Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, July 24, 2013

Keputusan PRK DUN Kuala Besut Dan Kekesalan Pengundi Cina Tidak Menyokong BN parlimen Temerloh Petanda UMNO Semakin Pulih!



Kemenangan calon BN PRK DUN Kuala Besut dengan majoriti yang lebih besar mengalahkan calon PAS adalah bukti bahawa orang Melayu terutamanya memang menolak PAS dan masih menaruh harapan kepada UMNO.

Walau pembangkang mengatakan bahawa BN berjanji projek-projek bernilai lebih setengah bilion namun dalam PRK yang istimewa bila mana kedudukan boleh jadi 16-16 jika PAS menang dan jika rakyat Terengganu mahu perubahan memang kemenangan boleh berpihak kepada PAS dan setengah bilion itu cuma janji-janji enak pilihanraya sahaja.

Namun rakyat Kuala Besut lebih percaya kepada UMNO dalam memerintah Terengganu. Keputusan PRK Kuala Besut adalah isyarat bahawa UMNO sudah mula bangkit dan pulih.

Perkembangan terkini hasil kajian UMcedel (Pusat Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya) menunjukkan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah tewas di kerusi parlimen Temerloh akibat perubahan pengundi Cina yang termakan pujukan anak mereka untuk menuntut perubahan dalam pentadbiran kerajaan.

Masyarakat Cina beranggapan bahawa Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya. Pengundi diyakinkan dengan slogan Ubah dan itu sebabnya mereka mengundi calon PAS. Ada juga yang kata, mereka perlu mengikut apa yang anak mereka mahu.

Kerusi itu pada dasarnya adalah kawasan selamat untuk Barisan Nasional kerana ia merangkumi dua kawasan penempatan Felda dan kem tentera. Saifuddin tidak sepatutnya kalah.

Ramai pengundi menyesal kerana tidak mengundi Saifuddin selepas BN kembali ke tampuk kuasa.

Saifuddin berjaya menerima 27,197 undi sementara calon PAS, Nasaruddin Hassan Tantawi menang dengan undi 28,267 undi.

Pengundi muda, kebanyakannya yang tinggal di luar daerah pulang untuk membuang undi memilih Nasaruddin yang memperolehi 1,070 majoriti.

Pembangkang juga memenangi dua daripada tiga kerusi di kawasan parlimen itu.

Jumlah pengundi yang ditemubual untuk kajian selama tiga hari bermula 31 Mei itu ialah seramai 850 responden.

Temerloh dipilih sebagai kawasan kajian kerana kerusi itu merangkumi pengundi pelbagai kaum iaitu 64 peratus pengundi Melayu; Cina (24 peratus), India (9 peratus) dan lain-lain (3 peratus).

Kajian mendapati penerimaan masyarakat terhadap Saifuddin adalah lebih baik kerana kira-kira 60 peratus pengundi sebenarnya tidak mengenali calon PAS berbanding Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno itu.

Saifuddin pula percaya 7,000 pengundi dari luar pulang ke kampung halaman di Temerloh untuk mengundi dan keadaan itu menyumbang kepada kekalahannya.

Saifuddin lebih percaya kepada propaganda pembangkang yang faktor 4C iaitu corruption (rasuah), cronysism (kronisme), crime (jenayah) dan cost (kos) kehidupan yang menyumbang kepada kekalahan beliau!

Saifuddin yang terkenal dengan "Teori Politik Baru" berkata, budaya politik semasa yang berpaksikan kepada bangsa dan agama juga patut berubah. BN perlu jadi parti tunggal berbilang bangsa.

Manakala pandangan ahli politik konservatif UMNO berpendapat bahawa jika ahli parlimen itu rajin buat kerja dan ada program serta betul dan kena strateginya tidak ada sebab kenapa calon ahli parlimen UMNO boleh kalah.

Walaubagaimanapun BN perlu merangka strategi untuk mendapatkan semula sokongan masyarakat Cina dan ini akan dibincangkan di bengkel BN yang akan diadakan tidak lama lagi.

