Wednesday, November 7, 2012

Ayah Pin, Abuya Al-Arqam dan 'Imam' Nurul Izzah : Tokoh Reformasi Islam?


Ayah Pin ialah pemimpin dan pengasas 'Kerajaan Langit'. Satu kultus, ada komuniti di Besut Terenggganu sebelum kerajaan BN menghapuskan pada 2005.

Ayah Pin dakwa ada hubungan terus dengan Tuhan dan dipercayai oleh pengikutnya penjelmaan semula Nabi Isa, Buddha, Shiva dan Nabi Muhammad.

Pengikut Kerajaan Langit percaya satu hari nanti Ayah Pin akan kembali sebagai Imam Mahdi.

Dunia mengutuk Pakatan Rakyat kerana gagal membuktikan prinsip kebebasan beragama di Malaysia dengan tidak mempertahankan Ayah Pin.

Dipercayai Kerajaan Langit @ Sky Kingdom boleh menjadi agama 1Malaysia menarik pengikut dari 28 juta rakyat Malaysia kalau dibenarkan kebebasan beragama!


Ashaari Mohammad @ Abuya Al-Arqam adalah pemimpin gerakan Islam yang diharamkan oleh kerajaan BN pada 1994 dan ditahan ISA.

Kumpulan Abuya berserban, berjubah hijau, dan kening mata hitam lebat. Dikatakan Abuya punya 'supernatural power' berhubung dengan Allah.

Ashaari ditahan selepas mengumumkan cita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ditakuti duit berbilion kepunyaan korporat Al-Arqam  boleh merasuah pemimpin UMNO!

Mungkin dunia juga mengutuk Pakatan Rakyat kalau ada pada 1994 kerana gagal mempertahankan kebebasan beragama!



Kini muncul 'Imam Nurul Izzah' yang berani memperjuangkan kebebasan beragama.

Mungkin ramai generasi muda yang sependapat dengan Nurul Izzah tetapi hanya beliau yang berani menyuarakan provokasi terhadap tradisi. Beberapa penjelasan darinya akan menyusul kelak berikutan dengan timbulnya kemarahan ramai.

Kenyataan Nurul Izzah boleh dianggap sebagai suatu kenyataan yang berani dan dibanggakan oleh orang Islam yang liberal sepertinya yang selama ini mendiamkan diri dan tentunya menaikkan popularitinya di kalangan bukan Islam dan juga pengundi-pengundinya.

Nurul Izzah walaupun berhijab tetapi telah mendedahkan dan menampilkan dirinya sebagai seorang wanita Islam yang mahu berjuang meruntuhkan tradisi beragama di negara ini. Sehingga ini belum ada seorang wanita Melayu Islam yang seberani dan senekad ini. Penampilan beraninya tentu akan mengalakkan lebih ramai wanita Islam mengikut jejaknya.

Jika Ayah Pin dan Al Arqam dianggap merbahaya, maka penampilan Nurul Izzah seorang pemimpin politik yang berpengaruh memperjuangkan pluralisme agama adalah lebih berkesan lagi, terutama kepada generasi muda Islam kerana dia telah mempunyai rangkaian perhubungan di kalangan mereka.

Pakatan perlu mempertahankan 'Imam Nurul Izzah' dalam memperjuangkan kebebasan beragama jika tidak dunia akan mengutuk Pakatan Rakyat!

10 comments:

Anonymous said...

WZWH,

jangan le kaitkan nama Ayah Pin. Nahas wan!

Tau tak Ayah Pin tu ahli UMNO Kula Besut di zaman kegelilangannya!!....hahahahaha

anon 5:05

Anonymous said...


'YANG PASTI'

Kalaulah BN menang 2/3 kerusi parlimen dalam PRU13 yg pasti isu agama, Melayu dan Raja2 entah kemana.

Jika UMNO kekal berkuasa, isu perpaduan dgn PAS dihumban kedalm jamban.

Katakan Najib masih menjadi PM, maka bermaharajalah korni2.

Adakah BN boleh menang lagi?
Orang Melayu dah mula cerdik kini. Tipu muslihat UMNO mudah dirasai. Kematangan politik anak bumi tidak mudah dijual beli.

Melihat kepada kubu kuat BN diSabah dan Sarawak yg sudah diroboh, BN nampak gayanga bolehlah berlabuh. Wang dan harta yg dikaut bolelah diangkut. Silap gaya menjadi penghuni tetap di Sg Buluh.

YANG PASTI UMNO sudah mula goyah kini. Menjadikan agama alat untk merahih sokongan kembali. YANG PATI semua strategi sudah tidak menjadi. Orang Melayu dan rakayat sudah mula mengerti...dapat membezakan diantara seniwara dgn realiti.


SELAMAT MENEMPUH KEKALAHAN WAHAI BN dan UMNO.

