Friday, August 8, 2014

Malaysiakini : Sebut 'Sakai' Bekas Pemimpin Pemuda UMNO Jerantut Mohon Maaf

Sturgeon Ikan's photo.

Dari petikan portal Malaysiakini 9:17AM - 8 Aug 2014 SILA KLIK SINI.

WZWH berkempen kuat Projek Ikan Sturgeon di Kuala Tahan tidak ada kepentingan hanya mahu lihat DUN Tahan dan ekonomi setempat maju SILA KLIK SINI.

Oleh kerana ada segelintir kecil penduduk tempatan yang tidak mendapat maklumat yang jelas maka projek ini ditentang. Diviral dalam media baru dan mendapat kerjasama kononnya NGO-NGO Alam Sekitar yang juga tidak faham sepenuhnya Projek Ikan Sturgeon Kuala Tahan.

Polemik isu ini dalam FB Komuniti Kuala Tahan  yang ahlinya adalah orang tempatan menggunakan dialek dan slang bahasa dan budaya Tembeling bila isu perbincangan menjadi panas SILA KLIK SINI.

Maka muncullah istilah Sakai yang biasa digunakan dikalangan orang Tembeling dan bila Admin FB Komuniti Kuala Tahan mula buka ahli dari kalangan NGO-NGO Alam Sekitar yang menyokong kumpulan anti-Sturgeon maka ini pun telah diviralkan dalan FB Kami Bantah Projek Sturgeon SILA KLIK SINI.

Maka marahlah dan tersinggung Jaringan Kampung Kampung Orang Asli Pahang (JKOAP) dan orang Asli Malaysia. Istilah yang lokal bila dibawa ke arus perdana maka istilah itu menjadi sensasi dan taboo. 

Lalu JKOAP buat press conference dan hantar kepada Malaysiakini. Untuk tidak mahu mengeruhkan susasana maka WZWH telah pun buat press statement kepada Malaysiakini.

Isu Sturgeon sungguh panas dan popular buat masa ini. WZWH tetap mahu Projek Sturgeon Kuala Tahan dijalankan mengikut perancangan dan jadual.

Tuesday, August 5, 2014

Misteri Gong Brunei Peninggalan Moyang...



















Ada 2 buah gong Brunei peninggalan moyang hasil adventure beliau di Brunei. WZWH hanya tahu sebuah sahaja gong Brunei yang penuh misteri.

Sebelum WZWH cerita apa misteri gong Brunei elok WZWH naratifkan siapa moyang WZWH ini  yang bernama Engku Wan Ahmad  (1866-1935) mengikut style Arab.

WZWH bin emak ( Wan Rohani) binti Wan Hashim bin emak (Wan Habshah) binti emak (Wan Rahmah) bin Engku Wan Ahmad. 6 generasi.

WZWH telah banyak menulis posting mengenai Engku Wan Ahmad bin Engku Khatib ( Wan Endut) antaranya:







Perhatikan dalam kawasan makam Engku Khatib di Bukit Angus, Kampung Bantal Ulu Tembeling ada sepasang batu nesan dari Brunei yang lebih rendah. Ini ialah makam Puteri Daing Khadija dari kerabat Kesultanan Brunei dan Sulu yang telah berkahwin dengan Engku Wan Ahmad bin Engku Khatib yang telah berjaya menyelesaikan isu-isu lanun dan bandit yang mengugat keselamatan negara Brunei pada awal 1900 atas arahan Sultan Pahang yang pertama iaitu Sultan Wan Ahmad.




















Gong ini ada namanya. Gong ini boleh berbunyi sendiri tanpa dipalu pada masa tertentu. Gong ini ada ketika selalu basah. Gong ini boleh beritahu ada sedara terdekat akan meninggal dunia bila berbunyi sendiri. Gong ini boleh beritahu jika sekiranya ada orang besar dan Raja mahu meninggal.

Kebiasaanya gong ini dibalut kain kuning. Gong ini tidak boleh dipalu dan diketuk secara main-main. Jika ada budak-budak nakal mahu bermain dengan gong ini maka alamat malam hari adalah orang yang menjaga gong ini menyeru nama budak nakal itu dan mengacau.

Dipercayai penunggu gong ini seorang wanita berbaju kebaya persis seorang dayang istana. Nama wanita ini WZWH diberitahu Dayang Maimunah yang menjaga gong ini.

Ramai orang mahu gong ini. Baik orang besar mahu pun Sultan. WZWH tidak mahu beritahu di mana gong Brunei ini disimpan.

