Sunday, November 11, 2012

Perasmian Klinik 1Malaysia Jerantut



















DS Liow Tiong Lai Menteri Kesihatan hari ini merasmikan klinik 1Malaysia di PAKR bandar Jerantut.

DS Najib perihatin dengan keperluan rawatan perubatan dan kesihatan rakyat terutama yang berpendapatan rendah. 

Jika Presiden Obama masih dalam perancangan Obamacare, DS Najib telah implemen Klinik 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia.

Subsidi kesihatan adalah bantuan kerajaan yang ramai rakyat Malaysia tidak sedar dan menghargai. Setiap tahun Kementerian Kesihatan membelanjakan hampir RM15 bilion bagi rawatan dan perubatan secara percuma.

Kenaikan harga ubat, drug, dan peralatan perubatan membuatkan rakyat terpaksa membayar harga yang mahal jika pergi ke klinik dan hospital swasta.

Di Pahang saja ada 10 hospital. 2 hospital diluluskan untuk dibina di daerah Bera dan Rompin.

Bagi Jerantut pula ada hospital lama yang perlu dinaik taraf. Sebuah polyklinik kesihatan yang dalam pembinaan dijangka siap pada 2013.

Menteri Kesihatan menasihat rakyat supaya jaga kesihatan penting. Jaga jangan dapat kencing manis, dari situ boleh merebak ke buah pinggang, darah tinggi dan akhir ke jantung. Selalu jaga pemakanan yang seimbang dan buat senaman.

Malaysia berada kedudukan ke 6 negara paling obesiti di Asia. Ini membuktikan rakyat Malaysia mewah dengan makanan.

DS Liow Tiong Lai meluluskan:

  • Naik taraf Hospital Jerantut dengan tanah telah sedia diperuntukan untuk membuat bangunan baru.
  • Sebuah van ambulan untuk Klinik Kesihatan Kuala Tembeling.
  • Peruntukan aircond tambahan untuk Klinik 1Malaysia Jerantut

Menteri Kesihatan yang merupakan ahli parlimen Bentong menyeru rakyat supaya menyokong kepimpinan DS Najib PM bagi kesinambungan pembangunan dan kemakmuran yang boleh dinikmati rakyat.

Jangan dengar dakwah pembangkang yang suka mendakwa, mengkritik, menuduh tanpa berasas bahawa kerajaan hari ini tidak menjaga rakyat dengan baik.



















DS Liow Tiong Lai menandatangani plak diapit oleh YB Dato' Lau Lee ADUN Damak, YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan Pengarah Kesihatan Pahang.




































Menteri Kesihatan meninjau Klinik 1Malaysia Jerantut. DS Liow Tiong Lai menegur siling Klinik 1 Malaysia Jerantut rendah perlu kepada penambahan aircond bagi keselesaan rakyat Jerantut.



















Pada sebelah malam, DS Liow Tiong Lai menghadiri jamuan makan malam bersama masyarakat Cina di Dewan Sungai Jan.

YB Dato' Lau Lee ADUN Damak mahu buat pengumuman mengejut bahawa DS Najib telah meluluskan peruntukan RM13.5 juta bagi bangunan tambahan SJKC Sungai Jan. Terima kasih kepada YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan yang membantu mendapat peruntukan itu.

32 comments:

Anonymous said...

Dulu terdapat banyak komunis yang memerangi anggota keselamatan. Tapi sekarang dah ramai obes, jika dilihat dalam gambar tak ada yang kencing manis, tapi boroi itulah tahap kesihatan dipandang serius oleh Menteri Kesihatan.

Anonymous said...

Tahniah UMNO/BN kerana ramainya tetamu yg meraikan Menteri Kesihatan.

Anonymous said...

Kau orang semua nak pergi mana, Klinik 1 Malaysia atau Poliklinik Kerajaan atau Klinik Swasta.
Antara masa menunggu, ubat cuma panadol, siapa yang merawat , Ada atau tiada MC dan cara layanan.
Mana pilihan anda?

Anonymous said...

Nak ramai kena libatkan Pejabat Daerah Jerantut. Kementerian Kesihatan buat sendiri ini lah jadinya. ADUN kena proaktif jemput semua.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 10:48 banyak duit bolehlah gi klinik swasta. WZWH dan orang kampung tak mampu nak buat macam Anon 10:48

Banyak kes-kes yang Hospital Swasta hantar balik ke Hospital kerajaan!!!!

Peralatan hospital kerajaan lebih canggih dan up to date.

Anonymous said...

Rakyat J'tut tidak memerlukan sangat klinik 1M'sia...yg betul2 mendesak ialah Hospital.

Wan sekali sekala kena pergi ke Hospital J'tut...tengoklah! Didapati keadaan hospital ini 20 tahun ketinggalan vs hospital Temerloh. Keadaan kaunter dan juga wadnya yg penuh sesak...tiada bahasa yg boleh diungkapkan.

Mengapa lambat sangat utk mendapatkan sebuah hospital baru yg lebih cangih. Saya tak faham macamana seoarang MP melihat akan hal ini...mana pioritinya. Mungkin juga MP kita ini selalu berada diluar kawasan?? atau mungkin lebih mengutamakan pusat serenti gamaknya...

