Apa yang WZWH suka mudik Sungai Tembeling. Selain buat kerja politik, ini ialah masa WZWH boleh tenang menikmati keindahan alam dan berpeluang menemui sedaramara.
Tidak ramai anak-anak Ulu Tembeling selalu kerap balik mahu menjengok kampung halaman. Kesukaran perhubungan adalah masalah. Masalah ini akan diselesaikan bila Projek Jalan Ulu Tembeling siap nanti insyaalah.
Generasi baru seperti WZWH mahu menyelesaikan masalah dengan cepat. Kesukaran masalah perlu diatasi. Masa itu emas dan berharga.
Zaman orang tua-tua dulu lambat bergerak itu perkara lama. Sekarang guna teknologi baru untuk bergerak pantas. Jetski ambil masa 30 - 40 minit untuk sampai ke Kampung Bantal dari Kuala Tahan.
Destinasi pertama ke Kampung Gusai. Selepas Kampung Bantal perlu belok ke kiri melalui Kuala Sungai Sepia. Mudik Sungai Sepia adalah pengalaman yang indah. Sungai Sepia dan pemandangan keindahan alam membuatkan kita tenang.
Sungai Sepia adalah anak Sungai Tembeling merupakan antara sungai yang tercantik dan bersih di Malaysia.
Bila melalui Kampung Mogol ditepi Sungai Sepia membuatkan WZWH sayu teringat nostalgia lama. WZWH pertama kali menjejakkan kaki ke kampung Mogol pada 1974 ketika berumur 6 tahun. WZWH ikut arwah datuk berjalan kaki dari Kampung Bantal ke Kampung Gusai ketika itu berkempen untuk BN PRU 1974.
WZWH masih ingat dalam perjalanan singgah di Kampung Mogol untuk berehat di rumah arwah Aki Deris. Selepas makan, WZWH turun ke pasir bermain air.
Di Kampung Gusai menghadiri kenduri kahwin. Perhatikan jalan slek yang dibuat dari simen merentasi kampung untuk memudahkan perhubungan.
Sebab itu ramai penduduk Kampung Gusai guna motosikal dengan menggunakan jalan slek itu. Maka banyaklah rangkaian jalan slek di Kampung Gusai termasuk Kampung Bantal, Kampung Mat Daling, Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi.
Pengantin lelaki dan perempuan sedang menunggu tetamu. Hari ini hari yang bahagia. Sepasang mapelai yang membina kehidupan baru dengan harapan yang tinggi. Kesinambungan generasi yang perlu dipastikan masa depan yang gemilang.
Di setiap kenduri kahwin, WZWH suka ambil foto tukang masak kampung di sabak. Apa yang WZWH suka masakan keduri kampung yang dibuat secara gotong royong lebih sedap dari catering di bandar dan hotel.
ADUN Tahan antara tetamu VVIP kenduri orang Kampung Gusai. Selepas letih dan penat mengharungi Sungai Tembeling dan Sungai Sepia ini masa untuk makan makanan masakan orang kampung.
Lawatan kerja politik ke Ulu Tembeling ini adalah untuk memberi sumbangan tunai kepada golongan penduduk kampung yang memerlukan. Jika peneroka, isteri peneroka dan anak-anak peneroka dapat durian runtuh maka adalah wajar penduduk kampung tradisional mendapat sedikit sumbangan.
Tok Empat Kampung Mat Daling, En. Wan Maba menerima sumbangan bagi pihak penduduk Kampung Mat Daling.
Tok Empat Kampung Gusai, En. Ahmad menerima sumbangan bagi pihak penduduk Kampung Gusai.
Tok Empat Kampung Bantal, En. Abdul Manaf menerima sumbangan bagi pihak penduduk Kampung Bantal.
Tok Empat Kampung Kuala Sat, En. Rahim Manggi menerima sumbangan bagi pihak penduduk Kampung Kuala Sat. Bagi penduduk Kampung Pagi pula yang jauh di hilir diberi semasa menghilir Sungai Tembeling.
WZWH dan rombongan bergambar kenangan di pelamin yang cantik design di Kampung Gusai.
Pemandangan di jeti Kampung Gusai. Penduduk di beberapa kampung yang berdekatan mahu pulang dari kenduri kahwin.
