Friday, July 5, 2013

Ucapan ADUN Tahan Menghidupkan Keceriaan Sidang DUN Pahang



















Dato' Wan Amizan ADUN Tahan mencuri tumpuan Sidang Dewan DUN Pahang penggal pertama selepas PRU 13. Dari 18 ADUN yang berucap mewakili kerajaan dan pembangkang bagi membahaskan titah perasmian Diraja, ucapan ADUN Tahan menghidupkan keceriaan Sidang DUN dan menarik minat MB, EXCO dan ramai ADUN tidak kira dari kerajaan dan pembangkang berminat untuk mencelah.

ADUN Tahan memulakan ucapan dengan mengucapkan tahniah kepada kerajaan BN kerana berjaya menang 2/3 PRU 13 di Pahang.

Ucapan terimakasih kepada pengundi DUN Tahan yang memilih beliau sebagai wakil rakyat. Jutaan terimakasih dirakamkan kepada SPR yang bertungkus lumus menjayakan PRU 13.

ADUN Tahan kecewa dengan mainan manipulasi keputusan PRU 13 oleh pembangkang. Isu dakwat kekal yang lebih diutamakan daripada kertas undi yang sebenar.

Beliau menceritakan beberapa susahnya pegawai-pegawai SPR komited menjalankan tugas. Sebenarnya keputusan di peti undi telah diketahui lebih awal kerana ke setiap wakil calon yang ada boleh mengesahkannya.

Undi popular digambarkan oleh pembangkang bahawa kemenangan BN yang menguna pakai sistem Westminster selama 13 PRU itu tidak sah.

ADUN Tahan memuji kematangan pembangkang Pahang kerana boleh menerima keputusan PRU 13. Tiada partition oleh kerajaan dan pembangkang mempersoalkan kemenangan mana-mana DUN di Pahang.

Beliau mahu Menteri Belia Dan Sukan memperjelaskan isu sukan popular dan penajaan. Umpamanya bola sepak ini sukan popular rakyat maka penajaan perlu ditambah bukan dikurangkan.

Menyentuh isu ekonomi, ADUN Tahan menyatakan usaha kerajaan negeri telah nampak hasil. Kerajaan negeri berani membuat keputusan menyokong pembinaan empangan hidroelektrik Sungai Tekai bagi membekalkan tenaga kepada negara.

Begitu juga sokongan kerajaan negeri terhadap 'alternative renewal energy' .

Menyentuh isu kesesakan jalan raya di Cameron Highlands dan Bentong-Raub, ADUN Tahan mencadangkan pembinaan jalan pintas dan jalan alternatif di tanah tinggi Gunung Benom.

Bagi pelombongan besi, bijih besi lebih bernilai jika diproses di dalam negeri dulu menjadikan semi produk untuk dieksport.

Rizab besi di Daerah Jerantut dan Kuala Lipis berpotensi dibuat tapak memproses bijih besi.

Begitu juga minyak kelapa sawit tidak digalakkan dieksport secara bahan mentah kerana  dari minyak kelapa sawit boleh dibuat barang kosmetik, bahan makanan dsb. Syarikat LKPP perlu JV dengan Felda bagi menambah added-value kepada minyak kelapa sawit.

Menyentuh DUN Tahan, beliau mengucapkan terima kasih kepada DSD MB Pahang kerana membantu mendapatkan peruntukan RM120 juta bagi pembinaan Projek Jalan Ulu Tembeling yang kini 90% hampir siap.

Begitu juga Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 2 dan fasa 3 terus ke Terengganu disokong oleh kerajaan negeri.

Berkenaan kelulusan permohonan tanah seperti yang dijanjikan oleh DSD MB Pahang sebelum PRU 13, maka kelulusan tanah yang terpaksa rakyat menunggu selama 15 tahun diluluskan oleh MB Pahang.

Klinik Kesihatan janji 3 penggal untuk dinaik tarif perlu lebih diutamakan di Felda Padang Piol. Beliau mengucapkan terimakasih kepada Felda Padang Piol kerana memenangkan beliau.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang cepat mengeluarkan peruntukan bina jambatan dan jalan Sungai Yap yang boleh menjimatkan perjalanan sejauh 21km kepada 3 km sahaja.