Satu hari nanti WZWH akan ambil gong Brunei ini kerana ini warisan peninggalan moyang.

Demikian misteri gong Brunei peninggalan moyang.

Saturday, August 2, 2014

Beraya Dengan Orang Yang Dikasihi Telah Lama Pergi...

Sewaktu WZWH menulis posting ini hujan lebat turun...sekali sekala kilat sambar menyambar...angin bertiup kencang...sudah lama WZWH tidak berblog. WZWH teringat dengan orang-orang yang WZWH kasihi tapi telah lama pergi...

Di Hari Raya, kita tentu teringat dengan banyak kenangan, memori, nostalgia manis suka duka bersama mereka yang sudah tiada. Kita rasa sedih hingga kita mahu masa itu boleh berulang kembali. Terutama kehidupan masa kecil di kampung halaman desa.

WZWH dibesarkan di sebatang Sungai Tembeling. Sungai paling cantik dan panjang yang merupakan anak sungai Sungai Pahang. Sungai Tembeling yang mengalir dari ulu hingga ke Kuala Tembeling...bertemu Sungai Jelai membentuk Sungai Pahang.

Banyak kubur-kubur baik yang lama dan yang baru di sebatang Sungai Tembeling. Untuk WZWH menziarahi nenek moyang, ayahanda dan bonda serta sedaramara tentu berselerakan di merata tempat itu tidak mampu...

Antaranya:

  • Kubur moyang Engku Khatib dan Puteri Brunei Daing Khatijah di Bukit Hanggus Kg Bantal
  • Kubur moyang Wan Ismail di Pulau Besar Kg Bukit Mat Daling
  • Kubur moyang Wan Abdullah dan ayahanda di Kg Chenih
  • Kubur moyang Wan Hussein, Nenda-Nenda dan sedara mara di Kg Labu
  • Kubur moyang Wan Itam dan sedaramara di Kg Jong Berlaboh
  • Kubur moyang Tun Abdullah (Marhum Ketapi) Moyang Wan Musa, Moyang Wan Ahmad dan sedaramara di Kg Chebong.
  • Kubur moyang Wan Mustapha, Wan Habshah, Nenda-Nenda dan sedaramara di Kuala Tembeling( Kuala Retang).
  • Kubur Tun Da (leluhur segala moyang) di Kg Pedah.


WZWH ingin kalau boleh  menziarah semua kubur-kubur ini. WZWH berasal usul dari mereka semua...

Posting kali ini WZWH hanya mampu melawat dua kubur sahaja iaitu kubur Kg Labu dan Kubur Makam Ketapi di Kg Chebong. Oleh kerana ramai anak cucu yang terdiri dari semua keturunan di Tembeling balik mahu menziarah kubur-kubur orang-orang tua mereka maka orang kampung bersetuju untuk menetapkan sekian pukul berapa sesi bertahlil.

Pukul 8.30 - 10.30 di Kg Labu manakala pukul 11.00 - selesai di Makam Ketapi Kg Chebong. Ini bukanlah masa mandatori. Sesiapa boleh melawat kubur-kubur sedaramara masing-masing pada bila-bila masa.

WZWH pagi-pagi lagi Hari Raya ke dua memandu kereta bersama keluarga ke kubur Kg Labu. Dibawah ini antara foto-foto suasana Berhari Raya dengan orang yang dikasihi telah lama pergi...

Kubur Kg Labu Tembeling Tengah masa: 9.00 am Hari Raya Ke 2 















































































































WZWH di tengah dua kubur orang yang WZWH kasihi telah lama pergi. WZWH dibesarkan oleh kedua Tok dan Nenek (Tok) belah emak. Inilah kedua orang tua yang menjaga dan membesarkan WZWH dengan penuh kasih sayang. 

Di sebelah kanan WZWH kubur Tok Wan Mohd Hashim bin Tok Muda Wan Mustapha meninggal dunia pada tahun 1996.

Disebelah kiri WZWH kubur Tok Wan Khatijah binti Wan Endut meninggal dunia pada tahun 2001.

Kedua mereka adalah sepupu. Emak adik beradik.

WZWH really miss them very much...

Dibelakang adalah sebidang tanah seluas 7 ekar. Dipercayai disinilah terletak kubur Moyang Wan Hussein bin Engku Khatib dan kaum kerabat. Kubur-kubur ini tertimbus ketika banjir besar 1926. 