Hospital yg hendak dibina kena ditempatkan disuatu kawasan yg mudah dihubungi seperti di Temin atau J'tut Feri. Tidak sebagaimana sekarang yg tersorok serta berliku2utk sampai...

Anonymous said...

Sampai masanya Jerantut perlu diterajui oleh seorang Menteri...baru dapat mengerakkan projek yg lebih besar.

MP yg ada kini cuma bermentaliti kecil sekadar klinik 1M bukan hospital, pusat latihan teknologi tinggi bukan Universiti Kolej, jalan raya bukan lebuh raya.

Kalau orang Jerantut merasai apa yg ada sudak memadai...pilih saja MP yg berjiwa kerdil...setakat mampu kenjadi bidan sementara atau setakat mampu pandu jetski merentasi sg Tembeling....

Anonymous said...

aku bersetuju dengan anom 11.45AM, aku tengok susun atur canopy pun tak betul, VVIP membelakangkan tetamu, tempat vvip tinggi sebabkan tetamu tak nampak persembahan yang dibuat, siapa punya idea?...., aku rasa orang beri idea tu tak pernah buat program atau terlibat dengan program kemasyarakatan macam ni..

Anonymous said...

Satu lagi projek kerajaan BN untuk rakyat Jerantut.

Klinik 1 Malaysia. Syabas rakyat Jerantut. Rakyat Jerantut sekelian, inilah buktinya janji ditepati. WZWH harus memberi lebih mileage dengan berita ini agar menjadi contoh kepada rakyat-rakyat kawasan lain.

Anonymous said...

WZWH,

Setiap kemudahan yang disediakan untuk kemudahan dan keselesaan rakyat perlu dihargai. Klinik 1Malaysia kita terimalah sebagai satu kemudahan untuk kita semua.

Apa yang baik dan sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan kita patut hargai. Kita tolak fahaman politik sempit berparti dalam isu-isu yang membawa kebaikan bersama.

Yang kita perlu sedar tanggungjawab kerajaan memerintah adalah untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat. Ini tanggungjawab asas mereka. Menjadi politikus adalah satu kerjaya seperti juga kerja-kerja lain seperti cikgu, nelayan, doktor, derebar lori. Ini kita kena faham betul-betul.

Orang menjadi politikus kerana ia memilih untuk menjadikan bidang membangun negara dan berusaha dengan kepakaran yang ada untuk membawa rakyat dan negara maju kehadapan.

Kerja politik dinegara kita ini telah dicemar maksud dan tujuannya sejak 30 tahun kebelakangan ini. Bagi sesetengah yang melibatkan diri dalam politik bukan kerana niat yang betul. Bagi yang menjadi politikus di belah parti yang memerintah, mereka menjadikan bidang politik sebagai medan untuk mengumpul kekayaan dan sebagai jalan untuk menjadi kaya. Ini tidak betul.

Cara nak kaya dan mengumpul kekayaan ialah dengan menjalankan perniagaan dan menjadi ahli perniagaan - bukan menggunakan bidang politik sebagai jalan pintas.

Dalam perniagaan, ia ada resamnya sendiri. nak jadi kaya ia memerlukan usaha , kepintaran dan masa. tak ada yang mula berniaga air bancuh hari ini, tiba-tiba minggu depan dah jadi jutawan.

jadi, kita orang melayu kena buat penghijrahan minda dalam isu ini. Jangan lagi kita dimanipulasi oleh mana-mana parti politik sempit untuk kepentingan golongan minoriti mereka sahaja. Kita jangan biarkan diri kita menjadi pelapik-pelapik oleh sekumpulan ahli-ahli politik untuk mereka mencari kekayaan dengan menggunakan kita.

jangan jadi, selepas sekian lama, mereka semakin kaya, kita duduk takuk lama juga. semakin hari hidup semakin perit.

anon 5:05

Anonymous said...

Kita lupakan sebentar soal klinik 1M...Ini isu lebih penting!

Pada Julai 2007 media Singapura (Channel New Asia)telah melaporkan bahawa pada satu sidang media di Putrajaya, Tun Abdullah didakwa menyatakan bahawa "golongan yang mahu meninggalkan Islam patut dinasihati oleh pihak berkuasa agama, dan sekiranya tetap mahu menukar agama, patut dibenarkan berbuat demikian."

"Ini bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan. Untuk mereka yang tidak mahu menjadi Islam lagi, apa yang anda boleh lakukan?

"Jika mereka mahu tinggalkan Islam, apa yang anda mahu lakukan. Lebih baik anda biarkan mereka (tinggalkan Islam)," kata Abdullah seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Abdullah turut menggesa pegawai-pegawai agama agar memahami masalah dan rintihan golongan yang bercadang meninggalkan Islam.

"Saya selalu berkata kepada pegawai agama bahawa mereka perlu dengan rintihan (orang yang mahu meninggalkan Islam).