Kesimpulannya jika hasil kajian UMcedel boleh diterima pakai dan keputusan PRK Kuala Besut merupakan petanda UMNO semakin pulih.

5 comments:

Anonymous said...

Kekalahan utama saifuddin adalah tidak menunaikan janji kepada masyarakat untuk membawa IPTA ke Temerloh. Itu antara faktor kehilangan majoriti undi orang Melayu kepadanya.Tambahan pula sikapnya yang "pro pembangkang" rakyat dah bijak, daripada mengundi calon BN yang "pro pembangkang", lebih baik undi pembangkang terus! Kalau Saifuddin berhajat nak bertanding lagi PRU14, dan kalau BN nak menang di Temerloh, pastikan:

a) bawa masuk beberapa projek mega ke Temerloh untuk kemudahan masyarakat seperti mewujudkan peluang pekerjaan. Jangan hanya fokuskan Kuantan dan Pekan yang membuatkan rakyat jadi jelak atas ketidakseimbangan pengagihan projek dalam negeri Pahang.

b)projek2 yang sudah dijanjikan seperti pembinaan jambatan baru dan masjid daerah baru disegerakan.

c) paling kritikal, bawa masuk IPT seperti dijanjikan. Dirikan cawangan UIAM, UiTM, Institut Perguruan, Kolej Matrikulasi, Politeknik, MRSM dan SPB. Temerloh dahagakan pusat kecemerlangan ilmu.

d) tingkatkan kemudahan kesihatan seperti mewujudkan hospital2 swasta. Di daerah yang besar seperti Temerloh tiada Hospital Swasta, pelikkan? Kemudahan perubatan 24 jam (selain hospital kerajaan) juga tiada di Temerloh.

e) perbanyakkan pusat tumpuan pelancongan seperti Taman Tema, muzium, zoo, kompleks membeli-belah dan lain2.

f) Perbanyakkan rumah mampu milik.

Dengan terbinanya kemudahan yang dinyatakan, pastinya PRU 14 milik BN walau siapapun calon yang diletakkan di Temerloh.

Anonymous said...

Tahniah BN atas kemenangan Kuala Berang! Saya bersetuju dgn anon 6:55 AM, Daerah Temerloh perlu rancakkan pembangunan, perbanyakkan peluang pekerjaan dan tempat tarikan pelancong. Satukan bandar Temerloh-Mentakab secepat mungkin dan mungkin boleh diberi nama baru. Temerloh berpotensi untuk seiring atau lebih maju dari Kuantan jika dibuat perancangan yang betul. Temerloh juga boleh mempersiap siagakan untuk dijadikan ibu negeri di masa hadapan. Atas sifat logistik dan kedudukan geografi, daerah-daerah lain pasti akan merasa tempiasnya dan kekayaan akan melimpah ke Jerantut, Bera, Kuala Lipis, Maran, Raub dan Bentong. Rakyat sudah matang, jika kerajaan memenuhi aspirasi yang diharapkan, Temerloh kembali ke BN sudah pasti dalam genggaman.

Unknown said...

saifuddin memang orang baik tetapi sama seperti tengku razaleigh, berada dalam parti yang salah dan korup....

tahun 2018, report card amno keluar lagi... masa tu tinggal 2 tahun lagi untuk 2020... entah2 masa tu da bangkrap kot tahun 2019 bak kata Idris jala...

Mungkin masa tu ada skandal Kambing Shahrixzat...

maju 2020 kononnya..

Anonymous said...

YA LA TU,PAKAR PERAMAL POLITIK BARU!!!

Anonymous said...

Asik nak menangggg aje
Yg jadi fix deposit ni deme bior mundur
Bior bodo bior meskin bior harapke deme sokmo
Yg kaya 2-3 ekor budok kampong yg jadi kontrekter Ali baba
Pastu sponsor adun
Tak pade mendelahhh
Bodo gitu je la deme ngundi ameno