Friday, November 2, 2012

Harapan Pelangi Kampung Gusai Ulu Tembeling



Mitos pelangi...orang tua-tua kata kononnya, apabila muncul pelangi di langit, ada puteri raja bunian turun mandi. Mereka melungsur turun ke kaki pelangi dan mandi di situ.

Kata orang tua-tua, tak boleh menuding jari ke arah pelangi takut nanti jari telunjuk kudung!

Juga kata orang tua-tua ada naga keluar mahu minum air...

Foto di atas ialah pemandangan pelangi di Kampung Gusai Ulu Tembeling. Itu Sungai Sepia salah satu anak sungai Sungai Tembeling.

Ada 5 kampung besar di Ulu Tembeling iaitu Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Bukit Mat Daling. 

Terdapat juga kampung-kampung kecil yang berhampiran dan banyak yang kurang berpenghuni malah ada yang ditinggalkan.

Kampung-kampung pedalaman Ulu Tembeling begitu cantik, permai, tenang, dengan panorama sungai, bukit dan hutan serta kehidupan cara kampung tradisional yang unik masih ada di Ulu Tembeling.

Tidak ada lagi kampung yang sebegini di Semananjung Malaysia. Sejak Malaysia merdeka 53 tahun dulu kehidupan tradisional penduduk Ulu Tembeling tidak ketara berubah cara hidup kehidupan tradisional.

Tiada kemudahan jalan raya moden menghubungkan kampung-kampung di Ulu Tembeling dengan bandar Jerantut.

Kawasan Lembah Ulu Tembeling di daerah Jerantut masih tercicir daripada arus pembangunan ekoran struktur geografinya terdiri daripada hutan rimba dan aliran sungai yang membantutkan usaha kerajaan melampias projek berskala besar ke kawasan itu.

Kawasan itu mempunyai alam semula jadi seperti gunung-ganang, flora, fauna dan aliran sungai yang belum tercemar. 

Lembah Tembeling juga mempunyai lima perkampungan tradisional yang kaya dengan aset budaya, kesenian dan sejarah orang Melayu Pahang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka antara nadi tarikan pelancong ke sini.

Manakala, tanah yang subur di sini berpotensi dimajukan untuk produk pertanian, manakala Sungai Tahan dan Sungai Tembeling menjadi laluan bot penambang serta hidupan akuakultur boleh menjadi sumber pendapatan dalam mengubah kehidupan penduduk.

Apakah yang membantutkan usaha pembangunan selama ini?

Penduduk Ulu Tembeling amat mengharapkan Kerajaan Persekutuan dapat melimpahkan banyak peruntukan untuk menaiktaraf kemudahan asas iaitu jalan raya, perumahan, pembangunan sektor pertanian dan projek lain.

Misalnya, jika Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan jalan raya dari Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke Kampung Mat Daling sejauh 150 kilometer, lambat laun pembangunan akan menjalar dengan lebih cepat untuk mengisi kebajikan penduduk di sini.

Pembangunan di sini agak lembap dan pelbagai cara perlu dilaksanakan untuk memajukan kawasan ini.

Projek jalan Ulu Tembeling fasa pertama dari Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke kampung Pagi yang sedang dalam pembinaan dijangka siap menjelang 2014. 

Dijangka lagi empat tahun baru siap fasa ke dua dan fasa ketiga terus ke Kampung Bukit Mat Daling iaitu pada 2018. 

Maka sekarang ini penduduk pedalaman ini hidup dalam kesusahan kerana tidak dapat menjual barangan dan hasil pertanian mereka dengan cepat kerana masalah pengangkutan yang hanya melalui perkhidmatan perahu bot panjang hilir mudik di sepanjang Sungai Tembeling.

Harapan Pelangi kampung-kampung Ulu Tembeling....mungkin puteri raja bunian dan naga terlalu memahami harapan penduduk Ulu Tembeling...

Jika DS Najib boleh menjanjikan berbilion-bilion pelaburan kepada Bangsamoro di kepulauan Mindanao, Basilan dan Sulu...

Maka WZWH kira amat sede (mudah) untuk DS Najib mahu membangunkan Bangsatembeling...tak banyak hanya sebilion aje...

Ditambah lagi sebilion untuk kembangkan pertumbuhan sempadan Ulu Tembeling-Terengganu maka Lembah Tembeling yang keluasannya merupakan 75% dari daerah Jerantut akan berkembang pesat menjadi satu 'negeri baru'!

4 comments:

Anonymous said...

Huhuhu...resume dah hantar ke MB...
Huhuhu...WZWH hempuk dompok dlm diam2...

Anonymous said...

Dah banyak kali dah pelangi timbul di sebelah ulu tu., Tahun ni timbul lagi.Timbul pulak dekat dengan PRU maka UMNO yg kuat dgn khurafat terus bermadah agar org ulu percaya kalau UMNO/BN menang lagi maka cerahlah masa depan org sebelah ulu.
Untungnya ada org tak cerdik kerana senang diperbodohkan.
Tapi org UMNO kena tau bhw org sekarang dah cerdik dah. cuma org UMNO ingat org masih bodoh mcm di_.(isi tempat kosong)

Anonymous said...

WZWH, pasal projek caviar tu, mengikut kajian saintis di Russia tahi ikan sturgeon lebih banyak khasiat berbanding dengan telurnya.

Awak tolong beritahu org Jantut bahawa bukan saje telur ikan sturgeon boleh dijual dgn harga yg mahal, tahi dia lagi power. Pahang pasti banyak untung punya. Kalau awak tak percaya, cuba awak rasa sendiri tahi ikan sturgeon.

Tok Bomoh

Anonymous said...

Bercerita pasal MITOS teringat saya bagaimana televisen Indonesia TRANS 7 selalu menayangkan siri " DUA DUNIA MITOS " (Cuba U-Tube ada banyak siri mitos ini ).

Dalam siri 'Dua dunia -Ninda' ada menceritakan bagaimana makhlok Jin dan syaitan cuba memesongkan akidah manusia dengan tipu helah shaitan mempercayai berbagai kejadian mistri saperti kepercayaan pada keramat keramat ,batu batu ,tangkal dll .Kita wajib memohon kepada Allah secara terus.Allah yang menentukan segalanya dan kita berikhtiar.

Agar kita mendapat pengajaran tidak mempercayai mistri dan mitos mainan shaitan.Wallahwualam.

@ Kampong Man

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024