Monday, October 20, 2014

DS Najib Lulus Peruntukan RM3 Juta Bina Masjid Baharu Ulu Cheka Jerantut


Ini model masjid baharu Kg Ulu Cheka kos pembinaan RM3 juta.

Walaupun seorang ADUN itu kewajipannya menjaga kawasannya itu tidak bermakna ADUN itu tidak boleh menolong menjaga kawasan DUN lain.

Seorang ADUN juga boleh buat kerja ahli parlimen jika mampu...

Ini WZWH bagi contoh ADUN Tahan. Walau dikawasannya telah lulus peruntukan:

  • Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 RM120 juta
  • Projek jalan Ulu Tembeling Fasa 2 RM300 juta
  • Lulus bajet 2015 Projek Jalan Ulu Tembeling-Terengganu RM500 juta
  • Projek Hidroelektrik Sg Tekai RM7 bilion
  • Projek menaiktaraf Jalan Sg Retang-Kuala Tahan RM26 juta
  • Projek Sturgeon RM150 juta
  • Projek perumahan generasi baru Felda. 426 unit di Felda Padang Piol. 400 unit di Felda Sg Retang.


Banyak lagi projek-projek kecil RM10 juta kebawah...

ADUN Tahan menolong mendapatkan peruntukan di DUN lain contoh di DUN Damak:

  • Lulus peruntukan Projek jalan lingkaran flyover RM150 juta
  • Lulus bajet 2015 menaiktaraf jalan kereta api dari Gemas ke Jerantut
  • Lulus peruntukan RM3 juta membina masjid baharu Kg Ulu Cheka
  • Projek membaiki jalan masuk Jerantut RM 2 juta


ADUN Tahan juga membantu mendapatkan peruntukan perumahan generasi baru di DUN Pulau Tawar:

Projek rumah generasi baru yang melibatkan kawasan tanah seluas 218 ekar bagi membina 1872 rumah

Adalah wajar boleh dikatakan ADUN Tahan sebenarnya adalah "ahli parlimen de facto" Jerantut.

Berbalik kepada posting WZWH bahawa DS Najib meluluskan peruntukan RM3 juta bina masjid baharu Kg Ulu Cheka.

Ini sejarah masjid Kg Ulu Cheka...



















Ini usaha untuk mendapatkan peruntukan membina masjid baharu Kg Ulu Cheka...



















Maka ini surat lulus peruntukan membina masjid baharu Kg Ulu Cheka...

























ADUN Tahan tetap berusaha keras mencari peruntukan baru di DUN Tahan ini lagi satu contoh...























Wednesday, October 15, 2014

Siapa Yang Lebih Berkuasa?




















Pengarah Jabatan Perikanan Pahang dalam Taklimat Sturgeon oleh Ketua-Ketua Jabatan  anjuran ahli parlimen Jerantut mengeluarkan kenyataan pada 30 September 2014 bahawa Jabatan Perikanan TIDAK PERNAH MELULUSKAN mana-mana permohonan spesies ikan sturgeon untuk dibawa masuk ke Pahang bagi projek perikanan di Kuala Tahan.

WZWH ulangi kenyataan itu pada 30 September 2014 di Dewan Penghulu Raja Kuala Tahan.


























Ini SURAT KELULUSAN permohonan untuk mengimport ikan sturgeon bagi projek penghasilan kaviar di bawah naungan Felda kepada Pengarah Besar Felda OLEH Ketua Pengarah Perikanan Malaysia SALINAN KEPADA terutama KEPADA Pengarah Perikanan Negeri Pahang pada 12 Jun 2014.

WZWH ulangi surat kelulusan pada 12 Jun 2014.


























Dari 12 Jun 2014 hingga 30 September 2014 ada 3 bulan 18 hari bahawa surat ini yang di salinan kepada Pengarah Perikanan Negeri Pahang ada di atas meja.

Bagaimana Pengarah Perikanan Negeri Pahang boleh buat kenyataan bahawa Jabatan Perikanan tidak pernah lulus projek sturgeon?!

Persoalannya siapa yang lebih berkuasa?

