Thursday, November 22, 2012

Kenapa Pemuda PAS Serang Harakah?



Pemuda PAS kini lebih berfikiran terbuka tidak jumud macam pemimpin senior PAS yang alegik kepada pemimpin UMNO.

Dewan Pemuda PAS telah meluluskan usul mengecam Harakah. Antara kecaman yang dinaikkan adalah:

  1. Harakah telah mengecam Dr Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa. Inilah hujah pertama yang dibentangkan wakil Pemuda Wilayah, Kamaruzzaman Mohammad.
  2. Harakah melebihkan berita Pakatan Rakyat berbanding berita dalam PAS sendiri.
  3. Harakah melaporkan berita-berita yang pro Syiah dan tidak berpihak kepada pemberontak Syria yang menentang Bashar Al Assad.
  4. Harakah juga dilihat akhbar yang sering mengambil berita-berita daripada blog-blog picisan, sumber yang tidak kuat dan artikel disalin bulat-bulat tanpa disunting.
  5. Harakah menerbitkan beberapa artikel yang merugikan Jemaah.

Kemarahan Pemuda ini sama seperti kemarahan Hasan Ali yang menuduh Harakah berat sebelah dan tidak mahu menyiarkan kenyataan-kenyataan beliau. Tampak jelas kemarahan Pemuda kepada Harakah.

Hakikatnya, kemarahan Pemuda kepada Harakah bermula dengan sikap Harakah yang bermusuh dengan Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa. Ia ditunjukkan sendiri dengan posting Timbalan Ketua Pemuda yang mengecam Harakah dalam Facebook berkaitan salah satu karikatur Harakah yang mengecam Nasaruddin Mat Isa Disember 2011.

Semua ahli PAS maklum bahawa sewaktu Pemilihan PAS 2011, Dewan Pemuda PAS adalah penyokong kuat kepada Nasaruddin Mat Isa serta Hasan Ali. Walaupun demikian, sokongan Pemuda tidak mencukupi untuk menghalang kemenangan Abang Mat Sabu. Tak hairanlah Nik Abduh marah benar dengan karikatur mengecam Nasaruddin Mat Isa.

Memang rekod Pemuda PAS yang pro kepada agenda perpaduan dengan UMNO tidak disenangi oleh Harakah yang dikawal oleh puak Erdogan Anwaristas dalam PAS.

6 comments:

Anonymous said...

Drp membaca berita yg tidak sahih oleh Sdr Wan elok kita baca berita ini:-

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan kerajaan Malaysia kerana masih enggan mengakui kerajaan Hamas sebagai kerajaan dan pertubuhan yang sah mewakili rakyat Palestin.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata Kerajaan Malaysia seperti menghina hak rakyat Palestin yang memilih kerajaan Hamas mewakili seluruh rakyat Palestin.

“Apakah ertinya kerajaan Malaysia meluluskan kecaman terhadap Israel tetapi dalam masa yang sama enggan mengiktiraf kerajaan Hamas yang telah dipilih oleh rakyat?” ujarnya kepada Harakahdaily.

Dalam hal ini, ujarnya DPPM merasa kesal kerana kerajaan Malaysia menganggap Hamas sama seperti Pakatan Rakyat di Malaysia serta negeri-negeri yang diperintah oleh PR seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang dilayan seperti warga kelas kedua.

Komen penulis: Kerajaan BN tidak mengiktiraf Hammas disebabkan Hammas sebuah parti Islam yg mempunyai fikrah yg sama macam Ikhwan Muslimin dan PAS. Doktrin Hammas, mahu membebaskan bumi palestin/Baitulmaqdis/Masjidilaqsaragar kembali menjadi hak umat Islam tidak sealiran dgn parti kebangsaan al Fattah (sahabat UMNO)yg semata2 mahu mewujudkan sebuah negara bangsa Palestin....

Anonymous said...

Tulisan seorang pemerhati Muktamar Pas dari Singapore, Dr Briget Welsh, Associate Proffessor of Political Science at Singapore Management University jelas menggambarkan api dalam sekam yang sedang membakar Pas ( Lihat Lim Kita Siang for Malaysia).

Beliau menyebut Sayap Pemuda Pas yang menjadi protegees kepada Old Guard(ulama) yang mengancam kepimpinan progresif Pas dan dark forces menunggu kesempatan untuk kembali merampas kuasa.Mereka tidak pasti jalan progresif yang diambil oleh pimpinan baru Pas akan berjaya.

Beliau juga memberikan perhatian terhadap serangan yang dibuat oleh perwakilan terhadap suara parti Harakah kerana sikap bebasnya

Apa yang disebutkan oleh Dr Briget itu jelas dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas ke 53 bila Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad mengkritik Harakah dan portalnya HarakahDaily kerana didakwa melaga-lagakan pimpinan parti itu dan ini disokong pula oleh wakil Terengganu Azman Ibrahim yang berkata " Harakah sebagai suara yang memantau parti sudah tidak relevan lagi dan menjadi sebaliknya , kita tumpulkan senjata sendiri disaat berdepan peperangan pilihanraya".

Kebenaran persepsi ini jelas apabila Harakah dan Harakahdaily tidak langsung menyiarkan hasrat ulama dan pemuda Pas mahukan Haji Hadi menjadi Perdana Menteri sebaliknya Harakah cuba menyorokannya dan menidakannya dengan menggembar-gemburkan Haji Hadi lebih bersedia untuk menjadi nelayan. Adakah dalam keadaan akar umbi mahukan Hadi sebagai PM suatu langkah bijak Harakah memperkecilkannya?

Haji Hadi terpaksa mempertahankan Harakah untuk menunjukan seolah olah beliau masih menguasainnya tetapi alasannnya dengan menyalahkan kerajaan Harakah menjadi demikian tidak relevan dengan teguran yang dibangkitkan kerana sekalipun hanya suara parti tetapi ia telah bebas untuk melampaui suara parti malah memberikan tempat kepada anasir anasir perosak perpaduan parti.Bukankah ini yang dilakukan oleh Harakah terhadap Hadi sendiri dengan menunjulkannya sebagai hanya layak untu menjadi nelayan. Amat bodoh jika Hadi sendiri tidak sensitif kepada permainan politik ini.

Dr. Briget berkata" Some of the progressive have openly called for end to the ulama leadership of the parti". Tidakkah ini yang dilakukan oleh HarakahDaily?

Anonymous said...

Harakah bukan dikawal oleh puak2 Edogan atau puak2 Unity Goverment. (u/p: puak2 ini dicipta oleh UMNO). Harakah merupakan lidah resmi PAS...apa2 yg diterbitkan oleh PAS merupakan apa yg tersirat dan tersurat oleh pimpinan dan organ bernama PAS.

UMNO atau Wan atau sesiapa saja tiada hak dalam menentukan halatuju Harakah. Anda patut sibuk dgn TV3 atau Utusan Malaysia...yg lebih mengutamakan Rosmah berbanding dgn pak2 Menteri...sebuah media milik UMNO yg boleh mengambarkan hati perut UMNO yg bukan berjiwa Islam dan Melayu....

Mat Periba

Kampong man said...

Salam Mat Periba,

"..Utusan lebih mengutamakan Rosmah..."

Nampaknya Harakah sahajalah yang berjiwa Islam dan Melayu.Utusan tidak.I think the feeling is mutual.KM tidak pernah dalam hidup membeli senaskah pun Harakah cuma tompang tompang baca sahaja adalah kerana kawan kawan KM ada yang menyokong PAS dan ramai yang menyokong UMNO cuma mereka mahu perbaiki yang tidak betul dalam UMNO.

Sekira Ku Li,Musa Hitam dan ketua ketua S 46 kembali bersatu dalam UMNO walaupun dulunya mereka bukan pilihan PM.Mereka sayangkan UMNO saperti juga Mat Periba sayangkan parti politik PAS.Itu saja.Cheers bro..

Anonymous said...

Harakah lidah rasmi PAS

Syiah penyakit rasmi PAS

Ulama suara akal PAS

Pemuda Darah dan keringat PAS

Jika PAS mahu wujud setahun dua.. Carilah doktor ubati Syiah

Anonymous said...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your wzwh.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024