Saturday, November 17, 2012

Jambatan Pedestrian Kuala Tahan Landmark Yang Hilang




















Di terminal jeti Kuala Tahan, WZWH lihat sebuah lori membawa dua mesin untuk kegunaan Jabatan Perhilitan. Bagaimana susah dan payah pekerja dan staf Perhilitan menurunkan dua mesin tersebut dan memindahkan ke perahu untuk di bawa ke seberang Kuala Tahan terletaknya Pejabat Perhilitan.

Lebih sukar bila staf Perhilitan handak menaikkan dua mesin tersebut melalui tebing yang tinggi. Dalam perjalanan menyeberang Sungai Tembeling dengan perahu, kelihatan staf Perhilitan berhati-hati memegang mesin supaya seimbang jika tidak mesin yang berharga ratusan ribu ringgit boleh terjatuh dalam sungai.

Jika sekiranya jambatan pedestrian Kuala Tahan dibina tentu boleh menyenangkan staf Jabatan Perhilitan. Jambatan pedestrian Kuala Tahan boleh menjadi satu landmark yang menarik pelancong di Kuala Tahan. Tapi sayang jambatan pedestrian Kuala Tahan "menghilang setelah berada dalam mulut" kerana kebodohan dan hendak tunjuk power sombong!

WZWH jelaskan apa itu jambatan pedestrian iaitu a footbridge or pedestrian bridge is a bridge designed for pedestrians and in some cases cyclists, animal traffic and horse riders, rather than vehicular traffic. Maknanya jambatan pedestrian untuk kegunaan selain dari kenderaan seperti kereta, lori dsb.

ADUN Tahan telah bekerja keras untuk mendapatkan peruntukan dari Kementerian Pelancongan sebanyak RM16 juta pada 2010 untuk membina jambatan pedestrian menghubungi Kuala Tahan dan Kuala Tahan seberang.

EXCO Pahang juga bersetuju tapi oleh kerana ada pihak yang menentang kerana dengan alasan 'memusnahkan alam sekitar' atau kononnya menjejaskan hutan Taman Negara sedangkan pembinaan jambatan hanya menghubungkan dua point,-Kuala Tahan dan seberang Kuala Tahan.

Maka  projek jambatan pedestrian Kuala Tahan itu ditangguh yang menyebabkan akhirnya peruntukan itu dialih ke tempat lain! 

Jika tidak jambatan pedestrian itu akan menjadi landmark Kuala Tahan dan tarikan pelancong. Sudah tentu semasa air Sungai Tembeling besar ketika banjir ramai orang suka melihat air yang berputar dengan ombak besar.


stock photo : A pedestrian bridge over flood prone river in KZN South Africa
Gambaran jambatan pedestrian Kuala Tahan.

Jambatan pedestrian Kuala Tahan landmark Kuala Tahan yang 'hilang'. 

It really insult WZWH's intelligence!

Mesejnya jelas jika ada banyak lagi peruntukan-peruntukan yang diluluskan untuk membina berbagai infrastruktur, jalan-jalan, jambatan-jambatan, dam, perladangan, dsb di DUN Tahan janganlah ada pihak yang menghalang atas berbagai alasan.

JANGAN MENJADI PENGKHIANAT PEMBANGUNAN LEMBAH TEMBELING!

4 comments:

Anonymous said...

Bolehlah dibuat jambatan tersebut. Anehnya jika jambatan tesebut ujud, ekonomi dan kegiatan pelancongan agak terbatas. Ramai anak2 muda mula cuba "merempit" atas jambatan tersebut. Jika suatu ketika dulu "rempit" ini amat ditakuti kalangan anak2. Rempit jika dulu boleh juga dikatakan "kena senawat", akibatnya "berbilo" belakang, betis, tangan dan sebagainya. Jika sekarang ni "rempit" menjadi kegilaan anak muda, bahkan ada diantara mereka berjaya dengan "kerempitan" kerana sebahagian "riadah".

Biarkanlah ketinggalan sedikit, mungkin jika ada jambatan, ada orang2 tertentu akan peroleh "laba" berseorangan, tapi kegiatan ekonomi di rakit dan boat menyeberangi sungai Tembeling untuk ke Kuala Tahan akan "tersadung" atau diikat terus di rakit terapong di Seberang Kuala Tahan.

Hanya sekadar menulis...

Mat bodoh kuala tahan said...

BAGUS TU,

SEBAB ANAK MUDA KUALA TAHAN ADALAH ANAK MUDA OTAK KELAS TIGA.MEREKA MUDAH TERPEDAYA.

TAK PERCAYA PERGI KUALA TAHAN.MASALAH SOSIAL BELIANYA TAK TERKAWAL OLEH ORANG DEWASA KUALA TAHAN.

JADI TAK PERLULAH KUALA TAHAN MAJU,ROSAK TERUK ANAK MUDANYA.

LAGI PUN KALAU BAWA KEMAJUAN AKAN ADALAH ORANG YANG DAPAT LABA SEORANGAN.

UNTUK MENGELAKKAN ITU JANGAN LAGI DI BAWAKAN APA-APA KEMUDAHAN UNTUK KUALA TAHAN.

Anonymous said...

PMBANGUNAN DLM KWSN EKO-PELANCONGAN ADA GARIS PANDUAN YG TLH DTETAPKN DLM PLAN PMBANGUNAN EKO-PELANCONGAN KEBANGSAAN.
BAB MASAALAH SOSIAL TAK DINAFIKAN TP BKN DI KUALA TAHAN SAHAJA MALAS SELURUH NEGARA CUMA KDG2 BILA IANYA DIKALANGAN ORG2 KERDIL IANYA BLH DIPERBESARKAN.

Anonymous said...

Pmbangunan di k.tahan juga brmakna " pemuliharaan habitat flora & fauna " yg kita semua tahu ianya sgt rapuh.
Kita juga perlu mngambil kira had daya tampung taman negara yg tdk trnilai itu smuga kekal utk ank cucu kita akn dtg.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024