Monday, November 5, 2012

Kenapa Pakatan Rakyat Mahu Fahaman Liberalisme, Pluralisme Sehingga Membelakangkan Perlembagaan Dan Mengancam Islam?

Kedua anak beranak Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah jelas dengan kenyataan liberalisme dan pluralisme mereka.

Yang terkini kenyataan Nurul Izzah dalam satu forum di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November bahawa tiada paksaan beragama kepada orang Islam dan hak kebebasan seks golongan LGBT secara peribadi.

Pandangan pemikiran ini melambangkan pendirian Pakatan Rakyat bahawa Islam liberal mahu disubur di Malaysia walau membelakangkan Perlembagaan dan Islam demi mempengaruhi golongan muda Islam dan bukan Islam menyokong impian Pakatan Rakyat.

Kenyataan Naib Presiden PKR itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Fasal (4) Perkara 11 yang mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama terhadap penganut beragama Islam, malah sebarang permohonan penganut Islam untuk murtad tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.

Nurul Izzah menyemai fahaman pluralisme yang boleh memberikan implikasi negatif khususnya kepada umat Islam sedangkan telah banyak usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk memastikan umat Islam agar tidak murtad.

Kita tidak boleh membawa kempen kebebasan beragama secara mutlak. Mana mungkin Perlembagaan (Persekutuan) ciptaan manusia kita boleh sama-sama nak pertahankan, ini (had kebebasan beragama untuk Islam) ketetapan Allah swt. lebih utama untuk kita pertahankan, lebih utama untuk kita patuhi.

Usaha mengembangkan agama lain kepada orang Melayu beragama Islam di negara ini tidak dibenarkan oleh perlembagaan dan undang-undang.

Walaupun Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan kelihatan membenarkan kebebasan beragama, tetapi Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri dan persekutuan mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Kawalan ini bersesuaian dengan Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi persekutuan kerana Perkara 3 (1) Perlembagaan menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan dan Perkara 160 pula mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam.

Maka berdasarkan peruntukan-peruntukan ini, kebebasan beragama bukan suatu yang mutlak di negara ini kerana ia tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain dalam Perlembagaan dan bukan dibaca satu ayat di dalam Perkara 11 sahaja.

Penularan fahaman liberalisme dan pluralisme di kalangan masyarakat negara ini amat membimbangkan kerana mampu mengancam agama Islam.

Fahaman tersebut menjadi satu ancaman kepada Islam kerana ia secara terang-terangan melanggar prinsip maqasid, iaitu matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia.

Sebelum jadi plural, ia (bermula) dengan liberal dulu, sebab liberal ini free thinking (pemikiran bebas). Dia tak terikat dengan authoriti, Al Quran, Hadis atau Al Ijmak.

Fahaman liberalisme dan pluralisme ini memang mengancam agama. Ia sebenarnya bukan sekadar mengancam agama Islam, tapi seluruh agama yang lain sebab premis mereka yang liberal, tidak terikat dengan mana-mana ajaran dan hukum-hakam agama masing-masing.

Di Malaysia ini yang mendokong pemikiran “sapare aude” (pemikiran bebas) ialah Anwar Ibrahim. Ini berdasarkan blog beliau sendiri, bahawa dia sudah beramal dengan doktrin dan falsafah sapare aude sudah berdekad-dekad.

Sapare aude ini maknanya ialah membebaskan diri, membebaskan akal daripada terikat dengan mana-mana autoriti.

Kenapa kita kata ia ancaman? Kita ambil prinsip maqasid yang lima itu. Pertama, memelihara agama, memelihara akal, memelihara nasab (keturunan), memelihara harta dan kemudian memelihara jiwa.

Apa yang dimaksudkan dengan memelihara agama? Memelihara agama sudah tentulah memelihara tauhid. Tapi golongan liberal dan plural melihat tauhid itu sekadar percaya Tuhan yang satu…tidak.

Merungkai ancaman fahaman ini kepada elemen maqasid syariah yang kedua, seorang muslim harus memelihara diri dan jiwa, merangkumi makan minum, kediaman, pakaian dan sebagainya

Ini termasuklah pelaksanaan hukum hudud, yang bertujuan untuk memelihara kesejahteraan jiwa.

Golongan liberal dan plural ini tak kisah makan minum, halal haram tak kira.