Syarat-syarat kelulusan:


Perawan Atau Janda?...Cita Citata



Tuesday, October 14, 2014

Pembangunan Sosio-Ekonomi Lipis Dari Kg Aur Gading Ke Kg Chegar Perah




WZWH cuba memberi posting tentang kebangkitan dan pembangunan Kuala Lipis. Agak sentimental kerana WZWH dilahirkan di Hospital Kuala Lipis 46 tahun yang lalu. Dulu perhubungan kereta api memudahkan perjalanan dari Kuala Lipis ke Jerantut selain jalan raya yang bengkang bengkok dari Jalan Jerantut-Benta-Kuala Lipis.

WZWH telah menulis posting Pembangunan Ekonomi Kuala Lipis  yang menerima sokongan yang baik dari orang Lipis.

Posting WZWH kali ini ialah pembangunan Sosio-Ekonomi Lipis dari Kg Aur Gading ke Kg Chegar Perah.

Pembinaan jalan ini akan memberi faedah kepada 4000 orang penduduk setempat serta akan menjadi laluan alternatif pengguna jalanraya daripada Gua Musang ke Raub dan Cameron Highlands yang mana akan mengurangkan jarak perjalanan sejauh 20 km.

Pada masa ini, Pekan Chegar Perah hanya boleh dihubungi melalui jalan darat dengan menggunakan keretapi atau jalan-jalan pertanian. Dengan pembinaan jalan ini ianya dapat meningkatkan aktiviti ekonomi dan pembangunan kawasan masyarakat setempat.

Pembinaan jalan ini juga dapat meningkatkan perhubungan ke pusat-pusat kemudahan awam seperti klinik kesihatan, sekolah rendah dan masjid serta dapat menyediakan perhubungan yang berterusan pada musim banjir.

Penantian 4000 penduduk sejak 50 tahun lalu berakhir apabila projek jalan raya dari Kampung Bukit Kota ke Aur Gading dalam DUN Jelai dan DUN Padang Tengku sudah siap. Projek bernilai RM35 juta sejauh 11.7 km itu dibina sejak 2008 siap mengikut jadual pada 2010.

Projek fasa pertama itu telah memacu pertumbuhan sektor pertanian dan pelancongan di kawasan Pahang Barat.

Fasa kedua projek itu yang menghubungkan Aur Gading ke Chegar Perah di DUN Padang Tengku disambung selepas selesai fasa pertama projek itu. Projek fasa kedua ini bernilai lebih kurang RM95 juta sejauh 16 kilometer.

Projek fasa kedua pakej 1 sejauh 5.5 km kos RM33 juta yang mula dibina pada 2011 siap pada 2013.

Projek fasa kedua pakej 2 sejauh 10.2 km kos RM61.6 juta pula akan mula pada Oktober 2014 dan dijangka siap 3 tahun lagi pada 2017.

Projek ini akan melengkapkan  rangkaian jalan dari Raub/Kg Cheroh ke simpang tiga ke Sg Koyan/Felda Sungai Koyan-Kg Bukit Betong-Kg Aur Gading-Kg Chegar Perah sehinggga ke Felda Chegar Perah.

Bukan sahaja projek ini membangunkan Pahang Barat merangkumi kemudahan jalinan jalanraya parlimen Cameron Highland, parlimen Raub dan parlimen Lipis bahkan parlimen Gua Musang Kelantan.

Adalah lebih patut WZWH lebih fokus kepada pembangunan parlimen Jerantut terutama di DUN Tahan. Walau pun DUN Tahan itu bergunung ganang berbukit tinggi demi keutamaan keperluan penduduk Ulu Tembeling dan masa depan jalinan jalanraya Pahang-Trerengganu, projek jalanraya perlu dibuat.

Itu sebab Projek Jalanraya Ulu Tembeling fasa 1 dari Kg Tuit ke Kg Pagi sejauh 21 km kos RM120 juta lambat siap sebab leveling bukit yang tinggi, contour dan KSAS dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2015.

Harap penduduk Ulu Tembeling bersabar kerana memang kerja-kerja jalan Projek fasa 1 ini begitu sukar.

Tapi bagi Projek Jalanraya Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang sejauh 32 km kos RM277 juta yang patut dimula pada 2014 hanya menunggu clearing hutan dari Jabatan Hutan Pahang.  3 tahun lagi projek ini dijangka siap.

Peruntukan tambahan diperlukan untuk membina jalan intra kampung-kampung Ulu Tembeling dan 3 jambatan  sebanyak RM150 juta lagi.

Bagi fasa seterusnya bagi Projek Jalan Pahang-Terengganu melalui Ulu Tembeling adalah terlalu awal untuk WZWH memberi ulasan. Projek ini bila siap dilaksanakan akan membuatkan bandar Jerantut lebih besar dari bandar Kuantan bila ledakan mega transformasi pembangunan sosio-ekonomi DUN Tahan mengubah ketidakseimbangan ekonomi.

Sakitnya Tuh Disini... ~ Cita Citata



Monday, October 13, 2014

Diplazium Esculentum (Pucuk Paku) Sepanjang Tebing Sg Tembeling Adalah Sumber Ekonomi Baru




WZWH suka makan pucuk paku. Sedap bila dimasak goreng kicap. Boleh dibuat masak kerabu dan lemak. Selalu bila makan kenduri di Tembeling, WZWH pilih menu sayur pucuk paku dulu. Pucuk paku mudah dipetik sepanjang tebing Sg Tembeling.

Ada pembaca blog WZWH kata orang Jepun suka makan pucuk paku. Mereka mula menanam pucuk paku buat jeruk. Harga sekilo jeruk pucuk paku ialah 14,000 yen lebih kurang RM420!

Di Korea pucuk paku boleh dibuat kimci macam jeruk. Mungkin harga sekilo kimci pucuk paku mahal juga.

Kita perlu commercialkan sebagai sumber ekonomi baru. Cadangan untuk  tanam pucuk paku berskala besar dan eksport ke Jepun dan Korea adalah baik.

Kenapa orang Jepun mahu makan pucuk paku Malaysia?

Article pasal pucuk paku dibawah menerangkan khasiat pucuk paku....

Paku sayur (Diplazium esculentum) merupakan sejenis pakis yang biasa dimakan sebagai sayuran oleh penduduk di Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik. Paku sayur ini biasanya tidak ditanam, melainkan tumbuh liar di tepi sungai, tebing-tebing yang lembab dan teduh, atau di hutan dan pegunungan.

Tumbuhan paku (paku-pakuan, Pteridophyta atau Filicophyta) merupakan kelazatan hidangan daun pakis atau daun paku terdapat komponen gizi yang mampu meningkatkan kekebalan tubuh, mempercepat proses penyembuhan luka, dan turut mencegah penyakit degeneratif. Bagaimana cara mengolah yang benar agar nutrisinya tidak terbuang?

Klorofil merupakan pigmen pemberi warna hijau pada dedaunan. Ciri khas dari pakis sayur adalah bahagian hujungnya tampak menggulung.

Bahagian pakis yang dimakan sebagai sayuran sesungguhnya adalah daun muda yang yang belum mekar secara sempurna. Kerana itu, untuk sayuran harus dipetik saat masih muda, supaya berasa enak dan bertekstur lunak.

Daun pakis dipercaya berkhasiat untuk MENYEMBUHKAN LUKA. Hal itu kerana kandungan vitamin C-nya cukup tinggi, yaitu 30 mg per 100 g. Fungsi vitamin C banyak berkaitan dengan pembentukan kolagen. Vitamin C diperlukan untuk hidroksilasi prolin dan lisln menjadi hidroksiprolin dan hidroksilisin, yang merupakan bahan penting dalam pembentukan kolagen.

Kolagen merupakan senyawa protein yang mempengaruhi integriti struktur sel di semua jaringan ikat, seperti pada tulang rawan, membran kapiler, dan kulit. Dengan demikian, vitamin C berperanan besar dalam penyembuhan luka.

Daun pakis yang berwarna hijau gelap kaya akan betakaroten. Di dalam tubuh, betakaroten akan dimetabolisme menjadi vitamin A. Kandungan betakaroten dalam daun pakis setara dengan 432 RE vitamin A.

Betakaroten ini berperanan dalam mengatur proses metabolisme di beberapa jaringan tubuh. Selain itu, betakaroten juga mengatur kerja gen-gen yang terlibat dalam sistem imuniti, sehingga dapat membantu meningkatkan KEKEBALAN TUBUH / IMUNITI terhadap berbagai penyakit, khususnya PENYAKIT INFEKSI.

Daun pakis juga dipercaya berkhasiat mencegah penyakit REUMATIK. Hal itu kerana adanya kandungan kalsium dan fosfor yang cukup tinggi, yaitu masing-masing 42 mg dan 172 mg per 100 g daun pakis.

Kalsium dan fosfor merupakan mineral makro yang diperlukan untuk pertumbuhan, pembentukan, dan pemeliharaan KESIHATAN TULANG.