Perhatikan bagaimana sebuah Hilux boleh berada di pasir Kampung Sepia. Ada jalan balak yang boleh digunakan kenderaan 4WD. WZWH berharap kegiatan pembiakan balak perlu diminimakan bagi keperluan pembangunan seperti ladang Felcra dan Yayasan Pahang.
Penebangan balak hanya semata-mata mahu kayu balak berdekatan kawasan tadahan air terutama di Ulu Tembeling perlu diharamkan oleh kerajaan Negeri Pahang dengan tegas.
Inilah kawanan kerbau spesis Kampung Gusai di Sungai Sepia. Kerbau Ulu Tembeling adalah kerbau yang paling kurang kolesterol dan lemak dalam dunia dan paling bersih. Jika kerbau-kerbau ditempat lain suka berkubang di paya berlumpur berlainan dengan kerbau-kerbau Ulu Tembeling suka mandi manda dan berenang di sungai.
Banyak kawasan padang dan halaman rumah mempunyai rumput yang diketam dengan halus bukan mengunakan tukang kebun dan mesin tapi oleh kerbau-kerbau Ulu Tembeling yang meragut rumput siang dan malam.
WZWH dan rombongan bersiap sedia menghilir Sungai Sepia menuju ke Kampung Bantal.
ADUN Tahan melepaskan geram mandi manda di jeti Kampung Bantal. Inilah tempat WZWH mandi terjun sungai mandi manda masa zaman kanak-kanak awal 1970an dulu.
Perhatikan muatan barang-barang keperluan seperti beras, tepung, gula, minyak masak dalam perahu yang dijual dengan harga subsidi. Ini semua atas keperihatinan kerajaan BN untuk meringankan beban penduduk Ulu Tembeling yang tinggal jauh di pedalaman dengan kesukaran perhubungan.
YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan sedang santai sambil minum kopi mendengar permasalahan dan cerita orang kampung.
Kalau mahu menjadi wakil rakyat DUN Tahan perlu memahami, menjiwai dan menyelami denyut nadi rakyat DUN Tahan.
Bertindak menyelesaikan permasalahan bukan saja untuk hari ini dan hari esok tapi untuk masa depan generasi akan datang.
6 comments:
KETENANGAN MUDIK HANYA TERCAPAI DENGAN MENAIKI BOT PANJANG. JET SKI TERLALU CEPAT DAN MEROSAKKAN EKO- SISTEM SUNGAI TEMBELING DAN HABITATNYA. SUDAH TENTU BANYAK IBU IKAN KEGUGURAN DAN ANAK IKAN MATI TERKEJUT
Matnye tumpuan demeh di Ulu aje... kome yang di hilir ni....Kg. Pulau mansok, Kg. Lada, Feri, Pedah bukan DUN Tahan ke... xpernah ada acara grand dan ramah mesra dengan masyarakat..... konon memahami denyut nadi Dun Tahan.....lu apa ceta wzwh. Lagi satu kenapa air sungai pahang keroh amat...sedang diulu molek jernih...????
bodoh mat deme nieee sokong ameno jeeee
Anon 10:38 PM ,
Kau ini pandai sangat ke? Apa salahnya Mat tu nak sokong Umno. Bukan kah orang Umno tu orang Melayu? Salah ke jeeee Mat tu nak sokong Umno jeeee? Kau ni misti berotak udang, tahi atas kepala!! Mungkin kau ini Mat Pancut dari belakang kot!!!
ANON 11.55 AM.,,
KAWASAN YANG KAU SEBUT TU,SEJAK PILIHAN RAYA DULU-DULU PUN TAK RAMAI UNDI BN.FERI AJE 85% UNDI PEMBANGKANG.PEDAH 82%,PULAU MANSUK 92%,PEDAH 78%.
PUAK NI MANUSIA YANG TAK TAHU BERSYUKUR TAPI MINTAK MACAM2 DENGAN ORANG YANG DIA BENCI.
TAK DAPAT TAHU PULAK MERUNGUT-RUNGUT.KALAU BERI TETAP KUTUK BN.
POOOORRRAAHHHHH.
Teringin aku nak merasa hidup dalam kedamaian kampung tradisional ni walaupun mungkin generasi dorang prefer duk bandar cari rezeki..kampung ni ada homestay ke WZWH?
Post a Comment