Saturday, November 3, 2012

Mungkinkah PAS Mengikut Al-Arqam : "Nik Aziz Teruskan Memimpin Walau Ghaib!"

PAS perlu kreatif dan inovatif mencipta seorang imam kubra yang berkarismatik dan penuh aura seperti Abuya Al-Arqam jika mahu memerintah Putrajaya.

PAS perlu belajar dengan Al-Arqam pertubuhan kultus agama bagaimana mahu manipulasi agama "to the fullest and maximun".

Yang penting pengikut sanggup berkorban, setia, percaya dan buat apa saja. Dalam politik hendak menang kena dapat undi majoriti pengundi.

PAS perlu undi orang Melayu. Kalau orang Melayu percaya kepada pemimpin macam Al-Arqam itu baik untuk PAS kalau punya pengikut macam Al-Arqam.

Kabinet Bayangan Al Arqam lebih hebat dari Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat. Ada 41 Kementerian termasuk Kementerian Alam Ghaib , Kementerian Roh Suci dan Tariqat , Kementerian kematian dan Akhirat yang esentriknya ada Kementerian Keluarga dan Sex suci. 

Setakat ni dah 54 mesyuarat Parlimen Roh dah di adakan. Penaja utama kerajaan ni, Ummu Jah sekarang tinggal di Mekah, menyewa mansion dengan bayaran RM276,000 setahun lengkap dgn sauna, kolam renang atas sumbangan RM800,000 sebulan dari pengikut Al Arqam sering berkomunikasi dengan suaminya yang dianggap Imam Mahdi , tidak mati hanya ghaib.

Jika UMNO bangga dengan 3.2 juta ahli, MCA claim ada 1 juta ahli berapa ahli PAS sebenarnya? Tidak diketahui ahli PAS ini berapa keahlian sama juga dengan Al-Argam.

Al-Argam kata ada ahli beratus ribu...PAS mungkin 500,000. Mungkin dah berjuta....

PAS perlu memperkemaskan komitmen keahlian seperti sama dengan pengikut Al-Arqam. Kalau Al-Arqam ada Ikhwan Business Group dan Obedient Wives Club menarik minat dan memberi motivasi maka sewajarnya PAS menghidup kembali menjenama Kohilal Business Group.

Betul apa yang DAP buat itu untuk mendapat sokongan padu dan fanatik perlu membawa kultus agama seperti Kristian Taliban. Barangkali DAP sudah banyak belajar dari PAS.

PAS dan DAP tahu agama adalah candu masyarakat dan "The Art of Manipulation of Religion" perlu direfine dan dipolish bagi mendapat sokongan dan undi rakyat.

PAS dan DAP tidak berharap kepada PKR kerana terlalu banyak DNA UMNO dalam darah politik ahli PKR yang tidak mampu untuk ditawarkan!

Setidak-tidaknya PKR berjaya menurut Dr Badrul Amin menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai seorang imam kubra setaraf Imam Mahadi atau anugerah pilihan tuhan!

PAS dan DAP mahu membentuk Malaysia Christislam Kingdom-1Gereja 1Masjid disetiap kawasan perumahan jika berjaya mentadbir Putrajaya.

Apa yang PAS kurang ialah seoramg imam yang 'superpower'. Jika Al-Arqam berjaya dengan karismatik Imam Abuya....maka PAS perlu mencipta seorang imam yang tinggi darjat Islamnya.

Tiada salah untuk PAS mengangkat dan memertabatkan Nik Aziz sebagai imam kubra sebab kumpulan Syiah telah lama mempopularkan imam-imam agong mereka.

Hanya yang perlu Dewan Ulama PAS mengeluarkan "decree fatwa" bahawa Nik Aziz adalah seorang imam yang lebih kubra...lebih hebat dari Abuya.