"Ada disebabkan mereka kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan disebabkan itu mereka mahu meninggalkan agama Islam?," soalnya, seperti dilaporkan.

Saya mintak Wan atau Kampun Man atau Ustaz Keria tolong komen...

Kutukandewata said...

salam semua,

bab akidah ni satu perkara yang amat penting.saidina abu bakar membunuh musailamah kerana murtad.

itu dulu.sekarang ni tak ada dah pemimpin islam di malaysia yang boleh diharapkan untuk mempertahankan islam kerana mereka lebih mementingkan kepentingan politik melebihi kepentingan agama.

kalau dah dia orang berkeras sangat lantaklah.kubur masing-masing.yang penting kita jaga diri dan kelurga kita dari terjerumus ke kancah murtad!

Kampong man said...

Salam pembaca yang saya hormati,

Kampong man rasanya tidak layak memberi komen kerana sabagai orang Islam di Malaysia kita tertakluk dengan undang undang Syariah dalam isu ugama begini.Yang pasti ia adalah akan menjadi satu liabiliti pada PKR.Jangan hairan Selangor jatuh balik pada BN walaupun kaum lain memilih DAP kali ini.

Saya ada membaca bahawa Tun Abdullah Badawi ada berkata "I have always said to the religious officers that they must listen to what their grouses are. Is it that they are disappointed with certain things that happened and because of that they want to leave the religion of Islam?"

Asked about the growing number of religious disputes dominating news headlines, he clarified that Muslims can leave the religion but they must first bring the matter to the state religious authorities.

Mr Abdullah says: "This is not something that cannot be done. It has happened before. Those who have decided to leave the religion for some reason, they don't want to be Muslims anymore, what can you do? If they want to leave the religion, what are you going to do?"

But he stressed that religious officers must offer counselling and find out what was behind the intention to renounce Islam.

Under Malaysia's Syariah law, it is the duty of religious authorities to determine whether a Muslim should be allowed to leave the religion or not.

Biarlah pihak berwajib menyelesaikan isu Nurul Izah ini.Kita harus berjaga jaga apa yang kita kata dan bertanggung jawab atas statement kita.PRU 13 sudah hampir.Pilihlah yang terbaik.Nurul Izzah dalam mpercubaan memancing undi kaum dan ugama lain menunjukan sifat KETERBUKAAN (Liberal)sesuai dengan kehendak masyarakat minoriti yang mahukan KEBEBASAN ala barat.

Kampong man takut pada perpecahan Melayu dan PM wannabe DSAI adalah saorang strategis yang bijak demi kuasa berbicara dipentas mana juga meyakini pendengar dengan bermuka muka.Baca pada apa yang DSAI katakan semasa dalam UMNO dulu dengan berbagai bagai QUOTES di akhbar tempatan pada tiap tiap hari .Beliau mengutuk PAS dan DAP itu dan ini.Ya,demi kuasa dan politik manusia boleh bertukar kulit.Wallahwuallam.

Anonymous said...

bro Kampongman,

"Biarlah pihak berwajib menyelesaikan isu Nurul Izah ini"

Inilah yang saya utarakan agar kita yang mempunyai pengetahuan yang tidak seberapa ini tidak mecampuri urusan ugama yang kita berapa arif.

Politik kepartian perlu ada batasnya.Soal ugama yang kita tidak arif usah dikaitkan dengan politik kepartian yang sempit. Ini nasihat saya selama ini baik kepada orang UMNO atau orang PAS atau orang PKR.

Banyak lagi isu-isu lain yang tidak menyentuh isu ugama yang kita tidak arif boleh diperdebat dan ditegak benang basah oleh pihak-pihak ini.

Dalam isu ugama, setiap yang salah atau betul tidak habis diruangan perbahasan diblog-blog sahaja. Kita kena bertanggungjawab di hadapan Allah di akhirat kelak. Takkan kita nak tunjuk autoriti kita menjadi ahli sesatu parti politik sebagai defense kita di hadapan Allah nanti sebagai satu imnuniti untuk kita mengatakan sesuatu yang tak betul mengenai ugama Allah!

Kedua, apa yang kita boleh belajar dalam isu mensensasikan isu Nurul Izzah ini untuk meraih sokongan politik sempit.

Kita kena sedar, kita hidup di dunia tanpa sempadan, di zaman maklumat dihujung jari dan maklumat bukan sesuatu yang ekslusif bagi sesatu pihak sahaja.

ramai yang terlupa dek kerana keghairah yang membabi buta, maklumat mengenai kenyataan Paklah yang disebut oleh kampongman diatas itu wujud.

kewujudan kenyataan Paklah telah mengubah kedudukan isu Nurul izzah yang disensasikan oleh sahabat-sahabat dan penyokong tegar UMNO. Kampongman pun sudah menukar nadanya.

maklumat terbaru dari jawapan Dato Jamil Khir di parlimen juga boleh menyebabkan senak perut kepada pihak yang mensensasikan isu Nurul izzah untuk kepentingan politik sempit.

Dato Jamil Khir dalam jawapannya di parlimen memaklumkan sebanyak 135 permohonan UNTUK KELUAR DARI ISLAM DILULUSKAN!...oleh siapa agaknya?

Dalam laporan malaysiakini, 865 permohonan untuk meninggalkan Islam telah diterima. Manakala 135 dari permohonan tersebut telah diluluskan.

So my advice to all, kampongman included - berhati-hatilah nak spin atau mensensasikan sesuatu isu terutama yang melibat ugama yag isunya kita tidak arif.

maklumat bukan milek peribadi sesuatu pihak sahaja. Kita spin sesuatu maklumat, orang boleh cari maklumat bertentangan.

Jadilah melayu yang hebat....bukan kaki spin atau kaki putar belit standard tadika. Saranan ini untuk semualah, baik orang UMNO, orang PAS atau orang PKR !

Anon 5:05

p/s: kampongman, to say DSAI tu pandai weave dan spin - itu adalah statement of a sore loser. You selalu dok spin semua isu all the times....hahaha

Kampong man said...

Salam anon 5.05,

Kampong man tidak pernah sehaluan dengan DSAI dan tidak boleh menerima beliau meneraju negara .Kenapa pulak Kampong man sore looser ?.

Amat mudah bagi Anon 5:05 kata KM spin issue all the time dah jadi macam gheng lama punya tune.

Bro Anon 5:05, saya boleh menerima orang yang konon macam neutral tapi pada mereka begini mereka tidak memperjuangkan apa apa hanya seronok to neutralise issue.Masih KM boleh menerima dan KM tidak fikir KM fanatik dan taksub hanya memberi pandangan sahaja.

"You selalu dok spin semua isu all the times..hahaha.."

ini adalah satu SWEEPING STATEMENT. Mempertahankan DSAi dan PR nampak.Maka tidaklah neutral nampaknya.Tak apa bro.KM masih boleh terima tetapi bukankah itu satu provokasi yang bersepah terdapat dalam blog bro Aspan dan Sakongkol ?.not very intellectual bro.Cubalah di sana.Mana pergi Batu Ronson,QD.Batu Giling dan juga ibn ismail dan siapa juga yang pro kerajaan di sana,hilang dan deleted kan ? kerana dek tuduhan macam sdra ni lah dan mereka lost interest .Sorry bro attack secara personal do not interest me.Salam and HAPPY DEEPAVALI to my Hindu friends here,if any.

@Nanti kaluau KM ada sikit duit kumpul nak beli juga Galaxy note 2 macam anon 5:05 tapi yang smartphone ini tak rosak.Biarlah dulu.Anyone know what slide rule is ? Anon 5:05 tau.Kalau tak tahu nanti KM beri tahu di halaman lain,bye.

Anonymous said...

kampongman,

Gheng lama pun jenis sekapal juga dgn bro, cuma bro kapal UMNO dan gheng lama kapal pakatan. saya tidak membeza-bezakan antara bro dan gheng lama atau sesiapa yang masuk kategori yang sama.

Let me rephase apa yang saya maksudkan dengan perkataan sore looser. sore loser ni kalau tang dia, dia boleh buta. Bila orang lain buat, dan buat lebih baik dari dia, dia mula komplen tentang orang itu.

Sore loser ni bukan jenis orang yang perpatah melayu kata: kalau takut bermain ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Soal saya kata bro pun kaki spin - terpulanglah kepada persepsi bro. orang tua pernah berkata, cerminan diri kita adalah pendapat atau pandangan orang lain. Kita tak nampak diri kita sendiri.

anon 5:05

Anonymous said...

Bro kampongman,

Cerita batu rondon, batu giling, QD hilang dari blog sakmongkol atau Aspan - bro bertanya kena deleted kot tu, l cant answerlah sebab saya bukan pemilek blog tersebut.

saya pun dah naik malas nak menjawab tentang hakk mutlak tuan blog ni sebab saya dah beri pendapat mengenai isu ini di blog ini juga. Try tulis something about UMNO kat blog rocky bru's kalau nak tahu kena delete atau tidak. jadi tak payahlah dok harping on petty issue macam ni.

My political inclination is my personal preference so as your and anybody else. Apa yang betul tetap betul, itu prinsip saya.

Dalam posting diatas saya menulis sesuatu yang baik untuk klinik 1 malaysia yang dibuka di jerantut? adakah ini menjadikan saya telah turnover kepada UMNO as you membayangkan saya menyokong Pakatan sebab saya sebut DSAI diatas? Camon le bro.......

am here to educate kita orang melayu bahawa politik itu bukan segala-galanya. Am here untuk mengalakkan kita orang melayu belajar berhujah menggunakan akal, meninggalkan stail lama ia itu berhujah pakai kepala lutut. I have no problem dengan sesiapa yang menyokong parti politik mana.

Sokonganlah tetapi jangan taksub membabi buta. Politik bukan ugama. Jadi ahli PAs contohnya, bukan tiket untuk masuk syurga terus.

saya mahu membuka mata orang kita, keadaan dan masa depan kita jauh ketinggalan berbanding dengan kaum-kaum lain....banyak lagi isu-isu yang lebih mendesak yang orang melayu perlu fikirkan demi masa depan dan kesinambungan bangsa selain dari bercakap politik sempit, selain bermain politik taksub membabi buta. bergaduh sesama sendiri seperti berperang salib sesama melayu!

saya ingin membuka minda kita orang melayu, sudah sampai masanya kita mengambil tanggungjawab dan menentukan untuk membina masa depan untuk kita dan anak cucu kita sendiri - bukan membiarkan diri kita diperkotakkatik atau diperkudakan atau dijadikan pelapik atau tangga-tangga oleh orang politik untuk memperkayakan diri keluarga dan geng-geng mereka. Mereka amkan ayam sedap-sedap, kita dapat bau je. Tak kiralah oarang politik dari UMNO ke, Pas ke, atau PKR ke.

Saya juga menentang orang-orang sebangsa dengan saya yang ingin menggunakan bangsa saya untuk kepentingan peribadi dan kelompok kecilnya.

Anon 5:05

Kampong man said...

Ok,thank you noted bro anon 5:05.

I think both of us has put our position right.Perhaps the real common ground would be we have NO interest in any politica positions and we do not depend on politics to survive,me at least NONE whatsoever but i speak loud about supporting the government though i very well know UMNO has to improve a lot to gain the rakyat support if they want to survive in the long term and i mean long term and i saw this transformations,all in one breath....how about that ? Cheers.


Anonymous said...

Bro kampongman,

We are both professionals in our respective fields and less wif good life outside the present political environment. We benefitted from the gomen policies in the past and because of that am trying to give back to our society or malay bretherens, in here, to chance their mindset, to think beyond just petty politics.

Nothing wrong being supportive of UMNO Bro. But do it responsibly, with dignity and dont make our malay bretherens espicially in kampongs political hostage or pelapik-pelapik usang.

anon 5:05

anon 5:05

Anonymous said...

Nampak gayanya pendekatan provogatif saya telah mendapat sambutan hangat drp sahabat saya KM dan Anon 5.05. Teruskan hujah anda...saya suka menatap serta menilainya.

Sebagai seorang profissional saya suka kpd hujah2 yg segar berteraskan fakta bukan emosi... Saya juga sedang merindui komen bernas drp pembahas2 tegar yg lain seperti Kutukan Dewata dll.

TQ
Mat Periba

Kampong man said...

Salam ,

Hampir dua tiga bulan KM tidak baca blog Jebat Must Die.Tajok terkini amat menarik "Di sini bumi ku pijak, di sini langit ku junjung " isu perlekehan kaum lain terhadap kaum Melayu.Siapa yang RACIS dan siapa yang yang CHAUVINIST dan siapa yang merendahkan martabat bahasa Melyu/kebangsaan ? dan apa pula kata Rejal Arbee.Harap dapat hayati bersama.TK.

Anonymous said...

Bro Kampongman dan pembahas sekalian,

"Di sini bumi ku pijak, di sini langit ku junjung " isu perlekehan kaum lain terhadap kaum Melayu."

Persoalan yang kita orang melayu kena tanya ialah mengapa kita diperlekehkan?

apakah kita akan diperlekehkan jika kita maju dan kehadapan dari kaum-kaum lain di negara ini dan setanding dengan bangsa lain didunia ini seperti bangsa jepun, korea dsbnya?

Saya amat berminat untuk mendengar pandangan sdra-sdra melayu kita mengenai isu ini. Minta pendapat orang UMNO, minta pendapat orang Pas, minta pendapat orang PKR dan minta pendapat orang atas pagar dll.

anon 5:05

Kutukandewata said...

salam semua.

aku selalu mimpikan nik aziz dan pemimpin pas lain duduk semeja bersama najib dan yang sama waktu dengannya.berbual sambil makan sirih dan makan ker0pok lekor.sambil itu bincang kepentingan melayu bersama-sama.ah!bahagianya aku.

kalaulah mimpi aku jadi kenyataan kaum lain tak akan berani angkat muka.

pas dan umno boleh membentuk kerajaan simple majoriti tanpa bantuan kaum lain pun.sepuluh pilihan raya pun kita akan terus memerintah.

ketika itu kita boleh benamkan rasis dong zhiong dan dap.tak perlu lagi layan sekolah vernakular yang memang menjadi punca longgarnya perpaduan.

kita boleh sekat puak gereja yang semakin galak menggunakan pemimpin melayu liberal membincangkan hal-hal islam dalam gereja.orang islam tak bincang pun hal-hal kepincangan kristian dalam masjid.jelas sekali gereja punya agenda memecah-belahkan umat islam malaysia.

inilah yang sebenarnya terjadi angkara melayu islam tak bersatu.

tapi mimpi aku itu separuh mustahil untuk menjadi kenyataan!!!

Anonymous said...

Kutukan Dewata,

Pihak yang mempunyai kuasa untuk menangani isu Dong Zong dan sekolah vernikular terletak sepenuhnya dibawah kerajaan pusat.

Jika ia masih menjadi masalah, maknanya kerajaan pusat tak tegas. Itu realitinya. Siapa kerajaan pusat tu hari ini?

Persoalan yang membuat sdra tak senang hati dan bermacam2 lagi itu sebenarnya satu masaalah kecil je. Pihak yang mempunyai kuasa kena tegas...persoalan sekarang kerajaan pusat tegas atau tidak? Kedua, kerajaan pusat tu dari puak mana?

Anon 5:05

Anonymous said...

Kutukan Dewata,

Saya tidak faham dimana keperluan dan kedudukan PAS dalam cadangan sdra. Selama ini, pasca penubuhan UMNO Baru, UMNO baru boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan PAS. Persoalan yang timbul, mengapa PAS menjadi penting kepada UMNO sekarang?

Kita kita meneliti dasar PAS dan UMNO, kita dengan mudah dapat melihat bahawa kedua parti itu tidak ada persamaan langsung dari segi asas dan perjuangan.

PAs menjadikan Islam sebagai asas dan dasar perjuangan, manakala asas perjuangan UMNO adalah nasionalisma melayu, tetapi sekarang sudah berubah menjadi pragmatisma ( apa yang menguntungkan UMNO, itulah dasar).

Melayu yang menjadi tonggak perjuangan UMNO tidak menjadi tongak PAS. Bagi PAS, bangsa tidak menjadi perkara pokok. Melayu dalam PAS hanya kebetulan sahaja kerana orang Islam di Malaysia dan wadah perjuangan politik PAS adalah di kalangan orang melayu yang berugama Islam.

Jika perkara yang menjadi asas kewujudan kedua parti ini sudah tiada titik pertemuan sudah tentu dalam perkara-perkara lain juga tidak akan ada pertemuan.

Waalaubagaimanapun, kerjasama antara PAS dan UMNO masih mempunyai harapan jika ia di letakkan diatas satu asas lain (ia itu bukan perjuangan Islam atau nasionalisma melayu) yang boleh diterima sebagai platform bersama.

Inilah juga asas politik PAS dalam menyertai Pakatan Rakyat. Ini juga yang menjadi asas kerjasama antara PAS dan DAP.Sebenarnya, asas kerjasama antara PAS-DAP boleh menjadi asas kerjasama antara PAS-UMNO.

yang tinggal adalah mencari apa kah asas kerjasama UMNO-PAS yang boleh diterima oleh kedua pihak. Jika menentang rasuah, pentadbiran yang telus, kedaulatan undang-undang dan seumpamanya dengan ertikata sebenar dijadikan asas, saya rasa ada kemungkinan kerjasama PAs-UMNO berlaku.

Kalau asas Islam( asas perjuangan PAs) dan melayu( asas perjuangan UMNO) - sorrylah, sdra tidak berpijak kepada realiti. Sdra hanya bermimpi sesuatu yang tidak mungkin terjadi, seperti mengharap pada suatu hari kucing akan tumbuh tanduk!!!.

Anon 5:05

ps: Diatas, saya ada menyebut bahawa perjuangan UMNO selepas 1988 adalah pragtisma. Selepas 1088, UMNO sebenarnya sudah tiada ideologi perjuangan yang khusus. Keputusan PRU 1990 dan selepasnya memaksa menggunakan pragmatisma sebagai landasan perjuangannya.

Sebab itu, bila keputusan PRu 1990 menunjukkan orang melayu di semenanjung telah menolak UMNO baru, mahathir membawa UMNO baru ke Sabah dimana rakyat majoriti adalah bumiputra bukan Islam. Atas dasar pragmatisma,ia itu kerana tuntutan/realiti semasa, UMNO baru telah mengubah keahlian parti dari Islam kepada bumiputra tidak kira melayu atau islam.UMNO baru bertukar menjadi Parti bumiputra.

Banyak lagi contoh-contoh boleh diberi untuk menunjukkan dasar pragmatisma yang diamalkan oleh UMNO baru untuk terus survive. seringkali kita dapat lihat pertentangan antara tindakan dan dasar yang dicanang dalam tindakan UMNO baru dalam senario politik mutakhir ini

Anonymous said...

Salam semua,

Di Malaysia setakat ini hanya UMNO sahaja yang dilihat bolih menjadi pelindung kepada orang Melayu dan Islam dan bolih disandarkan untuk menjadi penstabil politik. Ketidaksetabilan politik akan membawa bencana kepada Malaysia yang bersifat rencam dari pelbagai sudut. Gagal mengurus kerencaman ini bermakna menempah kemusnahan. 13 May 1969 boleh dijadikan peringatan bukan untuk menakut-nakut sesiapa. UMNO telah banyak membantu orang Melayu tetapi orang Melayu dan Islam sendiri nampaknya malas untuk mengubah perangai lama yang selesa dan mudah dipengaruhi dalam hal2 yang negatif dan remeh serta culas berfikir sehingga menjadikan mereka tidak 'produktif'. Paling malang selesa menjadi 'hamba' orang lain.

Sebagai teras pemerintahan Malaysia, UMNO tidak boleh memekakkan telinga dengan tuntutan kaum-kaum lain selagi tuntutan itu tidak tersasar dari peruntukan perlembagaan negara dan tidak keterlalaun.

