Saturday, September 11, 2010

Perjanjian Tun Abdullah (Marhum Ketapi) Dengan Bendahara Tun Ali

pekan pahang
WZWH bicara sejarah politik keluarga Bendahara Pahang. Walaupun nampak klasik permainan politik dulu tapi ianya masih relevan dengan politik Pahang moden. Tidak ada ahli sejarah yang boleh beritahu fakta latar belakang politik klasik Pahang samada yang berpengetahuan sudah meninggal dunia, tidak mahu cerita kebenaran dan tidak sampai tahap kemampuan.

WZWH tidak percaya kebenaran mesti dirahsiakan dan dibawa mati ke dalam kubur. Mungkin cerita sejarah ini sensitif dan pahit pada pihak yang berkenaan namun WZWH mahu menyampaikan...jika ditakdirkan WZWH pergi dulu, tiada orang yang akan menceritakan kebenaran ini. WZWH mesti cerita...

Bendahara Tun Abdul Majid (1770-1802) yang pada era ini Sultan Johor telah menganugerahkan Pahang kepada Bendahara Tun Abdul Majid. Bendahara Tun Abdul Majid mempunyai empat orang putera iaitu Tun Abdul Mutalib, Tun Muhammad (Marhum mangkat di laut), Tun Koris (jalur kesultanan Pahang sekarang) dan Tun Da(Tun Yusuf).

Selepas kemangkatan Bendahara Tun Koris (1803-1806) sepatutnya yang mengantikannya ialah Tun Da mengikut sistem pewarisan Bendahara pada masa itu tetapi apa yang berlaku semasa pemilihan Bendahara Pahang yang dibuat di Riau, Tun Ali iaitu putera Bendahara Tun Koris telah dipilih maka Tun Da membawa diri ke Tembeling setelah anak saudaranya dipilih.

Dari jalur Tun Da inilah melahirkan keluarga Wan Tembeling. Tun Da (Tun Yusuf) berbondakan Y.M. Tun Inah ,Encik Puan Bendahara puteri Dato' Bendahara Paduka Raja, Terengganu iaitu Y.M. Tun Husain ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (Marhum Kuala Pahang). Bendahara Tun Abdul Majid adalah anakanda Bendahara Tun Abbas ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil. Ini bermakna Ayahanda dan Bonda Tun Da adalah sepupu keras keturunan "pure" Bendahara.

Tun Koris berbondakan Y.M. Tun Engku Besar, puteri Bugis dari Endau. Bonda Tun Ali juga dari Puteri Bugis. Oleh kerana politik penguasaan pembesar Bugis begitu berpengaruh di Johor maka semasa pemilihan Bendahara Pahang di Riau maka pembesar Bugis telah mempengaruhi Sultan supaya memilih Tun Ali sebagai Bendahara Pahang menidakkan ayah saudaranya iaitu Tun Da atas sebab "Bugis connection".

Tun Da melahirkan secara ringkasnya Tun Abdullah (Marhum Ketapi) melahirkan Engku Khatib ( Wan Endut) melahirkan Wan Husain (Marhum Kampung Labu) melahirkan Wan Mahmud dan beranak pinaklah anak cucunya di Tembeling.

Posting WZWH kali ini adalah mengenai perjanjian antara Tun Abdullah (Marhum Ketapi) ibni Tun Da dengan Bendahara Tun Ali (Bendahara Pahang). Tun Abdullah adalah sepupu keras Bendahara Tun Ali.

Tun Abdullah (Marhum Ketapi) bersemayam di Kampung Ketapi di tepi Sungai Tembeling. Kampung Ketapi dekat dengan Kampung Chebong, Tembeling Tengah. Ada istana didirikan di kampung Ketapi.

Kawasan Tun Abdullah mengutip cukai ialah dari Batu Redak dekat Temerloh hingga ke Ulu Tembeling. Semua jenis cukai dihantar ke Kampung Ketapi.

Ada satu kes, seorang peniaga kerbau dari Pekan bernama Jamal telah pergi ke Ulu Tembeling membeli kerbau. Bila Jamal menghilir Sungai Tembeling dengan sekawan kerbaunya bila tiba di Kampung Ketapi tidak mahu membayar cukai lalu ditangkap oleh orang-orang Tun Abdullah.

Lalu Jamal dibawa ke seberang sungai Kampung Ketapi ke sebuah teluk di Sungai Tembeling. Jamal diletak didalam guni dan ditanya buat kali terakhir supaya membayar cukai namun Jamal tetap degil tidak mahu membayar cukai. Maka Jamal pun disalang (hukuman menikam dari atas rusuk dengan mengunakan lembing). Teluk tempat kejadian hukuman salang itu dinamakan orang Teluk Jamal.

Berita Jamal dihukum salang oleh Tun Abdullah sudah sampai ke Pekan. Maka orang Pekan pun datang dengan sebuah perahu besar dengan ramai pahlawan bersiap dengan satu berkas tombak menuju ke Kampung Ketapi untuk memerangi Tun Abdullah.

Bila sampai di jamban Kampung Ketapi perahu besar bersama para pahlawan Pekan singgah di situ. Kemudian turun ke tebing sungai seorang hamba dari Istana Ketapi bernama Lorat dengan berkain cungking (kain lepas) untuk mandi manda. Lorat adalah hamba kepada Engku Khatib anakanda Tun Abdullah.

Lorat bertanya kepada pahlawan-pahlawan dari Pekan itu apa hajat datang ke Ketapi. Jawap orang Pekan," kami mahu memerangi dengan orang sini kerana menyalang Jamal peniaga kerbau dari Pekan kerana tidak mahu membayar cukai".

Maka Lorat terus turun ke dalam sungai Tembeling dan mengangkat perahu besar dari Pekan tadi sambil mengoyang-goyang perahu dan hendak melingkupnya. Lorat berkata kepada orang Pekan," elok tuan-tuan baliklah ke Pekan kerana tuan saya (Engku Khatib) lebih kuat dan gagah dari saya. Dalam kampung ini sayalah lelaki yang paling lemah sekali!"

Maka pahlawan-pahlawan Pekan termenung melihat dan mendengar gelagat Lorat. Lalu orang Pekan pun baliklah menghilir ke Pekan kerana mereka tahu keturunan Tun Abdullah jangan dibuat main-main, kalau tidak cukup ilmu didada jangan cuba menerpa tidak tentu arah. Padan dengan hamba-hamba sahaja melawan belum tuan punya hamba turun ke gelanggang.

Bendahara Tun Ali kemudian menghantar orang Syed sebagai orang perantaraan dengan Tun Abdullah untuk berdamai. Maka berdamailah dua beradik sepupu itu antara Bendahara Tun Ali dengan Tun Abdullah (Marhum Ketapi). Marhum Ketapi telah menyerahkan kawasan cukainya dari Batu Redak , Temerloh hingga ke Ulu Tembeling kepada Bendahara Tun Ali sepupu kerasnya itu.

Pesan Tun Abdullah (Marhum Ketapi) kepada anak cucu cicitnya :
  1. Jangan kamu bercita-cita hendak menjadi Raja dan jangan derhaka, taatlah kepada Raja kerana dia sedara.
  2. Jangan kamu bercita-cita hendak menjadi Raja kalau kamu tidak betul perintah, kamu akan duduk atas dulang api neraka.
  3. Kalau Raja susah, bantulah dengan nyawa kamu.
  4. Kalau kamu susah, minta tolong pada Raja.
  5. Kalau aku mati, batu nesan jangan diletak pada makam aku.
Wah! Termenung juga bila WZWH sudah tahu pesan moyang WZWH ini. Penuh falsafah perjuangan orang Melayu. Macam rukun negara gayanya -Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Apa-apa pun WZWH sangat minat dengan pesan no 4- Kalau kamu susah, minta tolong pada Raja. Mungkin satu hari nanti WZWH akan minta tolong pada Raja! Maka "moral of the story" WZWH kena sokong YBM Ku Lan dalam politik Jerantut. Jika Ku Lan ada kelemahan, WZWH kena tolong perbaiki. Ingat pesan moyang no 3- Kalau Raja susah, bantulah dengan nyawa kamu.

17 comments:

wan mahkota said...

menarik cerita dalaman sebegini,seeloknya dibukukan buat tatapan anak cucu cicit kita pula nanti.amat banyak kisah tentang perihal salurgalur pahang ini.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Wan Mahkota,
Satu cadangan yang baik untuk WZWH pertimbangkan.

chenerong ular said...

jangan timbang2 lah ooi,buat terus jer,nanti2 kot ong lupa pulak nk buat,ambenda elok akuk sukung.boleh juga buat panduan susurgalur saudaramara,tapi kena selidik fakta tu lg,jika doh ong fikir betoi sangat dah buat lah teek ah

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Chenerong Ular,
Buat masa ini, WZWH blogkan dulu supaya semua orang boleh baca. Dan WZWH boleh dapat "feedback" dan komen. Atau fakta-fakta baru yang WZWH tidak tahu.

Anonymous said...

Ong bace buku sejarah mana ni?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 1.16,
Ini adalah sejarah Tembeling yang disimpan rahsia hanya diketahui orang Tua-tua Tembeling sahaja. Mereka mahu menyimpannya sampai mati bawa ke dalam kubur. Kebenaran perlu diketahui oleh "the chosen one". Kebenaran perlu disampaikan. Kebangkitan generasi baru bermula untuk memperbetulkan keadaan dan buat benda yang betul.

putra zamin eran said...

sungguh menarik cerita dan wasiat ini,ia membuktikan yang orang dahulu kala sudah mempunyai wawasan dan bertamadun tinggi.

Anonymous said...

Salam.Bila tengok blog ini, baru tahu yg nenek moyang saya pernah buat perjanjian seperti ini.semoga anak cucu cicit tun abdullah (marhum ketapi) mengambil wasiat ini sebagai pedoman diri.

Dari cucu wan syarifah bt wan jebah bin wan musa bin wan ismail bin tun abdullah(marhum ketapi) bin tun da@ yusuf bin bendahara tun abdul majid pahang.

Wassalam.

Anonymous said...

Salam.bagus2...teruskan niat yg murni ini utk generasi kita akan dtg.semoga kalian bhagia.wanranibinwanshambinwanmutalidbinwan....ktrunan tun da sg lembing.

Anonymous said...

MACAMANA NAK HUBUNGI CUCU WAN SYARIFAH BT WAN JEBAH? DARI CUCU WAN LONG BIN WAN JEBAH... huhaq@yahoo.com

sixtyninez said...

menarik sejarah ini... sy ni keturunan ke 9 Tun Da.. tapi tak berapa keras kerana sebelah emak.. nama WAN pun dah tak de dalam keluarga sy... syamsulrizuan@gmail.com

kamarul said...

Kebenaran yang dimana? Kami keturunan keempat generasi almarhum tun abdul mutalib ibni almarhum Tun abdul majid. Masih hidup. Berkelana di rumah penghulu arwah tengku rahman. Pencarian Bermula pada tahun 2000 hingga kini yang tahu masih mengunci kebenaran. Berkongsilah cerita...

Unknown said...

Menarik sejarah ni. ..

Unknown said...

Salam WZWH ...boleh x bg fb tuan?? Sbnarnya sy dr keturunan tun Muhammad bendahara mangkat di laut (makam air raja tioman.. Baru selesai perjumpaan 28 Jan 2017..berkumpul semua wareh d kuantan.. Dan masih mencari wareh susur galur..

Anonymous said...

Salam,bleh kamu tlg ceritakan psal Tun Muhammad?

Nurul said...

Assalamualaikum .

Boleh ceritakan tentang susurgalur TUN ABDUL MUTALIB (anak kepada TUN ABD MAJID)

Saya nak tahu kenapa dalam buku sejarah waris TUN ABDUL MUTALIB tidak dinyatakan.

Kenapa buku sejarah pertama(masterpiece lengkap) yang dikarang T.Wan Basri Jerantut disimpan malah diminta untuk buat yang kedua tetapi dihilangkan segala warisnya?

Apa saja maklumat boleh dikongsikan melalui email
nurulmalaysia85@gmail.com

Untuk pengetahuan WZWH,saya merupakan salah seorang waris TUN ABDUL MUTALIB.

basyirah al-idrus said...

Salam.. saya adalah cucu kpd wan fatimah susur galur engku khatib moyang saya, jadi tun abdullah(marhum ketapi) adalah moyang saya..berbangga skjp sbb keturunan sy tdk mengejar harta dan pangkat.. alhamdulillah dunia itu sementara..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...