Sekiranya prinsip maqasid tidak dipelihara, ancamannya kepada agama amat dahsyat, iaitu mewujudkan hubungan sejenis (tidak memelihara keturunan), melakukan sesuatu tanpa merujuk Al Quran, Hadis an Al Ijmak (tidak memelihara akal) serta sanggup menggadaikan negara (tidak memelihara harta).

Jadi maknanya, dalam mempertahankan Al-Mal (harta) maka Al-Mal yang besar sekali negeri atau negara. Maka wajib (pelihara). Tapi bagi orang liberal dan plural, mereka tak kisah. Negeri pun dijual.

Tujuan maqasid ini adalah untuk membina satu sistem hidup untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Orang liberal ni dia tak jaga maqasid syariah.

Pandangan Nurul Izzah ini kononnya merujuk kepada peruntukan di dalam Al-Quran tidak ada paksaan dalam agama (Islam).

Mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius. Tetapi jika ditinjau dari sudut aqidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali dengan apa yang diajarkan kepada kita selama ini.

Kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu harus menerima hakikat yang mereka bebas memilih mana-mana agama selain daripada Islam mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi kini dan generasi yang akan datang.

Sekiranya pandangan Nurul Izzah menjadi kenyataan, ruang yang cuba ditutup bukan sahaja terbuka luas malah menjadikan gerakan memesongkan aqidah bertambah kuat dan garang. Mereka gerakan Kristianisasi mempunyai seluruh jentera dan keupayaan. Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam.

Seperti yang diketahui, keupayaan kita membendung gejala memesongkan aqidah mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri. Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya. Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan aqidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu.

Inilah diantara gejala buruk yang ditakuti akan berlaku, dan pada kenyataannya telah, sedang dan akan berlaku. Ini juga bermakna virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas. Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Nurul Izzah juga mengulas persoalan LGBT. Beliau dikatakan menerima LGBT. Beliau juga menyarankan supaya kita menghormati mereka yang terlibat dengan LGBT dan menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam keadaan tersembunyi.

Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa yang pernah disebut oleh Anwar Ibrahim. Dalam banyak hal aliran pemikiran dan fahaman beliau mengenai LGBT selari seperti arca di cermin dengan hujah yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim.

Jelas kelihatan mereka tidak bersembunyi lagi menyuarakan pandangan yang jauh terpesong dari sudut mana sekalipun secara terbuka dikhalayak ramai tanpa ada “reservation” mengenai isu ini. Inilah bahana fahaman liberalisme barat. Inilah juga bahana fahaman yang dibawa oleh mereka yang berpengaruh seperti Anwar Ibrahim.

Sekiranya Anwar Ibrahim boleh mempengaruhi dan merosakkan minda anak kandungnya sendiri, beliau juga mampu dan berkeupayaan memesongkan minda rakyat jika beliau diizinkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara ini. Gerakan ini menjadi bertambah mudah apabila PAS yang sepatutnya menjuarai isu aqidah, syariah dan moral kelihatan begitu terpesona dan terpaku dengan kelicikan Anwar Ibrahim. Ini menyebabkan rakyat Malaysia khasnya Melayu-Islam akan terjerumus dalam kancah aqidah, syariah dan akhlak yang begitu mengerikan.

Sayugia mengingatkan pimpinan gereja supaya tidak mengambil kesempatan dengan hampirnya PRU ke 13 dalamana mereka kelihatan begitu bertenaga untuk menganjurkan acara-acara yang menyentuh perkara-perkara dasar melibatkan masyarakat Islam terutamanya. Dikhuatiri gerakan terancang ini akan menyebabkan masyarakat Islam semakin berpecah belah. Perpecahan sedemikian sudah tentu menguntungkan mereka yang gemar menangguk di air yang keruh.

Kita ingin melihat pimpinan tertinggi PAS terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kenyataan Nurul Izzah itu. Apakah mereka akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan? Apakah golongan parasit ini sudah menjadi beku, kaku dan terus terselimut mempertahankan prinsip hak asasi manusia yang mereka sama-sama perjuangkan?

Umat Islam perlu berhati-hati dengan pihak yang berusaha untuk caca-merba akidah orang Melayu Islam di negara ini dan menolak mana-mana pihak yang cuba mengubah atau meminda perlembagaan ini atau cuba memberi hak kebebasan mutlak beragama.