WZWH pasti pengikut PAS yang berjumlah barangkali 500,000, barangkali berjuta-juta percaya dan yakin seperti pengikut Al-Arqam percaya kepada Abuya yang tidak mati...yang hanya ghaib tapi tetap memberi arahan politik kepada jemaah!

Jangan biarkan Hadi Awang meracau seorang diri mahu bertanding di parlimen Pekan pada PRU 13.

Jika parti kultus Nazi yang minoriti di Jerman boleh membuatkan majoriti rakyat Jerman percaya dan yakin kepada Nazi kenapa tidak PAS yang kedua besar parti Melayu boleh berjaya mencapai matlamat politik.

18 comments:

Anonymous said...

WZWH,

Cubaan sdra untuk mengait dan menyamakan PAS dan Al Arqam adalah satu tektik politik yang murahan dan desperado. Dimana ketinggian politik seorang graduan UK yang sepatutnya mempunyai nilai dan hemah politik yang lebih tinggi berbanding dengan ahli-ahli UMNO baru yang tidak mempunyai peluang seperti sdra.

Jika dibandingkan dengan mereka, stail politik sdra lebih terok dari papagomo atau parpukari yang tidak segan silu mereka fitnah mengikut selera mereka sahaja.

Al Arqam adalah sebuah pertubuhan yang difatwakan menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan telah diharamkan. PAS adalah sebuah parti politik yang sah disisi undang-undang dan telah wujud selama lebih 50 tahun tanpa disabitkan dengan mana-mana undang negara. Sehingga hari ini, PAS masih wujud dan doing fine sebagai sebuah parti politik.

Persoalan yang timbul dari tulisan sdra ini, how low you wanna go to justify that UMNO Baru is not in deep trouble and seems unable to stood its ground as during Mahathir's era.

Dimana letaknya martabat sebuah parti yang mendakwa sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam yang betul di negara ini ( dengan bantuan ahli-ahli bumiputra bukan Islam di sabah yang ramai itu)? Ini kah akhlak dalam politik Islam sebuah kerajaan yang telah mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam.

Sepatutnya sdra mempromosikan parti sdra. Kejayaan-kejayaan parti sdra selama 24 tahun memerintah. Kehebatan-kehebatan polisi-polisi kerajaan yang ditunjangi oleh parti sdra. Paling tidak mempromosikan goodies yang terkandung dalam bajet 2013 bagi menaikkan semangat ahli-ahli parti dan menarik pengundi-pengundi atas pagar dan ahli-ahli parti lawan untuk berhijrah menyokong parti sdra.

Apabila sdra mula mengambil pendekatan murahan begini, sebagai seorang intelek, tidak sukar untuk dibuat kesimpulan, tektik murahan begini hanya akan menjauhkan lagi golongan sasaran yang akan mengundi parti sdra.

Apatah lagi, realiti yang ada hari ini bertentangan dengan spin murahan yang sdra cuba putar.

Kita ambil contoh cerita politik terbaru yang melibatkan Dato' Nazri Aziz, anaknya nedim, tokey balak sabah yang bernama Chia dan kereta Hummer milek Chia yang diguna oleh nedim serta justifikasi dato Nazri untuk menutup kesan politik kes ini kepada dirinya dan UMNO Baru.

Ini isu real dan patut menjadi concern kepada semua orang termasuk ahli UMNO baru. Bukannya spin murahan yang memualkan seperti artikel kali ini.

Akhirnya, jadilah pemimpin melayu yang bertanggungjawab kepada bangsa. Kita sepatutnya menjadi obor yang menjadi penyuluh jalan kepada anak bangsa untuk memaju dan mara kehadapan di zaman yang semakin mencabar. Bukan menjadi syaitan yang akan menyesat dan menarik ke zaman purba anak bangsa kita yang tercinta.

Anon 5:05

ps: am really offended as a malay with your artikel this time. Fuming mad with ur cheapskate spin to mislead our bangsa into something bordering to treachery for d sake of cheap politic. tell you what....bunuh je bangsa kita ni, lagi senang!

