Nuffnang Ads

Pages

Sunday, July 7, 2013

Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai Bukan Mimpi Tapi Realiti...


Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai, Lembah Tembeling, Jerantut bukan satu projek mimpi tapi boleh jadi realiti...

WZWH reproduce posting lama bertarikh 30/8/2010 menyentuh Empangan Hidroelektrik sila klik sini.

Kenyataan akhbar DSD Adnan Yaakob MB Pahang mengesahkan Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai sila klik sini.

Pada mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2009, WZWH telah membawa satu usul ekonomi bertajuk "Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai. Setelah dibahas dan diluluskan maka usul dibawa ke mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut sebagai usul Pemuda UMNO Jerantut.

Oleh kerana pada tahun 2009, Bahagian UMNO seluruh Malaysia sibuk membahaskan pindaan perlembagaan UMNO untuk mencari kaedah baru pemilihan pemimpin UMNO dari peringkat tertinggi hingga cawangan maka usul pemuda itu telah diterima tanpa bahas.

Usul hidroelektrik dam ini WZWH bawa untuk kebaikan negara dan Jerantut serta khusus kepada pembangunan DUN Tahan. Negara boleh mendapat bekalan elektrik 400MW sebagai sumber diperbaharui atau sumber alternatif dan kesan impak ekonomi kepada Jerantut dan kemajuan dan pembangunan DUN Tahan kerana kos membina empangan hidroelektrik Sungai Tekai ialah USD 1.7 bilion = RM5.42 bilion.

WZWH pilih Sungai Tekai kerana di ulu sungainya sangat sesuai tebing yang tinggi untuk dibuat hidroelektrik dam. Airnya mengalir laju. Yang penting tiada penempatan manusia tidak seperti Empangan Bakun yang terpaksa memindahkan 10,000 manusia. Jadi sudah boleh jimat kos perpindahan.

WZWH pun tidak meyangka mulut WZWH ni masin juga. Apa yang WZWH usul itu dalam mesyuarat pemuda dan UMNO Bahagian akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Satu surat kelulusan telah diberi kepada sebuah syarikat tempatan Jerantut usahasama dengan TNB untuk membina Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai. Kosnya dianggarkan boleh mencecah USD 1.7 bilion = RM5.42 bilion.

WZWH mengucapkan terimakasih kepada YAB PM DS Najib yang meluluskan projek ini dan juga YAB MB Pahang DS Adnan Yaakob atas sokongan kuat beliau. WZWH amat berbangga kerana kedua-dua pemimpin Pahang ini amat perihatin kepada keperluan pembangunan Jerantut.

Percayalah DS Najib dan DS Adnan Yaakob adalah pemimpin yang benar-benar mahu memajukan negeri Pahang ini.

WZWH berdoa kepada Allah Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai dapat direalisasikan sehingga siap sepenuhnya pada 2020  demi pembangunan DUN Tahan dan Jerantut. Orang Jerantut boleh cakap WZWH gila, sewel, biol, short wayar, khayal dan pungkor. WZWH tidak peduli. Bila projek ini mula beroperasi , baru orang Jerantut tahu...sebaliknya apa yang WZWH impikan menjadi kenyataan!

Fakta Ringkas Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai:

  • Oktober 2013- Penilaian EIA dan kajian keselamatan
  • Mac 2015- Pembinaan kuarters dan jalan utama
  • Julai 2017- Kerja-kerja tanah bagi bina empang dan stesen janakuasa
  • Februari 2019- Proses takungan air
  • Jun 2020- Empangan Hidroelektrik Tekai memulakan operasi
  • Keluasan kolam: 8,210 hektar merangkumi Hutan Simpan Tekai-Tembeling
  • Kos: RM5.42 bilion
  • Kapasiti: 400MW boleh menampung 10% keperluan elektrik Semenanjung
  • Kontraktor: Syarikat usahasama TNB dan swasta

14 comments:

Anonymous said...