ADUN Tahan menyokong DSD Adnan Yaakob sebagai Ketua Kerajaan Negeri Pahang. Beliau berharap ahli-ahli YB Pahang menyokong penuh dan padu kepimpinan DSD Adnan Yaakob sebagai MB Pahang.


14 comments:

Anonymous said...

TAK JADI KE ADUN TAHAN NAK LETAK JAWATAN KERANA GAGAL DILANTIK JADI EXCO KERAJAAN PAHANG? NAK JUGA MERASA PRK DI DUN TAHAN...KIKKIKKIK

Anonymous said...

Cakak bodo

Anonymous said...

Balek dari cakak Lundon pakit bajo kok pulak

Anonymous said...

1 malaysia tahu YB adun tahan takdok spm.....hohohooo

Unknown said...

duduk dlm hutan la woi ...ank jantan ke betina oak semua ni .setahu org betina je kuat mengumpat memfitnah org ni ...

usin gampang said...

ada ijazah berjela-jela kalau otak berkarat pun tak guna.ramai dah orang yang cerdik jadi pemimpin umno tapi tak ke mana pun sebab tak bijak sana.
cerdik tak boleh dikut.

kama baria orag paling cerdik dalam pahang pun sepenggal aje sebab lemah dalam politik.

presiden amerika 4 orang tak ada ijazah.amerika maju jugak.

ijazah hanya sekeping kertas,pengalaman hidup dan ikhtiar hidup lebih penting.

anon yang kutuk orang tak ada spm tu pun tak ke mana juga hidupnya.jadi kaki umpat orang aje yang pandai.kalau cerdik sangat benda awok dah buat untuk majukan jerantut.orang cerdik pandai dalam jerantut ni benda dia orang dah buat memajukan jerantut.
orang bodoh macam lim ah chap juga yang memajukan jerantut.

sapa pemimpin jerantut yang cerdik?
senaraikan jasa dia orang!
yb hj nazlan orang cerdik.kita tengok aje benda dia bawak ke jerantut ni.

Anonymous said...

orang jerantut yang kuat mengata dan mengumpat dompok pun tak sedang mana cerdiknya.paling tinggi spm aje.itu pun gred 3.
orang yang cerdik dan berakal tak mengumpat dan fitnah orang.orang bodoh aje yg rajin buat keje gitu.
hidup pun bangsat juga!

Anonymous said...

wan amizan walaupun tidak bersekolah tinggi tapi banyak idea yang bernas dan mengagumkan ramai orang, kalau dia belajar tinggi tak tau lah macam mana

Anonymous said...

projek jalan ke ulu tembeling dah 90% hampir siap????!!!!...awok bior betul zurik...kalu dah 90% , takde dah ler kete org ulu tembeling park kat rmh. pak itam tu...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Fasa 1 Kg Tuit ke Kg Pagi hampir siap 90%. Cer try drive Kancil sure lepas..

Unknown said...

Yup betul , smlm clubdon and member berada di mat daling bersama pegawai ICU ( pembangunan luar bandar ) jabatan perdana menteri terkejut ada melihat sebuah kereta kancil kg tersebut . caya lah dan terbaik dato wan Amizan ke kerana baru sepenggal sahaja dah mcm2 pembangunan yang beliau bawa .

Anonymous said...

itu kancil tipu tipu rusa...

Anonymous said...

komen dalam ni wzwh yang tulis... Diorang ni pengkianat umno..buang je ahli memalukan ahli umno sahaja

Anonymous said...

Aku nak tanya macai PAS...
betol ke pas berjaya resapkan islam dalam diri korang? Aku tgk macai pas pun kaki no eko kaki pmpn kaki club mcm2 la bnde dosa besar..,
Berbeza dgn UMNO,,, umno berjaya resapkan jati diri melayu smpai kuat semangat melayu dalam stiap pengikut UMNO

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024