Tindakan itu akan menjadikan masyarakat Malaysia caca merba serta meruntuhkan institusi kekeluargaan dan agama seperti yang berlaku di Indonesia.

Adalah menjadi tugas kerajaan dan pihak berkuasa berkenaan agama menjaga akidah umat Melayu Islam daripada terpesong atau dipengaruhi oleh agama lain.

15 comments:

Anonymous said...

Liberalisme and pluralisme is as bad as secularisme.

Anonymous said...

Adakah pandangan peribadi mana2 ahli dalam mana2 parti dikira sebagai mewakili Parti berkenaan. Demikianlah apa yg Nurul Izzah nyatakan (telah pun dinafikan) bukanlah mewakili PR...ini En Wan dan semua orang kena faham.

Anonymous said...

Nurul Izzah dari Pakatan rakyat di kaitkan dengan isu Pluralisme dan liberalisme

Chua Soi lek pula disahkan menghina Islam didepan najib. najib pula tersengih diam bila Chua Soi lek hina Islam. Paling terbaru, Ustaz fathul bari, orang UMNO, ulamak pulak telah mengeluarkan kenyataan terbaru menyokong dan membela Chua Soi Lek. memandangkan status Fathul bari sebagai ulamak, kenyataan terbaru beliau ini ADALAH KEPUTUSAN RASMI UMNO BARU MENYOKONG CHUA SOI LEK MENGHINA ISLAM DAN BERSETUJU DENGAN SEMUA PENGHINAAN KETAS ISLAM YANG DIBUAT OLEH CHUA SOI LEK!!!...Tidak begitu tafsirannya, kalau kita ambil pakai cara Puak-puak UMNO mentafsir/menuduh orang lain.

Berbalik kepada isu FGVH....apa kata UMNO bila harga saham FGVH ditutup RM 4.69 semalam. Makin kaya raya ke peneroka-peneroka Felda. Trend harga saham FGVH kearah menurun weh....bukan cyclic atau keadaan sementara. Ini dalam keadaan nak menghadapi pilihanraya dimana kerajaan dok tolong tahan harga saham dari runtuh!....

Bayangkan selepas selepas pilihanraya,bila undi-undi pakcik dan makcik Felda dalam PRU 13 dah di perolehi oleh UMNO!

Kita nak dengar sangat apa auta wan Zurik mengenai harga saham FGVH. Kita nak dengar apa kelentong kampongman dan Quiet Despair tu. QD ni untung sakan jual saham FGVH tempohari, Sekarang ni agaknya dah balik ke Amerika kot...

Anonymous said...

Ingat Wan,
Jika Wan nak berjaya dalam apa jua bidang, hindarlah diri drp mencipta fitnah atau suka memanjangkan fitnah.

Kenyataan Nurul Izzah adalah jelas, katanya, "Islam tidak memaksa seseorang (Melayu atau sesiap saja)untuk memilih Islam sebagai agamanya, namun setelah memeluk atau berada dalam Islam sesorang itu terikat dgn peraturan2agama (Feqah, aqidah dan akhlaq) Islam".

Kalau Wan nak kepastian akan hal ini sila SMS secara langsung kpd Puan Nurul Izzah...

Kalau sesiapa merasa daging dan tulang belulang mereka boleh tahan dgn bakaran api neraka bolelah menyambung fitnah ini...

Kampong man said...

Salam Anon 7.45,

Tuan ini siapa gerangannya?.Agak susah juga untuk menjawab orang yang berselindung dibawah anon.Kalau saya senang kita bolehlah bercerita.Sibuk sikit kerja sedang mencari rezeki.Ingat !,KM tidak guna satu sen pun wang politik untuk berjaya.Salahkan diri sendiri kalau tidak berjaya jangan salahkan politik.Kita ada agenda bangsa yang mahu diperkasakan.Undilah siapa yang kita suka dan mahu memerintah negeri dan negara kita.Maaf tuan saya bukan peminat PKR.Pada saya PKR hanya memperjuangkan DSAI dan keluarga terdekat.Mereka akan kecundang di PRU 13,insyaallah.

Kampong man said...

Maaf , sebenarnya Anon 7.35 bukan 7.45.

Anonymous said...

