymous said...

Well Anon 11:08 AM,thank you for the correction,please don't blame me, a Form 5 standard only maa.
Of cause its my choice,it is better to stay as "anon" so we can spar at any front.Since you know who am I,that's good.
By the way the PAU 2012 going on,are you inspired by the present crops of so call "leaders" ?Please tell me more on some inspiring speeches,to me it is a mere "lawak komidi",really enjoy everybit of it.

Anonymous said...

Ha ha ha..

Che Wan..off topic sKeetz..

We get RM10 water bill cut, KO ade Che Wan(Agak kasar, stail bebudak muda hari nih) ha ha ha.

That not the point, the pointnya..

Kalo' Kerajaan tak berapa kuat (cth: Hubungan PAS, PKR dan DAP) rakyat dapat banyak Faedah.

Cz semua Parti mahu tunjuk baik jadi macam Najib dengan pelbagai bantuan, BR1M, KR1M, TR1M,...

Tapi kalau Kerajaan Sangat Kuat jadi ler ST1M (Sapu Tanah Satu Malaysia) Ha ha ha.

Persepsi kata kalau UMNO lingkup, Perkara 153 akan terpinda...WAKE UP La Bro...Berapa ramai YB,YB yang Melayu Dalam Dewan Selepas PRU13?? They still more than 1/3 of Parliamentary seat to against the changing bill.

Except, this YB, YB bodoh tahap melantun, seperti Kerbau dicucuk hidung tunduk kepada pemegang Talinya sanggup mengadai Melayu dengan mengundi perubahan tersebut.

Sebab itulah, yang penting INTERGRITI CALON TERSEBUT PENTING, Bukan Parti,kita berada dalam sistem yang baik.

Kalau PARTI LEBIH PENTING..baik kita buat Pilihanraya macam INDONESIA..tak gitu Che Wan..ha ha ha.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024