moleklah dibuat cepat, satu permulaan yang sangat baik utk memajukan jerantut dari aspek ekonomi dan pelancongan. bermula dgn empangan, akan datang mungkin projek lain pula, kereta kabel contohnya. berilah peluang mencari pendapatan kepada anak-anak pahang. jangan pulak esok bila dah maju nya konker dek orang kelantan je meniaga kedai makan

Anonymous said...

masa tu nanti akan ada tasiklah kat tembeling, sungai dah ada, hutan tertua dah ada, semakin menarik pelancong utk datang. bijak wan mizan. dia nak makan komisyen ke apa ke itu dia jawablah dgn tuhan tapi bagi rakyat macam kome ni apa yang wan mizan bawak dan buat itulah yang kami tunggu. masa yang berhormat pas dulu apa pun tak boleh kikikikiot

Anonymous said...

hidup Dato wan mizan!!!!!!!!!!!!!! -penduduk kuale tahan-

Anonymous said...

Komisen tule yg membuatkan orang tertanya-tanya. Kemana ginye komisen ratusan jota tu. Sepatutnya di master plan ikut luar jer. Harta dah jota-jota nanti tak larat nok bawak ke>+_)(*>???

Anonymous said...

apa hak awak nak tanya? dia yang buat kerja bukan awak

adrianiamri said...

Kawan walaupon kurang bersetuju dengan projek ini, tetap mengharapkan apa yang dirancangkan akan berjalan lancar...

Target siap 2020 tu diharapkan akan tepat pada masanya kerana itulah impian Malaysia , negara maju dengan acuan sendiri..

Memandangkan Wan zurik antara pelopornya, mungkin wan zurik boleh membuat pelaporan di blog ini..

Anonymous said...

ge muk bu cit..., ki kih ki kih kih... teruskan.

Anonymous said...

Aku nak tanya macai PAS...
betol ke pas berjaya resapkan islam dalam diri korang? Aku tgk macai pas pun kaki no eko kaki pmpn kaki club mcm2 la bnde dosa besar..,
Berbeza dgn UMNO,,, umno berjaya resapkan jati diri melayu smpai kuat semangat melayu dalam stiap pengikut UMNO

Anonymous said...

Koi sokong pasai jati diri deme bagitau tu. Jati diri hok orang hok deme, hok deme memeng hok deme. komsen pun tok mudoh lagi deme gomo. Tapi puok umno memeng tahu. Hok itulah puok deme dapat makan ditangan. Memeng deme kena jati diri. Tapi puok pas sedikit sebanyak adalah sebut "isle" tapi puok umno ni "prujit" sepenjang mase.

Anonymous said...

indahnye ramadhan !!!!!!!!hehehe

usin gampang said...

projek,bukan prujit,wahai budak tadika macai pas.islam dibibir,iblis di hati!!!

Anonymous said...

ore klate terbaikkk

Anonymous said...

asa klate jah bereh blako

Anonymous said...

Koi sokong wan amizan memang bagus wan amizan ni ..... Harap lepas ni bertambah majulah gugusan fekda lepar. Jgn salah kan pas woi anon 7:42 7 july . Kena syukor pas perintah 5 tahun macam2 org federal sedekah ke ulu tembeling .....cuba banding 45 tahun sebelum pas perintah dah 8 tahun selepas pas perintah bukan main hebat pembangunan di ulu tembeling.....memang org tembeling bijak . Sape paling awal dpt line telepon tembeling ke pulau tawar . Jawapannya tembeling . Semua diasbabkan pas perintah masa tu . Walau pas tiada duit sebab pas tu parti bukan kerajaan di tembeling ... Berduyung projek federal dan negeri dtg nak rampas balik tahan dari pas . Lepas dpt rampas dan utk elakkan dirampas kembali maka berduyung projek masuk .... Yg untung org tembeling .... Pas tak untung pun . Sebab memang parti utk berkhidmat utk rakyat bukan utk poket sendiri