Nuffnang Ads

Pages

Monday, July 29, 2013

Keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang Ke Majlis Berbuka Puasa Dan Pengurniaan Sumbangan Di DUN Tahan



















Keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang ke Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Kuala Tembeling, DUN Tahan Jerantut pada 28/7/2013 di Masjid Kuala Tembeling.



















Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan dan Dato' Syed Mutalib Tuan DO Jerantut sedang menunggu keberangkatan Tengku Mahkota Pahang.



















Keberangkatan tiba KDYTM Tengku Mahkota Pahang.



















Keberangkatan Tengku Mahkota Pahang disambut oleh ADUN Tahan, ahli parlimen Jerantut, Timbalan Speaker DUN Pahang, dan EXCO Agama Pahang.



















Anakanda Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut mengiringi Ayahanda. Dibelakang YH Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar Wan Mohamad mantan ahli parlimen Jerantut.



















Junjung kasih di atas keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang ke majlis santapan berbuka puasa di Kuala Tembeling



















ADUN Tahan mempersembah ucapan. Beliau merafak sembah menyatakan terima kasih dan bertuah serta beruntung dengan keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang mencemar duli ke Majlis santap berbuka puasa bersama rakyat DUN Tahan dan pengurnian kepada golongan yang memerlukan.

ADUN Tahan sembah maklum mengenai rakyat DUN Tahan kepada Tengku Mahkota Pahang. Beliau memohon keperluan Masjid Kuala Tembeling diperkenan seperti penambahan aircond, pagar masjid dan van jenazah.

ADUN Tahan menyatakan penduduk disekitar Kuala Tembeling memerlukan sebuah jambatan menghubung Kuala Tembeling dan seberang Pasir Tambang merentasi Sungai Pahang. ADUN Tahan mohon KDYTM Tengku Mahkota Pahang perkenan permohonan.

ADUN Tahan berucap menjunjung kasih KDYTM Tengku Mahkota Pahang sempena keberangkatan Tuanku di Majlis Pengurniaan Sumbangan dan berbuka puasa di Masjid Kuala Tembeling, DUN Tahan.

ADUN Tahan berbesar hati kerana Tengku Mahkota Pahang dan anakanda-anakanda sudi mencemar duli berangkat ke DUN Tahan.



















Penduduk kampung yang hadir meraikan keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang.



















Diperkarangan masjid ada banyak kemah lagi bagi orang kampung berbuka puasa bersama Tengku Mahkota Pahang.



















Tengku Mahkota Pahang menyampaikan pengurnian kepada golongan yang memerlukan.





















































Tuan Hj Ahmad Nazlan Idris ahli parlimen Jerantut bersama Tuan DO Jerantut dan Cikgu Nadir Tok Empat Kuala Tembeling



















Datin Ilyana Haron isteri ADUN Tahan, Puan Saadiah isteri ahli parlimen Jerantut dan Datin Sharifah isteri Tuan DO Jerantut.



















Tengku Mahkota menyampaikan pengurniaan kepada keluarga Badan Kerabat Pahang



















Bukan semua keluarga Badan Kerabat Pahang di Tembeling orang senang, ramai yang susah.



















Tengku Mahkota berkata sesuatu kepada nenda Wan Tempoyak.



















Persembahan dari ADUN Tahan kepada Tengku Mahkota Pahang.



















Lagi persembahan dari rakyat DUN Tahan kepada Tengku Mahkota Pahang.



















Anakanda Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah turut mengiringi keberangkatan ayahanda.


Anakanda Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah juga mengiringi keberangkatan ayahanda.



Persembahan dari ADUN Tahan kepada anakanda Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah


Persembahan dari ADUN Tahan kepada anakanda Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah


Persembahan dari ADUN Tahan kepada anakanda Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.


Selepas solat Maghrib KDYTM Tengku Mahkota Pahang memberi tazkirah kepada kariah Masjid Kuala Tembeling. Baginda menyentuh isu ibadah puasa, amalan merapatkan sillaturahim, bersatu padu jangan berpecah belah kerana berbeza pendapat, memperingat bahaya fahaman mazhab Syiah yang menular dalam masyarakat boleh memecah belah perpaduan ahli Sunnah Wal Jamaah.


Syeikh Mahmud imam dari Syria memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.


Dato' Mufti Pahang Shahibul Samahah memperjelaskan lagi apa itu ahli Sunnah Wal Jamaah yang terdiri dari mazhab Hambali, Shafie, Maliki dan Hanafi. Secara teknikal perbezaan dengan mazhab Syiah.

Ada 73 golongan akhir zaman. Semua 72 golongan masuk neraka kecuali satu iaitu ahli Sunnah Wal Jamaah masuk syurga.

Selepas solat Terawih, Tengku Mahkota berangkat pulang ke Kuantan. Masih ramai rakyat yang kekurangan OKU (golongan pekak dan bisu Jerantut) menunggu Tuanku.

Terbayang wajah ceria dan kepuasan kepada Tengku Mahkota Pahang. Semoga Allah memanjangkan usia Tuanku bagi menjadi pewaris Kesultanan Pahang dan jajahan takluknya yang adil lagi bijaksana.

No comments: