Nuffnang Ads

Pages

Saturday, July 27, 2013

Pembangunan Ekonomi Kuala Lipis


Kuala Lipis adalah parlimen paling setia dalam negeri Pahang. Tidak pernah kalah. Semangat UMNO dan BN kuat mungkin kerana dulu Pahang Barat yang merangkumi Bentong, Raub, Kuala Lipis dan Jerantut adalah tempat UMNO mula bertapak di Pahang.

Kuala Lipis yang dibangunkan sebagai pusat pentadbiran Pahang pada 1898 kerana kaya dengan perlombongan mineral emas, timah dan besi, perladangan dan hasil hutan dari tradisi kolonial Inggeris.

Bila ekonomi dan kepentingan strategik Kuala Lipis merosot maka pada 1955 ibu negeri Pahang dipindahkan ke Kuantan. Bandar Kuala Lipis yang dikatakan jalan mati menambah parah tertinggalnya Kuala Lipis dari arus pembangunan.

Namun sokongan pengundi Kuala Lipis tetap utuh kepada UMNO dan BN. Mungkin legasi semangat kepahlawanan dan Orang Besar Kanan Pahang- Maharaja Perba Jelai @ Tok Raja buat akar umbi setia kepada pemerintah.

WZWH cuba memberi posting tentang kebangkitan dan pembangunan Kuala Lipis. Agak sentimental kerana WZWH dilahirkan di Hospital Kuala Lipis 45 tahun yang lalu. Perhubungan kereta api memudahkan perjalanan dari Kuala Lipis ke Jerantut selain jalan raya yang bengkang bengkok dari Jalan Jerantut-Benta-Kuala Lipis.

Pada akhir tahun 80an dan 90an beberapa jambatan telah dibina merentangi bandar Kuala Lipis dan kampung-kampung. Pembinaan jambatan merancakkan lagi ekonomi Kuala Lipis.

Jalan raya Kuala Lipis-Merapoh-Gua Musang, Jalan raya Jerantut-Kuala Tembeling-Kuala Lipis, Jalan raya Kuala Lipis-Felda Kecau Tui, Jalan raya Bukit Betong-Aur Gading-Cegar Perah, Jalan raya Relong-Merapoh, Jalan raya Cameron Highland-Kuala Lipis, Jalan raya Raub-Benta-Kuala Lipis, Jalan raya Bentong-Kuala Lipis kemudian dibina.

Jalan-jalan ini yang sudah siap, hampir siap, dinaiktaraf dsb ini membantu lagi pertumbuhan ekonomi Kuala Lipis.

Sila klik senarai Projek Pembangunan KKLW di Kuala Lipis setakat 24/4/2011 yang berjumlah RM152 juta.

Konsep ‘Perbandaran Bertumpu’ akan mempertingkatkan Bandar Kuala Lipis selaras dengan peranannya sebagai Pusat Separa Wilayah. Fungsinya sebagai Pusat Pentadbiran Daerah serta Pusat Perniagaan dan Perkhidmatan Utama daerah ini akan di perkukuhkan melalui pelbagai strategi pembangunan antaranya adalah:

  • Pembesaran dan penambahan kawasan perumahan, perniagaan, kemudahan masyarakat, institusi dan industri di Bandar Kuala Lipis dan kawasan persekitarannya
  • Pembesaran Bandar Baru Kuala Lipis
  • Pembangunan Bandar Institusi IPTA Kuala Lipis
  • Peningkatan kemudahan Infrastruktur dan utiliti bandar
  • Pengkhususan kawasan promosi perbandaran

Konsep ‘Pembangunan Koridor Terkawal’ pula memberi tumpuan kepada pembangunan spatial daerah yang menekankan kepada 3 koridor pembangunan iaitu:

* Koridor Utama (Koridor Kuala Lipis – Benta, Koridor Kuala Lipis – Padang Tengku dan Koridor Kuala Lipis- Kerambit)

* Koridor Sekunder (Koridor Padang Tengku – Sungai Koyan, Koridor Kuala Lipis-Kechau dan Koridor Merapoh)

* Koridor Baru (Koridor Kuala Lipis – Jerantut – Kemaman, Koridor Kuala Lipis – Kuala Ketir – Padang Tengku dan Koridor Kuala Medang –Chegar Perah – Merapoh)

Antara aspek utama konsep ini adalah:

  • Peningkatan tahap perhubungan antara pusat petempatan melalui rangkaian jalanraya dan jalan keretapi.
  • Penambahbaikan kemudahan infrastruktur pelancongan eko dan agro di sepanjang koridor utama dan sekunder
  • Pengekalan kawasan pertanian perladangan dan pertanian bercampur
  • Kepelbagaian aktiviti industri khususnya aktiviti indusri ringan, perkhidmatan dan IKS
  • Pengekalan Kawasan Sensitif Alam Sekitar dan Kawasan Hutan Simpan

Kawasan seluas 245 hektar berdekatan Bandar Baru di seberang Sungai Lipis dicadangkan bagi pembangunan bandar baru kedua Kuala Lipis. 