Anonymous said...

Anda WZWH tak pernah ikut Al Arqam atau ikut perjuangan PAS... jangan membuat andaian berdasarkan maklumat kitab Utusan dan berita hairan... jangan cuba menyambung nyawa politik parti yang dah semput dengan cerita yang kurang sahih..... belajarlah menghormati orang lain....

Anonymous said...

Aku tidak mengharapkan UMNO menang dalam perebutan kerusi MP Jerantut dlm PRU13 nanti. Namun jika UMNO yg menang, biarlah wakil yg mewakili pnduduk bagi Parlimen J'tut terdiri drp mereka yg berwibawa, cerdik dan mempunyai kualiti kepimpinan yg tinggi yg boleh diangkat menjadi Menteri.

Siapakah calon UMNO yg mempunyai ciri2 seperti dikehendaki di atas?
Semua org sudah tau setakat mana kemampuan Tengku Azlan...tidak mungkin beliau akan diangkat menjadi menteri penuh seperti diharapkan oleh penduduk J'tut jika beliau masih kekal sebagai MP. Oleh itu siapakah yg layak yg boleh dicalonkan sebagai MP J'tut??? Mula2 aku bersangka baik terhadap Wan Zuruk...berdasarkan kelulusan akedamik yg beliau miliki. Tetapi sayang Wan Zurik berakal pendek...belaiu telah meletakkan dirinya setaraf atau lebih rendah berbanding dgn Hj Kamarazaman Baria atau Dr Sukri atau Wan Amizan atau Nazeri Ngah. Artikel yg ditulis diatas boleh menceritakan segala2nya tentang Wang Zurik ini. Sorry Wan kerana aku meletakkan persepsi negatif terhadap anda....

Mat Periba.

Anonymous said...

Kas tak ikut arqam ataupun pas
Tapi kas ikut Dan sokong orang ikut islam
Orang banyak scandal/rasuah/jenayah/tipu
Susah sikit kas nak ikut

Kampong man said...

Salam Wan dan rakan semua,

Kampong man rasa artikal Wan kali ini membuart kita semua berfikir dan adalah pandangan blogger yang masih lagi MILD jika dibandingkan dengan blogger pembangkang saperti rakan saya Sakmongkol dan Aspan dan cuba lihat juga komen komen dalam bog mereka yang agak jijik dengan anything UMNO, Dr M dan Najib dan dengan berbagai bahasa sumbang saperti bodoh, bangang, kinzir dan macam macam lagi.Mana intellectnya !.Biarkanlah mereka.Itu hak kebebasan bersuara.Anyhing goes ?.

Ketiga komen diatas tidak mungkin lepas tapisan mereka( blog pembangkang) tapi bagi Wzwh blog just feel free to speak your mind kan ?i .Wan harus teruskan penulisan apa jua dan tidak perlu br defensive.Maklumlah PRU 13 telah hampir.
PAS harus juga bekerja keras saperti UMNO membuktikan mereka juga jaguh bagi orang melayu Islam dan berjaya memenangi Jerantut yang berkalibar menteri .Boleh kah ?.
Saya sikit pun tidak punyai masaalah dengan apa yang Wan tulis dan saya sangat bermasaalah untuk menerima penulisan dari ramai blogger pembangkang yang setaraf dengannya.

Kenapa hairan sangat dengan graduan luar negeri ?.Ada ramai graduan dalam negeri yang tidak kurang bijaknya mengikut pengalaman Kampong man cuma mereka tidak diberi peluang tempat belajar di luar negeri , itu sahaja..Bagi kelulusan first degree semuanya adalah hampir sama.Bezanya Cuma:

a. Pendedahan dan open mindedness dan ability to accept differences tanpa emosi cara penerimaan barat.

b.Penerimaan cara fikiran barat yang hampir COLOUR BLIND dan berdasarkan fakta dan berbagai lagi pengalaman baik yang boleh kita manafaatkan.Yang tak baik kita buat sempadan.