Politik Malaysia banyak dipengaruhi oleh mainan persepsi dan tidak berpaksikan kepada realiti. Pemimpin-pemimpin politik berlumba lumba mencari populariti dan berpolitik sepanjang masa tanpa rasa jelak. Satu pihak menuduh pihak lawan sebagai pengamal kronisma, korup dan sebagainya untuk memperlihatkan betapa bobroknya lawan mereka. Sedangkan mereka sendiri lebih dahsyat sehingga soal2 pokok diketepikan. Pembohongan dan fitnah menjadi pakaian harian, sombong, bongkak dan riak seolah-olah Allah SWT itu bersifat tuli. Malah dalam soal aqidah Islam pun ada yang sanggup berdolak dalik.

Sebagai pertubuhan yang bersifat 'baharu', UMNO tidak akan kekal selamanya.Begitu juga dengan parti-parti politik lain. Yang kekal hanya Allah SWT. UMNO akan kekal relevan setidak-tidaknya kepada orang Melayu selagi UMNO tidak 'tersesat' dari perjuangan asal. Langkah UMNO membuka pintu kepada golongan berpendidikan tinggi dalam bidang Islam amat tepat. Mereka harus diberi peluang seluas2nya untuk meletakan UMNO seimbang dalam tuntuan ukhrawi dan duniawi.

Sebagai rakyat akar umbi yang masih boleh 'melihat' dengan jelas dan berfikir dengan rational saya hanya mengharapkan keamana Malaysia boleh dikekalkan. Pertukaran kerajaan belum tentu dapat menjamin 'kebahagian' rakyat.

Saya tidak nampak PAS akan pergi jauh dalam Pakatan Rakyat.Saya mengharapkan orang Melayu harus bertuka rmindset kepada masyarakat berbusiness kerana di situlah banyaknya punca rezeki .Salam.

Anonymous said...

Sdra Anon November 15, 2012 9:52 AM

1/2

Komen sdra adalah satu percubaan yang baik untuk mempertahankan UMNO, parti yang sdra sokong. Setelah membaca komen sdra, pada saya, tidak ada apa-apa yang baru dikemuka kecuali statement-statement umum sahaja yang tidak bersandarkan kepada apa-apa. Ia akan lebih memberi kesan sekiranya beberapa statement yang sdra kemukakan diulas dengan lebih jelas dan membawa penerangan berdasarkan fakta-fakta yang logikal. Oleh itu, maka jadilah ia sebagai statement-statement semata-mata, sama seperti statement : “Saya ada 10 buah kereta Ferari pelbagai jenis”. Statement mengenai Ferari ini hanyalah sekadar statement semata-mata, mungkin betul mungkin tidak dan orang akan berfikiran “ it is something not worth my time to even think about it”. Tetapi jika disertakan gambar ferari-ferari tersebut dan geran pendaftarannya sekali dan lain-lain maklumat yang relevan– ia akan menjadi satu fakta yang boleh disemak ,di ambil serious, boleh ditentukan kesahihannya dan mempunyai maklumat yang baik untuk difikir/dinilai, sekadar contoh.
Saya juga melihat terdapat percangahan yang fundamental dalam penhujahan sdra.

Percangahan yang saya maksudkan ialah:
“Di Malaysia setakat ini hanya UMNO sahaja yang dilihat bolih menjadi pelindung kepada orang Melayu dan Islam.....”

“UMNO telah banyak membantu orang Melayu tetapi orang Melayu dan Islam sendiri nampaknya malas untuk mengubah perangai lama yang selesa dan mudah dipengaruhi dalam hal2 yang negatif dan remeh serta culas berfikir sehingga menjadikan mereka tidak 'produktif'. Paling malang selesa menjadi 'hamba' orang lain.”

Beberapa lintasan fikiran timbul apabila dipadukan 2 statement diatas. Pertama, sebagai “pelindung kepada orang Melayu dan Islam”, UMNO gagal melakukan tanggungjawabnya sebagai pelindung orang melayu apabila “orang Melayu dan Islam sendiri nampaknya malas untuk mengubah perangai lama yang selesa dan mudah dipengaruhi dalam hal2 yang negatif dan remeh serta culas berfikir sehingga menjadikan mereka tidak 'produktifberapa fakta'. Paling malang selesa menjadi 'hamba' orang lain”.

Kegagalan ini disokong oleh beberapa fakta. Dalam satu kajian didapati 8 juta orang melayu dari 17 juta orang melayu keseluruhannya di negara ini mempunyai pendapatan kurang dari RM 1, 500 sebulan. 8 juta itu bermakna hampir ½ dari orang melayu kita! Orang melayu yang dilihat kaya selain dari yang terlibat didalam dunia perniagaan, mereka adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin UMNO!... sedangkan kerjaya politik dan dunia perniagaan adalah 2 bidang yang jauh berbeza.

bersambung....

Anon 5:05

p/s: saya tahu November 15, 2012 9:52 AM bukan sahabat saya, kampongman.

Anonymous said...