Antara projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan itu ialah projek perumahan rakyat, premis perniagaan, kawasan industri ringan, kompleks sukan, taman awam dan reakrasi. 

Kawasan itu berhampiran FELDA Gugusan Kecau dan apabila dibangunkan kelak, sudah tentu akan memesatkan ekonomi penduduk sekitarnya.

Kuala Lipis bakal menjadi hab pendidikan berasaskan keusahawanan dan teknologi tinggi sekiranya perancangan pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah ini dapat direalisasikan.

Kerajaan negeri sudah pun menyediakan tapak untuk pembinaan IPT itu di Bukit Sarang, berdekatan Jalan Lipis - Merapoh.

Lipis sudah mempunyai sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang menerima penuntut dari seluruh negara.

Dua pusat pendidikan itu banyak membantu melonjak pembangunan di bandar Kuala Lipis dan kawasan berdekatan,

Cadangan bidang pengajian yang berkaitan dengan daerah ini seperti perhutanan, geologi, kejuruteraan, pelancongan dan beberapa bidang lain.

Ini bagi melahirkan lebih ramai pakar termasuk usahawan di bidang berkenaan terdiri daripada anak-anak tempatan termasuk Orang Asli untuk bekerja di sektor kerajaan, perlombongan emas dan pembangunan usahawan berasaskan pelancongan dan pertanian.

Kuala Lipis memang sesuai sebagai destinasi pelancongan kerana di sini terdapat monumen dan artifak bersejarah dan menjadi transit pelawat yang berkereta api ke Kelantan, Thailand dan Taman Negara Kuala Tahan

Pelawat juga berpeluang singgah di Taman Rimba Kenong, Hutan Simpan Kemahang, Kuala Medang, Merapoh, Empangan Jaleh dan Hutan Lipur Terenggun yang kaya dengan flora dan fauna di samping menikmati keindahan alam semulajadinya.

Keindahan hutan dara, sungai, perkampungan Orang Asli di Betau, Temetong, Bencah Kelubi, Lanai dan binaan peninggalan British berjaya menarik seramai 100,000 ke Lipis pada tahun lalu. Penemuan lebih 500 gua-gua menambah lagi daya tarikan pelancong.

8 comments:

Anonymous said...

terbaik bro ..teruskan menulis tetang lipis. :)

Anonymous said...

orang lipis memang pelik,tak nampak sumber byk di daerah diaorang tp bndar mcm koboi juga,letak cina pun dema undi juga,letak orang2 jadi calon pun dema tetp undi juga,keh,kehkeh,lipis yang mundur

Quiet Despair said...

Good article on Lepih, Bro. Kampung Aki kaeh. Yalah kita oghang setia BN sebab sedarapun semua orang UMNO dan jadi MP sana.
Makes me want to visit there. Lama tak pergi.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Tq bro QD lama tak jumpa...

Anonymous said...

Terima Kasih bagi menyedarkan wakil rakyat Lipis. Harap WZWH teruskan berita sensasi untuk Lipis. Semoga daerah Kelahiran PM Najib terus membangun sama taraf dengan Kuantan dan Pekan. Kalau Pekan bekas Ibu Negeri Pahang apa kurangnya Daerah Lipis yang semakin malap.

Anonymous said...

Ha ha ha..Che Wan..

Untuk dema yang kate orang lepeih suka ngundi Cina..tu salah...

Sebab MCA hanya pegang dua penggal kat Lepeih...Penggal pertama..mejoriti turun...Penggal Kedua cuma Majoriti tinggal 5000 aje...walaupun Kang Chong Koi(menteri kanan MCA) yang tanding..Sebab kalau Masuk MCA untuk penggal ke tiga..gerenti Lingkup Parlimen Lepeih...ha ha ha..

Kita kalo menegor biar berhemah..jangan nanti, Ayanm terlepas, tangan bau taik...ha ha ha.

Anonymous said...

Hidup ameno de lepih
Mundor sampai ke sudoh ekekeke

Anonymous said...

pahang hanya ada dua daerah yang betul2 dikategorikan sbg bandar iaitu kuantan dan temerloh.jauh beza dgn negeri lain yg bnyak.bile lah agaknya lipis ni nak maju.harap kerajaan negeri take note tentang pmbangunan lepeh ni dan juga daerah lain.