Hari ini DSD Adnan Yaakob MB Pahang akan mengumumkan senarai calon-calon parlimen dan DUN negeri Pahang.
Berbagai spekulasi siapa calon berlegar di merata-rata tempat di Jerantut. Semua 63,000 pengundi Jerantut mahu tahu.
Sudah tentu hati calon-calon potensi berdebar-debar apa lagi bila penyokong calon tertentu memprovoke bahawa calon pilihan berjaya jadi calon membuatkan emosi penyokong calon yang lain terganggu emosi.
WZWH sudah sampai satu peringkat yang tenang bila memutuskan siapa calon yang diumumkan itu tidak lagi penting parti lebih diutamakan.
Keghairahan bahawa calon yang kita suka mahu diangkat itu normal tetapi pada akhir analisis siapa calon yang diumumkan itu tidak lagi penting parti lebih diutamakan.
Sebagai contoh Dr Shukri sangat berminat dengan kerusi parlimen Jerantut. Beliau berusaha melobi dengan cara beliau. Penyokong beliau sangat ghairah.
Begitu juga Wan Amizan sangat berminat dengan parlimen Jerantut kerana agenda besar beliau mahu transformasi Jerantut dibantu oleh WZWH. Pengikut Wan Amizan yang majoriti terdiri golongan muda yang membentuk 60% dari 63,000 pengundi Jerantut begitu ceria buat macam-macam program di Jerantut.
Jika pucuk pimpinan memilih contoh Ahmad Nazlan Idris bekas Gurubesar sebagai calon parlimen Jerantut PRU 13 maka ahli UMNO Jerantut semua kena akur.
Pengikut Dr Shukri dan Wan Amizan jangan kecewa sampai mahu sabotaj parti. Itu tidak betul dan salah. Bukan kerana Dr Shukri dan Wan Amizan tidak terpilih bertanding parlimen Jerantut maka DS Najib dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang tidak mengiktiraf kepimpinan mereka berdua.
Ahmad Nazlan Idris perlu membuktikan kepada DS Najib dan DSD Adnan Yaakob bahawa pemilihan beliau sebagai calon parlimen Jerantut berbaloi dan 'worthwhile'.
Cabaran pertama ialah memenangkan Ahmad Nazlan sebagai ahli parlimen Jerantut mengalahkan Dr Hamzah Jaafar calon PAS.
Cabaran ke dua pula mengtransformasikan Jerantut maju dan membangunkan sebagaimana agenda yang WZWH mimpikan...
Yang paling penting sekarang memenangkan Ahmad Nazlan sebagai ahli parlimen Jerantut PRU 13.
Kita semua orang UMNO Jerantut seramai 21,000 orang adalah orang parti. Yang penting kita mesti pastikan parlimen Jerantut, DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak menang.
Kalau kalah parlimen....itu bererti tidak ada makna perjuangan WZWH.
Yang kecewa kerana tidak tercalon mungkin DS Najib dan DSD Adnan Yaakob akan memberi kedudukan dan keistimewaan di tempat-tempat lain.
WZWH masih ingat lagi pada tahun 1995 ketika Kamaruzaman Baria dicalonkan bertanding parlimen Jerantut, di Pejabat Daerah Jerantut semasa Hari Penamaan Calon...Ahmad Nazlan menarik WZWH ke tepi bangunan Pejabat Daerah sambil menasihati dan mengingati WZWH...
"Zuri awak orang muda...kena ikut arus jangan ikut rasa hati kerana Dato' Wan Abu Bakar digugurkan bertanding parlimen awak terpengaruh dengan dorongan mahu sabotaj parti"...
Ya...WZWH ikut nasihat itu berkempen bersama Kamaruzaman Baria dan TETAP mengundi UMNO dan BN walau keputusan di DUN Tahan itu akhirmya calon parlimen BN kalah majoriti 900 undi!
UPDATE Calon parlimen dan DUN-DUN Jerantut secara rasmi PRU 13:
P.81 - JERANTUT : AHMAD NAZLAN BIN IDRIS
N9 - TAHAN : WAN AMIZAN BIN WAN ABDUL RAZAK
N.10 - DAMAK : LAU LEE
N.11 - PULAU TAWAR : DR. AHMAD SHUKRI BIN ISMAIL
Ini bererti WZWH akan fokus memenangkan DUN Tahan. WZWH kira parlimen dan DUN Pulau Tawar serta DUN Damak ada jentera masing-masing.
WZWH ucapkan selamat berkempen kepada semua jentera...
Jangan biarkan calon pilihan anda kalah....kalau kalah seperti nasib yang menimpa Arwah Cikgu Halim Yunan di PRU 1999 DUN Tahan sungguh menyedih dan melukakan hati...
Calon yang kalah....boleh sengsara hingga bawa mati...