2/2 sambungan...

Kedua, kita lihat pencapaian orang melayu di bidang ekonomi. Walaupun DEB telah dilaksanakan dan sehingga kini UMNO menjadi pelindung melayu sejak 55 tahun, pencapaian atau penguasaan ekonomi orang melayu hanya 18%. Pencapaian dibawah pemimpin paling hebat UMNO ia itu Dr mahathir tak sampai pun 5% . 18 % itu pun sebahagian besarnya dipegang oleh institusi-institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan. Limpahan secara langsung kepada orang melayu secara pukal agak terhad kecuali kepada segelintir orang melayu yang tertentu sahaja yang berkait rapat dengan institusi-institusi tersebut.

Jadi, kegagalan UMNO menjadi “pelindung kepada orang Melayu” adalah jelas.Tengoklah apa bidang sekali pun, ambil contoh permit teksi sudah la. Siapa yang pegang permit-permit teksi yang disewa oleh pemandu-pemandu teksi melayu?. Massa melayu masih ketinggalan jauh dalam ekonomi dari unit paling asas lagi, ia itu ekonomi keluarga orang melayu seperti yang dibuktikan dengan angka 8 juta diatas. Yang maju dalam bidang ekonomi adalah pemimpin-pemimpin UMNO. Apabila seorang melayu mendapat jawatan sebagai pemimpin UMNO, dalam masa yang singkat kedudukan ekonominya berubah. Ahli-ahli biasa? Masing-masing fikir le sendiri!

Setakat ini dulu...saya ingin mengulas juga mengenai statement “pelindung kepada orang Melayu” apabila dikaitkan dengan sikap “tetapi orang Melayu dan Islam sendiri nampaknya malas untuk mengubah perangai lama yang selesa dan mudah dipengaruhi dalam hal2 yang negatif dan remeh serta culas berfikir sehingga menjadikan mereka tidak 'produktif'. Paling malang selesa menjadi 'hamba' orang lain.” Ini satu lagi kegagalan yang tragis....betul kah begitu?

Saya juga ingin menyentuh tentang persepsi yang dibangkitkan.

Anon 5:05

Anonymous said...

Sdra Anon 5.05,

Saya sekadar memberi satu pandangan dari kacamata saya dan anda semua boleh berdebat dan tidak bersetuju.

Anon 9.52

Anonymous said...

sdra Anon 6:04,

Terima kasih kerana bersikap terbuka mengenai komen saya kepada komen sdra. Tidak terlintas niat selain untuk berbincang dan expand skop perbincangan.

Saya harap saya berjaya membahaskan isu yang dibangkitkan tanpa menyentuh peribadi kerana isu dan peribadi adalah 2 perkara yang berbeza.

saya juga mengalu-galukan jika sdra ingin komen pendapat saya itu.Melalui perbincangan yang sihat ia sedikit sebanyak membawa kita memahami sesuatu isu itu melangkaui perspektif sendiri. ia mendedahkan kita kepada perspektif lain untuk melihat sesuatu isu itu.

terima kasih.

Anon 5:05

Anonymous said...

Salam Kutukan Dewata,

Mimpi saudara akan menjadi satu kenyataan selepas PRU ke 13 nanti. Didapati bahawa usaha-usaha dari pihak akar umbi khususnya daripada kedua parti-parti politik Melayu, PAS dan Umno akan terus bersuara mendesak pemimpin-pemimpin mereka untuk terus bermuzakarah. Kesedaran dan tujuan merapatkan saf untuk kepentingan Agama Islam dan bangsa Melayu adalah agenda yang ketara untuk kestabilan kuasa politik Melayu.

Dalam konteks landskap demokrasi yang sedia ada, Agama Islam adalah Agama Persekutuan yang telah termaktub dalam Perlembagaan yang mana Pas dan Umno saja yang boleh menjadi benting terakhir untuk mempertahankan apa telah termaktub. Justeru itu, kuasa politik Bangsa Melayu akan berkekalan memerintah di PersekutuanTanah Melayu ini selamanya. Kami yakin ini akan berlaku.

Dalam bab bangsa, Pas dan Umno adalah golongan Melayu. Dalam bab Agama Islam, Melayu-Melayu Pas dan Umno bersaudara dalam berkalimahkan Islam. Tali persaudaraan asas ini tidak boleh dinafikan. Yang menjadi masalah ialah pertikaian fahaman politik yang ada kaitan dengan kedegilan pemimpin-pemimpin yang telah menjadi batu halangan. Namun, kejahilan ini boleh mereka selesaikan berasaskan kepada tali persaudaraan yang sentiasa wujud lagi erat.

Persatuan ini adalah harapan kami. Kami menunggu dengan penuh insaf dan kesabaran kerana ia akan menjadi kenyataan selepas PRU ke 13 nanti. Travis

Kutukandewata said...

anon 5.05,
boleh tak senaraikan apa yang telah pas atau pkr buat untuk membela melayu dan islam dari dulu hingga sekarang.

saya menunggu pandangan bernas dari saudara.saudara seorang yang rasional dan profesional.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024