Saturday, November 17, 2012

Dimana Keturunan Orang Kampong Pahang Pulau Tekong Singapura?



Pulau Tekong dibulat merah dalam peta Singapura. Sejak awal 1970an, Lee Kuan Yew galakkan penduduk Pulau Tekong berpindah ke Singapura. Batch terakhir berpindah pada 1987. Kini Pulau Tekong hanya tempat kem tentera Singapura.

Beberapa catatan lama dari Hikayat Perang Pahang dan perkampungan kerabat Tun Ahmad/Tun Mutahir semasa tinggal di Singapura. Lebih 20,000 orang Pahang dibawa ke Johor mengikut Bendahara Tun Mutahir ketika Perang Saudara Bendahara itu. Setengah dari orang Pahang menetap di Pulau Tekong.



Maharaja Johor Temenggong Abu Bakar telah menyediakan kapal api (steamed ship) ditempah khas dari Eropah mahu menyerang Pahang. Ketika itu di Pahang Wan @ Tun Ahmad berjaya mengusir Bendahara Tun Mutahir yang merupakan bapa mertua Temenggong Abu Bakar.

Tapi dengan takdir Allah SWT, mungkin juga daulat Wan Ahmad @ Bendahara Wan Ahmad maka kapal api @ kapal wap yang mahu digunakan untuk melanggar Pahang itu telah meletup!

Berbalik pada kemana 20,000 orang Pahang yang mengikut Bendahara Tun Mutahir lari ke Johor dan Singapura kini keturunannya?

Bendahara Wan Ahmad selepas Perang Saudara Pahang cuba memanggil kembali kaum kerabat kembali ke Pahang termasuk rakyat Pahang yang lari ke Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor termasuk Singapura.

WZWH lebih berminat dengan keturunan orang Pahang yang menetap di Singapura termasuk Pulau Tekong. Majoriti mereka tinggal di Pulau Singapura. Ramai dari keturunan mereka menjadi peniaga dan golongan profesional.

WZWH mahu tahu siapa yang menamakan Tembeling Road di Singapura?

Ada juga yang bergiat aktif dalam politik. Berikut nama-nama Ahli Parlimen Melayu di Singapura 2012

1. Abdullah bin Tarmugi (Sarjana Muda sains Sosial, Universiti Kebangsaan Singapura; Diploma Lepas Ijazah Universiti London)

2. Halimah bt Yaacob (LLB, Universiti Kebangsaan Singapura; LLM, Universiti Kebangsaan Singapura)

3. Hawazi bin Daipi (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura; Diploma Pendidikan, Institut Pendidikan)

4. Dr Mohamad Maliki bin Osman (Sarjana Muda Sastera, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Muda Sains Sosial dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, University of Illinois at Urbana Champaign)

5. Muhammad Faishal Ibrahim (Sarjana Muda Sains, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Sains, Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, University of Manchester Institute of Science and Technology)

6. Dr Yaacob Ibrahim (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, Stanford University; Post Doc, Cornell University)

7. Zainuddin bin Nordin (Diploma Kejuruteraan Elektronik, French-Singapore Institute; Sarjana Sains, ESIEE)

8. Zainul Abidin M Rasheed (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura)

9. Zaqy Mohamad (Sarjana Muda Kejuruteraan(Elektrik dan Elektronik), Universiti Teknologi Nanyang/ESIEE; Sarjana Sains, Universiti Teknologi Nanyang/Carneggie Mellon University)

WZWH harap suatu masa nanti Ahli Parlimen Melayu ini terutama keturunan orang Pahang akan menjadi seorang Perdana Menteri Melayu pertama Singapura moden agar mengembalikan kembali kegemilangan Sultan Hussein Singapura sebelum ditipu dan diugut oleh British 200 tahun dulu.


Gambaran Istana Merak di Pulau Tekong,Singapura yang dipercayai diberi oleh Maharaja Johor Temenggong Abu Bakar kepada kerabat Bendahara Pahang yang menetap disitu selepas Perang Saudara Pahang yang dimenangi oleh Bendahara Wan Ahmad.

11 comments:

Anonymous said...