Anonymous said...

Dalam keadaan Nurul Izzah sedang mempertimbnagkan tindakan undang2 terhadap Utusan dan BH, aku pun akan cuba menghubungi beliau agar beliau dapat meneliti blog WZWH ini sama ada terdapat unsur2'FITNAH'.


Kalau ada unsur2 berkenaan, eloklah dipertimbangkan tindakan menyaman agar ia boleh dijadikan pengajaran kpd Wan Zurik agar jgn sesuka hati memfitnah orang demi kepentingan politiknya...

Anonymous said...

Anon 1.58,

Kini sudah 55 tahun UMNO menjadi parti tunggal orang Melayu bukan 5 tahun.UMNO tidak pernah di kalahkan oleh mana mana parti pun.Perjuangannya tetap sama lama dan baru dari semua aspek perlembagaannya dan rohnya.Cuma leadershipnya bertukar tangan bagi meneruskan perrjuangan.

Soalan saya masih ,Bagaimaa PR (DAP/PKR/PAS) boleh memenangi 112 Kerusi di PRU 13 ?.Peperangan cyber searang tidak lagidi 2008 dulu dimana BN underestimate the power of the cyber world.Tak mudah juga nak kapankan UMNO/BN kan ?.Bolehlah mencuba tak salah pun.TK.

Anonymous said...

Memang susah nak kalahkan BN,Mat Bangla,Mat Indon,Mat Nepal and Mat Myanmar dah masuk dalam list pengundi standby. Tak apalah selepas PRU nanti bila BN menang ,Melayu akan dapat ramai saudara2 baru dan akan kongsi keistiwewaan bumiputra macam kat Sabah sekarang.
Adakah BN sangup mengadaikan negara demi mendapat undi?Misal nya project M. Kalau begitu patut kah kita label UMNO pengkhianat negara?Idola Kg man dah mengaku,bukan cakap saya,tak caya tanya Mahathir
Bagi penduduk Malaysia selain dari Melayu,bila dengar nama UMNO saja,mesti berkait dengan korupsi,politic wang dll,tak ada yang baik,kebanyakan negative saja,tak caya tanya Mahathir sekali lagi.
Kalaulah ,saya cakap kalaulah jangan salah faham,Indonesia bergolak dengan Malaysia,sudah pasti Malaysia kalah,tak kan Mat Indon yang berjuta kat Malaysia akan mempertahankan Malaysia.

Kutukandewata said...

tunggu aje pru 13.pembangkang sejak dulu lagi apabila menjelang pilihan raya mereka akan canangkan ke seluruh malaysia yang mereka akan menjatuhkan kerajaan barisan nasional.tengok pada gayanya mereka memang akan menang besar.selesai aje pilihanraya tak menang juga.kalah banyak lagi ada.orang cakap besar macam penyokong pembangkang biasanya hanya nak menyedapkan hati.Allah maha adil.tak kan orang yang rosak teruk akhlaknya DIA nak angkat jadi perdana menteri.

Kampong man said...

Maaf ,Anon3:14 adalah saya Kampong man.

Pada pandanagan saya pilihanraya di negara kita boleh disifatkan amat telus.Tidak hairan pembangkang memenangi Kedah,Selangor dan Pulau Pinang dan pasti juga Kelantan kubu kuat PAS.Kita boleh membuat berbagai alasan atas kekalahan dengan ujudnya pengundi hantu dan bermacam lagi.Sekira ini berlaku sudah pasti petugas SPR dan kedua belah pihak pemerhati gagal menjalankan tugas dengan baik dan harus di CABAR kesahihannya.Sekira ada bukti betul sudah pasti ia di anggap null and void.Ada bukti ? atau hanya sour grape ?.Tidak perlu retorik ,lets be REAL.

Kemennagan di 2008 menguasai tiga negeri baru adalah petanda baik bahawa kita perlukan pembangkang yang kuat satelah BN berkuasa 55 tahun.Bn tetap menjadi kerajaan cuma tidak mendapat 2/3 majoriti,di 2008.

Rakayt majoriti telah melihat kepincangan Pakatan Rakyat yang penuh dengan berbagai KONTROVERSI baik dalam parti itu sendiri dan juga dalam pakatan yang amat berbeza ideologi masing masing.Anda mahu memilih CHAOTIC Management pilihlah PR dan terusanlah dengan demonstrasi jalana berterusan.Bersihlah apa yang perlu di bersihkan.BN offers peace and tranquality.Change it if you may.Its your choice and mind as well.