Disamping itu tidak kurang juga SETBACKS yang akan dilalui gtafian luar negara disebabkan CONFLICTS OF CULTURES and VALUES yang akan menghantui diri terutama dari segi ugama dan perwatakan diri sekira over exposed.Mereka menilai manusia berbeza sama sekali dwngan cara kita menilai.

Hanya satu pandangan Wan.Kita ada banyak lagi isu besar yang perlu atasi.Isu discriminasi kaum dalam mencari pekerjaan satelah tamat pengajian umpamanya.Kenapa graduan Melayu tidak diberi keutamaan oleh majikan ?.Apa kita masih mahu bergantung dengan makan gaji sahaja ?Kenapa ghairah mahu bekerja dengan kerajaan sahaja ?.Ini semua perlu kita fikirkan bersama.Terima kasih.

Anonymous said...

deme org ade kpentingan dlm politik sedok la borok nye..jgn la kite duk mnuduh sesame kite wey..akhir zmn doh ni..deme buat gini lg byk pepecahan blaku..nk ty skit..mb negri kte aku rase doh lame doh pegang jwtn..xpernoh plok aku nampok muke..tv surat kabo..duk crite sgt psai Najib..die PM..sume org kenai..cube selit2 skit crite psai die tu,rmai org xkenai..hahaha

Anonymous said...

Bro Kampongman,

"...jika dibandingkan dengan blogger pembangkang saperti rakan saya Sakmongkol dan Aspan dan cuba lihat juga komen komen dalam bog mereka yang agak jijik dengan anything UMNO, Dr M dan Najib dan dengan berbagai bahasa sumbang saperti bodoh, bangang, kinzir dan macam macam lagi...."

ASTARFIRULLAH HALADZIMMM...."..Dr M dan Najib dan dengan berbagai bahasa sumbang saperti bodoh, bangang, kinzir dan macam macam lagi...." iNI FAKTA ATAU PEMBOHONGAN YANG PALING JAHAT TERUTAMA PERKATAAN"khinzir"

Sebagai seorang pengunjung tetap blog Aspan dan sakmongkol, saya merasa sedih dengan sikap sdra.

Yang selalu saya nampak komen yang menuduh khinzir apabila ada pembahas menuduh saK dengan pelbagai perkataan kesat termasuk menuduh sak khinzir dll. Kita tidak perlu ada 20 gelaran PHD untuk meneka dari puak mana pembahas yang menuduh sak sebegitu rupa.

Selalunya pembahas yang mencarut seperti ini hanya membuat komen satu ayat yang mencarut je.

Disini kampongman cuba main kong kali kong, baling batu sembunyi tangan.

bro, jadilah seorang gentleman. jangan jadi batu api yang cuba memecahbelah dan menanam bibit-bibit permusuhan dan perpecahan sesama bangsa melayu kerana politik atau kepentingan peribadi yang sempit. Kerana nak jaga periok nasi kita sorang, kita sanggup memusnahkan anak bangsa kita, kita sanggup melaga-laga sesama anak bangsa agar bermusuhan.

I am being direct here kerana saya sayang bangsa saya kerana sikap sdra begitu memualkan. harta, kekayaan dunia bukan boleh dibawak mati pun. Bukannya boleh kita guna untuk membina istana-istana di akhirat kelak pun. jauh skali kita boleh guna duit kita untuk rasuah Allah dan malaikat agar boleh tutup mata je diatas segala kesalahan kita kelak.

Apatah makna kekayaan dunia yang diperolehi diatas keringat dan kesengsaraan anak bangsa.

Anon 5:05

Anonymous said...

Pengomen-pengomen sekalian. Cuba baca balik artikel-artikel yg keluar dlm blog ini termasuk yg ditulis dlm bahasa inggeris. Cuba teliti gaya penulisannya. Anda semua akan dapati bukan semua ditulis olih Wan Zari ni. Dia membenarkan dan menyiarkan tulisan orang lain dlm blognya.