Kubur Makam Ketapi Kg Chebong Tembeling Tengah masa: 11.00 am Hari Raya ke 2



















Perhatikan sepohon pokok sena yang tinggi itu betul-betul berdiri ditengah kubur Marhum Ketapi Tun Abdullah bin Tun Da. Siapa Tun Abdullah? sila klik sini.



































































































Kubur Makam Ketapi Kg Chebong paling unik di lembah Tembeling sebab hanya di kubur ini telah disediakan tapak-tapak kubur khas untuk golongan keluarga tertentu. Ada tiga golongan keturunan di sini ada tapak kubur untuk keturunan Wan, keturunan Syed dan keturunan orang kebanyakan.

Tentu ada ramai pembaca blog WZWH yang mahu kritik kenapa perbezaan tempat kubur ini berlaku. Jangan blame WZWH kerana ini adalah adat dan tradisi yang diamalkan selama beratus-ratus tahun dulu.

Demikianlah posting beraya dengan orang yang dikasihi telah lama pergi...

Satu hari nanti bila sampai masanya WZWH dan pembaca blog WZWH semua akan pergi jua menemui ilahi.....dan ketika itu hanya anak cucu cicit dan sedaramara yang sudi hadir memberikan kita sedekah Al-Fatihah, bacaan Yassin dan tahlil...

Atau...kita semua terus dilupakan ....tiada orang mahu menziarahi kubur-kubur kita semua...

Atau tiada lansung kubur-kubur kerana diambilalih oleh kerajaan baru untuk dibuat pembangunan!!!

Nauzubillahilmalik...

Tuesday, July 22, 2014

Lim Kit Siang PUJI DS Najib Kendali Isu MH 17


Ketika US dan Eropah agak garang menekan Rusia dan Pemisah Ukraine dalam isu MH 17, DS Najib menggunakan diplomasi "Najib Way" bekerja dalam senyap dan hasilnya cukup positif.

Dari blog rasmi Lim Kit Siang sila klik sini, pemimpin veteran DAP @ Pakatan Rakyat itu memuji kebijaksaan DS Najib dengan cara bekerja senyap PM dalam mengendalikan isu MH 17.

Najib dipuji untuk satu kejayaan dengan penyerahan dua kotak hitam MH 17 dan 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah harus dipuji kerana kejayaan dengan penyerahan dua kotak hitam penerbangan Malaysia Airlines MH 17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada malam Khamis dan pengangkutan sisa-sisa kebanyakan 298 mangsa dari dalam Torez pemberontak dikawal Timur Ukraine ke Ukraine dikawal Kharkiv dan seterusnya ke Amsterdam. 

Selama empat hari, kemarahan antarabangsa ke atas jenayah kejam dan tidak masuk akal terhadap kemanusiaan di menembak ke bawah sebuah pesawat awam dengan 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 80 kanak-kanak, telah lanjut dan marah teruk dengan tidak menghormati yang mengerikan dan tidak sensitif ditunjukkan kepada kekal daripada MH 17 mangsa dan juga kecurian dan pencemaran lokasi kemalangan. 

Tetapi ia masih belum dapat dilihat sama ada panggilan antarabangsa untuk siasatan antarabangsa penuh, bebas dan boleh dipercayai ke menenggak jenayah MH 17, serta Bangsa-Bangsa Bersatu Majlis Keselamatan ketetapan sebulat suara malam tadi menuntut penyiasat diberi akses segera ke lokasi kemalangan dan menggesa gencatan senjata di kawasan itu, akan diendahkan oleh ketiga-tiga pihak kepada konflik Ukraine - Rusia yang disokong pemisah, Rusia dan kerajaan Ukraine. 

Semua rakyat Malaysia dan masyarakat dunia sebagai mangsa MH 17 bencana udara datang dari beberapa 10 buah negara berhak untuk mengetahui tentang siapa yang menembak jatuh MH 17 syarikat penerbangan awam! 

Tetapi rakyat Malaysia dan dunia perlu bersedia untuk jarak jauh untuk MH 17 bencana dahsyat dan menakutkan, pakar-pakar telah memberi amaran bahawa siasatan ke dalam tragedi udara di Ukraine boleh menjadi urusan yang panjang ditarik keluar yang boleh mengambil masa sehingga tiga tahun. 

Jadilah ia kerana ia boleh, rakyat Malaysia perlu bersatu sebagai rakyat kepada bencana MH 17 terus memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan untuk menuntut "keadilan pantas" terhadap pelaku jenayah terhadap kemanusiaan yang meniup Malaysia Airlines Boeing 777 pesawat jet daripada langit Ukranian dan membunuh 298 penumpang dan anak kapal di atas kapal dengan kejam pada 17 Julai 2014.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...