Nuffnang Ads

Pages

Saturday, November 10, 2012

Tuanku Sultan Pahang Mencemar Duli Ke Konsert Dato' Siti Nurhaliza



















Buat pertama kalinya, penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza mengadakan konsert secara eksklusif di Grand Ballroom, Bukit Gambang Resort City, Gambang, pada 9 November 2012.

Siti Nurhaliza yang dilahirkan di Temerloh dan dibesarkan di Kuala Lipis memulakan persembahan di hadapan peminat setia pada jam 9 malam dan juga menjadi pembuka tirai untuk Siri Konsert Jelajah Pantai Timur yang pertama buat penyanyi itu.

Penganjur, Creative Stars Empire Sdn Bhd menyediakan 5,000 tempat duduk kepada peminat Siti Nurhaliza yang menyaksikan persembahan berkenaan.

Konsert itu  memberi kepuasan buat peminat Siti Nurhaliza. Ada peminat yang sanggup datang dari Indonesia, Singapura dan Brunei.

Ini adalah konsert pertama Siti Nurhaliza di Pahang dan Pantai Timur. Kehadiran penyanyi nombor satu negara itu memang dinantikan peminatnya, tambahan pula beliau adalah anak jati Pahang yang sudah beberapa kali mengharumkan nama negeri dan negara di peringkat antarabangsa.

Celoteh Siti Nurhaliza dengan cakap slang dialek Pahang dan lagu Pahang, beberapa lagu baru dan persembahan vokal bertenaga membuatkan peminat dari Pahang terhibur.



















Tuanku Sultan Pahang Raja Berjiwa Rakyat beramah mesra dengan rakyat jelata. Turut mengiringi DS Setiausaha Kerajaan Pahang.



Tuanku Sultan Pahang suka bergurau dengan kanak-kanak.

Tuanku Sultan Pahang turut mencemar duli ke konsert Siti Nurhaliza. Sememangnya Tuanku Sultan adalah peminat no 1 Siti Nurhaliza sejak Siti Nurhaliza menyanyi dari tadika, Sekolah Menengah, penyanyi, biduanita negara, dan persada antarabangsa.

Tuanku Sultan Pahang turut menyaksikan Konsert Siti Nurhaliza di Albert Hall, London pada 2005. Sokongan moral dan dorongan Tuanku Sultan Pahang begitu dihargai oleh Siti Nurhaliza.

Turut mengiringi Tuanku Sultan Pahang ialah Kerabat Bergelar, beberapa Orang Besar Berempat dan Orang Besar Berlapan, dan DS Setiausaha Kerajaan Negeri.

Grand Ballroom Gambang Resort City adalah ballroom yang tidak bertiang paling besar dalam Malaysia di hutan Gambang.





















































4 comments:

Anonymous said...

Aku suka tengok baginda Tuanku Sulatan Kelantan membaca khutbah...

Anonymous said...

AKU SUKA TENGOK NUAR IBRAHIM BACA KHUTBAH.

Anonymous said...

Daapat pahala ke tgnk konsert siti ni.Yg aku tahu haram,klau dah haram tentunya berdosa,jd apa yg nak di banggakan dgn perkara mungkar ni..langsung x ada faedah

Anonymous said...

jom tengok/dengar ust azhar idrus..free,dapat ilmu n dapat pahala.