..bukan kah kenyataan Izzah ini menjadi bukti bahawa salib besar itu telah berjaya mempengaruhi keimanannya trhadap Islam?..
Izzah benar bila mengatakan kebebasan beragama harus ‘sama rata’ iaitu turut meliputi orang melayu juga.,(kalau di Idonesia contohnya, rakyat rumpun melayu di sana banyak yang beragama Kristian, malah yang beragama ‘abangan’ juga banyak sekali..) tetapi dalam konteks Malaysia ia adalah sangat tidak patut kerana ia memberi gambaran seolah-olah membolehkan pengembangan dan penyebaran agama lain terhadap orang Melayu/Islam..
Izzah sepatutnya mempertahankan konsep Melayu/Islam..hatta dengan apa cara sekali pun..demi kerana Allah semata-mata.
Moga Izzah terhindar daripada perangai bapanya..yang wajahnya sangat mirip dengan pelakon utama video china doll..

Anonymous said...

The Quranic verse that prohibits compulsion in religion applies only to people who have not yet accepted Islam, according to former International Islamic University (UIA) professor Abdul Aziz Bari.
Commenting on a remark made two days ago by Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, he said the true meaning of Verse 256 of Surah al-Baqarah was that Muslims were prohibited from coercing others to embrace Islam.
Nurul Izzah made the remark in reply to a question from an audience at forum on the Islamic state on Saturday.
“How can anyone say (freedom of religion) only applies to non-Muslims?” she was reported as saying. “It has to be applied equally.”
She added, however, that she was tied to “prevailing views” on the issue.
Aziz, an expert on constitutional law, said the verse in question did not mean that a Muslim could renounce his faith. “If this is the case, then what is the point of the ruling that says renouncing Islam is a big sin?” he said.
He said one needed to set a context in which to discuss freedom of religion because of the vastness of the topic.
If it were to be discussed in the context of personal liberty, then there would be certain limitations to Muslims, he added.
Nurul Izzah’s remark has landed her in hot soup, especially with Umno.
The Umno-owned Utusan Malaysia today featured the remark on its front page, and several leaders of the party have accused her of supporting apostasy.
Despite her clarification in a blog posting that she did not condone apostasy, the PKR vice president was mocked and criticised by Umno MP Abdul Rahman Dahlan and Deputy Minister of Higher Education Saifuddin Abdullah on Twitter.

Anonymous said...

Orang Islam yang beriman benci kepada kemungkaran. Selemah-lemah iman adalah membenci dengan hati. Iman dalam hati/jiwalah yang mengawal tindakan kita. Sbb tu yg paling basic adalah sekurang-kurangnya dalam hati.
Tapi kalau lidah sudah menggalakkan perkara mungkar apakah ada iman dalam hati?
Bertaubatlah. (Damn PKR, dan penyokong Islam liberal.)

Anonymous said...

Apa nak jadi dengan YB2 Melayu/Islam dalam PKR ni..
Forumnya tajuk “Islamic State: Which version; Who’s responsibility?” TAPI dianjurkan oleh Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang..
Lebih menyedihkan & merunsingkan lagi lagi bila forum tersebut mendapat sokongan/dokongan YB Islam/Melayu.. DAH GILA ke..??
Bagi aku, apa yang dipertuturkan oleh Nurul Izzah tu ku tak heran sgt.. Anak Anwar Ibrahim tu.. Perumpamaannya, pepatah Melayu ada berkata,.. “Kena lagi nak ditumpahkan kuah kalau tak nasi”.. So, apa nak diherankan dgn mulut busuk si Nurul Izzah tu..??
TAPI, BAGI AKU, PERSOALAN YANG LEBIH MENDASAR ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT..:-
1) APA LOCUS STANDI ATAU APA HAK GEREJA UNTUK MENGANJURKAN FORUM UNTUK MEMBINCANGKAN ISU UMAT ISLAM DAN AGAMA ISLAM.. iaitu.. “Islamic State: Which version; Who’s responsibility?” .. ???
Apalah agaknya reaksi pihak gereja jika Pusat Islam atau JAKIM menganjurkan forum mempersoalkan isu2 kepercayaan agama Kristian atau soalan negara Kristian..??
2) KENAPA GEREJA BEGITU BERANI MEMBINCANGKAN/MEMPERSOALKAN ISU2 NEGARA ISLAM..?? Jawapannnya:- KERANA MENDAPAT SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH-BAGI DARIPADA YB2 ISLAM/MELAYU YANG BERNIAT JAHAT SEPERTI ANWAR IBRAHIM SERTA AHLI KELUARGANYA…
Kalau marah ngan Mahathir ke Umno ke.. Jangan la di MANGSAKAN NEGARA, BANGSA DAN AGAMA SENDIRI..
INI LAGI SATU DALIL/BUKTI SAHIH YANG MENYATAKAN BAHAWA YB2 BERAGAMA ISLAM/MELAYU DARIPADA PKR TIDAK LAGI BOLEH DIANGGAP MEMBAWA SUARA ISLAM/MELAYU DI DALAM PARLIMEN..

