Malam semalam WZWH mimpi nampak istana yang sungguh besar. WZWH nampak Raja Parameswara dan DS Najib. Parameswara sedang bertitah politik memberi peringatan kepada DS Najib. "Berhati-hati dengan Sang Rajuna Tapa...jangan biarkan sipengkhianat itu membuka pintu kota kepada musuh seperti apa yang berlaku kepada beta di Temasek dulu bila tentera Majapahit memusnahkan negara beta lantas beta melarikan diri ke Melaka".
3.2 juta ahli UMNO kenal DS Najib tapi ramai tidak kenal Parameswara. Oleh kerana 3.2 juta ahli UMNO mungkin tidak tahu sejarah maka WZWH kena secara ringkas cerita sedikit sejarah Melayu.
Parameswara adalah raja dan pemimpin Melayu terhebat dalam sejarah pemerintahan politik Melayu. Keturunannya kini memerintah di beberapa negeri. Nama penuh baginda ialah Paduka Sri Maharaja Parameswara. Cicit kepada Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana yang lebih dikenali dengan nama "Sang Nila Utama" yang membuka negara kota Temasek (Singapura). Mereka dari susur galur putera Srivijaya.
Paduka Sri Maharaja Parameswara adalah raja terakhir Temasek. Baginda hilang Temasek kepada Majapahit bila Sang Rajuna Tapa, Timbalan Perdana Menteri Temasek menjadi pengkhianat membuka pintu kota dan memberi maklumat sulit kepada musuh Majapahit hingga berjaya menakluk Temasek. Parameswara melarikan diri ke utara dan membuka Melaka pada tahun 1402 yang akhirnya berjaya membina Empayar Kesultanan Melayu Melaka.
Parameswara tahu DS Najib mengalami situasi masalah politik yang sama kerana "Sang Rajuna Tapa moden" mahu membuka pintu kota kepada musuh menumbangkan kerajaan BN ini, kerajaan tunjang UMNO ini yang Parameswara anggap adalah warisan empayar Melaka.
Kalau dulu peperangan zaman Parameswara mempertahankan kota Temasek mengunakan keris, lembing, tombak, perisai dan belantan kini di zaman DS Najib peperangan politik mengundikan peti undi.
DS Najib tahu "Sang Rajuna Tapa moden" cuba membuka pintu kota. Sang Rajuna Tapa telah menghasut dan merosakkan pemikiran pelbagai kaum di Malaysia yang selama 54 tahun telah bersatu padu mengikut formula bapa-bapa pembangunan dan negarawan negara.
Sang Rajuna Tapa mahu memusnahkan ikatan mesra, erat dan padu berbagai kaum dengan menanam semangat kesangsian, semangat assabiah kepentingan kaum, kecurigaan antara kaum dan etnik, menjanjikan kuasa dan makam yang Parameswara dan keturunannya tidak mahu itu berlaku.
Sang Rajuna Tapa mengunakan buah pemikiran dari dunia luar tidak terfikir oleh Parameswara dengan bertopengkan liberalisma, demokrasi, keadilan, liberty, hak sejagat dan sama rata disalahguna semua pemikiran itu membawa negara menuju anarki!
Rakyat terpengaruh. Kaum-kaum gila merusuh. Yang sensitif kepada sesuatu kaum sudah tidak sensitif lagi. Berbagai institusi negara dicabar, diperlekeh, difitnah untuk menimbulkan penentangan, satu revolusi rakyat kononnya, menyelamatkan negara kononnya, menyelamatnya ekonomi kononnya sedangkan semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri hancur ekonomi Temasek dan Malaysia diurusnya kerana salah ambil prescibe ubat.
Parameswara sangat bimbang...jawab DS Najib, "Tuanku jangan gundah dan risau...patik ada penawarnya". Parameswara tersenyum gembira dan bangga seraya berkata, "Teruskan perjuangan anak bangsaku...hapuskan Sang Rajuna Tapa...selamatkan negara!"
Apakah penawar DS Najib:
- Konsep 1Malaysia
- Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
- Economic Transformation Programme (ETP)
- “World-Class Data Centre Hub”
- Talent Corporation, “tasked to strategise and implement initiatives” to fill millions of supposed new jobs.
- Wellness City
- ECER,
- NKEA in the ETP
- PEMANDU.
- Overdrive to win the Malaysian economy rich-world status by 2020
- To win a general election: Winnable Candidates
- Najib own mandate from the electorate
- Introduce a more meritocratic society
- Promises not to abolish all the rights of the bumiputra
- Presidential in character
- Perkasakan UMNO
- Perkasakan BN
- Transform Malaysia
- Vroom Felda
- BRIM 1.0 dan 2.0
- BLIM