Thursday, November 22, 2012

Hadi Awang Presiden PAS Paling Pening Dalam Sejarah PAS?



" Some of the progressive have openly called for end to the ulama leadership of the parti". 

Tidakkah ini yang dilakukan oleh HarakahDaily?

Hadi nampak berhempas pulas untuk tidak mahu menampakan kelemahannya sebagai pemimpin tertinggi, beliau tercepit antara ulama dan gulongan progresif dan dalam keadaan ini kemalangan menimpanya satu demi satu menjelang Muktamar PAS dengan cabaran pluralisme dari anak Anwar Ibrahim Nurul Izzah, penyelewengan Harakah dan akhir sekali paling berat ialah Doa K.O meminta Firaun-Firaun UMNO dimunsnahkan.

Perbuatan itu yang dilakukan oleh adik Nik Aziz yang mewakili golongan taksub dalam PAS bukannya membantu Hadi tetapi merosakan Imej Hadi, mengingatkan kembali orang ramai terhadap Haji Hadi sebagai kepada Bapa Taksub yang memfatwakan kekufuran orang UMNO. Haji Hadi mahu supaya imejnya ini dilupakan dalam keadaan beliau mahu menunjukan diri sebagai pemimpin Order Baru PAS, sebagai pemimpin progresif .

Sesunguhnya tekanan yang dihadapi oleh PAS menjelang Pilihanraya Umum ke 13 bukannnya datang dari luar tetapi dari dalam parti sendiri dan dari rakan rakan parti Pakatan, dari kenyataan kenyataan pluralisme agama, penyelewengan Harakah ,Doa K.O, K.O yang besar kemungkinan akan membawa PAS kepada K.O. K.O.!


Agak sukar bila sebahagian pemimpin tertinggi PAS mahu sabotaj hasrat Dewan Ulama PAS mahu Hadi Awang menjadi PM ke 7 kerana lebih 'favour' kepada Anwar Ibrahim.

6 comments:

Unknown said...

PAS sekarang sudah dikuasai oleh orang-orang Anwar. Tak hairan kalau ada ahli kanan yang tolak Hj Hadi dan berpihak kepada Anwar.

Anonymous said...

UMNO sekarang masih dikuasai oleh orang2 Mahathir. Tak hairan kalau ada ahli2 kanan yg tolak Najib dan berpihak kpd orang2 Mahathir (Mahyuddin anak Yassin)

Anonymous said...

Zahid Hamidi sedang2 memasang sayapnya utk bergandingan dgn Mahyuddin anak Yassin bagi memusnahkan geng adik beradik yg 'lembik' Ha Najib-Hishamuddin. Angan2 beliau utk diangkat jdi TPM dan seterusnya PM telah menjadi resepi harian mimpinya. Masalahnya beliau 'fobia' dgn teori 'RAHMAN' serta kemunculan teori baru 'AHMAD'...

Anonymous said...

ha3333
belum lagi tawan putrajaya,utusan sudah canang siapa bakal PM samada DSAI atau Haji Hadi.Nama Najib dan Muhiyuddin dak tak senarai.Alamat awal Umno akan tewas.

Anonymous said...

Rasanya tidak mungkin UMNO mahukan perpecahan dalam parti yang pembangkang harapkan.Individu boleh bertukar ganti UMNO tetap disayangi oleh orang Melayu.
Bagaimana dengan petpecahan seriud antara anwarinas dan ulamak dalam PAS ?. Anwarinas mahukan negara Islam bukan satu agenda lagi.PR akan terus tewas nampaknya.

Kutukandewata said...

teori rahman bersambung.

namanya RAHMAN AL HAJ.

R- RAHMAN

A- ABDUL RAZAK

H- HUSAIN ONN

M- MAHATHIR

A- ABDULLAH BADAWI

N- NAJIB

A- ANWAR (PKR)

L- LIM GUAN ENG(DAP)

H- HUSAM MUSA(PAS)

A- AZMIN ALI(PKR)

J- JAUH PANGGANG DARI API.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024