Flavonoid sebagai antioksidan dapat mencegah munculnya penyakit yang ditimbulkan oleh radikal bebas. Contohnya, penuaan dini, KANSER, dan berbagai penyakit degeneratif lainnya.

Sebagai ANTIBAKTERIA, flavonoid bergabung dengan protein ekstraseluler dan membentuk senyawa kompleks. Senyawa kompleks tersebut menganggu integriti membran sel dan menghambat pertumbuhan sel-sel bakteria. Peranan antibakteria tersebut dapat digunakan sebagai bahan pengawet.

Hikayat Emas, Timah dan Besi Pahang Darul Makmur.



Beribu tahun sejak abad pertama lagi emas, timah dan besi menjadikan Pahang makmur dan kaya.

Di bawah bumi negeri Pahang ini bertaburan banyaknya emas, timah dan besi. Hikayat emas, timah dan besi menceriterakan sumbangan galian ini memakmurkan Pahang.

350 juta tahun lalu perut bumi menuntahkan isi perutnya, 260 juta tahun kemudian batu panas ini terperangkap di bawah negeri Pahang.

Tujuannya untuk Pemerintah dan pemimpin Pahang dari zaman berzaman mengunakan manfaatnya untuk membangunkan negeri.

Tujuannya untuk pelombong, pengusaha dan korporat menggunakan keuntungan untuk memberi kebaikan kepada masyarakat.

Bandar-bandar baru dibina. Peluang pekerjaan untuk ribuan orang. Kemudahan api, air, sekolah, hospital, perniagaan, jalinan pengangkutan jalan raya, kereta api, air dan laut.

Ekonomi berkembang. Rakyat suka dan gembira.

Bila harga getah jatuh...harga sawit jatuh...rakyat tidak gembira...rakyat (bukan semua) marah kepada kerajaan. Sebaliknya bila getah naik...harga sawit naik tidak pula rakyat memuji kerajaan.

Begitulah rakyat sekarang....sebab rakyat sudah jadi raja.

Kerajaan kena puaskan hati rakyat (yang sudah jadi raja).

Apa kerajaan buat untuk kebaikan rakyat itu rakyat sekarang anggap biasa...rakyat kata kami bayar cukai...(walaupun sebenarnya ramai mengelak cukai).

Bila rakyat susah kerajaan kena beri ufti sedikit. Rakyat sekarang sangat sensitif. Salah sikit mahu demonstrasi...ini negara demokrasi.

Kerajaan pun tidak mampu menanggung semua. Tidak tersubsidi untuk semua. Bila dikurangkan sedikit subsidi, rakyat marah walau saving subsidi itu boleh kerajaan buat benda lain.

Bila kerajaan cuba mencari sumber ekonomi baru ada rakyat yang tersangat pandai menentang tambah lagi ada pemimpin yang menyokong.

Ekonomi perlombongan emas, timah dan besi boleh membantu. Tapi ada cabarannya dan pusingan kitaran zaman kegemilangan dan zaman kemunduran.

Harga stabil dan tinggi bagus...harga jatuh dan menjunam mampus!

Pengurusan kena cekap dan berkesan. Kebajikan pekerja dijaga. Minimakan kerosakan alam sekitar.

Itu belum kira bencana alam-banjir, api kebakaran dan konflik kemanusiaan-perang, perang gerila dan wabak penyakit.

Tapi perang global kadang-kadang boleh menaikan harga yang meningkat permintaan.

Jika harga memang jatuh...tidak mengapa simpan saja dulu emas, timah, besi buat pemerintah, pemimpin dan pelombong serta korporat Pahang akan datang...buat anak cucu cicit.

Sampai masa ketikanya harga akan naik...dan meningkat naik.

WZWH banyak menulis posting tentang emas dan besi. Sila klik posting SINI  yang menghimpun segala posting WZWH.

Bagi timah pula sejak 100 tahun dulu pengeluaran yang ekstensif berskala besar telah memakmurkan Daerah Kuantan hinggalah zaman kemerosotan bila harga timah jatuh menjunam. Tapi harga sekarang timah makin mahal.

























Lombong timah Sg Lembing adalah lombong bawah tanah terbesar dan terdalam dalam dunia dengan kedalaman 700 meter 2 kali ganda lebih tinggi dari Menara Kembar Petronas KLCC dan bila disatukan semua terowong sepanjang 322 km.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...