Anwar Ibrahim pemimpin idola Suhaimi Said.
Suhaimi Said, politikus berpengalaman Pahang, lawyer-Ketua Cabang PKR Kuala Krau meletak semua jawatan.
"Saya merasakan saya sudah menjadi orang yang sudah tidak bertempat di PKR Pahang. Oleh itu saya membuat keputusan untuk meninggalkan semua jawatan saya didalam parti diantaranya Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Naib Pengerusi 1 PKR negeri Pahang, Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat dan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat"
Sila baca blog Suhaimi Said sila klik sini.
Ini masalah dalaman PKR. Soalnya samada Suhaimi Said merajuk kerana usaha kerja kuat politik beliau tidak dihargai oleh PKR Pahang atau ada sebab lain.
Kesan Suhaima Said mengundur diri dari kepimpinan PKR Pahang boleh buat undi orang asli lari. Beliau juga aktif politik di Felda-Felda.
Soal samada Suhaimi Said tidak aktif lagi dalam PKR atau bertukar parti itu masih terlalu awal.
Sebelum ini Suhaimi Said begitu teruja 'excited' bila Anwar Ibrahim turun berkempen ke Kuala Krau baru-baru ini. Beliau mahu bawa Anwar Ibrahim melawat perkampungan Orang Asli Kuala Krau tapi sebaliknya tidak diendah oleh PKR Pahang.
Suhaimi Said jenis ahli politik yang mudah bila ramai tidak mahu bekerjasama atau memperlekeh usaha beliau...pasti beliau akan membuat keputusan letak jawatan!
Jika benar Suhaimi Said akan mengota janji beliau mahu meletak jawatan maka PKR Pahang akan kehilangan seorang aktivis politik yang komited dan bersungguh.
Ini satu cabang PKR yang kita tahu di Pahang. Belum di tempat-tempat lain. WZWH kira pun situasi mungkin sama.
Adalah agak aneh bila pemimpin-pemimpin yang cerdik seperti Suhaimi Said, Sakmongkol AK47, dll tidak mahu bekerjasama dengan kepimpinan anak negeri seperti DS Najib yang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Mereka adalah ahli politik-politik Pahang yang lebih memandang kepimpinan politik orang luar.
6 comments:
Kalau betul lah WZWH.... dicadang ambil Hj. Suhaimi bawa masuk UMNO orang macam ni jangan dibiarkan.... RUGI weh....
Ini kata wan..."Adalah agak aneh, pemimpin2 cerdik seperti Suhaimi Said dan Sakmongkol47 tidak mahu bekerjasama dgn DS Najib".
Saya setuju...mengapalah bodoh sangat mereka2 ini. Rugilah..dgn meninggalkan DS Najib bermakna habislah peluang utk mengaut segala hazanah negeri selain tiada can lagi nak dapat anugerah Dato' atau Tan Seri...rugi2. Yg cerdik tentu sekali Wan Zurik...tahun depan confirm bergelar Datuk Wan Zurik...
Hei Wan, nak memajukan Negeri Pahang tidak semestinya berkiblat dgn UMNO atau wajib berada dibawah ketiak Najib. Sebenarnya selain Datuk Arif dan Suhaimai Said, masih ramai lagi anak2 Phg yg cerdik dan berkalibar yg tidak menyertai UMNO yg boleh diketengahkan...
Anon 7:19,
Begitu sempit pandangan anda.Apa semua orang UMNO pengaut hazanah negeri ?.Orang baik saperti Sakmongkol ini pemelihara harta negeri ?.Tolong beri nama nama orang negeri kita yang boleh diketengahkan dalam politik.
Apabila orang kuat PKR keluat parti mesti ada yang tak kena.Terpulanglah pada Shuhaimi nak masok ke tak masok ke parti lain asalkan jangan DAP sudah.
Tak habis habis orang penting PKR keluar parti.Nampakya banyak lagi yang akan berbuat demikian.Tak nampak PR ada harapan menang di Pahang.Apa nak buat parti yang hanya mementingkan Anuar bukan perjuangan yang bermakna untuk rakyat.
Baru aok sedar ya, Suhaimi. Bodohnya aok selama ni menyokong Anu-War munafik. Umno janganlah terima sampah macam Suhaimi ni. Kita tak perlu dia.
Terima orang semacam ni menjadi laibeliti didalam samada di dalam prti Kencing Rakyat atau Amanu
Post a Comment