Kalau tak caya, cuba check artikel bahasa inggerisnya. Anda akan tahu.

Gomer Pyle

Anonymous said...

Gomer Pyle, Tak mengapa dan tidak ada salahnya pun.Most importantly the message get across and summarised.Blogger lain ada team members yang karang dan tulis.Sakmongkol umpamanya ada team members nya.Lagi pun kita tidak boleh tahu dan pandai semua.

Anonymous said...

anon November 4, 2012 9:05 PM

Saya sokong dah setuju 100% dengan pandangan tuan

Anon 5:05

Kampong man said...

Salam 5.05,

I have stopped reading Sak blog for months and as for Aspan only to wish him Salam Aidilfitri being an old friend.Obviously i noted that you are protective of Sak not me after he joined DAP.DAP pembela bangsa Melayu ? You must be kidding.Do you honestly think our bangsa will be behind DAP ? Even Sak will not survive in any malay majority area anywhere let alone Pahang.I wanted him to contest in Bukit Bintang a chinese dominated area for any chance at all.

Go and read back the last six or so articles in Aspan blog and discover yourself what i said was true.Poor Batu Ronson was hit left and right.I thought his thought was excellent.Glad we do not have those kind in Wan's blog.Wan has many good articles on history and some others that make good reading.For UMNO,Dr M and Najib bashings you get that in bro Sak and Aspan blogs.Wish the election will be over soon and all these spinning will stop.

Anonymous said...

Dear Kampongman,

I am not protective of Sak. I would do the same for Wan Zurik if someone accuses him with intentional spin and cheap lies in other blog when he is not there to defend himself.I can do so because i am not a member of any political party and i am my own man who is proud of being malay, value truth no matter how bitter it may be,intergrity, honesty and fairplay.

My last post, time-stamped November 4, 2012 7:03 PM is indeed directed to u, not that l dispise u based on ur political leaning, but more of your failure as a creame of malay to conduct yourself above petty, cheap politic.

You came along way in life to be where you are today, yet u failed to give back to our malay bretherens by being a beacon of hope, above cheap and petty politic. Being malay, l feel very sad and sorry for the majority of our malay bretherens accross political parties. That prompted me to write my last posting to caution u.

Pasal Batu Ronson tu what can l say. Orang kata, dalam dunia terdapat 7 orang yang mempunyai muka yang sama.

saya percaya Batu Ronson bukan kampongman walaupun gaya komen sama, tinggal ditempat yang sama di SJ ( kalau saya tak silap), sama-sama hantar anak belajar ke London dengan belanja sendiri dari duit titik peluh yang halal( satu kejayaan bagi kita orang melayu)dan banyak lagi persamaan lain.......Batu Ronson definitely bukan u, Bro!jangan ambil potlah....biaq pi kat depa la.

anon 5:05

Kampong man said...

Salam Anon 5.05,

Pagi ini i took the the trouble to look back what i wrote in Aspan blog.In bro Aspan article of 26 Oct "Dulu UMNO di bunuh pucuk Pimpinan....." Despite my declaration dengan nama Allah some diehard anti UMNO personalities insist Batu Bronson is Kampong man,how NAIVE this young man.
At least the ever hard hitting Alam Flora apologise.Very nice of him.

No,i never lived in Subang Jaya (bro Aspan does but we have our teh tarik in Taman Tun ) I dont live in a bunglo and i do not send my children to London.

If you care to read my posting in Sak you will discover how much i do for my Malay folks. Providing employment to hundreds of them and lifelines demi mencari keredaan Allah.You wont believe it even Sak family (His brother and wife is indebted to me an amount RM470K !! through personal loan NOT paid and yet i remain cool believing what comes around goes around and it will be soon,insyallah) I should not be telling this as it is not my style and it is not Sak concern but i know Allah knows my intention when as turn minimalist giving away things i dont need.If you have good Malay engineers seeking employment in O&G i will be glad to assist through the networks i have.That is pleasurable and ORGASMIC for me.Dont get me wrong.Shall continue doing what i can do to uplift our Malay folks my small way.Hope you do the same too.Thanks mate.