Benar Kampong man peminat Tun Dr Mahathir dan saya tidak punyai masaalah dengan nya dan ramai yang kagum dngan apa yang telah lakukan bagi Malaysia.Tidak hairan beliau dikagumi dan di anggap satu pemimpin DUNIA yang berjasa pada negaranya dan juga dunia terutama dunia ketiga dan dunia Islam.Tidak hairanlah beliau mendapat penghormatanPBB (UN) dengan memenangi Hadiah Kehormat bagi NEGARAWAN baru baru ini.Bandingkan sumbangan beliau dengan sapa siapa juga yang mediocre saperti LKS,TGNA,DSAI yang haya JAGUH KAMPONG.Tidak hairanlah beliau diberi mandat memerintah selama 22 tahun,ingat 22 tahun !! oleh RAKYAT MAJORITI.Beliau meninggalkan Satu LEGACY yang tidak mudah ditandingi dari segi LEADERSHIP QUALITY ,VISION dan WISDOM.Sorry bro,anda tidak setuju saya boleh hormati.Saya doakan Allah memberikannya kesihatan yang baik dan umur yang panjang bagi melihat kemenangan BN di PRU 13 bagi meneruskan kesinambungan UMNO/BN parti tunjang orang Melayu selama ini.

Kampong man sangat yakin akan kemenangan BN di PRU13 daripada analisa dan fakta fakta terkini dari berbagai2 Transformasi Najib untuk rakyat.

Sorry PR you are just not good enough to rule this nation.The current BN concern is to secure back the 2/3 majority not about loosing Putrajaya in the coming election.It will be a fierce election but winnble.So you decide in March OK.All this PR fears about pengundi hantu are not necessary as we have a fool proof system of Election.Apa masih takut dengan kekalahan lagi ?.Yang PASTI BN akan terus memerintah .Lihat di Pahang sahaja memadai.Bawalah TGHA ke Pekan atau mana mana di Pahang dan kita semua tahu siapa yang rakyat majoriti akan pilih.Salam and Cheers,

Anonymous said...


Isu nurul izzah ni satu perkembangan yang menarik dalam perkembanghan politik semasa malaysia.
Ingat,Malaysia tidak saperti Amerika dimana politik mereka membicarakan dasar siapa dan kepemimpinan siapa yang lebih baik dan populis.
Politik kita terlalu plural tentang persoalan dasar dan kepercayaan manusia itu sendiri.
Allah Maha Agong lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk negara ini.
Selamat memilih, semoga anak muda M elayu mendapat hidayat.

Anonymous said...

Salam semua anon2 , kampung man , kutukan dewata dan pemilik blog . Wzwh tolong la hentikan berunsukan politik ini yg boleh membawa kepada dosa2 besar . Oak kan seorang pendidik , berilmu lg terkenal dan tau dosa fitnah tu dosa apa , dosa mengumpat tu dosa apa , dosa menyakiti hati org lain tu apa tp yg koi tau NERAKA lah tempat nya . Sembahyang dan amalan kita tu penting . Ingat kita berpolitik ni kena pandang kiri dan kanan juga , dan pikir andai kata PR menang dimana tempat kita . ALLAH tu maha adil dan andai kata doa2 pembangkang dimakbul kan . pepatah org putih berbunyi gini U GET BACK WHAT U GIVE . Berdiam diri lebih baik dari bercakap ..

Anonymous said...

A lawyer who posed the question on religious freedom to PKR vice-president Nurul Izzah Anwar during a forum last Saturday is disappointed with the politician’s 180 degree turn.
Siti Kasim, a member of the Bar Council human rights committee, said she was disappointed that Nurul had “retracted” her remark.
“I believe Nurul was just trying to impress the people, she didn’t think of the consequences,” she told FMT.
Siti said Nurul should have stood firm on her remark that freedom of religion was a right for all including the Malay-Muslim.
“There’s nothing wrong about it, she is saying the truth. I expected a hoo-ha after that. But as a politician, you just need to stick to the truth,” she added.
She wondered if Nurul was merely adjusting herself to the largely non-Muslim audience on that day and making a political remark.
At the forum titled “Islamic state: Which vision? Whose responsibility?”, Siti asked Nurul whether freedom of religion should be extended to the Malays since the PKR leader talked about the issue in her speech.
Siti said while Nurul did not mention about apostasy in her response, the latter however was a clear supporter of freedom of religion for the Malays.
“In the following days she ‘retracted’ her remark, and said she did not support apostasy. But indirectly when you say you support freedom of religion, and if Malay wants to get out from Islam, that’s apostasy,” she pointed out.
The Orang Asli rights advocate said she once posed the same question to Nurul’s father, Opposition Leader Anwar Ibrahim, but failed to get a direct response.
“He was going around the bush and didn’t answer directly. We want politicians to be straight forward,” she said.
Meanwhile, Siti said it was high time for the issue to be debated as the Federal Constitution did not exclude the Malays from their right to freedom of religion.
She said the individuals who criticised Nurul were the conservatives who insisted that their version of religion was the correct one.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024