Anonymous said...

Sebabnya PAS menghalalkan apa sahaja yang PKR buat, maka apa sahaja yang PKR buat untuk Kristian/DAP mendapat habuan dunia yang cukup berlipat kali ganda. Islam/Melayu akan tahu lah nasib mereka jika agenda kafir ini berjaya kemercu Putrajaya. Memang semua ini berlaku dengan kuasa mutlak Allah tetapi kalau kita sendiri tidak berusaha menentang apa yang di”lacur”kan sendiri oleh parti “paling” Islam Malaysia, maknanya mungkin Allah akan mengizinkan kehancuran umat Islam di Tanah Malaysia. Fikir lah.

Anonymous said...

Bapa borek dan anak rintek ,puak pas pasti nya setuju atau akan diam kan diri sebab nak menuju ke Putrajaya , Kuasa Politik lebih penting .

Anonymous said...

Puak2 UMNO merasakan ketakutan yg amat sangat sekarang menati saat2 akan tenggelamnya sebuah kapal angkuh berjenama BN. Musuh utama yg akan merobek keegoan mereka tidak lain ialah Tuan Guna Nik Abdul Aziz (TGNA)dan DS Anwar Ibrahim (DASAI).

Jadi kehebatan kedua2 pemimpin Melayu Islam ini mesti dihumban kedalam laut Baramuda. Dgn menggunakan pendekatan politik Niccolo Machiavelli mereka2 cuba me'warnakan' dan me'baukan' TGNA dgn warna hitam pekat serta dgn bauan yg lebih likat drp danar...

Setiap hari melali slot khas dimedia2 massa terutama diTV3 dan Utusan ada saja cerita dan tuduhan yg dikaitkan dgn kedua2 pemimpin ini. Bagi makcik2 Felda, Ayah Alang, Mat Ayam Laga dan Makusu Yah serta sebahagian Mat Polis dan Abg Askar ...Mereka dihidangkan dgn santapan 'tubi' (tuduhan yg berulang2) sehingga minda bawah sedar (hati/jiwa) mula membenih dgn sebuah kepercayaan bahawa TGNA dan DASAI adalah 'dajal' yg perlu dihapuskan.


Sebut apa saja keburkan mesti telah dipahatkan kepada batang tubuh DASAI...kaki perempuan, kaki 'buntut', agen Zionis, kawan Soros, Liberalisme Agama, pengamal Pluralisme, penerima dana asing, salah guna kuasa, dan berbagai2 sifat mazmumah. Demikian juga tuduhan kpd TGNA....ketua puak khawarij, berfahaman Wahabiyun ('Allah besifat'), ulama' sesat, nepotisme, dan berbagai2 lagi. Agaknya kalaulah TGNA ada memiliki harta macam KM Sarawak atau MB2 yg lain....macamanalah tuduhan agaknya...

Inilah UMNO yg ku kenali....busuk sehingga ke Usus (meminjam kata2 Tun Dr Mahathir)..


Adakah anda sekelian mau mempercayainya...ia sangat bergantung kpd apa yg lebih dominan dalam permis hati anda sama ada nafsu atau iman..

Mat Periba

Anonymous said...

mat periba mat omong kosong.dia aja yang betul dan tak pernah salah.

Anonymous said...

Mat Periba memalukan keturunannya yang Ahli Bait tapi tidak ada deria untuk mengesan gerakan Kristianisasi untuk cuba memurtadkan orang Islam dengan bersengkokol dengan gerakan liberal Islam dan pluralisme!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024