Salam pada saudara,

Bukan setakat penduduk Kg Pahang, tapi kesemua penduduk Pulau Tekong telah berpindah, kebanyakkan ke Singapura. Ada yang ke Johor, ada juga yang mungkin telah kembali ke Pahang.

Saya rasa tuan telah dapat gambar/maklumat dari beberapa sumber lain, saya hanya boleh nasihatkan supaya berhati-hati kerana bnyk maklumat yang tidak tepat & mengelirukan. Disebabkan pihak-pihak yang tak bertanggung-jawab inilah banyak sejarah diputarbelit.

Saya memang sedang membuat research berkenaan keturunan-keturunan raja yang pernah menetap di Pulau Tekong. Sebelum perang saudara Pahang (1857-63) lagi, mereka telah berada di sana. Kemungkinan memang telah ada istana juga di situ & bukan diberi oleh Maharaja Johor Temenggong Abu Bakar??

Berkenaan Bendahara Wan Ahmad & Bendahara Wan Mutahir, kita berserahlah sahaja kepada Allah swt tentang siapa yang betul, siapa yang tidak. Sesungguhnya air dicincang tidak akan putus.

Berkenaan ahli-ahli politik S'pura yang tertera di blog saudara, saya hanya boleh berikan senyuman. Insya-Allah, moga-moga satu hari nanti, seseorang yang berketurunan Melayu Pahang akan menjadi 'Orang Besar' di Singapura.

Terima kasih..

Anonymous said...

saya mencari sanak saudara syed abd rahman & syed abu bakar yg pernah terlibat di perang temai dan berhijrah ke pulau tokong dan membuka teluk ramunia..ada tak saudara mara nya di sgpore?

Anonymous said...

Saudara anonymous (January 7 2014), bagaimana boleh saya hubungi anda?

Megat Abdul Matin said...

Salam semua saya tgh cari sedara saya Anak cucu dan cici kepada Tengku Ahmad kalau sapa sape tahu kol saya ini contact number +6591233014 name megat Abdul Matin

Anonymous said...

Salam megat abdul matin.. kalau yg awk cari tg ahmad b tg sulong, yg tgal d pulau tekong awk blh cri fb abg sy... farid kamal... kmi cucu tg ahmad

Anonymous said...

salam semua, saya memang suka baca sejarah Pahang lagi2 tentang tun mutahir,tun aman,wan safie dan enku awing sulong(razan). saya ade sebab kenapa saya ingin tahu semua Nye. ye lah saper yang tk nk tahu pasal moyang mereka kan, memang betul pulau tekong sebelum perang saudara, memang ader kerabat raja, tetapi bukan raja, adik tun mutahir pergi ke pulau tekong untuk persiapan menentang abangnye,
keturunan tun aman memang lari ke pulau tekong, bak kata kenape susah Nye nk carik keturunan tun mutahir, sebab Nye senang, adik tun mutahir sedang mencari semua keturunan abang Nye dan niat untuk menhapuskan semua Nye, maka tun aman suruh anak2 Nye buang name mereka dan hidup seperti biasa,sekarang nie, saya pun mabuk pasal banyak yang putar belit, satu jek pesan saya, kalau nk carik keturunan tun mutahir tu dh tk payah lah,susah:),tapi jangan putar belit sejarah moyang saya,
maaf kalau tersalah kata ye,
nevertheless this blog is almost accurate but not accurate enough

smaqmal said...

bole contact saya..email saya di sayyidptr@gmail.com

Ewz said...

Mmang benar apa yg d katakan...moyang saya wan safie/shafiee yg dlm tulisan itu. Anak nya osman n marymah brserta ibu mereka trpaksa brpisah dgn wan shafiee dan brsembunyi d kg bedok laut demi keselamatan. Nama wan d hilangkan n menyamar seperyi org biasa...

Ewz said...

Mmang benar apa yg d katakan...moyang saya wan safie/shafiee yg dlm tulisan itu. Anak nya osman n marymah brserta ibu mereka trpaksa brpisah dgn wan shafiee dan brsembunyi d kg bedok laut demi keselamatan. Nama wan d hilangkan n menyamar seperyi org biasa...

Unknown said...

ye ker ni

Anonymous said...

ur r so wrong wrong, jurai Tun Aman sudah dijumpa..pegilah Pahang..kalau rezki awak ada.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024