@For the record am yet to recover 1.5 million this type of lifelines that are yet to be recovered.Guess the niat was PAYABLE WHEN ABLE !!! and interest free some more.Issshhhh..

Anonymous said...

Kampung man,call yourself a gentleman konon,Like typical UMNO hypocrites,now playing dirty even by digging into the past of your good friend,now showing your true color ehh. Waitlah sampai Sak elected dulu ,baru korek lah,to impatient atau dah tak boleh tahan kena kaw kaw at POP and sak's blog. Kena crying at wan's shoulder kah,kesian...

Kampong man said...

Salam Anon 10:35

Welcome to join us at WZWH blog.Pirates of Putrajaya has closed his blog.Dalam blog POP ada terdapat penghianat bangsa yang menyokong DAP dan PAS menyokong perpecahan Melayu dan membenchi Dr M ,UMNO dan Perkasa dan apa juga NGO yang support UMNO.Suka menggunakan word oghang,gamai ,mamposh,bodoh,bangang dan Hypocrite dan terlalu ghairah attack peribadi supporter UMNO/BN saperti Batu Ronson,batu Giling dan KM.Janganlah begitu bro.I like to believe you are not gheng lama.If you cannot behave yourself here ,music for you will be in bro Aspan blog.Send my regard s to him.Cheers.

Anonymous said...

Kampung man,siapa yang dah termakan cili padi?Siapa kah yang mengkianat bangsa Melayu?Perangai Perkasa menunjukan kelakuan Melayu yang sangat memalukan,rasuah pun jadi halal macam umno siapa lagi.I seldom visit Aspan because its too sanitised no fun ,disitu orang yang berilmu dan berfikiran waras, di sini I suka,sebab orang orang sini bodoh belaka macam saya,,tak salah mengunakan bodoh,bangang ,you know birds of same feather flock togather.Peace bro.

Kampong man said...

Salam bro Anon 8:56,

Ok bro,most importantly your views are heard here walaupun kita semua disini bodoh terdapat juga some good discussion walaupun ini adalah blog Jerantut kita sama samalah raikan.

Dari segi apa Perangai Perkasa yang yang menunjukan kelakuan Melayu yang sangat memalukan ? boleh saudara tulis sedikit.Pada Kampong man Perkasa mempertahankan Hak melayu ,Islam dan Raja yang termaktub dalam Perlembagaan.Anda anak muda saya faham kerana tidak mengharungi Kemerdekaan Negara apa lagi memahami Perjuangan Malayan Union dan mungkin tidak mengharungi trajidi 13 May saperti saya.Sekira anda di Universiti atau graduan universiti dan dalam alam pekerjaan belum pun menjangkau umur 40 han saya boleh menerima kebencian anda pada Perkasa. Apakah disebabkan banyak NGO Melayu rata rata di belakang UMNO dan tidak PR membuat anda terlalu paranoid .Jangan baling batu sembunyi tangan bro,tak baik.Nah ayoh ya rabbuka siapa kamu ?.Jangan marah bro,cuma melawak .

Sak is merely someone i know no special friend at all but Aspan yes being house mate once i have a soft spot for him .I wish them well politically but i doubt they last long in DAP like DAP vice chairman Tengku Aziz ,a no nonsense man because DAP is a racist and Chauvanistic party not suitable for Malaysia unlike MCA. Peace to you bro likewise.Cheers.

Anonymous said...

hi all wzwh.blogspot.com blogger found your site via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your blog http://explode-your-site-traffic.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer most cost effective services to increase website traffic at this website http://explode-your-site-traffic.com
To your success your friend
James

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024